Thursday, May 6, 2010

V6 Ketua Polis Selangor DiCuri

SHAH ALAM, 6 Mei (Bernama) -- Kenderaan rasmi Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dilaporkan hilang di tempat letak kereta berhadapan sebuah restoran di Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/H, Seksyen 9 di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Noor Azam Jamaludin berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.15 pagi tadi ketika kereta jenis Proton Perdana V6 berwarna hitam diletakkan di kawasan letak kereta berhampiran restoran itu semasa pemandu terbabit sedang menikmati sarapan pagi.

"Laporan polis dibuat oleh pemandu terbabit pada kira-kira pukul 10 pagi dan usaha untuk mengesan kereta tersebut sedang dilakukan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Noor Azam berkata kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Khalid bagaimanapun tiada di tempat kejadian ketika kecurian berlaku kerana berada di Singapura atas urusan kerja.

Siapa yang Malang?...Pencuri?...Kereta?...Pemandu? atau Ketua Polis Selangor?

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails