Wednesday, May 19, 2010

Sayeeda Wanita Muslim Pertama Dalam Kabinet David Cameron

MUSLIMAH pertama yang dilantik sebagai menteri dalam pemerintah Britain yang baru, Sayeeda Hussain Warsi telah mengukir sejarah tersendiri dalam politik negara itu.

Wanita kelahiran Pakistan berusia 39 tahun itu sebelum ini memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Parti Konservatif memulakan tugas barunya di bawah pimpinan Perdana Menteri David Cameron.

Walaupun dilantik sebagai menteri tanpa portfolio, beliau tetap boleh berbangga kerana wanita berketurunan Pakistan itu dilantik menjadi menteri sebelum usianya menjangkau 40 tahun.

Bagaimanapun, disebalik usianya yang masih muda, Sayeeda sebenarnya mempunyai latar belakang politik yang sangat cemerlang sebelum ini.

Sebelum menjadi menteri, beliau pernah dinobatkan sebagai Ahli Parlimen termuda di Majlis Tertinggi (House of Lords) pada 2007.

Lebih membanggakan, apabila beliau turut dianugerahkan dengan status Baroness of Dewsburry yang merupakan salah satu gelaran bangsawan yang tertinggi di negara itu.

Pemerhati politik di negara itu juga tidak terkejut dengan pelantikannya kerana beliau dilihat menyokong kuat Perdana Menteri David Cameron dari Parti Konservatif semasa kempen parti itu.

Menariknya mengenai diri Syeeda, sebelum melibatkan diri dalam dunia politik, beliau pernah menjadi pengacara.

Oleh kerana tidak mendapat kepuasan daripada kerjayanya itu, beliau berguru dengan John Whitfield, bekas Ahli Parlimen dari Parti Konservatif untuk mendalami ilmu mengenai dunia politik.

Beliau yang dilahirkan pada 28 Mac 1971, sejak itu menyertai parti itu sehingga kepada kejayaannya hari ini.

Syeeda dalam satu wawancara pernah memberitahu, pelantikannya dalam kabinet bukanlah satu perkara pelik kerana tidak semestinya 'orang Inggeris asli' yang layak untuk berada di dalam pemerintahan Perdana Menteri baru itu.

Beliau juga lantang ketika berdebat menyerlahkan personalitinya yang tidak mudah goyah. Paling menggagumkan apabila debatnya bersama ahli politik terkenal, Nick Griffin pada oktober lalu mendapat perhatian dunia apabila ia ditayangkan di seluruh dunia melalui rangkaian BBC.

Beliau dengan lantang melabelkan Nick sebagai 'seorang penipu yang memperlekehkan Islam dan agamanya sendiri, kristian'.

Dalam ketegasannya mempertahankan Islam, beliau pernah dicemuh dan dilemparkan dengan telur oleh golongan protes terhadapnya kerana menganggap beliau bukan muslimah yang baik dan pendukung visi Amerika dan Inggeris.

Pun begitu, beliau terkenal dengan kelantangannya menentang diskriminasi gender, perkhawinan paksa dan isu-isu berkaitan wanita.

Muslimah? Adalah lebih baik jika ianya menutup aurat.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails