Tuesday, May 4, 2010

Sotong Kurang Di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Di sebalik keghairahan yang semakin memuncak di kalangan rakyat tempatan dan pelancong asing menyertai aktiviti mencandat sotong di Terengganu, Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Selatan (PNKTS) melaporkan bahawa musim sotong di negeri ini kurang menjadi tahun ini berbanding beberapa tahun lalu.

Pengerusi PNKTS, Abdullah Salleh berkata, tangkapan yang dibuat oleh nelayan kadang kala amat mengecewakan di mana ada nelayan yang pulang dengan tangan kosong. "Biasanya nelayan memperolehi antara 10 hingga 15 kilogram sotong setiap kali turun ke laut, tetapi tahun ini sesetengahnya balik dengan tangan kosong," katanya.

Beliau berkata, keadaan ini turut dialami oleh nelayan yang menggunakan bot pukat jerut.

"Fenomena ini mungkin disebabkan populasi sotong semakin berkurangan atau arus laut yang deras," katanya.

Musim menangkap sotong di Terengganu ialah antara bulan April hingga Mei setiap tahun, yang sudah menjadi satu pesta kepada orang ramai.

Abdullah turut berkata, bekalan ikan segar di Terengganu juga amat berkurangan sehingga terpaksa membawa masuk bekalan dari luar.

"Bulan lepas Terengganu kekurangan kira-kira 300,000 kilogram ikan dan terpaksa membawa masuk ikan terutama dari Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Thailand," katanya.-Bernama

Penyu dah semakin pupus akibat daripada rakusnya manusia mengambil telur-telur penyu yang bertelur di pantai-pantai sekitar negeri Terengganu. Kini sotong pula menjadi mangsa kepupusan dek kerana rakusnya manusia membuat pesta mencandat sotong sehinggakan sotong pun mogok sampai tak nak keluar. Ish...ish...atau mungkin juga sotong kurang disebabkan mereka sambung belajar di IPTA? Tepuk dada tanya Iman.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails