Friday, January 29, 2010

F1 Mercedes GP Petronas


KEHADIRAN semula Michael Schumacher yang memandu jentera Mercedes GP Petronas untuk berentap dengan juara dunia, Jenson Button, Fernando Alonso dan Lewis Hamilton selain penyertaan empat pasukan baru, termasuk pasukan negara, Lotus F1 Racing dilihat menjadi tarikan utama Grand Prix Malaysia Petronas Malaysia pada 2 sehingga 4April ini.

Perlumbaan Formula Satu (F1) siri ketiga itu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan bermula pada jam 4 petang - sejam lebih awal berbanding tahun lalu dan waktu itu dilihat sesuai untuk perlumbaan kerana ia dapat disiarkan menerusi televisyen pada waktu perdana di Eropah.

Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Mahathir, berkata pelbagai aktiviti menarik yang dirancang nanti dijangka mampu meningkatkan jumlah penonton di litar Sepang dan yakin jumlah yang hadir kelak mengatasi jumlah 120,000 penonton yang direkodkan pada tahun lalu.

"Selain itu, perlumbaan kali ini adalah yang siri ketiga kejuaraan selepas litar al-Sakhir di Bahrain dan Albert Park, Australia dan ketika ini setiap pasukan dijangka sudah mampu membuat pelarasan terbaik untuk jentera.

"Ini menjadikan perlumbaan di Sepang, suatu yang hangat terutama ketika peraturan baru dilaksanakan iaitu tiada isian semula minyak di pit stop," katanya pada majlis pelancaran Kejuaraan Grand Prix F1 Petronas Malaysia dan kempen promosi `Saya cintakan F1' di ibu negara, semalam.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan turut hadir Penasihat Petronas yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Petronas, Tan Sri Hassan Merican.

Mokhzani berkata, tiket untuk menyaksikan kejuaraan ini akan mula dijual pada 31 Januari ini dan ditawarkan dengan harga bermula daripada RM100 berserta pelbagai pakej dan diskaun untuk pelbagai kategori penonton.

Perlumbaan tahun ini akan turut membabitkan pelbagai aktiviti menarik bukan saja buat peminat sukan permotoran malah seisi keluarga disulami konsert.

[3G means God, Gospel and Glory............. ermmm..........1 Malaysia.........Rakyat Diulamkan Pencapaian Di mestikan, (BN = RM) meaning Bini Najib = Rosmah Mansor]

Wednesday, January 27, 2010

Saturday, January 23, 2010

Belangsukawa-Sultan Johor 1932-2010

Sultan Johor Sultan Iskandar, yang mangkat malam Jumaat lalu pada usia 77 tahun, adalah seorang raja yang tegas tetapi adil dan sentiasa mahukan yang terbaik bagi rakyat, menjadikan negeri Johor sebagai antara negeri termaju di negara ini.Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981, mangkat pada 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.

Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Ismailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.

Semasa pemerintahan baginda, Sultan Iskandar dikasihi pelbagai lapisan rakyat negeri Johor atas bimbingan dan perhatian berterusan baginda terhadap segala naungannya.

Baginda bukan sahaja bijak dalam hal keagamaan dan pemerintahan tetapi juga dalam pelbagai bidang lain seperti ketenteraan, sukan dan perniagaan.

Baginda sering bertitah mengingatkan rakyatnya agar sentiasa hidup bermuafakat, bersatu padu dan bekerja bersungguh-sungguh bagi menjamin kebahagiaan negeri Johor.

Sultan Iskandar dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Undang-undang oleh The National University of Singapore (NUS) pada 12 April 2007 sebagai mengiktiraf peranan baginda dalam kemajuan dan kemakmuran negeri itu serta sumbangan baginda terhadap hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.

Pemimpin Singapura dijemput ke istana

Dalam menjaga hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura, baginda sering menjemput pemimpin Singapura ke Istana Bukit Serene di Johor Baharu semasa sambutan Hari Raya.

Sultan Iskandar, yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong kelapan pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989, diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April 1932 merupakan putera sulung kepada Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

Menggemari permainan polo, papan layar, golf dan memburu, baginda merupakan uruterbang bertauliah dan pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

Baginda merupakan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor yang diasaskan dan ditubuhkan oleh moyang baginda Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1885.

Minat baginda dalam bidang ketenteraan jelas dilihat daripada perwatakan baginda yang sentiasa segak beruniform tentera dan ketegasan baginda dalam soal disiplin.

Sultan Iskandar pernah menyertai batalion kedua Askar Wataniah di Johor Baharu pada 1960 dan berkhidmat dengan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai pegawai dan dilantik sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Gerak Khas.

Sebagai Ketua Agama Negeri, baginda sentiasa mengadakan hubungan erat dengan Majlis Agama Negeri atau pentadbiran jabatan berkenaan untuk mengikuti perkembangan dan masalah agama. Baginda sendiri turut menyampaikan khutbah-khutbah Jumaat di masjid-masjid sekitar Johor.

Gemar sukan lasak

Di arena sukan, baginda terkenal sebagai peminat dan ahli sukan dalam pelbagai acara yang mencabar seperti golf, tenis, tinju, luncur layar, ski air, menyelam, berenang, payung terjun, lumba kereta dan menunggang motosikal berkuasa tinggi. Baginda merupakan seorang juruterbang helikopter dan pesawat ringan yang dikagumi.

Sultan Iskandar yang turut gemar berburu, sering menasihatkan rakyat negerinya agar menceburi sukan menembak kerana baginda percaya sukan itu akan muncul sebagai sukan utama di masa hadapan.

Ketika merasmikan Kejohanan Menembak Sultan Iskandar Challenge Trophy 1997, baginda bertitah sukan itu bukan lagi menjadi aktiviti yang dikhususkan kepada golongan berada tetapi terbuka kepada semua golongan kerana yuran dikenakan oleh kelab menembak adalah kecil.

Hasrat baginda itu kini menjadi kenyataan kerana Malaysia mula muncul sebagai antara negara yang mempunyai penembak terbaik di peringkat antarabangsa.

Dan sehingga kini, Persatuan Penembak Clay Target Johor (JCTSA) terus menganjurkan pertandingan menembak Piala Sultan Iskandar, yang melibatkan penembak tempatan dan luar negara, sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Iskandar.

Selain sukan menembak, baginda turut memberikan sokongan kepada sektor pelancongan dengan seringkali mencemar duli menghadiri Festival Layang-layang Antarabangsa di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang yang menjadi venue tetap acara itu.

Titah baginda, penganjuran agenda bertaraf antarabangsa merangkumi acara-acara sukan, rekreasi serta temasya layang-layang dapat memberikan imej antarabangsa kepada Johor dan Malaysia.

Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Baharu sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Baharu dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian.

Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.

Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London.
Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken.

Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja pada 11 Mei 1981, selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden.

Sultan Johor Mangkat


Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam ini di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru selepas memerintah hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun.

Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

Menurut menteri besar, jenazah baginda akan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada 2 petang esok.

Baginda dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri, pagi tadi kerana gering.

Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor unku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah minah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah smailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri unku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.

Baginda yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian.

Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.

Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London.

Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken.

Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja pada 11 Mei 1981, selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden.

Petang tadi, putera sulung baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.

Manakala pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar petang esok.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merafak takziah kepada kerabat diraja Johor di atas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar malam ini.

"Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat merakamkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah dan anakanda-anakanda serta kerabat baginda di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi Perdana Menteri ke India selama lima hari sejak Selasa lepas.

Najib berkata: "Baginda Sultan merupakan seorang raja yang amat prihatin terhadap segala perkembangan dalam negerinya dan juga sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.

"Baginda memainkan peranan yang besar dalam pembangunan dan kejayaan negeri Johor dan selalu menekankan betapa pentingnya rakyat Malaysia bersatu padu," kata Perdana Menteri.

Berikutan kemangkatan Sultan Johor, Najib memendekkan lawatannya ke India dan berlepas pulang ke tanah air pada pukul 8.30 malam ini waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang awal pagi esok.

Mengikut jadual, Najib sepatutnya berlepas pulang petang esok.

[Berkabung 7 Hari....apa maksud berkabung?...ni dia....
BERKABUNG MENURUT HUKUM SYARAK
Berkabung ataupun ihdad menurut Imam An-Nawawi Rahimahullah ialah: Meninggalkan berhias-hias samada dengan pakaian, barang kemas dan bau-bauan yang harum. (Raudhah Al-Thalibin, 8 / 405) Ini bermaksud perempuan yang berihdad ialah perempuan yang meninggalkan perkara yang berkaitan dangan berhias dan apa-apa yang boleh merangsang umpamanya memakai minyak wangi serta bersolek. Tuntutan berkabung ini pada lazimnya hanyalah ditujukan kepada perempuan yang kematian suami selama iddahnya. Sementara lelaki tidak berkaitan dengan tuntutan berkabung ini. Sebagaimana yang berlaku pada zaman jahiliah, perempuan yang kematian suami ada yang dikenakan berbagai pantang larang yang langsung tidak memberi keselesaan hidup di sepanjang tempoh iddah mereka. Hal ini dijelaskan di dalam hadits Baginda Rasulullah s.a.w. yang diceritakan oleh Zainab r.a.:Maksudnya: “Aku telah mendengar ibuku, Ummu Salamah berkata: “Telah datang kepada Baginda Rasulullah s.a.w. seorang perempuan lalu berkata kepada Baginda: “Wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya anak perempuanku telah kematian suaminya, matanya nampak membengkak (kerana banyak menangis) adakah boleh saya mencelak matanya?” Maka Rasulullah s.a.w. pun menjawab: “Tidak (sebanyak dua atau tiga kali kesemuanya dikatakan Baginda:”tidak”)” Kemudian Baginda bersabda: “(Dia sepatutnya berkabung) selama empat bulan dan sepuluh hari, dan kalian tidak perlu meniru kebiasaan wanita Jahiliah (yang suka memanjangkan masa iddah dan tidak mahu celaka) dengan membuang kotoran haiwan pada awal tahun”. (Hadis riwayat Muslim) Sebahagian anggota masyarakat hari ini, khasnya para isteri, memandang ringan akan tuntutan berkabung ini. Apa yang kita selalu saksikan hari ini, apabila kita menghadiri majlis penyempurnaan jenazah dan majlis bertahlil (semasa masih dalam tempoh berkabung), isteri si mati tersebut tidak menampakkan dirinya dalam berkabung atas kematian tersebut.]

Tuesday, January 19, 2010

Heroes Season 4 Episode 16


Heroes Season 4 Episode 16

Pesan Teh Segayung Air Panas Yang Sampai


TANAH MERAH: Hanya kerana meninggikan suara selepas minuman dipesan lambat dihantar, seorang lelaki terpaksa menanggung derita apabila hampir 40 peratus badannya melecur teruk akibat disimbah air panas sedang menggelegak.

Insiden ngeri itu berlaku dalam sekelip mata ketika Sanusi Othman, 33, sedang duduk seorang diri di sebuah warung di Jalan Ismail Petra, dekat sini, sambil menunggu secawan teh dipesannya sebelum tiba-tiba disimbah segayung air panas.

Mangsa yang tergamam berikutan tindakan tidak disangka-sangka itu bagaimanapun bernasib baik kerana menyedari perbuatan tidak berperikemanusiaan peniaga terbabit dan sempat menepis air panas yang cuba disimbah ke mukanya dengan menggunakan tangan kiri.

Akibatnya, air panas terbabit tercurah di kiri badannya menyebabkan dia melecur teruk sehingga kulit tertanggal dan kemerahan seperti udang dipanggang.

Kesan melecur teruk itu menyebabkan mangsa terpaksa membogelkan diri dengan menanggalkan kain sarung serta baju dipakai sebelum dihantar pulang rakannya dengan sebuah kereta.

Menceritakan semula kejadian itu, Sanusi berkata, dia tidak menyangka akan disimbah air panas ketika minum di sebuah gerai pada 4 Januari lalu.

“Malam itu, saya keluar rumah seorang diri seperti biasa dengan menunggang motosikal untuk minum di sebuah gerai berhampiran rumah. Ketika itu, saya hanya memakai baju-T dan berkain pelekat.

“Sebaik tiba di gerai itu, saya terus duduk dan memesan secawan teh, namun pesanan itu lewat tiba walaupun memesan beberapa kali menyebabkan saya meninggikan suara,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pondok Lama di sini, semalam.

Sanusi yang mengambil upah menebar roti canai di sebuah restoran berkata, dia terkejut apabila pemilik gerai yang membawa segayung air panas masih menggelegak menerpa ke arahnya.

“Mulanya, memang saya tak perasan dia bawa air panas sehinggalah dia berdiri berhampiran dan menghalakan sesuatu ke arah muka menyebabkan saya panik.

“Saya cuba mengelak dengan menepis menggunakan tangan kiri sebelum bahagian kiri badan melecur akibat terkena air panas. Mujur saya mengelak kerana jika tidak sudah pasti muka saya melecur teruk,” katanya.

Sanusi terpaksa bergelut dengan pemilik kedai yang menyimbah air panas ke arahnya sambil disaksikan beberapa pelanggan lain.

“Tidak dapat saya gambarkan perasaan ketika itu apabila terpaksa berbogel dengan menanggalkan baju dan kain dipakai kerana terlalu sakit terkena air panas.

“Mujur kejadian itu disedari seorang rakan yang kebetulan berada di sebuah pusat snuker di kawasan berhampiran dan menghantar saya pulang ke rumah dengan keretanya,” katanya.

Sanusi mendapatkan rawatan tradisional pada malam kejadian sebelum menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tanah Merah pada 16 Januari lalu dan membuat laporan polis pada hari sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan seorang suspek ditahan untuk siasatan.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku akibat perasaan tidak puas hati peniaga terbabit berikutan tindakan mangsa meninggikan suara apabila air teh yang dipesan lewat dihantar kepadanya.

“Difahamkan, ketika itu mangsa memesan meminum tapi tidak diendahkan peniaga terbabit. Keadaan itu menyebabkan pemilik kedai menyimbah air panas yang terkena sebahagian kiri badan mangsa,” katanya.

Menurutnya, suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

[Ish...ishh...ishhh....Sebagai peringatan kepada mereka yang bernama PENIAGA...dengan izin "Customer is the KING"...sepatutnya kejadian ini boleh dielakkan jika peniaga tidak bertindakbalas di atas ketinggian suara pelanggannya atau mungkin pelanggan boleh memesan minuman yang sejuk dan jika berlaku perkara sebegini tak ada lah melecur teruk....apa-apa pun sesuatu yang berlaku ada penyebabnya dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya]

Saturday, January 16, 2010

Pemangku Raja imam solat hajat di stadium


KOTA BHARU, 15 Jan: Pernahkan anda melihat raja atau sultan mengimamkan solat bermakmunkan rakyat jelata, tentunya jarang sekali.

Kalau ada pun dahulu Sultan Johor pernah membaca khutbah Jumaat.

Lain pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan.

Menjadi makmun pada solat tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, Mufti, Datuk Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.

Program tersebut juga mencatat satu sejarah baru di Kelantan apabila kelihatan hampir semua ketua jajahan dan pegawai tadbir negeri hadir.

Sedangkan sebelum ini padang bola di Stadium Sultan Mohammad Ke IV hanya dipenuhi penyokong PAS dan Pakatan Rakyat menghadiri program solat hajat dan ceramah di situ.

Malam tadi suatu kelainan disaksikan sepanjang PAS menerajui Kelantan hampir 20 tahun.

Sebelum itu solat Maghrib diimamkan mufti dan Ketua Hakim Syarie pula mengimamkan solat Isya.

Biar pun kehadiran pada program itu tidak mampu menandingi program politik dianjurkan PAS dan Pakatan, namun suatu kelainan dirasakan apabila ia turut dihadiri Pemangku Raja.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, satu sejarah baru berjaya dicetus di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja menjadi imam solat hajat memohon kesejahteraan sultan dan kehidupan rakyat.

“Sepanjang usia ambo lebih 75 tahun tidak pernah melihat ada Pemangku Raja yang menjadi imam solat. Biarlah kita mulakan usaha murni ini di Kelantan.

“Kalau sebelum ini kita lihat Ketua Polis Negeri menyampaikan khutbah lengkap dengan pakaian polis di mimbar Jumaat.

“Kesemua perubahan itu berlaku di Kelantan,” katanya melahirkan rasa gembira ketika menyampaikan kuliah ringkas pada majlis tersebut.

[Sejuk hati rasanya bila terbaca berita ini. Rakyat Kelantan seharusnya berbangga dengan peristiwa bersejarah ini. Yalah stadium di kelantan pelbagai guna tak perlu nak buat stadium RUNTUH macam kat negeri Terengganu.....cantik memang cantik tapi errkkk tak TAK BLEY PAKAI]

Friday, January 15, 2010

Hari Nikah Berkain Batik?


BUKIT MERTAJAM: “Saya berhabis sebanyak RM25,000 untuk majlis perkahwinan ini, tapi apabila sampai di rumah pengantin perempuan untuk majlis pernikahan, bakal isteri hanya berkain batik dan baju-T menyambut ketibaan rombongan kami.

“Lebih mengejutkan, rumahnya tiada tanda persiapan untuk majlis kenduri dan ahli keluarganya juga tak kelihatan sedangkan saya lengkap berpakaian pengantin dengan rombongan lima kereta membawa hantaran,” kata Nurr Fahmy Abu Samah, 28.

Nurr Fahmy, inspektor polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dekat sini, mendakwa dia dijadual diakad nikah dengan Lan Koperal Wan Azura Wan Ahmad, 28, di Masjid Jamek Kampung Gial, Arau, Perlis, pada 1 Januari lalu, diikuti majlis persandingan di rumah pengantin perempuan keesokannya.

Majlis kenduri pihak lelaki pula ditetapkan 10 Januari lalu di sebuah hotel di Sungai Petani.

Wan Azura bertugas di sebuah balai polis di Subang Jaya, Selangor.

Nurr Fahmy berkata, anggota rombongannya terpinga-pinga apabila ketibaan mereka tiada disambut sesiapa sama ada di masjid atau rumah bakal pengantin perempuan. “Majlis pernikahan dijadualkan pada jam 10 pagi dan kami tiba di masjid jam 9.45 pagi, tapi mendapati tiada sesiapa di situ. Hampir setengah jam menunggu, bakal isteri menelefon dan meminta saya dan rombongan ke rumahnya.

“Mengejutkan apabila kami dapati tiada persiapan dilakukan, malah hanya dia berseorangan di rumah dengan cuma berkain batik dan baju-T. Apabila ditanya ke mana ibu bapanya, dia kata tak tahu, sebaliknya mengajak saya berkahwin di Thailand.

“Selepas rasa tertipu, saya mengajak rombongan kembali ke hotel sebelum kami pulang ke rumah ibu angkat di Sungai Petani,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu.

Kejadian itu menyebabkan keluarga Nurr Fahmy membuat dua laporan di Balai Polis Bukit Mertajam pada 12 Januari lalu selain melaporkannya kepada Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia untuk tindakan susulan.

Nurr Fahmy berkata, dia bingung dan tidak tahu mengapa Wan Azura yang dikenali sejak tiga tahun lalu sanggup bertindak demikian dan lebih mengecewakan tergamak membohonginya.

“Beberapa saudara saya di Perlis yang menyiasat selepas kejadian itu kemudian memberitahu bahawa pernikahan saya tidak dapat dijalankan kerana Wan Azura sebenarnya sudah berkahwin dan masih isteri orang.

“Kenyataan ini amat mengecewakan kerana sebelum ini dia mendakwa masih bujang.

“Tiga tahun berkawan selepas mengenalinya di Kuala Lumpur, dia tidak menunjukkan sebarang tanda atau dokumen bahawa dia isteri orang atau sudah ada kekasih,” katanya.

Nurr Fahmy yang kini masih bercuti sempena ‘majlis perkahwinan tak jadi itu’ berkata, wang RM25,000 yang diperuntukkan untuk majlis berkenaan lebur begitu saja.

“Daripada jumlah itu, RM15,000 adalah wang yang saya keluarkan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana sebelum ini saya bekerja di sebuah syarikat swasta dan kini bertukar kepada skim pencen.

“Jumlah berkenaan digunakan untuk membuat perbelanjaan seperti membeli cincin, hantaran, wang hantaran RM8,008, mas kahwin RM1,331 serta kos Wan Azura membeli tiga ekor lembu berjumlah RM5,000,” katanya.

Sementara itu, kakaknya, Zainuha, 35, berkata mereka sekeluarga malu apabila diperlakukan sedemikian selain sedih dengan nasib menimpa adik lelaki bongsunya.

Katanya, masalah perkahwinan itu mula timbul akhir Disember lalu apabila kad perkahwinan pasangan berkenaan tidak siap seperti dijanjikan.

“Pernikahan mereka ditetapkan 1 Januari dan bersanding di rumah perempuan 2 Januari. Tetapi pada 30 Disember lalu, Wan Azura membawa balik kad kahwin yang tidak siap dengan mendakwa ada masalah percetakan.

“Kami sekeluarga terkejut kerana sebelum ini dia bersungguh-sungguh mahu menguruskan sendiri majlis perkahwinannya tanpa meminta bantuan sesiapa termasuk keluarganya,” katanya.

Zainuha berkata, dia juga hairan mengapa Wan Azura mengajak Nurr Fahmy berkahwin di Thailand sedangkan adiknya tidak mempunyai sebarang masalah.

“Adik saya kata, sebagai pegawai polis dia tidak mahu menimbulkan masalah terhadap kerjayanya, malah dia ikhlas untuk mengahwini Azura,” katanya.

Berikutan tidak puas hati dengan tindakan kejadian itu, Zainuha membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di Bandar Perda dekat sini, Selasa lalu, diikuti laporan ibunya, Zainab Saad, 56, yang mahu menuntut ganti rugi RM25,000.

Sementara itu, Zainab berkata dia sanggup berhabis hampir RM5,000 untuk membeli cincin buat bakal menantunya sebagai pemberian ikhlas pada majlis perkahwinan pasangan berkenaan.

“Saya gembira dan tak sabar menerima menantu dan tak sangka kejadian ini berlaku,” katanya sedih.

[Inilah antara resam kehidupan di dunia yang fana, mencari wang dengan jalan yang mudah, menipu tanpa belas kasihan, ditipu dengan mudah tanpa kepayahan.....melakukan rundingan tanpa usul periksa tanpa bantuan keluarga.....beringatlah sesedara....kalau sudah wang menjadi senjata nafsu apa darjat sekalipun mata hati akan dibutakan bagi memenuhi selera]

Thursday, January 14, 2010

Nik Sapeia dihukum enam bulan penjara


Pemimpin kanan PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff dijatuhkan hukuman enam bulan penjara selepas didapati bersalah menyembur bahan pemedih mata ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2006.

Mahkamah Majistret Kota Bharu bagaimanapun membenarkan hukuman ke atas ahli perniagaan itu ditangguhkan sementara menunggu selesai proses rayuan.

Selain terhadap mantan perdana menteri, Nik Sapeia, juga dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas ahli parlimen Datuk Ibrahim Ali, dan dua yang lain di perkarangan lapangan terbang Kota Bharu pada pada pagi 28 Julai 2006.

Wednesday, January 13, 2010

Tuesday, January 12, 2010

Aizat dan Yuna Belia dan Beliawanis SENI


KETIKA dalam program Akademi Fantasia musim kelima (AF5) tiga tahun lalu, Muhammad Aizat Amdan, 20, hanya mampu bertahan selama tujuh minggu sebelum tersingkir. Namun, semangatnya tidak pernah pudar apabila muncul dengan album pertama, Percubaan Pertama yang benar-benar membawa tuah kepadanya.

Tahun ini Aizat kembali ke AJL24 dengan dua lagu, Pergi ciptaan Pete Teo dan lirik Amran Omar serta Kau Aku ciptaan sendiri. Ternyata penyertaan kali ini mencatat kejayaan besar buat Aizat apabila Pergi diumumkan juara manakala Aizat turut menang Persembahan Terbaik untuk Kau Aku. Begitu juga kejayaan Yunalis Zarai atau Yuna, pelajar jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam yang menjadi perhatian tahun lalu dengan lagu Dan Sebenarnya ciptaan sendiri di tempat kedua. Tambahan pula penampilan bersahaja Yuna di pentas bersama gitarnya.

AJL24 juga menjadi milik penyanyi solo apabila lagu dendangan Faizal Tahir, Bencinta menang tempat ketiga. Juara membawa pulang RM35,000, tempat kedua, RM15,000 dan ketiga RM12,000.

Pergi yang juga lagu tema filem Talentime disampaikan Aizat dalam irama akustik sentimental bukan saja membuai perasaan lebih 10,000 penonton yang memenuhi segenap ruang Stadium Putra, Bukit Jalil, malah barisan juri terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan; Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Dr Wan Zawawi, Dr Syed Ahmad Faizal Syed Fadzil Al-Attas (Pacai), Zainal Abidin, Fatimah Abu Bakar, Hazami dan ketua juri, Fauzi Marzuki. Persembahan Aizat dimantapkan lagi dengan kehadiran dua vokalis, Linda berketurunan India serta sepupunya, Shukri Nazam dan gesekan Erhu (biola Cina) oleh Endang. Gimik kreatif menggunakan 30 pelajar berpakaian sekolah rendah dan menengah mengiringi Aizat ketika mempersembahkan Kau Aku mencuri tumpuan hingga membawa kejayaan Persembahan Terbaik. Untuk ini, Aizat membawa pulang RM10,000 bersama trofi.

Kejayaan Pergi mengembalikan kegemilangan lagu penyanyi solo selepas dua tahun dikuasai penyanyi berkumpulan, Estranged melalui Itu Kamu pada AJL22 dan Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain), tahun lalu.

Bagaimanapun, Pete tidak dapat meraikan kejayaan itu bersama kerana berada di luar negara begitu juga dengan Amran yang tidak kelihatan pada majlis itu. Pembantu Pete, Albert Law berkata, Pete terkejut dengan kemenangan Pergi dan cukup gembira dengan kejayaan ini," katanya.

Pergi yang ditujukan khas buat insan meninggal dunia seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Datuk Sudirman Arshad, Mokhtar Dahari dan Yasmin Ahmad, menjadi sumber inspirasi kekuatan lagu itu. Aizat berkata, kejayaan meraih juara AJL24 dan Persembahan Terbaik memberi makna besar terhadap perkembangan karier seninya selepas pengalaman pahit terkeluar dari AF5. "Saya tidak sangka lagu Pergi dan Kau Aku melonjak nama saya ke tahap tertinggi anugerah muzik Malaysia. Ini pencapaian membanggakan kerana tidak pernah menang sebarang pertandingan membaca puisi atau nyanyian disertai sebelum ini. "Saya tuju kejayaan untuk keluarga dan semua penyokong Aizat. Ia mengubati kesedihan selepas kehilangan dua ekor kucing kesayangan baru-baru ini. Secara keseluruhan, saya beri penghargaan terhadap peminat setia menyokong industri muzik Malaysia," katanya.

Mengenai konsep budak sekolah diketengahkan untuk Kau Aku, Aizat berkata, idea serta konsep itu menjadi pilihannya selepas mengadakan sesi sumbang saran bersama kru Kasi Gegar Entertainment termasuk bersama semua ahli keluarga. "Kebanyakan pelajar sekolah rendah dan menengah datang dari Sekolah St John Kuala Lumpur serta sekolah rendah di Muar, Johor dan beberapa saudara," katanya.

Populariti Aizat terbukti paling popular apabila lagu Hanya Kau Yang Mampu dari album pertama, Percubaan Pertama, mencatat kejayaan apabila Sebaik AJL24 berakhir, Aizat akan menjalani latihan menjayakan Konsert Satu Suara anjuran Siti Nurhaliza Production (SNP) bersama Datuk Siti Nurhaliza dan pemenang tempat ketiga AJL24, Faizal Tahir di Istana Budaya pada 12, 13 dan 14 Februari depan. Selain itu, Aizat masih dalam proses menyiapkan rakaman album kedua dijangka berada di pasaran tahun ini. Katanya, aktiviti seninya padat untuk beberapa bulan pertama ini.

"Saya mahu terus menghasilkan lagu berkualiti untuk memajukan industri muzik tempatan," katanya.

Yuna yang menyertai AJL24 buat kali pertama tidak menyangka Dan Sebenarnya menduduki tempat kedua. Katanya, kejayaan itu membawa makna besar buat dirinya kerana tidak pernah bersaing dalam persembahan pentas kompetitif seperti AJL. "Tahun lalu, saya menyaksikan AJL sambil makan keropok kentang bersama rakan di rumah dan tahun ini tidak sangka menduduki tempat kedua.

"Mungkin ini rezeki saya dan harap mampu meningkatkan perancangan dan pelaburan dalam muzik untuk mencapai tahap lebih tinggi pada masa depan. Buat masa ini, saya masih dalam peringkat perbincangan bersama sebuah syarikat rakaman suara daripada Amerika Syarikat," katanya.

PROFIL AIZAT
NAMA: Muhammad Aizat Amdan
NAMA KOMERSIAL: AIzat
UMUR: 20 tahun
TARIKH LAHIR: 21 Januari 1989
TINGGI: 176sm
ZODIAK: Aquarius
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
PENCAPAIAN: Pergi lagu runut Talentime (muncul juara keseluruhan dan persembahan terbaik AJL24)
:Lagu Kau Aku menjadi tema untuk drama Merah Putih.
:Akademi Fantasia Musim Kelima (tersingkir minggu ketujuh)

PROFIL YUNA
NAMA: Yunalis Zarai
NAMA KOMERSIAL: Yuna
USIA: 23 tahun
TARIKH LAHIR: 14 November 1986
TEMPAT LAHIR: Alor Setar, Kedah
HOBI: Menonton filem
IDOLA: Fiona Apple (penyanyi luar negara yang pernah dikenali sekitar
1990)
PENDIDIKAN: Masih menuntut dalam tahun akhir di UiTM Shah Alam dalam
bidang undang-undang
PENCAPAIAN: Tempat kedua AJL24 menerusi Dan Sebenarnya
E-MEL: yunaroom records@gmail.com

Friday, January 8, 2010

Suspek Mohon Maaf


GEMENCHEH: Suasana hiba menyelubungi lokasi pembunuhan empat sekeluarga apabila ibu kepada suspek utama kes itu sempat memeluk erat anaknya yang dibawa polis ke tempat kejadian dipercayai untuk mencari bahan bukti.

Lelaki berusia 34 tahun itu dipeluk ibunya Zahara Atan, 59, serta adiknya, Siti Mariam Ismail, 19, dan dua beranak itu kelihatan berlinangan air mata selama beberapa minit.

Zahara yang kelihatan hampir pengsan kerana terlalu sebak kemudian dipapah ahli keluarga dan duduk berhampiran tempat kejadian.

Dia sebelum itu dikatakan meminta kebenaran polis untuk menemui anaknya yang dibawa ke lokasi kejadian selepas polis mendapat perintah menahan reman suspek di Mahkamah Majistret Gemas.


Ibu dan adiknya, Siti Mariam kemudian dibawa ke sebelah van polis dinaiki suspek dan mereka kelihatan bercakap dengannya.

Zahara berkata, dia sudah memaafkan perbuatan anaknya dan reda dengan apa berlaku ke atas keluarganya. “Dia (suspek) tanya kenapa saya ada di sini sambil menangis dan meminta maaf atas kesalahannya. Saya sudah memaafkannya dan reda dengan semuanya,” katanya ringkas ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Sementara itu, adik Zahara, Dzolkiple Atan, 49, berkata kakaknya itu sempat mencium pipi anaknya sambil suspek memegang tangan Zahara lalu meminta maaf sebelum kedua-dua mereka menangis sebak.

Katanya, anak saudaranya itu turut meminta abangnya supaya menjaga ibunya itu.

Suspek sebelum itu dibawa semula ke tempat kejadian dan menunjukkan satu lagi senjata dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Dia yang dibawa ke tempat itu selepas keluar dari Mahkamah Majistret Gemas, dekat sini, tiba di tempat kejadian jam 12.10 tengah hari dan dilihat membawa polis ke bahagian belakang rumah.

Difahamkan, suspek menunjukkan sebilah pisau yang ditanam di bawah pokok durian. Polis kemudian menggali tanah menggunakan cangkul dan mengambilnya untuk siasatan lanjut.

[Adakah Mona Fendey muncul kembali ? Apabila kewarasan fikiran tiada kesakitan kemantelan mengambil alih situasi keadaan beginilah yang berlaku]

Thursday, January 7, 2010

HEROES SEASON 4 (UPDATED)


Season 4 Episode 13
Season 4 Episode 14
part 1.rar
part 2.rar

Kereta Terbalik Nizar Cedera


Menteri besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin cedera ringan apabila keretanya terbalik ketika cuba mengelak sebuah lagi kereta yang keluar dari simpang jalan hari ini.


Ketua polis trafik negeri, Wan Abdullah Ishak berkata Mohammad Nizar dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Rokam ke sebuah klinik pergigian di Jalan Sultan Idris Shah apabila kemalangan itu berlaku pada kira-kira jam 9.30 pagi.

Beliau hilang kawalan ketika dia cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari simpang itu.

Mohammad Nizar, yang juga ahli parlimen Bukit Gantang, menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails