Saturday, May 15, 2010

Kejutan Korea Menggegar Tembok China


Korea Selatan merampas Piala Uber daripada juara bertahan, China selepas menang 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Putra sebentar tadi.

Mata kemenangan diraih bergu kedua Korea Selatan, Lee Kyung Won Won/Ha Jung Eun yang menewaskan pasagan China, Du Jing/Yu Yang 19-21, 21-14, 21-19.

Terdahulu, Korea Selatan mengejutkan China apabila mendahulu 2-0 selepas perlawanan perseorangan pertama dan bergu pertama.

Pemain perseorangan utama Korea Selatan, Bae Seung Hee menewaskan Wang Yihan 23-21, 21-11 manakala pasangan bergu utama mereka, Lee Hyo Jung/Kim Min Jung pula mengalahkan pasangan China, Ma Jin/Wang Xiaoli 18-21, 21-12, 21-15

Namun, China bangkit mencuri satu mata apabila pemain perseorangan keduanya, Wang Xin mengatasi Sung Ji Hyun 21-14, 16-21, 21-7.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails