Monday, May 24, 2010

Exco Pertanian Johor Selamat Jalani Pembedahan Pintasan Jantung


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor, Abd Aziz Kaprawi, 51, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini semalam selepas mengadu sakit dada, selamat menjalani pembedahan pintasan jantung.

Pembedahan yang bermula pukul 2 petang itu selesai pada pukul 10 malam, kata pembantu peribadinya Kamaluddin Suib.

“Beliau selamat menjalani pembedahan dan berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya isteri Abd Aziz, Sabariah Tokimin bersama lima anak dan anggota keluarganya yang lain berada di hospital ketika ini.

Yang melawat beliau hari ini ialah Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil, Anggota Dewan Undangan Negeri Kempas Datuk Osman Sapian dan ketua polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif. — Bernama

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails