Thursday, May 20, 2010

Belian Panik Punca Masalah Kekurangan Gula Di Pahang

KUANTAN: Sikap pengguna yang membuat pembelian panik merupakan antara punca utama berlakunya kekurangan bekalan gula di beberapa kawasan di Pahang, kata Ketua Seksyen Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Pahang, Md Nawawi Ab Rahman.

Beliau berkata, jumlah bekalan gula di Pahang bagi menampung 1.6 juta penduduk negeri itu sebenarnya amat mencukupi, dengan 1,700 hingga 1,900 metrik tan gula dibekalkan di Pahang setiap bulan.

"Jumlah itu mencukupi bagi menampung keperluan penduduk di Pahang ini, jadi masalah bekalan gula di Pahang sepatutnya tidak berlaku," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media mengenai masalah bekalan gula yang dikesan terutamanya di daerah Kuantan, Bera dan Temerloh.

Md Nawawi berkata, berdasarkan tinjauan, pihaknya mendapati masalah kekurangan itu bukanlah disebabkan kekurangan bekalan atau sebab lain seperti tindakan para peniaga menyorok bekalan.

"Pengguna juga tidak perlu panik dengan khabar angin kononnya harga gula akan naik atau stok bekalan berkenaan berkurangan," katanya dan menambah pihaknya sentiasa memantau keperluan gula di seluruh daerah di Pahang.

"Kita sentiasa pantau, bukan sahaja bekalan barang, tapi juga harga, dan laporan yang diterima setakat menunjukkan bekalan gula di Pahang mencukupi," katanya. - BERNAMA

Penulis ada melihat dan mendengar seorang peniaga yang ditemubual oleh wartawan TV3 2-3 hari sudah berkenaan kurangnya bekalan gula di negeri pantai timur dan peniaga tersebut ada mengatakan 'Jika kerajaan nak menaikan harga gula, naikkan saja tak perlu buat macam ni' Ada benarnya kata-kata beliau tersebut banyak pengguna susah berikutan kekurangan bekalan gula. Cerita lanjut boleh rujuk di sini

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails