Sunday, February 28, 2010

Lebih KEJAM dari KEJAM dan BERPERIKEBINATANGAN


Pendarahan otak, Cedera parah di perut, ginjal, Luka, lebam seluruh badan

KAY ELL : Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mati dipercayai didera teman lelaki ibunya kelmarin, mendapati berlaku pendarahan otak, kecederaan parah di perut dan sekeliling buah pinggang akibat hentakan kuat di kepala dan abdomen mangsa.

Selain itu, bedah siasat terhadap Syafia Humairah Sahari di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor yang mengambil masa kira-kira tiga jam mulai 10.30 pagi, juga menemui kesan luka dan lebam seluruh badan, selain kesan penderaan lampau.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Rashid, berkata polis akan memanggil beberapa individu yang rapat dengan suspek, termasuk ibu mangsa bagi membantu siasatan.

"Polis percaya mereka mempunyai hubung kait atau tahu mengenai penderaan berulang yang dipercayai dilakukan suspek, seorang pemandu teksi berusia 28 tahun itu.

"Kita juga akan memanggil beberapa saksi yang mendakwa melihat suspek menendang kanak-kanak itu di padang berdekatan rumahnya pada hari berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bakhtiar berkata, bedah siasat yang mendapati kesan kecederaan lama akibat penderaan lampau, termasuk yang dikesan beberapa hari sebelum kematiannya menunjukkan mangsa didera secara berterusan.

"Kecederaan luaran yang baru dan lama itu dipercayai disebabkan pukulan dengan benda keras dan kesan hentakan kuat. Bahagian belakang tubuh mangsa juga ada kesan lebam selain leher, pipi dan bahunya," katanya.

Semalam, akhbar melaporkan, Syafia Humairah mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera teman lelaki ibunya di kediaman suspek di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam Khamis lalu.

Mangsa dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka di muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.

Syafia Humairah dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke HKKB ketika dibawa suspek dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, pihak hospital mengesyaki berlaku penderaan terhadap mangsa selepas menemui banyak kesan luka dan lebam pada tubuh kanak-kanak itu dan polis menahan lelaki terbabit kira-kira jam 3 pagi kelmarin yang mengaku mencederakan Syafia Humairah.

Bakhtiar berkata, ujian air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis ganja.

"Suspek kini ditahan reman tujuh hari mulai semalam (kelmarin) dan kita akan memohon untuk melanjutkan tempoh tahanan reman sehingga 14 hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Jenazah kanak-kanak malang itu dituntut oleh keluarga ibunya di HKKB sebaik selesai bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, kira-kira jam 4 petang.

Terdahulu, suasana di pekarangan bilik mayat HKKB kecoh seketika apabila keluarga teman lelaki ibu mangsa turut datang menziarah jenazah kanak-kanak itu dan dikatakan mahu menuntut jenazah mangsa sebelum keadaan kembali reda beberapa minit selepas itu.

Sumbat bayi dalam tangki tandas

JAY BEE : Seorang wanita berusia 21 tahun disyaki membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya Isnin lalu dengan melemaskan anaknya dalam pam tandas sebuah sekolah memandu di Segamat, bagi melindungi hubungannya bersama dua lelaki daripada terbongkar.

Mayat anaknya itu kemudian disumbat dalam tangki pam tandas berkenaan sehingga menyebabkan tubuh kecil itu remuk dan pecah.

Namun, rahsianya tidak bertahan lama apabila orang ramai yang merungut bau busuk dari tandas berkenaan membawa kepada penemuan mayat bayi yang mula membengkak dan reput.

Sumber polis semalam berkata, kepala bayi yang baru dilahirkan itu hampir hancur akibat disumbat dengan kuat ke dalam tangki pam.

Beliau berkata, lima hari lalu, dia dikatakan ke sekolah memandu berkenaan bagi menduduki ujian memandu, tetapi tergesa-gesa keluar dari kenderaan dengan alasan untuk ke tandas kerana sakit perut.

Difahamkan, ketika kejadian, dia berada hampir dua jam dalam tandas kononnya kerana membuang air besar dan orang ramai tidak mengesyaki sebarang perkara pelik.

Bagaimanapun, dia sebenarnya melahirkan bayi cukup sifat hasil hubungan sulit dengan dua lelaki berkenaan.

"Selepas hampir dua jam dalam tandas, dia keluar dari tandas dan meminta bantuan seorang pekerja sekolah memandu itu untuk mendapatkan beg plastik sebelum kembali semula dalam tandas dengan alasan perutnya kembali memulas.

"Dipercayai dia menggunakan beg plastik berkenaan untuk membungkus bayi baru dilahirkan itu sebelum dimasukkan dalam tangki pam berkenaan dan terus beredar," katanya.

Difahamkan, dia sudah ditahan polis untuk membantu siasatan, manakala polis sedang menjejaki dua lelaki yang dikatakan pernah menjalinkan hubungan sulit dengannya.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Md Ali, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut, sebaliknya menegaskan satu sidang media dijangka diadakan Isnin ini.

[Macam-macam perasaan ada apabila membaca artikel di atas. Kita seharusnya maklum bahawa ianya adalah perbuatan jenayah dan lebih kejam dari zaman jahiliah. (Lihat Posting Sebelum ini) Penulis merasakan perbuatan ini bukanlah pertama kali berlaku tetapi sudah banyak berlaku dan pasti akan berlaku lagi dan lagi dan lagi. Kenapa ianya berulang? Tidakah kita BUTA dan TULI! Adakah harus kita menunggu sehingga kanak-kanak dan bayi pupus dahulu? Kenapa kita tidak mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku dahulu? Ishhh...terlalu banyak persoalan demi persoalan bermain di benak fikiran, namun sesuatu perlu di ambil peduli oleh WARGA MALAYSIA supaya perkara sebegini tidak berulang]

Saturday, February 27, 2010

Media: Kuasa politik baru PRU 13


Rakyat mungkin tidak asing dengan teori 3M, iaitu Money (wang), Machinery (jentera kerajaan) and Media yang memenangkan Barisan Nasional dalam semua pilihan raya umum (PRU) yang lalu. Bagaimanapun, teori 3M ini hampir gagal, apabila internet menembusi gelanggang media pada PRU ke-12, membawa impak "tsunami" kepada politik tanahair Malaysia.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi akhirnya terpaksa mengakur, bahawa media internet merupakan punca kekalahan BN yang dipimpininya dalam PRU ke-12. Jelas, perang siber pada PRU ke-12 memihak kepada PKR, PAS dan DAP yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat. Persoalannya, apakah kecenderungan ini akan berlanjutan sehingga PRU ke-13, menyaksikan kemenangan PR secara besar-besaran; ataupun PR bakal termakan dengan senjata ini?

Zulkifli Sulong, Ketua Pengarang Harakah Daily membuat ramalan bahawa prestasi PR bakal menurun, seandainya PRU ke-13 diadakan pada hari esok, ketika berucap dalam forum berjudul "Media: Kuasa politik baru PRU ke-13", anjuran bersama oleh Gerakan Muslimah Sejagat (GEMS) dan Free Public Forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.

Selain Zulkifli Sulong, ahli panelnya termasuk Abu Hassan Hasbullah, pensyarah kajian media Universiti Malaya dan Fathi Aris Omar, Ketua Pengarang Malaysiakini. Forum ini dipengerusikan oleh Nurul Suhadah, menarik kehadiran kira-kira 50 orang.

Harakah menangkis propaganda "Tengkolok"


Zulkifli Sulong, yang juga bekas Ketua Pengarang Harakah, berkongsi pandangan sejauh manakah kepentingan lidah parti, khususnya terhadap parti pembangkang dalam konteks Malaysia, yang mana media arus perdana dikuasai sepenuhnya oleh parti pemerintah.

Menurut Zulkifli Sulong, Harakah, lidah parti PAS yang mula diterbitkan pada tahun 1987, telah memenangkan PAS di Kelantan, menyapu bersih kerusi yang dipertandingkan di Kelantan bersama Semangat 46 dalam Angkatan Perpaduan Ummah pada PRU tahun 1990.

Ketika itu, UMNO Baru di bawah pimpinan Mahathir Mohamad berada dalam keadaan yang terdesak, sehingga terpaksa memainkan isu "tengkolok Tengku Razaleigh" untuk menumpaskan musuh politik sebelum hari pengundian. Walau bagaimanapun, Zulkifli Sulong mendakwa Kelantan "terselamat" daripada serangan propaganda tersebut, kerana Harakah sempat membalasnya dengan menyiarkan gambar Mahathir yang pernah memakai tengkolok yang sama ketika melawat ke Malaysia Timur.

Dalam PRU ke-10 pula, PAS berjaya menyapu 27 kerusi parlimen, di samping menguasai dua kerajaan negeri, iaitu Kelantan dan Terengganu. Lantaran daripada pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998, yang mencetuskan gelombang "Reformasi", pengedaran Harakah mencecah kemuncaknya, iaitu 380,000 naskah untuk satu keluarannya.

Persempadanan semula kawasan pengundian

Walau bagaimanapun, melihat kepada kecenderungan jatuh-naiknya prestasi PAS, Zulkifli Sulong menjangkakan prestasi parti tersebut akan menurun pada PRU ke-13, seandainya diadakan dalam masa terdekat ini. Malah, beliau mengingatkan bahawa persempadanan semula kawasan pengundian akan dilakukan untuk mengurangkan kerusi PR.

Beliau mengambil contoh PRU tahun 1999, yang menyaksikan sokongan Melayu-Islam kepada Barisan Alternatif. Maka, persempadanan kawasan pengundian dibuat sebelum PRU tahun 2004, untuk memasukkan pengundi bukan Melayu ke dalam kawasan pengundian, sebagai taktik menambah undi kepada BN. Antaranya, dua orang pemimpin PAS, Mohamad Sabu yang bertanding di Kuala Kedah, dan Mahfuz Omar yang bertanding di Pokok Sena telah menjadi mangsa kepada taktik tersebut, dakwa Zulkifli Sulong.

Justeru itu, Zulkifli Sulong mendakwa bahawa UMNO kini cuba mendapatkan kerusi daripada PKR dan PAS, dengan mendendangkan retorik "perpaduan Melayu", agar mereka memperolehi semula majoriti dua pertiga dalam parlimen, lantas memberi laluan kepada persempadanan semula kawasan pengundian. Beliau berharap agar PAS tidak terperangkap oleh UMNO dalam permainan ini.

Superman adalah wartawan


Abu Hassan Hasbullah (gambar kiri) pula memulakan ucapannya dengan mengimbas sejarah bagaimana kerajaan/regim dalam tamadun manusia dijatuhkan oleh kuasa media, sambil berseloroh bahawa watak hero (wira) yang ditayangkan zaman kini seperti superman dan spiderman, adalah wartawan.

Malah, beliau menyajikan data daripada sekumpulan penyelidik di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menolak andaian bahawa media baru (internet) dilihat sebagai negatif dan media primitif (tradisional, seperti cetakan dan elektronik) lebih dipercayai. Malah, beliau begitu optimis terhadap zaman teknologi maklumat, bahawa media baru bakal bangkit tanpa boleh dihalang oleh sesiapapun.

Abu Hassan Hasbullah juga berkongsi pengamatan dan pengalaman dirinya, dalam proses bagaimana media baru telah membawa perubahan dalam demokrasi. Untuk berdepan dengan media baru, beliau menekankan bahawa arus sedemikian "tidak boleh" dan "jangan (di-)halang". Mereka yang berbeza pendapat bakal bangkit dan menyanggah sesuatu pandangan yang lain.

Beliau juga menceritakan bagaimana media primitif kehilangan kredibilitinya, dengan menunjukkan data bahawa kajian mendapati 73% kanak-kanak yang berusia antara 6 hingga 12 tahun berminat terhadap perbuatan sodomi kerana ingin tahu. Beliau sebagai anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) baru-baru ini "mengamuk", meluahkan ketidakpuasannya kerana mereka terpaksa melanggani Berita Harian atau Utusan Malaysia untuk anak mereka, bagi mendapatkan akhbar Didik yang terselit dalamnya. Dengan kata lain, segala liputan akhbar tersebut untuk isu liwat akan dibaca oleh anak-anak mereka.

Beliau mendakwa bahawa dirinya sedia bangkit untuk menentang keadaan ini, kerana untuk dirinya, demokrasi dan kebebasan bermaksud "participate" (penyertaan).

Keasyikan terhadap Internet


Fathi Aris Omar (gambar kanan) berkongsi pengamatannya bahawa wujudnya fenomena di mana media kini lebih cenderung untuk memainkan isu politiking, personaliti daripada isu sebenarnya. Beliau mengambil contoh bagaimana berita Zahrain Mohamed Hashim, Tan Tee Beng dan Zulkifli Noordin keluar (atau mungkin keluar) parti dimainkan untuk tiga minggu, sedangkan isu yang memberi impak dalam kehidupan seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diabaikan.

Berbanding dengan Abu Hassan Hasbullah, beliau lebih pesimis terhadap "kebangkitan media baru", kerana meragui kecapaiannya kepada khalayak yang lebih ramai, bahkan sejauh manakah kandungan media tersebut mampu berfungsi untuk "convert" audien lain.

Ketika mengulas fenomena keasyikan kepada internet dan keghairahan untuk blog dan facebook, beliau berkata, "Jangan-jangan perkara itu mengasyikkan dan melekakan pembangkang sehingga pembangkang tak buat kerja, kerana dalam konteks Malaysia, mahu atau tidak, suka atau tidak, pendekatan tradisional untuk mendampingi (approach) pengundi masih penting."

Agihan wang ehsan, Kelantan tak ambil peduli

Kerajaan Kelantan tidak akan menyekat langkah kerajaan Pusat untuk memberi wang ehsan kepada rakyat negeri itu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), kata Timbalan Pesuruhjaya PAS III Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (bawah).

Beliau, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, berkata apa yang menjadi tuntutan kerajaan negeri ialah wang royalti, bukannya wang ehsan.

"Soal dia nak bagi wang ehsan kepada rakyat Kelantan melalui JPP kita tidak sekat kerana itu hak mereka, malah kita tidak akan ambil tahu (kepada siapa wang itu hendak diberikan).

"Soal Kerajaan (Pusat) nak bagi wang ehsan serah pada dia, tetapi kita tetap tuntut royalti. kita akan usaha melalui pelbagai cara yang munasabah," katanya kepada pemberita, di Kota Bharu hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan Pusat tetap mahu memberi wang ehsan kepada Kelantan kerana yakin ada rakyatnya yang mahu menerima pemberian berkenaan.

Kerajaan Kelantan bertegas mahukan kerajaan pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ehsan walaupun pemimpin Barisan Nasional mendakwa, negeri tersebut tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.

Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan dan Kerajaan pusat bersetuju memberi RM20 juta wang ehsan kepada penduduk Kelantan, yang merupakan bayaran pertama sebanyak lima peratus daripada hasil dua telaga minyak pada 2008.

Perkara ini seperti yang termaktub dalam perjanjian Akta Peroleum 1974, iaitu bayaran lima peratus daripada hasil keuntungan minyak dan gas kepada kerajaan negeri.

Friday, February 26, 2010

Filem Lebih Mulia Dari AlQuran?



'My Name Is Khan' Berjaya Mengangkat Islam Di Mata Barat

Shah Rukh Khan dan Kajol merupakan pelakon utama dalam filem itu.

PENANTIAN untuk menonton filem My Name Is Khan (MNIK) adalah sesuatu yang sukar difahami jika anda bukan peminat 'King Khan' atau Datuk Shah Rukh Khan.

Menonton dan menghayati setiap dialog yang diucapkan oleh Shah Rukh dalam filem MNIK, yang mengangkat martabat orang Islam di seluruh dunia ini, ibarat satu 'tanggung jawab' .

Atas beberapa sebab, filem ini tidak boleh dilihat dari perspektif filem Bollywood kerana penghasilan dan cara garapan filem ini jauh berbeza dari semua filem Hindustan yang pernah ditonton.

Tidak ada lagu merdu yang berjela-jela atau persalinan pakaian hingga durasi lima minit, tidak ada kesedihan yang klise seperti yang selalu ada dalam filem Bollywood dan tiada tarian. Anda mungkin kecewa tapi bagi peminat Shah Rukh, apa saja yang dihidangkan oleh bintang ternama ini adalah satu cenderahati.

Bagi mereka yang berharap menyaksikan sebuah lagi filem Hindustan pasti akan sedikit kecewa kerana pengarah Karan Johar berjaya lari dari expectation peminat filem Hindi.

Tapi durasi filem MNIK sama seperti semua filem Hindustan yang pernah anda tonton iaitu hampir 3 jam. Filem ini hidup dari awal hingga akhir kerana babak-babak realistik yang cuba dipaparkan dari kaca mata seorang pengarah bukan beragama Islam, Karan Johar.

Karan sejujurnya cuba bercerita tentang dilema seorang Islam bernama Rizvan Khan, yang mempunyai penyakit Aspergers sindrom (sejenis penyakit Autistik) yang dicurigai oleh bangsa Amerika. Rizvan dicop sebagai pengganas hanya kerana dia orang Islam dan peristiwa ini berlaku selepas kejadian hitam 9/11.

Disebabkan penyakitnya, Rizvan mempunyai masalah sosial dan tidak mampu berinteraksi secara normal.

Ibu Rizvan selalu menekankan bahawa tidak ada orang Islam baik dan orang Islam jahat, tidak ada orang Kristian baik dan orang Kristian jahat dan tidak ada orang Hindu baik dan orang Hindu jahat.

Kebaikan dan kejahatan ada pada manusia, tetapi itu tidak ada kaitannya dengan agama yang dianuti. Didikan ibu terpahat erat dalam benak Khan hingga Rizvan merasa didikan ibunya benar tetapi realiti yang dihadapinya sangat jauh berbeza.

Setelah ibunya meninggal, Rizvan terpaksa tinggal dengan adik lelakinya (lakonan Shergill) di Amerika. Di sinilah dia berjumpa dan jatuh hati dengan pedandan rambut bernama Mandira (Kajol), seorang ibu tunggal yang baik hati, bebas laku dan tinggal bersama anaknya, Sam, 6.

Cerita cinta Rizvan-Mandira agak luar biasa kerana latar belakang kedua mereka yang berlainan agama dan gaya hidup.Perkahwinan mereka yang mulanya mendapat tentangan adiknya, berakhir dengan baik. Namun kisah cinta mereka yang baru bermula 'terputus' apabila peristiwa September 11 di New York City menjadi penyebab beberapa insiden.

Sam dibelasah teruk hingga mati di sekolahnya kerana namanya ditukar ke 'Khan' sempena nama ayah tirinya, Rizvan Khan. Disebabkan insiden tragis ini, Mandira menolak Rizvan dan menghalaunya.

Segalanya berubah, kedua-duanya terpisah dan cerita cinta mereka bergilir mengharu birukan emosi penonton.

Hanya satu saja syarat diberikan untuk Rizvan kembali ke pangkuan Mandira. Dia harus berjumpa dengan Presiden Amerika dan memberitahunya, My Name Is Khan...And I Am Not A Terrorist.

Bagi Mandira, selagi namanya Khan, dia akan tetap dianggap sebagai pengganas. Dan di sinilah babak pertama filem ini bermula, di mana Rizvan 'Shah Rukh' Khan mengenggam tiga biji batu hitam sambil mulutnya berzikir 'Qul Huwallahu Ahad' sehingga menimbulkan curiga mata-mata yang memandang.....

Perlakuan 'rasial' yang dialami Rizvan ada kalanya menyentuh perasaan, ada ketika membuat kita terfikir bagaimana buruk sangka dapat membuat manusia berubah dari baik ke sifat haiwan.

My name is Khan mendapat bantahan parti Hindu, Shiv Sena, di tanah airnya sendiri hanya kerana satu kenyataan Shah Rukh yang membela pemain kriket Pakistan agar diserapkan ke India Premier League (IPL).

Kemarahan Shiv Sena tercetus kerana hubungan India-Pakistan yang hingga sekarang masih dilanda perang
dingin. Akibat kenyataan Shah Rukh, Shiv Sena berusaha melarang filem My Name is Khan ditayang di India.

Kini, filem ini semakin dingin sambutannya di Mumbai, berbeza sekali dengan respon di Amerika dan Eropah.

Sejauh mana, bangsa Amerika menerima filem ini masih terlalu awal untuk dibuat rumusan.

Sembilan tahun setelah tragedi peristiwa 9/11, paranoia atau sikap perkauman terhadap umat Islam yang ditindas akhirnya berjaya digambarkan secara menarik sekali melalui sebuah layar filem Bollwyood.

MNIK berjaya menyingkap sikap rasis Amerika terhadap Islam. Lebih tepat, buruk sangka keterlaluan terhadap apa saja yang berbau Islam.

Diskriminasi barat terhadap Islam seperti yang ditunjukkan di dalam MNIK adalah satu fakta yang pernah terjadi terhadap Shah Rukh sendiri.

Filem itu berkisar tentang hubungan Rizvan dan Mandira, antara seorang individu bernama Rizvan dan pengaruhnya di sebuah negara barat hingga menimbulkan kebangkitan semangat solidariti sesama orang Islam lantas menutup terus mulut bangsa barat tentang Islam.

Terdapat tiga isu penting yang dikupas dalam filem ini: Islam, Cinta Seorang Autistik dan Pengorbanan.
MNIK berbicara tentang Islam dan bagaiman pandangan dunia terhadap Islam.

Agama bukanlah kriteria untuk menentukan orang itu baik atau jahat - itu adalah satu kenyataan yang diulang-ulang tanpa disedari sepanjang filem ini.

Selesai menonton filem ini, ada satu perkara yang anda akan ingat sampai bila-bila. Mungkin Shakespeare pernah berkata...What's In A Name? (Apa Ada Pada Nama?). Bagi mereka yang beragama Islam, jawapannya terdapat dalam filem ini. Akhir kata, 'Nama saya BUKAN Khan, dan saya bukan pengganas!'

Sumber: myStar 21/02/2010

Filem lebih mulia dari AlQuran!!

Apakah filem ini benar-benar memanifestasikan ketinggian Islam? Memberi harapan baru kepada umat Islam?, Apakah dengan adegan berjumpa dengan Presiden Amerika dan memberitahunya, ‘My Name Is Khan...And I Am Not A Terrorist’, dapat mengatakan Islam itu tinggi? Apakah kenyataan pengarahnya bahawa agama bukanlah kriteria untuk menentukan orang itu baik atau jahat itu benar?

Semua ini merupakan ‘aspirasi’ pengarah filem tersebut yang cuba memaparkan suatu konsep yang sudah barang pasti berfungsi untuk ‘mengubah’ persepsi mereka yang menonton filem ini terhadap Islam. Apapun, si penglipur lara ini tetap memasukkan adegan cinta untuk menarik emosi penonton. Yang ditekankan adalah pergaulan bebas tetapi dalam masa yang sama ditekankan juga bahawa para pelakunya adalah Muslim tetapi Islam seolah-olah tidak menghalang pergaulan seperti ini. Persepsi bahawa kononnya si pelaku maksiat ini tetap berpegang kepada Islam meskipun melakukan maksiat merupakan suatu konsep yang tipikal dalam penerbitan filem yang berkisar di sekitar Islam.

Apa yang jelas, dengan kewujudan filem-filem seperti ini, emosi kita diacu untuk berfikir cara Barat. Kejayaan cara berfikir Barat dalam konteks ini begitu berjaya sehingga dapat menundukkan umat Islam hanya dengan menonton filem. Filem-filem Hollywood, Bollywood dan pelbagai filem lain yang diimport dari luar ini kebanyakannya bertindak sebagai senjata yang cukup ampuh dalam melemahkan dan merosakkan pemikiran kaum Muslimin. Dengan filem-filem inilah umat Islam lebih mudah terpengaruh dalam membentuk ‘framework’ berfikir yang akhirnya menyebabkan kaum Muslimin menjejaki segala kerosakan kuffar tapak demi tapak!

Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak sekalipun, kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka?”

Bangkitlah umat Islam, Kita semua adalah umat terbaik yang memberi faedah kepada yang lain! Tidak layak bagi kita menjadi mangsa kepada rencana Barat dalam merosakkan umat Islam, lebih-lebih lagi perencanaan Barat dengan menggunakan filem-filem untuk melemahkan dan merosakkan pemikiran kita!

Kamu (wahai Umat Muhammad) adalah sebaik-baik Umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu kepada perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).” [TMQ Ali Imran : 110]

Menara Dubai dan ?


Sejak tiga hari pertama selepas Menara Dubai atau Burj Khalifa dibuka kepada masyarakat umum, kira-kira sepuluh ribu enam ratus orang telah menaiki lif untuk sampai ke menara peninjau di tingkat ke-124. Jumlah bayaran yang terkumpul adalah sekitar USD280,000.

Di sekeliling menara tersebut, hari demi hari, ribuan pengunjung bersesak berebut tempat untuk bergambar di hadapan kilauan menara setinggi 818 meter itu. Mereka bersukaria dan terpesona dengan keberanian Dubai membangunkan Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia ketika ini.

Menara itu merupakan rangka kedegilan Dubai dalam menarik pelaburan, sedangkan negara ini sebenarnya sedang mengalamai kemelesetan ekonomi. “Bangunan ini menunjukkan bagaimana kekayaan sedang bergerak dari Barat ke Timur,” kata Prajash Kelkar, yang sudah sebelas tahun tinggal di Dubai. Tanpa merasa khuatir tentang situasi kewangan, dia pun berkata, “Inilah kebanggaan Dubai.”

Tidak ada sebarang persoalan atau kenyataan yang mencemuh pemerintah Dubai. Walaupun masih dikelilingi dengan pelbagai kemelut ekonomi dan kewangan, pemerintah Dubai tetap memusatkan diri untuk menyiapkan projek yang ‘ironik’ ini, itulah yang diperkatakan oleh mereka.

Dubai sebenarnya sedang dikelilingi hutang yang dianggarkan mencecah USD100 bilion, dengan ledakan hartanah yang semakin membimbangkan dan kelembapan dunia pelaburan yang mengecewakan para pelabur. Kejayaan dalam mengatasi pelbagai masalah sebenarnya tidak cukup dengan diwakili oleh sebuah bangunan yang menjulang tinggi membelah langit yang biru. Masalahnya yang sebenar ialah masih banyak bangunan tinggi yang gagal disiapkan akibat krisis kewangan.

Bandar Antarabangsa (International City) yang merupakan salah satu kawasan projek mega Dubai adalah contoh runtuhnya projek hartanah. Kawasan ini menjadi contoh lumpuhnya pasaran perumahan. Pihak yang bertanggungjawab dalam penyelengaraan dan perkhidmatan kawasan itu menderita kerugian besar kerana kekurangan wang tunai serta tenggelam dalam hutang dan muflis.

Pembangunan di kawasan seluas lapan ratus hektar tersebut yang digambarkan akan menjadi pusat perniagaan dan kebudayaan Timur Tengah kini telah tersungkur ke dalam kemuflisan. Seluruh pangsapuri dan deretan kedai hampir kosong sama sekali. Perniagaan penyewaan bangunan, pangsapuri dan deretan kedai muflis kesemuanya.

Di pelbagai pelusuk bandar, sisa pembinaan yang belum siap berserakan. Kadar jenayah semakin meningkat dan ribuan pekerja buruh mengeluh kerana upah yang rendah. Banyak keluarga yang terjebak dalam pelbagai masalah ekonomi dan kewangan terutamanya setelah membeli rumah atau pangsapuri secara hutang, mereka tidak mampu untuk membayar semula. Bahkan, lampu-lampu isyarat di jalan raya banyak yang tidak berfungsi kerana tidak boleh diperbaiki lagi.

Tidak ada seorang pun yang meramalkan Dubai bakal tumbuh menjadi ‘pusat’ Bandar Antarabangsa. Para penganalisis kewangan mengatakan, persoalan yang menyelubungi Bandar Antarabangsa itu kemungkinan besar mewakili pelbagai kemelut yang akan mendatang. Ini adalah kerana, pada masa ini Dubai masih lagi terjebak dalam pelbagai kemelut, sesuatu yang sangat besar yang tidak boleh ditutupi begitu sahaja dengan kehadiran sebuah menara tinggi.

Sebelum ini, pembangunan besar-besaran seperti Dubai Mall, dengan akuarium yang dipenuhi ikan yu, kemudahan bermain ski ais, hiasan pancutan air, pawagam dengan ribuan kedai-kedai juga menjadi masalah besar. Ramai orang tidak mampu lagi untuk mengusahakannya kerana mereka memerlukan wang yang banyak untuk membayar hutang mereka.

Raj Kuwar, pemilik pasaraya Sky Grocery mengatakan, ramai orang telah meninggalkan Bandar Antarabangsa tersebut. Hasil perniagaannya menurun sebanyak tiga puluh peratus berbanding tahun lalu, tetapi perniagaan lain seperti pelacuran semakin bertambah. “Ramai gadis yang berpindah ke kawasan ini kerana bayaran sewa lebih murah,” tambahnya.

Abu Dhabi, ibu kota Emiriyah Arab Bersatu, sebenarnya berada di “kolam” minyak. Namun, kilauan Burj Khalifa tidak mampu untuk menyelindungi pelbagai kemerosotan yang berlaku di Dubai di saat ini.

Ekonomi Malaysia kini retak dan bakal berkecai

Pengumuman pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4.5 peratus bagi suku terakhir 2009 merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan kerana ia merupakan hasil suntikan ransangan ekonomi, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, pengumuman oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga dibuat terlalu awal memandangkan kesan daripada pakej ransangan ekonomi itu hanyalah reaksi sementara dan tidak dapat dilakukan secara berterusan.

"Oleh sebab itu, saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius.

"Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba," katanya lagi dalam kenyataan medianya hari ini.

Najib pada Rabu lalu mengumumkan pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus bagi suku keempat tahun lalu yang disifatkannya sebagai pencapaian di luar jangkaan, hasil permintaan dalam dan luar negara yang lebih kukuh.

'Malaysia paling lembap di rantau ini'

Namun, menurut Anwar, pengumuman itu tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan paling lembap di kalangan negara-negara serantau pada tahun ini.

"Apa yang tidak diuar-uarkan oleh Perdana Menteri di sebalik anggaran pertumbuhan 5 peratus itu adalah hakikat bahawa pada kadar tersebut, Malaysia ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina, malahan juga Vietnam dalam tahun 2010 kelak," katanya.

Tambahnya lagi, ini merupakan perbezaan ketara berbanding pencapaian sebelum ini yang meletakkan Malaysia setanding dengan negara-negara seperti Korea Selatan dan Singapura.

"Anggaran terbaru yang dikeluarkan oleh IMF pada Oktober 2009 menunjukkan bagi tahun 2010, Malaysia dijangkakan akan tumbuh pada kadar yang paling lembap berbanding kumpulan negara-negara tadi.

"Walaupun ekonomi dunia dijangka akan mula pulih. Vietnam dijangka akan tumbuh pada kadar 2 kali ganda lebih baik dari Malaysia dan negara-negara lain akan berkembang pada kadar yang secara puratanya 50 peratus lebih pesat dari Malaysia," katanya.

Tambahnya, keadaan ini timbul hasil daripada dasar ekonomi BN dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan bagi menutup kegagalan menarik pelaburan individu dan swasta.

"Kalau sebelumnya di antara tahun 1991 hingga 1997 pelaburan individu dan swasta meningkat setiap tahun pada kadar 16.2 peratus, selepas 1998 hinggalah kini kadar ini hanya menokok 1 peratus secara purata sejak 11 tahun lepas.

"Mengambil kira kesan inflasi, maknanya di antara tahun 2005 sehingga 2008, pelaburan individu dan swasta kekal tidak berkembang pada tahap RM20.3 billion setiap tahun.

"Jumlah ini adalah lebih rendah dari jumlah pelaburan individu dan swasta semasa saya mula-mula menjadi Menteri Kewangan dalam tahun 1991, iaitu hampir 20 tahun lalu," katanya lagi.
Ehsan : Malaysiakini

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUL RASUL


Selamat Menyambut Maulidul Rasul 2010/1413H kepada semua umat islam dan semua pembaca blog rhutapaimanis. Sambutlah dengan penuh keberkatan dan kebajikan.

Dari "Mahathir vs Abdullah" ke "Muhyiddin vs Najib"

Khabar mula tersebar bahawa Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddn Yassin sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melawan ketuanya, Najib Razak. Malah, analisis ahli akademik Greg Lopez menjangkakan bahawa "Najib yang baru memegang tampuk kuasa mulai April 2009, kini dalam bahaya gagal menyempurnakan tempoh satu penggal sebagai Perdana Menteri".

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang menghangatkan "bahang" apabila mencabar dan mendesak Muhyiddin (gambar kanan) untuk menyatakan pendirian sama ada mendukung gagasan "1Malaysia" oleh Najib, ataupun mewarisi legasi Mahathir Mohamad. Lantas Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan media, malah setiap gerak-gerinya bakal diteliti di bawah kanta pembesar, termasuk berapa kali beliau menyebut "1Malaysia" dalam ucapan selepas ini.

Kisah tikam-menikam antara ketua dengan timbalannya bukanlah sesuatu yang baru dalam politik. Ketua akan sentiasa mengawasi dan menyekat pengaruh timbalannya, di samping timbalannya pula akan menunggu dan mencari kesempatan untuk mengorak satu lagi langkah ke depan...

Persepsi terhadap Najib terlalu negatif

Sebelum Najib menjangkau kemuncak kuasa, tidak kurang desas-desus yang mengatakan bahawa beliau tidak akan dilantik sebagai PM Malaysia. Dari perhitungan politik Abdullah Ahmad Badawi, beliau tidak yakin bahawa Najib akan melindungi kepentingannya. Untuk sesetengah anggota UMNO pula, mereka khuatir bahawa Najib yang terjerat dengan pelbagai tuduhan dan persepsi negatif mudah terdedah kepada serangan pembangkang. Dari segi moral, Najib dikaitkan oleh pembangkang dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu; dari segi integriti pula, beliau tercalit dengan isu komisen pembelian kapal selam Scorpene dan jet Sukhoi.

Sekali imbas, zaman "reformasi" menjadikan Mahathir Mohamad sebagai ikon "zalim", "rasuah"; dan Abdullah Badawi pula disifatkan sebagai "lemah", "lambat" sebelum PRU ke-12. Pemimpin akar umbi mendapati diri mereka sukar untuk menangkis serangan sedemikian yang dilontarkan oleh pembangkang dalam ceramah politik. Maka, Najib yang sudah terpaut dengan persepsi negatif sebelum menjadi PM ini sebenarnya adalah beban dari kaca mata mereka.

Muhyiddin puas sekadar TPM?

Dalam situasi sedemikian, Muhyiddin Yassin menjadi calon PM yang boleh "dipertimbangkan." Lebih-lebih lagi, apabila Mahathir Mohamad sudah tidak sabar dengan Najib yang masih keraguan untuk mencabar Abdullah Badawi seketika dahulu, nama Muhyiddin pula digilap berkali-kali olehnya.

Gandingan pimpinan "Najib-Muhyiddin" hari ini sebenarnya terhasil daripada keberanian Muhyiddin Yassin untuk mendesak agar Abdullah Badawi berundur. Dari sudut ini, Najib boleh dikatakan mengecapi hasil daripada "risiko" yang ditanggung Muhyiddin setahun yang lalu.

Ironinya, jikalau dihitung dari segi umur pula, Najib menjadi tanda noktah kepada riwayat politik Muhyiddin Yassin di sebaliknya. Muhyiddin Yassin, 63, enam tahun lebih tua daripada Najib Razak. Dengan kata lain, semakin lama Najib kekal sebagai PM, semakin tipis peluang Muhyiddin menjadi penggantinya.

Seandainya Muhyiddin tidak puas sekadar menjadi TPM, maka beliau perlu bertindak untuk menyekat Najib, sekurang-kurangnya dalam tempoh tidak melebihi dua penggal. Dalam sistem politik Malaysia (buat setakat ini), sesiapa yang bertekad untuk menjadi PM wajib meraih sokongan UMNO terlebih dahulu.

Gelanggang silat politik di UMNO

Dan di situlah gelanggang silat politik antara Muhyiddin dengan Najib. Muhyiddin memiliki kelebihan dalam UMNO apabila tampil dengan imej pemimpin yang lantang bersuara dalam isu kepentingan Melayu dan Islam. Sebaliknya, Najib berada dalam gelanggang politik yang lebih luas, perlu mengambil kira tuntutan dan keperluan semua pihak.

Bertitik tolak daripada itu, "1Malaysia" dilaungkan untuk memikat undi semua kaum. Najib memainkan peranan untuk menunjukkan kepada masyarakat bukan Melayu-Islam dan pengundi bandar bahawa UMNO sedia berubah. Muhyiddin pula, sebaliknya memainkan peranan untuk meyakinkan masyarakat Melayu-Islam dan penyokong UMNO bahawa kepentingan Melayu dan Islam tidak terjejas berikutan "perubahan UMNO".

Pendekatan yang digunakan kedua-dua mereka sebenarnya tidak selari dan saling bercanggah. Dan di celah-celah inilah Lim Kit Siang menusuk jarumnya. Persoalannya mudah, apakah Muhyiddin sudah bersedia untuk menggulingkan Najib?

Proses menggulingkan Pak Lah

Persoalan ini semestinya mencungkil minat orang ramai jikalau dilontarkan. Tetapi, seandainya diimbas kembali proses menggulingkan PM kelima, Abdullah Badawi yang berakhir belum genap setahun, kita akan mendapati bahawa syarat yang ada pada Muhyiddin sebenarnya belum matang.

Mahathir (gambar kiri) melemparkan kritikan terbukanya terhadap Abdullah buat kali pertama pada 7 Jun 2006. Sekiranya dikira dari tarikh tersebut, proses penggulingan Abdullah Badawi sebenarnya mengambil masa lebih daripada dua tahun. Malah, mustahil Abdullah mengundur diri seandainya tidak berlaku tsunami politik pada 8 Mac 2008.

Dalam tempoh lebih daripada dua tahun ini, Mahathir menggunakan segala kritikan tajamnya, sindiran sinisnya, malah mengambil langkah drastik untuk keluar parti sebagai desakan terhadap Abdullah. Bahkan, rombakan semula puak-puak berkepentingan dalam UMNO, misalnya beberapa puak "anti-Pak Lah" bersatu untuk menyerang bersama Abdullah-Khairy, menjurus kepada pencapaian matlamat itu.

Kedudukan Abdullah tidak goyah seandainya hanya tekanan dari dalam parti. Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan melalui media internet terhadap saham dan harta yang dimiliki keluarganya, serangan Mahathir sehabis-habisnya gagal menjatuhkan Abdullah dari tempatnya, sebelum PRU ke-12.

Hanya apabila tsunami politik mengombak pada 8 Mac 2008, barulah arus tekanan dalam parti semakin menderas. Biarpun begitu, Abdullah (gambar kanan) masih mampu bertahan pada tempatnya, sehingga kekalahan besar UMNO-BN dalam PRK Permatang Pauh pada Ogos 2008.

Natijah pergelutan UMNO

Melaga-lagakan musuh politik bukanlah taktik baru, malah sudah berkali-kali pemimpin PAS dilagakan apabila pemimpin PKR mahupun DAP mengambil pendekatan yang kelihatan tidak selari dengan apa yang dihujahkan PAS secara tradisionalnya. Jelas, Muhyiddin belum memiliki syarat-syarat seperti di atas untuk menamatkan riwayat politik Najib.

Namun, persoalan yang lebih penting, apakah natijahnya daripada pergelutan kuasa dalam UMNO? Apakah masyarakat Malaysia perlu mengulangi satu proses yang sama, kembali kepada titik asal setelah habisnya satu putaran di bulatan politik?

Ketika Mahathir melawan Abdullah Badawi melalui Najib, Abdullah ditampilkan oleh pembangkang sebagai pemimpin yang cuba membawa perubahan kepada UMNO, sementara Najib ditonjolkan pula sebagai pendukung Mahathirisme.

Tetapi, apabila Najib mengambil alih tampuk kuasa, beliau pula ditonjolkan sebagai pemimpin yang bertekad membawa perubahan kepada UMNO, di samping Muhyiddin Yassin memainkan peranan sebagai batu penghalang perubahan, kini dituduh sebagai pewaris legasi Mahathir.

Mungkin ada yang mendakwa bahawa "perubahan" yang dibawa oleh Abdullah Badawi, walaupun tidak mendatangkan hasil yang jelas, tetapi setidak-tidaknya membuka sedikit ruang, yang akhirnya menjurus kepada tsunami politik. Pertarungan antara Mahathir dengan Abdullah, walaupun berkisarkan perebutan kuasa dan kepentingan, tetapi membuka ruang kebebasan bersuara secara tidak sengaja. Pertarungan itu memperlihatkan bagaimana Mahathir yang mencabul kebebasan bersuara semasa pemerintahannya, akhirnya memilih media internet untuk membalas serangan daripada media arus perdana yang dikuasai Abdullah.

Namun demikian, jika dilihat kepada "pergelutan" yang ada sekarang, masyarakat kita sebenarnya tidak dimanfaatkan. Menjuarai isu perkauman dan agama telah memberi laluan kepada pencerobohan rumah ibadat, peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam tempoh puluhan tahun kebelakangan.

Malah, apakah ruang kebebasan dan demokrasi terbuka luas kerana "pergelutan", atau "ketidak-selarian" antara orang nombor pertama dan kedua dalam negara ini? Apakah "rasuah", "kebebasan", "demokrasi", "keadilan" dibangkitkan sebagai isu, untuk menyelesaikan masalah Malaysia pada hari ini?

Jawapannya amatlah jelas. Cuma, mengapa ghairah sangat untuk berputar-putar di bulatan politik yang sama?

Thursday, February 25, 2010

Bunuh Bayi Kini Lebih Kejam Dari Zaman Jahiliah

PERIHAL mengenai pembunuhan anak yang tidak berdosa, dirangkaikan oleh al-Quran dalam surah al-Takwir ayat satu hingga lapan dengan peristiwa-peristiwa besar yang akan terjadi seperti kehancuran matahari, bintang-bintang berjatuhan, gunung-gunung dihancurkan, lautan dipanaskan dan dipertemukannya kembali roh dengan badan.

Bersamaan dengan semua itulah, al-Quran bertanya: "Kerana dosa apakah dia (anak perempuan) dibunuh (dikuburkan hidup-hidup)?, Yang pastinya, ayat terakhir itu tidak bertanya siapa yang membunuh kerana pada hakikatnya sesiapapun pelakunya, ia pasti telah melakukan perkara yang kejam, di luar batas-batas perikemanusiaan dan mendapat kemurkaan Allah SWT.

Itu semua satu isyarat betapa besarnya kebencian dan kemurkaan Allah sehingga si pelaku (pembunuh bayi) tidak wajar untuk di pandang atau diajak berdialog dengan Allah SWT. Namun yang ditanya oleh ayat di atas adalah 'disebabkan dosa apakah anak perempuan itu dibunuh?' Semacam ayat itu bukan sahaja mengisyaratkan larangan pembunuhan, tetapi mengajak si pembunuh untuk menyedari betapa buruk, kejam perbuatannya serta memahami mengapa dia harus menerima hukuman.

Walaupun anak perempuan dikuburkan hidup-hidup pada zaman jahiliah hanya terbatas pada beberapa kabilah sahaja, namun kecaman al-Quran terhadap perbuatan keji itu tidak terperi lagi sehingga dikaitkan dengan kehancuran alam.

Demikianlah juga apa yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini, di mana pembunuhan ke atas bayi-bayi adalah sekadar ingin menutup malu akibat perbuatan zina yang mereka lakukan. Mereka malu kepada ahli masyarakat tetapi tidak pada Tuhan. Perbuatan mereka tidak jauh bezanya dengan hubungan yang terjadi di dunia atau alam binatang. Siapa saling suka, ia akan melakukan apa sahaja.

Manusia sebagai makhluk yang terhormat sepatutnya tidak layak untuk menempuh kehidupan seperti haiwan dalam memenuhi hajat biologinya. Sesungguhnya Allah SWT telah mensyariatkan pernikahan dengan syarat dan rukunnya bagi tujuan menyucikan hubungan antara dua insan yang telah berniat untuk menjalinkan hubungan suami dan isteri. Inilah perlindungan yang paling efektif bagi mengelak fenomena zina yang melanda dari pelbagai sudut kehidupan hari ini.

Seingat kita pada zaman jahiliah, yang dibunuh atau yang ditanam hidup-hidup adalah anak perempuan, tetapi kini yang dibunuh adalah anak lelaki dan juga anak perempuan. Di zaman itu, anak yang akan dikuburkan hidup-hidup akan dihiasi terlebih dahulu, tetapi sekarang pembunuhan anak dilakukan sewenang-wenangnya - dibuang dan dibakar. Sungguh ironis dan kejam.

Kalau zaman jahiliah mereka membuang bayi-bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga mereka, tetapi sebaliknya apa yang berlaku pada zaman di mana Islam telah bertapak dan berkembang maju dengan kukuhnya, bayi-bayi perempuan mahupun bayi lelaki dibuang sekali gus menjadikan bayi sebagai sama taraf dengan sampah. Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat sekarang jika bayi yang tidak berdosa itu yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu sahaja.

Berkali-kali al-Quran dan sunnah memperingatkan betapa bernilainya hidup makhluk Allah SWT. Jangankan manusia yang telah menginjakkan kaki di persada bumi, janin yang baru berada dalam perut ibu pun, walaupun masih dalam proses awal, bahkan binatang dan tumbuh-tumbuhan dilarang untuk dicabut hidup-hidup kecuali berdasarkan ketentuan yang dibenarkan Allah SWT.

Dalam Islam adalah menjadi tanggungjawab masyarakat untuk mendidik anak-anak. Sikap tidak bertanggungjawab dan tidak mahu memelihara anak-anak sebenarnya melambangkan sikap tidak berperikemanusiaan. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya.

Pada zaman jahiliah yang lampau, anak dibunuh oleh mereka yang tidak berpengetahuan dan yang belum mengenal apa yang dinamakan hak asasi manusia. Tetapi semasa zaman jahiliah moden ini, anak dibunuh oleh ibu bapa yang berpengetahuan. Apapun alasan pelaku pembunuhan bayi, ia sebenarnya lebih buruk dan kejam daripada alasan mereka yang terpaksa melakukan pembunuhan bayi pada zaman jahiliah.

Sebagai anggota masyarakat dan atas peranan kita sebagai hamba Allah, kita turut bertanggungjawab untuk sama-sama mencari jalan dan kaedah yang berkesan untuk menangani gejala sosial yang serius ini. Ada pihak yang mahu peraturan undang-undang dan hukuman lebih berat dijatuhkan ke atas pelaku. Ada juga pihak mencadangkan agar institusi keluarga diperkukuhkan.

Ini langkah-langkah yang perlu. Namun, faktor agama perlu diutamakan. Ia meliputi aspek pendidikan (baik dalam keluarga, di sekolah atau melalui dakwah) serta kempen besar-besaran melalui saluran sesuai agar masyarakat lebih faham dan sama-sama berperanan menangani gejala ini secara Islamik. Kita juga perlu menyediakan pintu taubat kepada mereka yang menyesali perbuatan mereka dan ruang yang lebih besar kepada pihak NGO dalam usaha menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa sejajar dengan matlamat kempen Masyarakat Penyayang.

Sumber: Utusan Malaysia 19/02/2010

Kembali kepada zaman gelap

“Allah adalah Wali untuk golongan yang beriman. Dialah yang mengeluarkan mereka daripada kegelapan (jahiliyyah) kepada cahaya petunjuk. Bagi golongan kafir, Wali-Wali mereka adalah taghut yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan. Mereka adalah penghuni neraka, dan mereka kekal di dalamnya”. (TMQ: al-Baqarah: 81 - 82)

Manusia telah kembali kepada zaman gelap. Manusia telah kembali ke zaman jahiliyyah seperti sebelum kedatangan Islam kerana berhukumkan sistem taghut dan kufur peninggalan penjajah yang gagal mengatur masyarakat sesuai dengan fitrah manusia.

Permasalahan sosial di dalam masyarakat banyak berpunca daripada sistem yang gagal mengaturkan kehidupan masyarakat agar terlepas dari segala permasalahan hidup. Sistem sosial yang memudahkan muqadimah zina begitu berleluasa di dalam masyarakat, sehinggakan berzina itu menjadi suatu yang sangat tidak mustahil untuk berlaku. Oleh itu, apa gunanya melaksanakan “cebisan daripada Ahkam Shariah” - 6 sebatan untuk pesalah zina - sekiranya segala muqadimah zina tidak dihapuskan dalam masyarakat?

Masyarakat mengakui terdapat berbagai masalah yang melanda kehidupan mereka, dan semua masalah tersebut berpunca daripada sistem kehidupan yang gagal mengaturkan kehidupan mereka dengan sempurna. Namun begitu, sistem inilah yang dipertahankan secara bermati-matian oleh masyarakat secara amnya. Buktinya, apabila datangnya pilihanraya demokrasi majoriti akan tetap memilih barisan kepimpinan yang terus-menerus menjalankan sistem kehidupan yang rosak ini.

Wahai umat, lepaskanlah kepercayaan kalian atas sistem kapitalis rosak yang terus dipertahankan oleh pemerintah hari ini. Bangkitlah! Jawablah seruan untuk mengembalikan kehidupan Islam! Seruan untuk menegakkan Khilafah agar segala kebobrokan sosial hari ini dapat di hapuskan dengan kesejahteraan dan kerahmatan Allah!! Wa Allahu A’lam

Wednesday, February 24, 2010

Made in Korean

Ibarat bercinta dengan kekasih bunian apabila semakin ramai wanita tempatan ‘cair’ dan seterusnya menjadi mangsa tipu muslihat kasanova dan lelaki romantis yang mengaku dari Korea sambil menawarkan cinta ala drama Winter Sonata sebelum melesapkan wang mereka.

Berdasarkan maklumat diperoleh, golongan penipu yang didalangi lelaki Afrika terbabit licik menipu dengan berselindung di sebalik gambar artis atau model lelaki Korea yang fasih berbahasa Inggeris untuk memikat gadis tempatan dengan ayat cinta diluahkan menerusi laman sembang di Internet.

Dalam kejadian terbaru, seorang wanita berusia 20-an mendakwa menjadi mangsa selepas mengenali kekasih halimunannya melalui laman sembang www.tagged.com.

Lelaki terbabit yang mengaku dari Korea bijak bermain kata-kata sehingga mangsa percaya kenalan barunya itu benar-benar serius untuk menjalin hubungan cinta dan akhirnya berkahwin.

“Pada masa sama, mangsa yang mula kemaruk bersembang saling berbalas mesej dengan lelaki terbabit selepas lelaki terbabit mengirimkan foto wajah dirinya melalui Internet yang saling tidak tumpah aktor terkenal Korea, Bae Yong-joon. “Melalui gambar itu, lelaki terbabit digambarkan sebagai jejaka yang berbudi bahasa dan bijak bermain kata-kata manis untuk membuatkan mangsa jatuh cinta dan percaya niat ikhlasnya,” katanya. Bagi meyakinkan mangsa, lelaki terbabit turut berjanji datang ke Malaysia dan berkahwin dengan wanita itu selepas kedudukan kewangannya stabil.

“Selepas enam bulan menjalin hubungan intim melalui Internet, lelaki itu mula menceritakan masalah dihadapinya dan menyatakan hasrat meminjam wang kononnya untuk tujuan perniagaan.

“Mangsa yang bekerja sebagai eksekutif dan daripada golongan berada tidak menaruh sebarang syak wasangka sebelum memberi pinjaman wang secara berperingkat sehingga mencecah RM125,783 kepada lelaki itu melalui pemindahan bank.

“Bagaimanapun, dia mula menyedari diperdaya apabila lelaki terbabit enggan membayar balik hutang terbabit dengan memberi pelbagai alasan sebelum tidak lagi menghubunginya,” katanya.

Dalam kejadian berasingan, seorang wanita turut kerugian RM440,000 selepas mendakwa diperdaya ‘kekasih halimunan’ yang hanya dikenali melalui Internet sejak Disember 2008.

Difahamkan, mangsa yang berusia 40-an tidak pernah bertemu lelaki terbabit, sebaliknya hanya berkomunikasi melalui webcam di laman web mencari jodoh www.match.com.

Lelaki terbabit yang mendakwa tinggal di Hong Kong berhasrat melamar mangsa sebagai tunangnya selepas berkenalan beberapa bulan.

Menurutnya, lelaki itu turut menyatakan keinginan datang ke Malaysia bagi memulakan perniagaan selepas berkahwin dengannya kelak.

“Namun, lelaki terbabit mula membuat helah dengan menyatakan dia diculik dua lelaki dan dua wanita tidak dikenali sejurus menjejakkan kaki di Malaysia.

“Insiden penculikan ‘palsu’ itu menyebabkan wanita berkenaan gelisah dan bimbang terhadap keselamatan bakal tunangnya,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit menghubungi wanita berkenaan dan memintanya membayar tebusan RM440,000 bagi menyelamatkan nyawanya.

“Mangsa yang percaya dengan drama penculikan palsu itu membuat pembayaran berperingkat melalui akaun bank kononnya milik penculik. “Namun, selepas membayar wang tebusan itu, baru dia menyedari diperdayakan apabila lelaki terbabit terus lesap dan gagal dihubungi selepas itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong, berkata kes penipuan licik seumpama itu mula dilaporkan kepada pihaknya sejak dua tahun lalu dan jumlah mangsa kian meningkat terutama di kalangan gadis dan wanita yang memburu cinta sejati.

“Mereka biasanya menyamar lelaki bujang dari Eropah atau Asia untuk menjalankan operasi penipuan terbabit. Malangnya mangsa tidak menyedari dalang sebenar adalah lelaki warga Afrika yang tinggal di negara ini.

“Sehingga kini lebih 20 wanita menjadi mangsa dengan jumlah kerugian mencecah jutaan ringgit. Walaupun peringatan diberikan melalui media, kes sama terus berulang,” katanya.


[Ada benarnya berita di atas, dahulu ramai wanita yang berminat kepada hindustan kerana berjayanya filem 'Kuch Kuch Khota eiiii" kini ramai wanita berminat pula dengan lelaki korea kerana berjayanya cerita 'Winter Sonata'.... lepas ni tak pasti la pulak! Apa yang pasti kaum hawa perlulah berhati-hati penuh waspada. Bukan hanya kepada bijak pandai graduan intelek tetapi juga waspada kepada anak-anak anda yang meningkat remaja, jika tak percaya cuba lihat buku-buku teks/latihan mereka....gambar siapakah yang menjadi alas kulitnya atau di dinding bilik tidur mereka artis manakah jadi idola mereka]

Tarif Elektrik Di Jangka Naik

SHAH ALAM, 24 Februari - Kabinet pimpinan Perdana Menteri Najib Razak akan bermesyuarat hari ini untuk memutuskan sama ada meluluskan kenaikan tarif elektrik.

Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Peter Chin mengesahkan pihaknya telah mencadangkan supaya kadar tarif letrik dinaikan.

Pakar Ekonomi Tony Phua berkata kerajaan Umno-Barisan Nasional akan berlaku tidak adil sekali lagi jika meluluskan kenaikan tarif elektrik itu.

Beliau berkata, sebarang kenaikan harga bukan sahaja bertentangan dengan slogan-slogan yang dicanang Najib tetapi juga membuktikan kepimpinannya lebih mengutamakan kroni-kroni dalam pengagihan subsidi.

“Kalau mereka meningkatkan tarif elektrik adalah amat tidak adil kerana buat masa ini sekiranya subsidi dikurangkan terhadap konsumer, sepatutnya subsidi yang diberikan kepada pihak penjana kuasa bebas perlu dikurangkan dahulu.

“Kenapa pihak itu dapat menikmati subsidi yang begitu lumayan dan menjamin keuntungan yang besar kepada pihak IPP tetapi bagi rakyat pula kerajaan meningkatkan harganya? Adakah ini slogan kerajaan dan Najib bahawa rakyat akan didahulukan? Buat masa ini apa yang kita nampak, kroni-kroni perniagaan-perniagan besar didahulukan manakala rakyat dibelakangi,”katanya.

Tony Phua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, pengurangan subsidi kepada rakyat dengan pelbagai kenaikan harga barang mencerminkan kegagalan Umno-BN menguruskan negara.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak menggunakan wang dan pendapatan negara secara berkhemah dan telah menyebabkan sekarang kerajaan rumit kewangan iaitu tidak cukup wang dan semua subsidi dikurangkan dan semua harga dinaikkan. Menunjukkan kerajaan selama ini tidak mempunyai kecekapan dalam menguruskan isu-isu ekonomi,”katanya.

[Peruntukkan demi peruntukan diberi namun disebaliknya terdapat kelingking berkait dan tersembunyi untuk warga Malaysia tapi yang pastinya tiada penurunan!]

Tuesday, February 23, 2010

Tokong Kg. Cina K.Terengganu Terbakar


Sebuah tokong berusia lebih 200 tahun di Kampung Cina di Kuala Terengganu terbakar, mengakibatkan kira-kira 60 peratus tempat ibadat kaum itu hangus dalam insiden kira-kira jam 9.30 malam semalam.

Pegawai Bomba Tertinggi Terengganu Mohamed Amin Mohamad Basir berkata kebakaran berlaku di bahagian tengah tokong dan sebanyak tiga jentera dari Balai Bomba Jalan Kota dan Kuala Terengganu dikejarkan ke tempat kejadian.

Beliau yang ditemui pemberita hari ini berkata seramai 13 anggota dan dua pegawai bertugas memadamkan kebakaran dan api dapat dikawal kira-kira 25 minit kemudian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat, katanya.

Ketua Polis Daerah ACP Zamri Samsuddin berkata siasatan awal polis mendapati tidak wujud elemen sabotaj atau khianat dalam kebakaran tokong berkenaan.

"Kebakaran bermula dari kawasan dalam tokong dan punca sebenar kebakaran kita telah serahkan kepada bomba untuk menyiasat," katanya.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Bandar Toh Chin Yaw ketika ditemui pemberita semasa melawat tokong itu berkata rumah ibadat berkenaan adalah antara tokong tertua dan terbesar di Terengganu.

"Kita berasa sedihlah dengan insiden ini dan saya dimaklumkan bahawa tokong ini dilihat berasap kira-kira pukul 9.30 malam dan ketika itu pintu dikunci oleh penjaganya.

"Orang ramai dapat melihatnya, tetapi tidak dapat masuk untuk memadamkan api dan kemudian menghubungi bomba dan polis. Tokong ini memang tokong lama dan kebanyakan barangan binaan diimport dari negara China. Banyak barangan berharga yang sukar diganti," katanya yang menolak wujudnya unsur khianat atau sabotaj.

Penjaga tokong yang hanya mahu dikenali sebagai Tan berkata ketika itu beliau berada di rumah dan dimaklumkan mengenai kebakaran itu oleh anaknya.

"Ini adalah kejadian kali kedua selepas lima tahun lepas dan saya berasa sedih kerana saya dah jaga tokong ini lebih 10 tahun," katanya.

Kebakaran tokong disedari seorang pemasang kain rentang yang hanya mahu dikenali sebagai Chew, 19, yang kemudiannya menghubungi bomba dan polis.

Anggota Parlimen Kuala Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut yang turut melawat tokong berkenaan berkata pihaknya akan menghulurkan bantuan dalam pembinaan semula tokong berkenaan.

Kampen Si Kenit


Khagendra Thapa Magar, warga Nepal, berjalan ke kenderaan yang akan membawanya ke lapangan terbang di Kathmandu, untuk melancong ke Eropah, semalam. Keluarga Magar mendakwa, dia adalah lelaki paling pendek di dunia pada ketinggian 56 sentimeter dan berusia 18 tahun. Keluarganya sedang berkempen untuk membolehkan Magar dimasukkan dalam senarai buku Guinness World Records. Bapanya, Rup Bahadur dan ibunya, Dhana Maya mengadakan sidang media bagi menyatakan kempen itu akan bermula di Rome, Itali.


Dia dilahirkan 17 tahun lalu di daerah Baglung, 200 kilometer dari Kathmandu, ibu negara Nepal. Sejak kecil lagi keluarganya dapat berasakan dia akan menjadi terkenal dan berjaya dalam hidup walaupun kerdil.

“Ketika dilahirkan, beratnya hanya 600 gram,” kata ibunya, Dhana Maya Thapa Magar, 33.

“Ia seperti melihat anak ayam yang keluar dari telur yang baru menetas. Saya mengaku pada mulanya saya malu dan tidak mahu keluar rumah. Namun kini hanya kebanggaan yang tersemat di hati saya dan begitu mengharapkan dia dinamakan lelaki paling kerdil di dunia.”

Walaupun punca kekerdilannya tidak pernah disahkan secara perubatan, namun doktor di Nepal yang memeriksa Khagendra percaya ia disebabkan oleh kelenjar pituitari yang tidak berfungsi. Jika tidak kerana masalah itu, dia dianggap sihat.

Sementara itu, keluarganya mewujudkan Yayasan Khagendra Thapa Magar untuk mempromosi usahanya bagi diisytiharkan lelaki paling kerdil di dunia.

“Dia sudah terkenal di seluruh Nepal dan India,” kata bapanya, Rupp Abrader Thana Magyar, 36.

“Dia menyertai kumpulan tarian dan menjelajah ke beberapa tempat supaya orang boleh melihatnya. Dia melakukannya beberapa kali setahun dan kini kami berharap dia akan disahkan sebagai lelaki paling kerdil.”

Menurut ibu bapanya, Khagendra berhenti membesar tahun lalu dan mereka menjangka ketinggiannya akan kekal seperti sekarang.

“Walaupun dia kecil, kami tetap bangga dengannya,” kata Rupp.

Jika dia mengambil alih gelaran itu, Khagendra akan menggantikan tempat Ping Ping yang kini berusia 20 tahun dan menetap di wilayah Guade, China.

Khagendra memohon kepada Guinness pada 2006 ketika dia berusia 14 tahun, tetapi permohonannya ditolak kerana masih di bawah umur.

“Kami sudah menanti tiga setengah tahun. Hanya tinggal empat bulan sebelum impian itu tercapai. Ketika menemui Menteri Luar, Sujata Koirala baru-baru ini, dia berjanji untuk menyokong hasrat kami,” kata Rupp.

Khagendra yang menghadapi masalah untuk bersandar, baru-baru ini memasuki tadika di kampungnya untuk belajar menulis dan membaca.

“Saya tinggal di sekolah dan belajar lima hari seminggu. Pada hujung minggu, saya pulang ke kedai buah-buahan ayah saya di Pokhara dan membantu mereka berniaga,” kata Khagendra.

Mengenai kegemarannya, Khagendra berkata, dia minat menonton rancangan karate di televisyen ketika di rumah dan menanam impian untuk menjadi penari paling terkenal di dunia sedikit masa lagi.

Sejak mula mendapat tumpuan hampir empat tahun lalu, dia terbabit dengan pelbagai publisiti yang bertujuan mendapat pengiktirafan rasmi daripada Guinness.

“Sebaik saja saya dinobatkan sebagai lelaki paling kerdil, saya akan dapat memenuhi impian untuk melawat Amerika Syarikat. Saya boleh pamerkan tarian saya dan juga tunjukkan kecekapan saya dalam karate,” kata Khagendra.

Walaupun perkembangan mentalnya tidak sama dengan rakan seusianya, Khagendra masih mempunyai perasaan terhadap gadis cantik.

“Satu daripada perkara yang paling menyeronokkan ketika mengikuti kumpulan tarian ialah saya boleh melihat gadis di Kathmandu.

“Mereka sungguh cantik dan pakaian mereka juga jauh berbeza dengan pakain gadis di kampung saya,” katanya.

Monday, February 22, 2010

Tetamu Jenis Apakah Ini?



21 Februari 2010 Jam 8.30pm kehadiran tetamu yang tak diundang telah hadir ke rumah penulis (seperti gambar di atas). Nasib baik kehadiran tetamu tak di undang ini disedari oleh anak tunggal penulis dengan melihat tepat ke arah tetamu tersebut.

Sewaktu anak tunggal ini melihat tepat ke arah tetamu tersebut, penulis berada di hadapan laptop dan apabila berpaling ke arah anak yang terpegun melihat tetamu tersebut terus saja penulis berpaling dan tekedu melihat tetamu tersebut yang berada tinggi di atas muka pintu rumah.



Dalam keadaan kaget sedemikian penulis berputar-putar di dalam rumah untuk mendapatkan apa saja senjata yang ada buat menghalau tetamu tersebut secara aman. Apakan daya senjata tak di temui tetamu tersebut terus aja menjalar mencari posisi selamat di dalam kotak DB fius elektrik.

Pening juga memikirkan macam mana harus dilakukan dengan tetamu yang sedang meyorok di dalam kota fius DB elektrik itu. Malam kian menjauh, waktu beradu semakin hampir tak keruan dibuatnya beradu dalam rumah sekali dengan tetamu yang tak diundang ini.

Puas memikirkan apa yang harus dilakukan terus aja penulis menghubungi Jabatan BOMBA untuk memaklumkan kehadiran tetamu tak diundang ini. Alhamdulillah kerjasama yang baik dan berdedikasi yang telah diberikan oleh ahli BOMBA ini telah berjaya menangkap tetamu yang tak diundang ini.

Sekalung Terima Kasih tak terhingga diucapkan kepada Saudara Zulkarnain (kunai) panggilan manja dari Jabatan BOMBA Bandar Jengka yang telah membantu penulis menghalau tetamu yang tak di undang ini. Jasa Mu Tetap Di Kenang.

Petrol Price Expected to Increase 10 sen?

The government is expected to announce a price increase of 10sen a litre for RON95 petrol and diesel when the new fuel price mechanism is revealed in mid-March, Sin Chew Daily reported today.

The price of RON97 will also be increased but there is no decision yet on the quantum.
RON95 is currently retailed at RM1.80 a litre, RON97 and diesel at RM2.05 and RM1.70 a litre respectively.

Finance Ministry sources said the government has decided to raise fuel prices as it cannot provide more subsidy needed to maintain fuel prices at current levels following a spike in global crude oil prices.

The government believes an increase of 10sen a litre is acceptable to the public.

The sources also told the daily the government has yet to come up with a fuel price mechanism that is acceptable to all quarters, and as a result it may put off or may even be forced to abandon some new measures that are already in the pipeline.

“Plans were afoot for the registration of vehicle owners and their MyKad through Maybank and petrol kiosks to begin in April under the proposed ‘one vehicle owner, one subsidy’ fuel subsidy mechanism. It looks like the plan may not take off.”

The sources said the cap on selling 20 litres of petrol to foreign cars near Malaysian borders will continue to be implemented.

Meanwhile, Petrol Dealers Association of Malaysia president Datuk Hashim Othman believes that foreign car owners will pay the market price when the new fuel price mechanism is introduced next month.

He said the government’s main intention is to provide subsidy to those who qualify for it, to protect the interest of the lower and middle-income groups as well as save on expenditures.

Sunday, February 21, 2010

ROAD TOUR HPA


Mari Bersama-sama kita Menjayakannya

Dihempap Jentolak


MASJID TANAH: Keakraban dua sahabat yang bermain di atas sebuah jentolak yang bergerak berakhir dengan tragedi apabila seorang maut dihempap kenderaan berat itu yang terbalik di Kampung Sungai Jernih, Lubok Cina, di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku ketika jentolak dipandu seorang lelaki berusia 40-an berkenaan dikatakan hilang kawalan lalu terbalik dan menghempap kedua-dua mangsa sewaktu menyusur tebing di kawasan sawah terbiar di kampung itu.

Saksi, Junirapi Jemain, 38, yang juga pemilik jentolak, berkata dia ada di lokasi berhampiran dan ternampak dua kanak-kanak bermain di sekitar kawasan kejadian ketika kenderaan berat itu membuat kerja mengisi tanah di dalam karung untuk menambak tanah.

“Pemandu jentolak itu menekan kayu di atas pembetung. Apabila siap, ia (jentolak) mahu berundur untuk menolak tanah. Yang saya dengar, dia (pemandu) menghalau kedua-dua kanak-kanak itu turun (dari jentolak).

“Dia (pemandu) juga beritahu mahu membawa karung guni mengandungi tanah untuk menahan air sementara saya mengambil karung guni. Tiba-tiba saya lihat jentolak itu terbalik ke kiri dan menghempap budak-budak itu,” katanya.

Junirapi berkata, dia sempat melihat seorang remaja cuba bangun selepas dihempap jentolak manakala seorang lagi rakannya tidak bergerak lalu terus memaklumkan kejadian kepada ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di situ.

“Apabila datang balik ke tempat kejadian, baru saya perasan kaki budak yang bangun tadi sudah putus manakala rakannya sudah tidak bernyawa kerana kepalanya terhimpit pada palang bumbung jentolak.

“Saya dan pemandu jentolak cuba menyelamatkan mangsa yang tersepit dengan mengalihkan jentolak, tetapi gagal kerana keadaan mangsa ketika itu di tengah-tengah palang bumbung hingga menyukarkan usaha kami disebabkan tiada kekuatan.

“Berikutan itu, saya terus memaklumkan JKKK, Sidang dan penduduk kampung berhubung kejadian, dan pemandu jentolak terus pergi ke Balai Polis Lubok Cina untuk membuat laporan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, ibu bapa mangsa yang maut dalam kejadian, Mohd Derus Jantan, 47, dan Esam Eddie, 42, yang masih bersedih atas kematian anak kedua daripada lima beradik berkenaan enggan memberi sebarang ulasan.

“Buat masa ini, kami tidak mahu komen apa-apa kerana keadaan kurang sesuai, lagipun seisi keluarga masih bersedih. Insya-Allah bila keadaan tenang kami akan memberi kenyataan,” katanya.

Ketua Umno Cawangan Kampung Sungai Jernih, Datuk Mulup Jantan, berkata beliau tidak menyangka kejadian itu boleh menimpa anak saudara dan juga rakannya kerana pihak kontraktor sepatutnya melarang mana-mana individu yang cuba menghampiri kawasan tapak projek atas aspek keselamatan.

“Sepatutnya mereka menekankan aspek keselamatan, apatah lagi di kawasan kampung di mana kanak-kanak suka perkara sebegini.

“Namun ini semua takdir dan kami reda dengan pemergian arwah dengan cara ini, serta meminta pandangan perundangan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

[Malang Tidak Berbau, Ajal dan maut tidak kira tempat....namun kepada ibubapa haruslah sentiasa mengawasi anak-anak anda]

Thursday, February 18, 2010

Panik ! Sampai TerBERAK

BERANANG: Akibat ketagih dadah, seorang abang sanggup mengugut membunuh adiknya dengan pisau pemotong daging.

Lebih mencemaskan, dia menjadikan adik perempuan berusia 21 tahun itu sebagai tebusan lebih dua jam dalam kejadian di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma di sini, semalam, selepas ayah mereka enggan memberi wang untuk membeli dadah.

Walaupun si adik menangis dan meraung ketakutan, lelaki berusia 22 tahun itu tidak mengendahkannya dan terus meletakkan pisau di leher gadis itu. Polis terpaksa mengambil masa lebih dua jam memujuk lelaki terbabit yang terlebih dulu mengunci pintu jeriji bagi mengelak ayahnya yang berada di dalam rumah keluar atau orang lain memasuki unit pangsapuri terbabit.

Difahamkan, suspek yang terlalu panik dengan kehadiran pihak berkuasa terbuang air besar hingga menyebabkan lantai ruang tamu rumahnya dipenuhi najis. Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Mohd Shakaruddin Che Mood berkata, polis menerima panggilan kecemasan jam 10 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian. Menurutnya, sebaik tiba, seorang lelaki didapati sedang memeluk adiknya menggunakan tangan kiri manakala sebelah tangan lagi memegang pisau pemotong daging yang diletak rapat di leher gadis itu.

Mohd Shakaruddin berkata, punca lelaki terbabit bertindak demikian kerana bapanya enggan memberikan wang diminta untuk membeli dadah. Katanya, polis dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi dan Mantin terpaksa memecahkan kunci mangga yang dipasang di pintu jeriji rumah terbabit. “Pegawai polis terpaksa berunding dengan suspek lebih dua jam untuk memujuknya membebaskan adik yang dalam keadaan terlalu takut.

“Bapa suspek yang berusia 54 tahun terlebih dulu dikeluarkan dari rumah itu bagi memudahkan proses rundingan. Hasil pujukan, lelaki itu akhirnya menyerahkan pisau pemotong daging yang dipegang sebelum membebaskan adiknya. “Rundingan itu berjaya menyelamatkan adiknya daripada terkorban dan suspek ditahan jam 1.30 tengah hari,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal pihaknya mendapati lelaki terbabit penagih dadah tegar jenis heroin dan ketika kejadian dalam keadaan gian. Katanya, suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau kini ditahan di Balai Polis Beranang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah. “Adiknya yang calar di lengan kiri dikejar menggunakan ambulans ke klinik berhampiran untuk rawatan,” katanya.

Jiran mangsa, Hamidah Ibrahim, 35, berkata dia mendengar jeritan lelaki terbabit memarahi bapanya kira-kira jam 8 pagi semalam. “Selepas mendengar suara itu, lelaki terbabit mengunci jeriji dari dalam rumah. “Lelaki itu berterusan memarahi bapanya kerana enggan memberinya wang. Saya juga terdengar jeritan adik perempuannya,” katanya. Difahamkan, selain mengugut untuk membunuh adik perempuannya, lelaki terbabit turut mengancam membunuh diri dengan meminum racun rumpai.
[Mudah-mudahan peristiwa sebegini dijadikan iktibar oleh kita semua. Diharapkan ianya tidaklah akan terjadi pula kepada si sifool yang tidak boleh BERAK selama 2 hari, akibat panik dalam menjawab persoalan balas dari filem so do mee 2....fikir-fikirkan]

Wednesday, February 17, 2010

Presiden PAS, Keluarga Selamatkan Orang Lemas



MARANG, 17 Februari: Bukan sahaja menyelamatkan aqidah umat tetapi sudah sampai kepada menyelamatkan nyawa manusia. Itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarganya apabila menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di Pantai Rusila berhampiran rumahnya.

(Gambar atas: Abdul Hadi keletihan selepas menyelamatkan mangsa lemas)

Ia berlaku pada 14 Februari lalu kira-kira jam 6.30 petang di Pantai Rusila, Marang iaitu berhampiran dengan rumahnya.

"Hari itu, lepas solat Asar, Tok Guru pergi mengail di pantai depan rumahnya. Tiba-tiba dia tengok orang sedang terkapai-kapai lemas. Dia terus suruh anaknya terjun ke laut dan dia bersama-sama menarik orang itu," cerita Haji Omar, Pengerusi Masjid Rusila, yang terletak di sebelah rumah Abdul Hadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Pak Mat Jaga, kata Haji Omar, adalah penduduk Kampung Belubor, iaitu kampung berhampiran pantai Rusila itu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai itu.

Mereka berkumpul sambil memancing sementara menunggu untuk menyembelih kambing untuk aqiqah cucu Abdul Hadi.

Tiba-tiba mereka mendengar seorang wanita berteriak 'orang lemas...orang lemas' sambil menunjukkan tangannya ke laut.

Menurut Abdul Rahman, 28, anak Abdul Hadi, ayahnya terus menyuruh beliau terjun ke laut dan menyelamatkan mangsa lemas itu.

"Saya terus ambil pelampung dan terjun ke dalam laut...saya cuba campakkan pelampung itu kepadanya tetapi tidak berjaya kerana ombak besar pada ketika itu. Saya kemudian tarik tangan beliau. Abang Khalil dan Zaharudin datang membantu dan menyeret ke pantai.

"Ayah kemudian turun ke dalam air bersama-sama kami memapah mangsa itu ke pantai," cerita Abdul Rahman kepada Harakahdaily.

Seorang penduduk tempatan yang kebetulan ada di situ telah merakamkan gambar keadaan Abdul Hadi bersama mangsa yang diselamatkannya dan memasukkannya dalam facebook beliau.

Ini adalah catatan beliau dalam facebooknya.

"Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.

Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.

"Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya."

Zaihan Daud, Setiausaha Peribadi Abdul Hadi juga mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, mangsa lemas yang diselamatkan itu, Ahamad Mat Zin, 58, bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada Presiden PAS dan keluarga yang telah berusaha membantunya.

Menurutnya, pada mulanya dia mandi di kawasan biasa tetapi tiba-tiba dipukul ombak besar.

Beliau menjangkakan sekiranya tidak diselamatkan dalam tempoh 10 minit selepas diberi bantuan oleh keluarga Presiden PAS itu, mungkin sesuatu yang buruk berlaku kepadanya kerana sudah tidak bermaya lagi.

Anwar lantik tiga pakar DNA, forensik asing


Pasukan peguam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan tiga pakar asing dalam bidang DNA dan forensik untuk membantu mereka dalam kes tersebut.

Dalam satu kenyataan, peguam Anwar, Sankara Nair berkata beliau akan membawa tiga pakar tersebut ke Mahkamah tinggi Kuala Lumpur esok.

Mereka ialah pakar DNA, Dr Brian Mc Donald dari Sydney Australia, dan pakar forensik - Dr C Damodaran, dari Chennai, India, Dr David Wells dari Melbourne, Australia.

Esok ialah keputusan terhadap permohonan Anwar supaya Hakim yang sedang mendengar kesnya - Datuk Mohamad Zabidin Mohd Dian - menarik diri.

Manakala Mahkamah Rayuan pula telah menetapkan hari ini untuk memutuskan rayuan ketua umum PKR itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Sejak beberapa hari lalu, Malaysia berdepan dengan tekanan dari ahli parlimen Australia yang mendesak supaya digugurkan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Pada masa yang sama, ahli parlimen Amerika pula mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memastikan perbicaraan kes Anwar berjalan secara adil.

Dr Mc Donald adalah seorang ahli patologi dari Universiti Western Australia. Beliau juga merupakan pengarah DNA Consults.

Beliau dipanggil untuk menyediakan Kepakarannya dalam bidang DNA yang dijangka dikemukakan dalam perbicaraan nanti.

Dr Damodaran pula mempunyai 28 tahun pengalaman dalam bidang forensik dan pengalaman mengajar, di samping 36 tahun pengalaman dalam bio-kimia, toksilogi dan forensik.

Sementara itu, Dr Wells merupakan prof madya dalam bidang jenayah di Universiti Melbourne.

Beliau kini merupakan ketua bahagian Perubatan Klinikal Forensik, Institut Perubatan Forensik Victoria.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh itu, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

[Alahai ......kesian pulak penulis kat si saifool ni mohon agar jangan pulak terBERAK apabila di soal balas nanti]

Tuesday, February 16, 2010

Kemana Menghilang Restoran Mak Mah Tomyam?



Selasa, 16 Februari 2010. Warga Jengka sememangnya biasa dengan Restoran Mak Mah Tomyam yang mempunyai rangkaian perniagaan makanan yang istimewa. Namun kini mereka tertanya-tanya kemanakah menghilangnya rangkaian perniagaan makanan Mak Mah Tomyam ini.

Ramai masih tertanya-tanya malahan ramai juga yang berspekulasi dengan wujudnya KFC di Bandar Jengka telah mengganggu gugat perniagaan Mak Mah Tomyam. Adakah ini benar?
Biarlah pertanyaan mereka tinggal dengan persoalan.

Kebenaran yang terserlah adalah Warga Jengka kini kehilangan tempat untuk merehatkan minda dengan santapan istimewa di sebelah siang dimana kebanyakan perniagaan makanan hanya tertumpu pada waktu malam sahaja.



Namun kini penulis mendapat maklumat bahawa Mak Mah Tomyam telah membuka perniagaannya di kawasan yang lebih hebat iaitu di Subang Station, berhampiran dengan Petronas Kampung Melayu Subang KL.

Kepada Warga Jengka yang kebetulan ke KL atau yang sememangnya telah menetap di KL bolehlah ke Subang Station untuk menjamu selera di sana. Buat Mak Mah Sekalung Tahniah diucapkan dengan wujudnya Subang Station di Kota Metropolintan, ini juga menunjukkan Warga Jengka juga berdaya saing, tidak hanya di tempat sendiri tetapi mungkin di tempat lain.

Wednesday, February 3, 2010

Heroes Season 4 Episode 18 & 19


Heroes Season 4 Episode 18
Heroes Season 4 Episode 19
**Episode 19 is the End of Season 4 Volume 5**

2010 Tahun Kelucahan Terlampau

Peguamcara negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihaknya mempunyai bukti yang kukuh dalam bentuk spesimen air mani bagi mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memang meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Pihak pendakwa akan membuktikan kes ini melalui laporan kimia yang menunjukkan air mani diperolehi daripada mangsa,” kata Mohd Yusof yang mengetuai pasukan pendakwa raya dalam perbicaraan yang secara rasmi bermula esok.“Terdapat spesimen yang dikeluarkan dari dubur mangsa. Ini akan membuktikan tembusan memang berlaku,” katanya.“Apa yang dimiliki oleh pasukan pembela adalah hanya laporan awal daripada doktor yang merawat Mohd Saiful tetapi ia tidak termasuk laporan kimia berhubung spesimen air mani,” tambahnya.Mohd Yusof berkata perkara berkenaan akan dibuktikan ketika perbicaraan apabila doktor dan ahli kimia memberi keterangan.Mereka akan menunjukkan bagaimana tembusan tehadap mangsa dilakukan.

[Mungkin sudah termaktub tahun 2010 adalah tahun me'l*wat' malaysia...jadi kepada ibubapa ataupun penjaga sila berhati-hati apabila melanggan akhbar kerana pasti akan ada cerita berkenaan kelucahan terlampau siri ke-2 kerana yang pastinya mahkamah akan bersidang bagi membicarakan kes liwat siri ke-2....hemmm ingatkan cerita-cerita drama jer yang ada siri-siri rupanya di alam realiti dunia yang fana ada juga siri-siri macam dalam drama...tahniah Malaysia]

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails