Saturday, May 8, 2010

Adun Kerdau Kritikal

TEMERLOH: Negara mungkin terpaksa menghadapi satu lagi pilihan raya kecil (PRK) apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau diberitakan dalam keadaan kritikal setelah dimasukkan ke Hospital Temerloh semalam akibat komplikasi selepas pembedahan ulser usus.

Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 65, dikatakan makin kritikal selepas itu dan pagi tadi dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Sebelum ini, beliau yang merupakan penceramah biro tata negara berstatus duda, telah menjalani pembedahan tetapi akibat penyakit-penyakit lain yang dihadapinya seperti serangan jantung dan kencing manis, membuatkan keadaannya tambah teruk.

Beliau sebelum ini telah banyak kali keluar masuk hospital.

Pada PRU 12 2008, Zaharuddin yang pertama kali bertanding sebagai calon BN menggantikan Datuk Redzuan Harun, mengalahkan calon PAS Hasanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. Zaharuddin mendapat 4,135 undi berbanding Hassanuddin 2,520.

N. 28 Kerdau terletak dalam Parlimen Kuala Krau.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails