Tuesday, May 18, 2010

No.1 Kata Kita Akan Teliti, No.2 Kata Kita Akan Tunaikan

Projek tebatan banjir RM5j: Najib 'berkira-kira'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini masih berkira-kira sama ada akan meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta untuk satu projek mitigasi banjir di Sibu.

Peruntukan itu merupakan satu tawaran yang dibuat oleh perdana menteri pada hari terakhir kempen pilihan raya kecil Sibu, Sabtu lalu.

"Kita akan teliti terlebih dahulu, kerana kita belum membuat sebarang keputusan tentang hal tersebut,” katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Najib yang juga pengerusi BN mengumumkan bahawa beliau akan menandatangani cek untuk projek tebatan banjir tersebut hari ini, sekiranya mereka menyokong Robert Lau Jr.

Muhyiddin: BN tetap tunai janji di Sibu walaupun kalah

Barisan Nasional (BN) akan tetap menunaikan semua janji yang dibuatnya kepada penduduk Sibu semasa kempen pilihan raya kecil di situ minggu lalu walaupun calonnya telah kalah kepada calon DAP, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata ini kerana kerajaan tidak melihat pilihan raya kecil itu sebagai satu titik kesudahan terhadap dasar-dasar yang dilaksanakannya.
"Segala apa yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri atau saya atau mana-mana pemimpin BN sebelum itu, kita akan tunaikan.

"Sebahagian telahpun ditunaikan sama ada ia membabitkan masyarakat Iban, Melayu, Melanau, Bumiputera atau Cina, dan sama ada Muslim atau Kristian dan sebagainya, itu kita tidak membeza-bezakan.

Apa cerita nie? Kata 1 Malaysia! Ni No.1 dan No.2 pun ada cerita berbeza.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails