Wednesday, May 26, 2010

Ketua Umno Titiwangsa Letak Jawatan?

PETALING JAYA: Umno Bahagian Titiwangsa enggan mengulas mengenai khabar angin bahawa Datuk Seri Suleiman Mohamed meletak jawatan sebagai Ketua Umno bahagian berkenaan.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, Mohd Idham Yasser berkata, pihaknya tidak mengetahui mengenai status perkara berkenaan dan menegaskan Suleiman masih kekal sebagai Ketua Umno bahagian itu.

"Itu mungkin hanya khabar angin, saya tak dapat nak komen lanjut... apa yang saya tahu, Datuk Suleiman masih menjadi Ketua Umno di Titiwangsa," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.

Bagaimanapun Idham yang juga anak kepada Suleiman berkata, sebelum ini bapanya pernah menyuarakan hasrat untuk tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya selama 25 tahun itu pada pemilihan parti akan datang.

"Isu nak letak jawatan sekarang memang saya tak pernah dengar, tapi sebelum ini memang beliau pernah umumkan di bahagian bahawa beliau tak akan pertahankan jawatannya kini.

"Setakat itu sahajalah, tak pula beliau sebut nak lepas jawatan sebelum tibanya pemilihan akan datang, inilah pertama kali saya dengar, sebagai anak... saya sendiri tak tahu tentang perkara ini," katanya.

Pada pemilihan parti 2008, Suleiman menang jawatan ketua bahagian tanpa bertanding.

Dalam pada itu, Ketua Puteri Umno Bahagian Titiwangsa, Hazarina Zaini ketika dihubungi turut menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai perkara berkenaan yang disifatkan hanya sebagai khabar angin.

"Saya tak tahu dan tak pernah dengar tentang perkara ini," katanya

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails