Thursday, May 13, 2010

Gempar: Peniaga pasar tani temui bom tangan

JENGKA – Pengunjung di Pasar Tani Bandar Jengka gempar apabila dikejutkan dengan penemuan objek keras yang disyakai bom tangan lama di tepi sebuah gerai perniagaan Nadi Kota petang semalam.

Saksi, Shahnon Daud, 50, berkata, dia menemui objek tersebut kira-kira jam 3 petang semalam ketika mahu meracun semak di sekeliling kedainya bagi membersihkan kawasan.

Menurutnya, objek keras di pangkal pokok yang dijumpainya itu menyerupai bom tangan lama namun dia tidak pasti lalu bertindak memanggil isteri untuk melihat objek tersebut.

“Isteri saya juga tidak berani untuk mendekati objek tersebut sebelum kami bertindak memanggil jiran yang juga anggota polis bagi memastikan objek tersebut.

“Jiran saya membantu kami untuk menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan tersebut dan beberapa anggota polis dari Balai Polis Bandar Jengka hadir untuk memagar kawasan tersebut,” katanya.

Shahnon berkata, kawasan tersebut dikerumuni ramai kebetulan hari semalam merupakan Pasar Tani dan penemuan objek tersebut menggemparkan pengunjung kerana bersebelahan dengan pasar dan menjadi tumpuan ramai.

“Bimbang juga jika berlaku perkara yang tidak diingini sekiranya objek tersebut benar-benar bom dan masih aktif dan mungkin boleh mendatangkan kecederaaan sekiranya ada orang awam cuba mendekati kawasan tersebut.

“Namun anggota polis bertindak memagar dan mengawal kawasan tersebut adar tidak didekati orang awam bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku,” katanya.

Menurutnya, kira-kira setengah jam kemudian anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran sampai dan sejam kemudian Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang turut berada di lokasi kejadian.

Dimaklumkan kemudiannya bom tangan tersebut berjaya dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom kira-kira jam 7 malam di satu lokasi yang tidak diketahui.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails