Thursday, May 20, 2010

Untie, Sori Tak Boleh Terbang...ayoyo apasal?


Hasrat bekas ketua pegawai eksekutif Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) P Chitirakala untuk bercuti ke India semalam tidak kesampaian apabila pihak Jabatan Imigresan tidak membenarkannya berlepas.

Chitirakala (kiri, berbaju merah), yang menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah dan menipu menggunakan tiga keping cek MIED bernilai RM4 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu, sepatutnya berlepas ke India dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines pada pukul 6.50 petang semalam.

Chitirakala, 39, memberitahu sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa KL bahawa beliau telah 'mendaftar masuk' pada jam 4 petang dan semasa menunggu penerbangannya berlepas di dewan menunggu, beliau telah dihampiri oleh seorang pegawai Imigresen yang menyuruhnya mengikut beliau ke pejabat Imigresen.

Selepas menunggu hampir dua jam di pejabat Imigresen, pegawai itu memaklumkan yang seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bernama Fikri tidak membenarkannya ke luar negara tanpa memberi sebab.

"Saya (sebelum ini) telah menghubungi Fikri (Pegawai SPRM) bagi meminta nasihat beliau berhubung perjalanan saya ke luar negara, dan diminta supaya menghubungi mereka seminggu sebelum tarikh perjalanan," katanya dan menambah beliau telah pun mendapat kelulusan daripada SPRM untuk ke luar negara.

"Mahkamah (Hakim Azizah Mahamud) telah membenarkan saya untuk membuat perjalanan (domestik dan antarabangsa), malah Pegawai Pendakwa Raya (Kevin Morais) juga telah memberi kebenaran tapi mengapa sekarang saya dihalang daripada melakukan perjalanan ini," katanya.

Chithirakala, yang bebas dengan jaminan RM30,000, mendakwa seorang pemimpin parti politik telah menyebabkan perjalanannya ke India terhalang.

Kes beliau akan disebut semula pada 14 Jun ini.

Sementara itu, SPRM dan Jabatan Imigresen gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini.

Ayoyo apapasal tak boleh terbang? Kapal terbang problem ka? Beg saya bawa lebih ka? Kasi tau sebab la? Ishh...ishh...Presiden dah la tak nak letak jawatan, pemuda dok paksa-paksa suruh bersara. Kalau dah macam ni lebih baik lompat....parti Makkal Sakti ada tak pun tubuh la parti baru Anti Samy.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails