Wednesday, May 26, 2010

Subkhiddin dan Piala Dunia 2010

Cipta sejarah jadi pengadil bola sepak Malaysia pertama adili Piala Dunia 2010

SAYA sudah bersedia! Itulah pengakuan Subkhiddin Mohd Salleh - pengadil bola sepak Malaysia yang mencipta sejarah menjadi pengadil pertama yang akan mengadili perlawanan Piala Dunia di Afrika Selatan dari 11 Jun hingga 11 Julai ini.

“Saya tidak akan mensia-siakan peluang dan penghormatan ini. Walaupun cabaran berat kerana menjadi tumpuan dunia tetapi saya harap rakyat terus mendoakan kecemerlangan saya demi mengharumkan nama negara,” katanya yang akan berlepas ke Afrika Selatan, Selasa ini.

Guru Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Nibong Tebal adalah antara empat pengadil di Asia yang tergolong dalam kelompok 30 pengadil dari 28 negara yang terpilih oleh Jawatankuasa Pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Sebelum ini, dua pengadil negara terpilih ke Piala Dunia iaitu Allahyarham Kapten Abdul Halim Hamid pada Piala Dunia 1998 di Perancis, dan Mat Lazim Awang Hamat (Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan) tetapi hanya sebagai pembantu pengadil.

Menceritakan perasaan sebaik mendapat berita mengenai pemilihannya, Subkhiddin, 44, mengakui terperanjat dan gementar kerana perlu memikul tanggungjawab besar yang menjadi perhatian dunia.

“Sebenarnya, saya berharap menjadi pengadil pada Piala Dunia 2006 tetapi bukan rezeki saya walaupun saya sudah memasuki peringkat akhir pemilihan. Bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana terpilih kali ini,” katanya.

Pengadil kelahiran Bagan Ajam, Pulau Pinang itu bagaimanapun enggan bercerita panjang mengenai pemilihannya kerana terikat kepada syarat yang ditetapkan oleh Fifa.

BIODATA
Nama: Subkhiddin Bin Mohd Salleh
Negara: Malaysia (MAS)
Tarikh Lahir: 17.11.1966
Tinggi: 174 cm
Pekerjaan: Guru
Bahasa Pertuturan Utama: Melayu
Lain-lain Bahasa: English
Kerjaya Antarabangsa: Sejak 2000
Perlawanan Antarabangsa pertama: Iraq-Nepal (23.04.2001)
Hobbi: Bowling & Snooker
Penampilan di FIFA:
1.Piala Dunia (Remaja bawah-17) Peru 2005
2.Piala Dunia (Belia bawah-20) Kanada 2007

Syabas buat Subkhiddin di atas pemilihan beliau mengadili perlawanan bola piala dunia 2010. Walaupun pasukan bolasepak Malaysia tidak mampu, tidak berupaya dan tidak tersenarai bertanding di piala dunia sekurang-kurangnya terubat juga dengan adanya seorang anak Malaysia mengadili perlawanan bola di piala dunia tersebut.

Sebagai maluman Malaysia berada di tangga yag ke 147 dalam senarai FIFA dunia. Namun janganlah sesekali kita terlibat atau pun menyokong apa-apa pertaruhan mahupun judi di atas setiap perlawanan yang berlangsung pada piala dunia nanti.
Walaupun kerajaan telah pun menghalalkan pertaruhan piala dunia dengan memberikan lesen kepada BERJAYA group milik Vincent Tan bagi mengendalikan setiap pertaruhan.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails