Friday, April 30, 2010

Letak Jawatan atau DiPecat?

Musa Perlu Letak Jawatan Atau Dipecat Segera - Suarakeadilan

SHAH ALAM 30 Apr - Kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mengugut menarik balik anggotanya dari menjaga keselamatan awam disifatkan sebagai angkuh, biadap dan melampaui batas.

Lantas Musa perlu meletak jawatan segera atau dipecat daripada jawatannya serta merta kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab kata Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Fariz Musa.

Fariz berkata AMK menggesa Musa meletakkan jawatan sebagai Ketua Polis Negara dan tidak membazirkan wang pembayar cukai sekiranya gagal memikul berhubung insiden kematian pelajar berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah akibat ditembak polis 26 April lalu.

Insiden tersebut menyebabkan kemarahan rakyat kepada PDRM memuncak dengan begitu cepat.

Di dalam laman sosial facebook, lebih 30,000 menyertai kumpulan 'Kami Menentang Kezaliman PDRM' yang menggambarkan tahap kemarahan warganegara terhadap kezaliman anggota polis.

Berikutan itu, Musa mengugut untuk mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal keselamatan negara sekiranya itu merupakan pilihan rakyat.

"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya," katanya dalam laporan media.

Fariz menganggap Musa selaku orang nombor satu dalam PDRM tidak seharusnya membuat kenyataan berbentuk ugutan seperti itu apatah lagi adalah penjawat awam dan "hamba" kepada rakyat.

"Kenyataan Musa Hassan secara jelas menunjukkan kenyataan yang tidak beretika dan bertanggungjawab. Sepatutnya beliau memberikan jaminan khidmat keselamatan yang terbaik kepada rakyat dan bukan membuat kenyataan secara semborono begitu," ujarnya ketika dihubungi Suara KEADILAN.

Menurut Fariz, Ketua Polis Negara seharusnya mengkaji dan menilai dengan lebih terperinci pendekatan yang efektif untuk memastikan insiden yang menimpa Aminulrashid tidak berulang.

"Ini menunjukkan Musa tidak begitu serius menangani isu ini dan perkara salah guna kuasa anggota polis bukan pertama kali berlaku sepanjang dia menjadi KPN. Kalau dia tidak sanggup memikul tanggungjawab ini, tanggungjawab itu harus dipikul dengan KPN baru yang lebih bertanggungjawab dan Musa harus meletakkan jawatan sebagai KPN," tegasnya.

Menurut Fariz, dalam kes Aminulrasyid jelas menunjukkan pihak polis tidak mematuhi prosedur dan bertindak secara melulu sehingga menyebabkan kematian remaja berkenaan.

Tambah beliau, AMK akan mengkaji kenyataan tersebut secara teliti dan tidak menolak kemungkinan untuk membuat laporan polis terhadap Musa.

"Kenyataan Musa bersifat kebudak-budakkan tetapi kita menganggap is sebagai sesuatu yang serius apabila dia yang mengetuai sebuah organisasi keselamatan yang begitu penting membuat kenyataan yang bersifat ugutan kepada rakyat," kata beliau lagi.

Ingatkan Karam Singh Walia jer yang mampu memberi perumpamaan-perumpamaan yang menarik tertarik kau memang dabomm, tapi KPN juga ada perumpamaan yang tak kurang hebatnya seperti Kereta diumpamakan senjata, kalau kereta diumpamakan senjata, macam mana dengan lori?, kapal terbang?, kapal selam?

Thursday, April 29, 2010

Sesumpah dan Kotaknya

Ezam Bakal Dilantik Timbalan Menteri? - Suara Keadilan

SHAH ALAM 29 Apr - Bekas Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Mohamad Ezam Mohd Nor dijangka akan dilantik sebagai Timbalan Menteri selepas mengangkat sebagai Ahli Dewan Negara Isnin depan.

Sumber Umno mengatakan Ezam kemungkinan akan dilantik sebagai salah seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah porfolio Tan Sri Koh Tsu Koon dan akan bertanggungjawab mengenai NKRA dan KPI.

Lantikan sebagai Senator dan Timbalan Menteri dilihat sebagai satu "habuan politik" setelah membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor dalan pilihan raya kecil Ahad lalu.

Antara tugasan Ezam yang dianggap "berjaya" oleh pimpinan Umno ialah tindakan keluar parti oleh beberapa pimpinan AMK peringkat cabang di Selangor dan Kelantan serta memainkan isu arak terhadap calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim di kawasan majoriti pengundi Melayu di kawasan Felda semasa kempen PRK Hulu Selangor.

Ezam, 42, meletak jawatan sebagai Ketua AMK Pusat yang dipegang beiau sejak 1999 dan juga Ketua Cabang Shah Alam pada Februari 2007 dan keluar KEADILAN pada Jun berikutnya.

Beliau menyertai semula Umno pada 28 Mei 2008 dengan menyerahkan borang keahlian parti kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut dijangka mendapat "hadiah politik" ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel ayang bakal dilantik sebagai Menteri.Palanivel yang merupakan pilihan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu terpaksa memberi laluan kepada calon MIC pilihan Umno, P Kalamanathan setelah mendapat bantahan dan pandangan negatif dari kalangan pimpinan Umno.

Dua lagi Senator baru selain Ezam dan Palanivel ialah Pengerusi Eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara pada hari Isnin pukul 9 pagi.

Temuduga Terbuka!

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara, Kemudian Akan Di lantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Tidak Perlu PHD, Ijazah mahupun Diploma atau SPM, SRP lagi tak perlu.
Tidak perlu bawa pingat atau pangkatt cukup sekadar kain putih.
Tidak perlu RM atau harta serta emas yang anda kumpul.
Tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Munkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERBUKA INI:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguh nya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguh nya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak solat. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambah lah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Wednesday, April 28, 2010

Bukan Sekadar Mat Kotak


Ezam Mohd Nor antara empat dilantik Senator - Malaysiakini

Bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator.

Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.

Ezam (kiri) juga adalah bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terkenal kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.

Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.

Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam berkata dia bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan mereka tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".

Sementara itu, bagi timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel, ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia.

Perlantikannya itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tetapi sebaliknya menyokong calon kompromi, P Kamalanathan.

Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga dijangka akan diberikan jawatan sebagai timbalan menteri.

Peguam Perancis kes Scorpene kini di Kuala Lumpur


Joseph Breham, seorang daripada anggota perundangan Perancis yang memfailkan aduan di mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia dijangka mendarat di Kuala Lumpur hari ini.


Misi Breham adalah untuk mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram, yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan.

Perjanjian pembelian kapal selam yang menelan belanja berbilion dolar itu dimeterai oleh menteri pertahanan ketika itu (2002), Datuk Seri Najib Razak yang kini adalah perdana menteri Malaysia.

Perjanjian itu dikatakan memberi komisyen RM3.7 billion kepada seorang sekutu rapat Najib, Abdul Razak Baginda.

Nilai pembelian itu adalah untuk memperolehi dua kapal selam kelas diesel - yang dibina oleh Armaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan gergasi Perancis, DCN (yang dulunya dikenali sebagai Direction des Constructions Navales) dan pemajakan kapal selam ketiga yang sudah bersara yang diusahakan oleh sebuah syarikat usahasama antara DCN dan firma, Sepanyol, Agosta.

Breham, seorang daripada tiga peguam yang memfailkan kes berkenaan dengan pihak pendakwaan Perancis bagi pihak Suaram memberitahu Asia Sentinel bahawa mahkamah Perancis telah membuka siasatan awal dan akan menasihatkan anak guamnya berhubung langkah seterus mereka.

Breham, Renaud Semerdjian dan peguam utama, William Bourdon, memfailkan permohonan bagi menyiasat rasuah dan wang umpanan ke atas DCN pertama kali pada Disember dan memfailkan dokumen tambahan pada Februari lalu.

Kes berkenaan menjadi tajuk utama media di Malaysia berikutan pembunuhan ngeri seorang penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006 yang juga adalah kekasih Razak Baginda yang mengiringinya ke Perancis berhubung beberapa urusniaga pembelian kapal selam berkenaan.

Altantuya yang juga seorang model dijumpai dalam keadaan berkecai diletupkan dengan bahan peledak milik pihak keselamatan di sebuah hutan di luar Kuala Lumpur.

Dua daripada polis pengawal peribadi Perdana Menteri yang diarahkan menghalang Altantuya oleh ketua staff Najib, Musa Safri telah didapati bersalah oleh makamah dan dijatuhkan hukuman mati.

Namun, Najib, mahupun Musa belum disoal-siasat oleh pihak berkuasa berhubung kes berkenaan.

Walaupun rekod menunjukkan bahawa Najib berada di Perancis pada masa yang sama ketika Altantuya dan Razak Baginda, beliau berulang-kali telah bersumpah kepada Allah bahawa dia tidak mengenali model Mongolia itu.

Sebuah laporan yang difailkan oleh seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Razak Baginda mendakwa Altantuya adalah kekasih pertama Najib.

Selepas Altantuya dibunuh, pihak berkuasa menjumpai sepucuk surat yang mengatakan bahawa wanita itu akan memeras ugut Razak Baginda untuk sejumlah US$500,000, walaupun tujuan wang itu tidak disebut.

Selain kos kapal selam dan juga komisyen yang tinggi, lebih menggemparkan kontrak asal menyebut kapal selam berkenaan tidak mempunyai kelengkapan senjata dan peralatan mengesan. Pihak ketenteraan Malaysia perlu membuat bayaran tambahan €130 juta (RM550 juta) untuk melengkapkan kapal selam itu.

"Adakah ini bermakna, kita membeli besi kosong?" soal seorang pegawai tentera yang tidak mahu dikenali, menerusi email kepada Asia Sentinel.

Ehsan : malaysiakini

SHAH ALAM 28 Apr - Barisan peguam aktivis Pakatan Rakyat yang menawarkan diri untuk mewakili keluarga seorang remaja yang mati ditembak polis awal pagi Isnin mendesak Polis DiRaja Malaysia menjalankan siasatan secara bebas, adil dan telus.

Ketua Penerangan KEADILAN merangkap peguam kes ini, Latheefa Koya membidas tindakan polis yang mendakwa remaja 15 tahun itu, Aminulrasyid Amzah terlibat dalam kes jenayah.

Menurut beliau, tindakan itu melambangkan kelemahan anggota polis sekaligus membuktikan PDRM tidak profesional menjalankan tanggungjawab mereka apabila mengeluarkan kenyataan sebelum siasatan dibuat.

"Kami ada saksi, kami akan 'follow up' isu ini. Kes sebegini tidak boleh berulang lagi.

"Kami akan bangkit supaya Suruhanjaya Bebas diwujudkan bagi menyiasat kes ini dan polis tidak boleh sewenang-wenangnya melepaskan tembakan kerana ada etika yang sepatutnya untuk berbuat demikian ataupun menggunakan senjata api.

"Dan kami minta anggota yang terlibat digantung keanggotaannya, dilucutkan jawatan mereka serta diambil tindakan disiplin secepat mungkin," katanya pada sidang media selepas menemai ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad, 60 membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam petang semalam.

Sehubungan itu, Latheefa juga berkata, pihaknya akan terus memantau tindakan kes tersebut bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor Yaakub Sapari, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.

Sementara seorang lagi peguam N Surendran tidak dapat menerima alasan yang diberikan pihak polis yang membenarkan polis menembak remaja berkenaan.

Beliau juga mengecam tindakan polis bahawa mereka tidak memiliki kuasa yang membenarkan mereka menembak seseorang sesuka hati biarpun jika pemandu tidak mempunyai lesen kereta melainkan keselamatan mereka terancam.

"Polis harus mematuhi prosedur sebelum mengambil sebarang tindakan drastik yang mengancam nyawa orang awam," tegas beliau.

Surendran turut mengecam kenyataan awal polis yang mendakwa remaja tersebut terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata.

Aminulrasyid ditembak mati oleh peronda polis kira-kira jam 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 Shah Alam, sekitar 100 meter dari rumah mangsa.

Mangsa dikatakan sedang memandu Proton Iswara berdaftar di bawah nombor BET 5023 ketika kejadian.

Turut berada di sebelah mangsa ketika kejadian, rakan sebayanya.

Polis juga mendakwa juvana tersebut adalah kumpulan geng samun dan memiliki sebuah parang di dalam kereta yang dinaikinya.

Mangsa dilaporkan mati ditembak dengan beberapa das tembakan dari arah belakang.

Tuesday, April 27, 2010

Sekolah Seks Selesai


Dewan Negara: Pendidikan Seks Tidak Akan Diajar Di Sekolah - Dr Mohd Puad

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Mata pelajaran pendidikan seks tidak akan diajar di sekolah, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata ini kerana subjek tersebut yang lebih dikenali sebagai pendidikan kesihatan reproduktif telah dimasukkan dalam mata pelajaran pendidikan kesihatan dan subjek lain seperti biologi, sains, sains tambahan, pendidikan moral dan pendidikan Islam.

Justeru, katanya, kementerian dalam memantapkan pengajaran guru dalam subjek pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial telah membuat persedian untuk melatih guru-guru di sekolah menengah dan rendah menjadi Jurulatih Utama (JU) di peringkat kebangsaan dan mereka ini akan melatih guru-guru di peringkat negeri.

"Kursus JU berhasrat untuk memberi pendedahan tentang pelaksanaan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial dan mencari pendekatan pengajaran dan pembelajran (P&P) yang sesuai untuk diterjemahkan ke dalam P&P di dalam kelas seperti yang hasratkan dalam kurikulum," katanya ketika menjawab soalan Senator Doris Sophia Brodi di Dewan Negara pada Selasa.

Doris Sophia ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk memperkenalkan subjek pendidikan seks di dalam kurikulum sekolah dan kajian yang telah dijalankan berkenaan subjek tersebut dan bila ia akan dilaksanakan.

Dr Mohd Puad berkata peranan ibu bapa serta penerimaan masyarakat juga adalah penting bagi membantu guru dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan kurikulum pendidikan kesihatan reproduktif ini kepada para pelajar.

"Sikap keterbukaan ibu bapa dalam membincangkan hal-hal berkaitan seksualiti dengan anak-anak mereka sendiri dan sokongan pihak-pihak lain kepada guru secara tidak langsung dapat membantu keberkesanan kurikulum ini di sekolah.

"Ini sekaligus dapat mengurangkan sensitiviti yang mengiringi isu seksualiti supaya ia diterima sebagai hakikat proses semulajadi yang perlu dilihat dalam perspektif tepat dan sihat," katanya.

Sambungan : Remaja Ditembak Mati Polis


'Jangan lapor yang bukan-bukan', rayu ibu Aminulrasyid'

Ibu kepada pelajar berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, yang mati ditembak polis awal pagi semalam, meminta polis menyiasat kes kematian anaknya dengan telus bagi "mencari keadilan".

Norsiah Mohamad, 60, seorang ibu tunggal, juga mendakwa anaknya itu tidak terlibat dalam aktiviti jenayah, seperti dilaporkan media.

"Saya tau anak saya, dia bukan seperti yang disebarkan dalam akhbar. Saya tau siapa anak saya," katanya dalam sidang media di rumahnya di Shah Alam hari ini.

Dalam sidang media itu, Norsiah ditemani oleh anak perempuannya, Norazura Amzah dan menantunya, Kamarudin Hassan.

Aminulrasyid merupakan anak bungsu daripada lapan adik beradik.

Beliau berharap media tidak melaporkan "yang bukan-bukan" kerana "saya sebagai ibu tak sanggup nak baca."

Ditanya sama ada pihaknya akan menyaman polis, Norsiah berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama anggota keluarganya yang lain.

Ibunya kelihatan sedih dan bergenang air mata ketika mengulas perkara itu.

sambungan : Remaja Ditembak Mati Polis

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menggesa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa siasatan kes terhadap anggotanya yang menembak mati seorang remaja 15 tahun, dijalankan dengan telus.

Wakil rakyat PAS itu berkata, beliau kecewa dengan kenyataan awal pihak polis, ketika siasatan masih dijalankan, yang mendakwa remaja tersebut mungkin terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata, seperti yang dilaporkan media.

Katanya, beliau sendiri turut menemani saksi utama kes tersebut - yang bersama mangsa ketika mangsa ditembak – yang disebut oleh satu laporan akhbar sebagai Aminul Rashid Amzah (foto atas) - membuat laporan di balai polis Seksyen 11 jam 9.43 malam tadi.

Menurut khalid lagi, selepas selesai membuat laporan itu, rakan remaja itu pulang ke rumahnya.

“Saya minta ketua polis jamin keselamatan saksi ini. Jangan ada usaha untuk mengubah keterangannya,” katanya dalam satu sidang akhbar pagi ini.

Khalid juga turut mengedar salinan laporan polis rakan remaja tersebut kepada pihak media.

Sementara itu, dalam laporan polisnya, rakan remaja berkenaan mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju.

Dakwanya, kereka mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.

Dalam aduannya itu, rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang.

Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.

Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu balik ke rumah.

Remaja Di Tembak Mati Polis


SHAH ALAM, 26 April (Bernama) -- Kakak kepada remaja lelaki yang ditembak mati oleh anggota peronda polis dalam kejadian awal pagi Isnin, bingung mengapa adiknya ditembak malah yakin mangsa bukan penjenayah seperti yang didakwa.

Norazura Amzah, 39, yang ditemui di perkarangan masjid di kawasan perumahan Seksyen 11 di sini berkata beliau hanya mengetahui adiknya Aminulrashid, 15, yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mati ditembak ketika ingin membuat laporan kehilangan adiknya yang tidak pulang sejak malam tadi.

"Ibu telefon pagi tadi memaklumkan adik tidak pulang ketika keluar dengan sebuah kereta Proton Iswara milik seorang lagi kakaknya.

"Saya mula tidak sedap hati dan terus bergegas ke rumah ibu kemudian kami sekeluarga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini dan dimaklumkan terdapat kejadian tembak membabitkan seorang remaja berdekatan rumah ibu di Seksyen 11," katanya di sini Isnin.

Kejadian tembak itu juga dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 2 pagi hanya kira-kira 100 meter dari rumah mangsa.

Norazura yang beberapa kali terhenti bercakap kerana menahan sebak berkata mereka bergegas ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dekat sini namun tidak dibenarkan masuk.

Beliau berkata seorang daripada pegawai bertugas di bilik mayat itu kemudiannya mengesahkan mayat remaja berkenaan menyamai paras rupa adiknya yang merupakan anak bongsu daripada lapan adik-beradik dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 di sini.

"Maaf, saya sangat kecewa dan sedih, apalah salah seorang remaja seperti adik saya, jangan membuat tuduhan melulu dan cuba fikirkan apa rasanya andai dia berlaku kepada kita," katanya.

Tinjauan Bernama di perkarangan masjid di Seksyen 11 di sini mendapati lebih 200 rakan Allahyarham dan saudara mara berkumpul untuk menunaikan solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada mangsa.

Turut kelihatan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin, timbalannya Supt M.Chandara serta Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad.

Van jenazah polis turut disediakan bagi membawa jenazah ke tanah perkuburan yang diiringi unit kawalan motosikal polis.

Jenazah Aminulrashid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini selepas solat Maghrib malam ini.

Sementara itu, Khalid berkata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar memberikan jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian itu.

"Allahyarham seorang remaja yang dikenali di kawasan ini dan kemungkinan melakukan jenayah adalah tidak mungkin sama sekali," katanya.

Seorang pemilik kafe siber, yang dikenali sebagai Amin berkata Allahyarham ialah seorang remaja yang mudah didekati dan penyayang serta sering mengunjungi premisnya.

"Kali terakhir saya menemuinya petang semalam ketika dia melayari internet di sini dan bergurau dengan anak-anak saya, kemudian selepas bermain bola di padang berhampiran dia sempat melambaikan tangan ke arah saya dan isteri," katanya sebak.

Pada kejadian itu, Aminulrashid mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan seksyen 11 di sini.

Ini bukan kes pertama dah banyak kes yang berlaku sebegini namun akhir sekali senyap sunyi sepi tiada tindakan yang dilakukan, sampai bila harus terjadi sebegini, mungkin bila terjadi kepada keluarga mereka yang mempunyai nama baru ada tindakan baru ada pendedahan...oppss terlebih sudah.

Monday, April 26, 2010

Tiada Bezanya BN=RM

Terkesima seketika mendengar ucapan Perdana Menteri slogan 1Malaysia di Buletin Utama, TV3 malam tadi.

Dengan bangga dan megahnya dia mengumumkan bahawa sekiranya esok, pengundi di Hulu Selangor keluar mengundi dan "menghadiahkan undi mereka" kepada Barisan Nasional, maka beliau akan meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada Hulu Selangor untuk membina sekolah Cina di kawasan tersebut pada hari Isnin secara tunai.

Adakah Datuk Seri Najib Razak sedar motif bantuan beliau itu merupakan rasuah politik dalam pilihan raya ? Apakah beliau arif bahawa kata-katanya itu merupakan bantuan "bertopengkan rasuah?" Adakah Najib sedar bantuan RM3 juta itu berupa upahan berbentuk rasuah atau 'daylight bribery'?

Tidak cukup dengan itu, PM 1Malaysia berjemaah di surau kampung dan mengisytiharkan peruntukan RM100,000 untuk bantuan masjid dan mendermakan sebuah van jenazah di surau berkenaan. Kalau Najib jujur kenapa tidak derma selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor? Beliau boleh pula cakap politik di rumah ibadat? Kalau Umno-BN semua halal dan ok.

Teringat pula kes derma lembu untuk kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor. Kalau ada yang ingin bersedekah lembu untuk dikorbankan sempena Aidil Adha yang lepas, terus menjadi isu utama dan mewar-warkan kepada seluruh alam yang Pakatan Rakyat memberi lembu yang berbentuk rasuah. Umno-BN bekerja sedaya-upaya untuk menjatuhkan imej Pakatan Rakyat di bawah kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mungkin definasi derma dan sedekah lain maknanya bagi Umno-BN. Yang mereka secara terang-terangan menghulur sana sini bantuan bila mana adanya PRK itu dikira sebagai derma. Boleh pula? Tidakkah itu hanyalah sekadar agenda meraih undi rakyat. Tapi mereka terlupa dalam beberapa siri PRK hanya dua kerusi sahaja yang mereka dapat pertahankan yang lain? Pi mai pi mai tang tu juga!

Kalau benar Umno-BN sebuah kerajaan yang tulus, mengapa tidak diluluskan bantuan tersebut walaupun kerusi itu di pegang oleh Pakatan Rakyat? Fenomena ini memang telah di jangkakan kerana ianya memang merupakan agenda utama bagi Umno-BN bagi menghadapi mana-mana PRK. Apa jadi dengan janji-janji manis pilihan raya yang telah mereka janjikan kepada mana-mana kawasan PRK dahulu? BIla kalah, habuk pun tarak! Ini menandakan yang kerajaan Umno-BN hanya pandai bermain kata-kata semata-mata untuk meraih undi, bila tidak dapat apa yang di ingini, janji-janji mereka kepada penduduk dikawasan berkenaan di kuburkan begitu sahaja. Inikah kepimpinan yang di katakan sebuah kepimpinan unggul?

Najib PM 1Malaysia tersebut juga lebih ke arah ugutan kepada penduduk setempat. Mana tidaknya, ugut, kalau nak pembangunan atau sekolah baru, maka undilah Barisan Nasional, kalau tidak, bak kata orang Sabah "tapun-tapun" yang membawa maksud "kempunanlah kamu". Taktik begini memang bukanlah suatu perkara baru, ianya akan dan pasti berlaku di setiap PRK dan PRU. Ianya tidak mustahil sama sekali.

Di zaman Tunku Abdul Rahman, pernah di siarkan sebuah lagu antara liriknya, "Undilah Parti Perikatan", terus mendapat bantahan daripada Tan Sri Dr Tan Chee Koon dari Pekemas kerana menurut beliau tidak sepatutnya di salahgunakan mana-mana media elektronik dan cetak untuk membantu kempen kepada parti Kerajaan. Allahyarham Tunku menerima baik teguran tersebut lalu mengarahkan lagu tersebut di hentikan sama sekali siarannya. Begitulah tulus dan ikhlasnya kepimpinan pemimpin-pemimpin dahulu Sekarang? Tepuk dada tanya selera! Kalau boleh setiap genap sumber harus di gunakan untuk berkempen secara tidak langsung.

Segala saluran siaran media elekronik di arahkan memberikan laluan seluas-luasnya kepada calon-calon Barisan Nasional. Dari TV1, TV2, TV3 hingga saluran Astro, semuanya melagukan siaran puji-pujian kepada calon Barisan Nasional. Adakah mereka lupa, tiga-tiga DUN di Parlimen Hulu Selangor adalah di bawah pegangan Umno-BN, mana wakil rakyatnya tidak buat kerja? Bila berlaku sesuatu perkara tangan di tuding ke arah Kerajaan Pakatan Rakyat. Benar-benar hipokrit !

Tidak cukup si suami, si isteri, pun turut berkempen, menegakkan benang yang basah. Jika di imbau kembali, dalam banyak-banyak isteri PM Malaysia ini, isteri inilah yang lebih suka "menonjolkan diri dan tertonjol".

Beliau berhasrat mempersoalkan baik dan buruk sesuatu perkara, tapi beliau lupa, beliau dan kroni-kroni lebih banyak melakukan perkara yang BURUK daripada perkara yang baik. Lupakah Kak Mah, dalam banyak-banyak isteri PM di Malaysia ini, isteri PM manakah yang menghalalkan 'sistem laga-laga pipi' dengan orang yang bukan muhrim? Teristimewa berani betul dia lakukan di hadapan suami sendiri. Suami tinggal tengok dan tersengih, inikah PM idola rakyat ? Terpulang kepada anda untuk menilaikannya.

Ehsan : Suara Keadilan

Lawan tetap lawan


Harakahdaily
KUALA KUBU BAHRU, 26 April: Walaupun kalah di Hulu Selangor dengan majoriti 1725 undi, pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokongnya tetap bertekad 'lawan tetap lawan' kerana bagi mereka Allah maha besar 'Allahu Akbar'.

Inilah yang mereka laungkan di Stadium Mini Kuala Kubu Bahru dekat sini malam tadi selepas SPR mengumumkan kemenangan berpihak kepada BN walaupun maklumat awal tersebar PKR akan menang dalam pilihan raya ini.

Pada jam 9.20 malam tadi, pengurus pilihan raya kecil itu, Nur Hisham Ahmad Dahlan mengumumkan calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

Calon Pakatan, Datuk Zaid ketika berucap kepada para penyokongnya malam tadi berkata, amat sukar untuk pihak lain menang dalam pilihan raya di negara ini selagi pembelian undi dihalalkan.

"Kita tewas kerana membeli undi itu halal dalam negara ini".

Zaid juga mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membelanjakan lebih RM40 juta dalam pilihan raya kali ini.

"Membeli undi di tengah malam itu halal, membeli undi di tengahari itu halal," katanya.

Suasana diselubungi suasana sebak dan sugul di kalangan pimpinan Pakatan yang berkumpul di stadium itu.

Kalau malam sebelumnya lebih 20,000 penyokong berkumpul, malam tadi hanya sekitar 500 penyokong tegar Pakatan ada dalam stadium itu.

Zaid turut ditemani isteri dan anak-anaknya di samping para pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Antaranya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang, dua naib presiden PKR Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah, ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin serta pengarah pilihan raya PKR Fuziah Salleh.

Dalam ucapannya, Zaid menambah, politik Machiavelli yang diajar oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama 23 tahun, telah terhenti sebentar apabila pentadbiran negara diambil alih oleh Datuk Seri Abdullah.

Namun ia bersambung semula selepas ia diambil alih oleh Najib.

Katanya, Abdullah cuba memberikan kebebasan dan reformasi yang menyebabkan keputusan pilihan raya 2008 memihak kepada rakyat.

"Walaupun terhad tetapi dia mencuba," katanya sambil meminta penyokongnya terus menuntut pilihan raya yang bebas dan bersih "kerana kerja kuat sahaja tidak mencukupi."

Saturday, April 24, 2010

BN=RM tetap sama Dulu Kini dan Selamanya


Dr.Jacob George: Suapan Atau Imbuhan Kepada Pengundi Menyalahi Undang-Undang Antarabangsa - tvselangor

Sebarang bentuk imbuhan atau suapan kepada pengundi ketika Pilihan Raya berlangsung menyalahi undang-undang di peringkat antarabangsa, kata Presiden Persatuan Pengguna dan Shah Alam, Datuk Dr. Jacob George.

Beliau berkata gelagat parti tertentu yang menabur janji kepada rakyat seharusnya tidak diamal di negara ini bagi mengelakkan pengundi menjadi mangsa, lebih-lebih lagi dalam pilihan raya kecil.

Dua hari sebelum pengundian pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerajaan Umno Barisan Nasional menyampaikan pampasan kepada 363 peneroka felda sungai buaya selepas berbelas-belas tahun penantian.

Mereka menerima 50 ribu ringgit setiap peneroka dengan 1 ribu wang tunai disampaikan secara tunai, selain dijanjikan kemudahan persimpangan bertingkat tanpa memberi alasan munasabah mengapa penyelesaian ini tidak dibuat lebih awal.

“Bukan dalam persatuan pengguna sahaja tetapi ini adalah satu konvensyen dan udang-undang antarabangsa, undang-undang nasional mana-mana negara pun. Ini adalah berkaitan dengan ketelusan dan akauntabiliti pemerintahan kerajaan yang baik.

“Apabila kita ingin membantu sesuatu masyarakat, kita boleh lakukan pada bila-bila masa sahaja tetapi bila sesuatu dilakukan apabila ada satu pemilihan atau cabaran baru hendak berikan bantuan, itu boleh dianggap sebagai rasuah politik,” katanya.

Dr Jacob mempersoal kesungguhan pemimpin membela rakyat sedangkan mereka selama ini tidak mengambil berat akan tanggungjawap sekian lama.

Beliau berasa malu jika suruhanjaya pilihan raya tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang menabur janji.

Beliau juga mencadangkan semua persatuan pengguna dijadikan pemantau pilihan raya supaya gejala tabur janji ini tidak berleluasa.

“Ini memalukan kita dan memalukan profesional kita dan yang pakar dalam undang-undang dan jadi sebab ini kita perlu katakana yang kita perlu tukarkan fikiran di peringkat akar umbi dan kita perlu ada satu kesedaran baru iaitu jika kita hendak lakukan sesuatu untuk masyarakat kita, kita perlu buat sebelum ada pilihan-pilihan seperti ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin kesal kerana Najib lambat menyelesaikan masalah pampasan peneroka sungai buaya sebaliknya menunggu pilihan raya berlangsung.

Beliau kesal berikutan kerana baik SPR mahupun SPRM berdiam diri dan meminta pengundi menilai semula lambakan janji-janji manis yang ditabur pimpinan Umno BN yang belum dilangsai.

“Ini adalah janji pilihan raya berbentuk suapan dalam bentuk wang bermakna dengan harapan bila rakyat diberikan duit, orang yang menerima habuan itu akan mengundi Barisan Nasional, itu jelas dari segi undang-undang bersalahan dengan akta undang-undang pilihan raya malah salah dengan akta pencegahan Suruhanjaya Rasuah Malaysia,” kata Shamsul.

Ingatan Buatku yang Mengejar Dunia

Bagaimana memaknai kehidupan? Bagaimana manusia harus mensikapi kehidupannya? Kehidupan dalam Islam, bukanlah rentang waktu yang pendek, yang digambarkan usia seseorang, atau usia sebagian umat manusia. Namun, juga bukan rentang waktu yang nyata, yang digambarkan dengan usia umat manusia secara keseluruhan.

Kehidupan menurut pandangan Islam adalah kehidupan di segala masanya, baik itu kehidupan nyata – yakni kehidupan duniawi – dan juga kehidupan akhirat. Masa dalam kehidupan dunia berbanding jauh dengan kehidupan akhirat. Ia bagaikan hanya satu jam di tengah hari. Ruang kehidupan akhirat pun lebih luas dari ruang kehidupan dunia. Ia adalah perpaduan ruang kehidupan dunia – di mana manusia hidup – dengan ruang lainnya.

Luas surga dalam kehidupan akhirat sebanding dengan langit dan bumi dalam kehidupan manusia. Sedangkan kehidupan neraka dalam kehidupan akhirat mampu menampung seluruh orang kafir dalam seluruh masa.

Tentu, hakikat rentang kehidupan mencakup kehidupan yang sifatnya familiar, yakni kehidupan akhirat, baik itu di surga maupun di neraka. Suasana yang ada dalam kehidupan akhirat tidak akan bisa dirasakan dan disamakan dengan suasana yang ada dalam kehidupan dunia.

Allah Ta’ala telah mendiskripsikan dengan jelas tentang kehidupan akhirat dalam al-Qur’an dengan berbagai karakteristik yang dimilikinya, hingga tampak jelas hakikatnya bagi siapa saja yang ingin mempelajarinya. Tapi, banyak manusia yang tidak mau memilih kehidupan yang lebih nyata, dan kekal, tapi manusia lebih memilih kehidupan yang fana, yaitu dunia.

Allah Ta’ala berfirman : “Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui”. (al-Ankabut :64) Menurut Mujahid mengungkapkan, “Sesungguhnya yang dimaksud dengan, sesungguhnya akhirat I tulah yang sebenarnya kehidupan adalah kehidupan yang tidak ada kematian didalamnya”. Sedang Ibn Jarir menyatakan, yang dimaksud dengan kehidupan akhirat adalah kehidupan yang kekal. Tidak ada kesudahannya, tidak interupsi dan tidak ada kematian. Ibn Abu Ubaidah mengemukakan, bahwa yang dimaksud dengan kehidupan akhirat adalah kehidupan yang tidak ada kematian di dalamnya. Ia adalah kehidupan yang tidak penuh dengan tipu daya, sebagaimana kehidupan duniawi.

Kisah indah digambarkan dalam kehidupan seorang sahabat, yaitu Hasan al-Basri, yang sangat zuhud terhadap dunia. Al-Basri tidak pernah terkena tipu daya dunia. Hidupnya jauh dari perbuatan durhaka, dan senantiasa diliputi ibadah kepada Rabbnya. Ia tinggalkan kehidupan dunia, yang melalaikan, dan hanya tipu daya belaka. Hasan al-Basri, benar-benar seorang, yang senantiasa dirinya terikat dengan akhirat. Jalan hidupnya penuh dengan ketaqwaan.Ia tidak ingin mengotori dengan prenik-prenik kenikmatan yang menipu, dan membuatnya terjatuh dalam murka-Nya.

Ketika Hasan al-Basri sedang sakit, saudara-saudaranya dan teman-temannya yang menjenguk merasa heran. Karana mereka tidak mendapati apa-apa dirumahnya, tidak ada tikar ataupun selimut, kecuali tempat tidur yang tidak ada apa-apanya. Hasan al-Basri rahimahullah adalah seorang ustadz (guru) dalam kewara’an. Dia mencari tingkat yang luhur dan menjauhkan dirinya dari hal-hal yang mengotorinya. Alangkah indahnya hidup laki-laki yang menahan diri dari selera nafsu dan beraneka ragam kenikmatan dunia.

Sementara, tak sedikit manusia yang binasa lantaran memperturutkan hawa nafsunya. Hasan al-Basri menjauhi hawa nafsu yang menyukai segala Sesuatu, nafsu yang cenderung kepada aneka kesenangannya yang dapat merusaknya.

Kewara’an Hasan al-Basri samapi ke tingkat ia tidak mengambil gaji dalam tugasnya dibidang peradilan. Tatkala Addi bin Arthat, seorang pejabat Iraq, memberinya uang sebesar 200 dirham, ia menolaknya. Addi mengira pemberian uang itu dianggap kurang oleh Hasan al-Basri. Karena itu, ia menambahnya. Namun, Hasan al-Basri tetap menolaknya. Al-Basri berujar : “Aku menolaknya bukan karena aku memandang uang itu sedikit. Aku menolaknya karena tidak mau mengambil upah dalam memutuskan hukum”, tegas al-Basri.

Tidak ada lagi di zaman sekarang manusia yang memiliki sikap hidup seperti Hasan al-Basri, yang zuhud terhadap kehidupan dunia. Manusia modern di saat sekarang ini, justru mengejar kehidupan dunia yang fana, dan sebentar berakhir manusia. Tapi, justru manusia mengagungkan dan memuja kehidupan dunia, yang tidak ada artinya apa-apa di akhirat nanti.

Friday, April 23, 2010

Pulun Jangan Tak Pulun

Pesta Nasi Lemak-Teh Tarik Di Hulu Selangor Sabtu Ini

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Penduduk setempat dan pengunjung ke Kuala Kubu Baharu di Hulu Selangor dijemput menjamu selera dengan nasi lemak dan teh tarik pada "kenduri rakyat" anjuran Jabatan Warisan Negara (JWN) esok.

Program yang dinamakan Pesta Nasi Lemak-Teh Tarik dan Makanan Warisan 1Malaysia akan diadakan di padang kawad akademi bomba dan penyelamat Malaysia Kuala Kubu Baharu, bermula dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Pesuruhjaya JWN, Prof Emeritus Datuk Siti Zuraina Abdul Majid berkata pesta ini akan menampilkan makanan warisan daripada pelbagai kaum termasuk Sabah dan Sarawak.

"Selain nasi lemak dan teh tarik, makanan tradisi Cina seperti 'char kuey teow' dan pau serta makanan tradisi India seperti apam dan putu mayum turut disajikan. Tidak ketinggalan makanan tradisi Sabah dan Sarawak seperti kuih cincin.

"Semua makanan warisan yang akan disajikan adalah bersifatkan 1Malaysia," katanya kepada Bernama Jumaat.

Beliau berkata pihak JWN dan penduduk setempat juga akan bergotong-royong menghasilkan nasi lemak bungkus terbesar berukuran hampir dua meter dan berharap ia dapat dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.

Siti Zuraina berkata pesta tersebut akan dirasmikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan dihadiri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isterinya Datin Seri Masnah Rais.

Katanya pelbagai pameran daripada jabatan-jabatan di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan turut diadakan pada pesta tersebut.

"Antara pameran yang akan diadakan termasuk pameran pakaian tradisional, pameran permainan tradisional dan pameran ular oleh Jabatan Muzium Negara. Turut diadakan demonstrasi masakan Sabah dan Sarawak," katanya.

Di samping itu, pelbagai pertandingan juga telah direncanakan untuk pengunjung, antaranya pertandingan kukur kelapa, pertandingan aksi teh tarik, pertandingan menebar roti canai, pertandingan permainan tradisi dan cabutan bertuah.

Sementara itu, beliau yang menyifatkan pesta ini sebagai 'kenduri rakyat' berharap pesta ini menjadi platform untuk memperkenalkan makanan warisan kepada masyarakat dan merapatkan hubungan antara kaum.

"Saya mahu masyarakat sedar makanan itu adalah satu aspek warisan kita. Selalunya kita ambil mudah... kita lupa yang kita makan itu adalah warisan kita juga," katanya.

Kenapa hanya di Hulu Selangor? Oppss...lupa...25hb ni nak mengundi rupanya...Dah kenyang nanti baru terbuka minda untuk mengundi Datuk Zaid Ibrahim dari calon Pakatan Rakyat..Errkk (sendawa) Alhamdulillah

Thursday, April 22, 2010

Rogol - Pensel dalam Anu

GOMBAK: Doktor yang memeriksa dan merawat seorang remaja perempuan yatim piatu berusia 14 tahun yang menjadi mangsa rogol rakan sekelasnya minggu lalu terkejut apabila mendapati bukan sahaja dia telah sebulan mengandung tetapi turut menemui sebatang pensil di dalam kemaluan mangsa.

Doktor mengesyaki sesuatu apabila budak perempuan tersebut mengadu terasa sakit setiap kali dia membuang air kecil.

Malah budak perempuan itu tidak menyedari pun yang di dalam kemaluannya terdapat sebatang pencil berukuran 4cm panjang sehinggalah para doktor mengeluarkannya dalam pemeriksaan yang dijalankan di Hospital Selayang Hospital.

Mangsa membuat laporan polis Isnin lalu dengan mendakwa rakan sekelasnya telah merogolnya pada waktu rehat sekolah. Mereka bersekolah di Rawang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Rosly Hassan berkata, hasil siasatan mendapati, ini bukanlah kali pertama pelajar perempuan itu dirogol.

Malah katanya, budak perempuan itu telah beberapa kali dikasari secara seksual tetapi menyembunyikan kejadian itu daripada pengetahuan sesiapa.

“Kami percaya, perbuatan itu dilakukan bukan oleh seorang suspek tetapi lebih dari itu,” katanya.

Polis, katanya lagi kini masih menyoal siasat mangsa dan berharap akan memperolehi lebih banyak maklumat bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, rakan sekolah mangsa yang disyaki merogolnya di sekolah berkenaan telahpun ditahan di kawasan sekolah beberapa jam selepas mangsa membuat aduan.

Supt Rosly menambah, polis turut menahan enam lagi suspek yang dipercayai bersubahat untuk membantu siasatan.

Ini baru kes Pensel dalam Anu, entah esok lusa apa pulak lagi....hemm nak jadikan pendidikan seks sebagai mata pelajaran di sekolah rasanya batalkan aja niat tersebut, banyak lagi subjek yang meningkatkan minda boleh dijadikan mata pelajaran. Pendidikan seks ni tidak pun di ajar semasa zaman dulu kala...tapi rasanya sekarang lebih ADVANCE, sepatutnya perkara seks nie perlu dielakkan dari pengetahuan pelajar-pelajar kerana minda mereka tidak seharusnya didedahkan dengan perkara seperti ini diperingkat awal.

Wednesday, April 21, 2010

Tips Belajar Saat Akhir

Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran

Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.

Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram itu.

Yakin terhadap kebolehan diri

Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin bahawa anda boleh berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan.

Masa rehat perlu secukupnya

Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. Ambil masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.

Hapuskan tabiat suka tidur

Sebaiknya para pelajar tidak terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar. Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan. Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. Jadualkan masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda hendak tidur beberapa jam, anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran anda supaya anda terjaga pada waktu yang dikehendaki.

Masa-masa beginilah yang paling sesuai agar tidak akan diganggu. Penumpuan tenaga dan fikiran terhadap pembelajaran juga akan menjadi mudah. Keadaan ini tidak mendatangkan masalah kerana kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa kecerdasan berfikir dan keupayaan membuat keputusan tidak terjejas berikutan dengan pengurangan waktu tidur yang dilakukan.

Tidur merupakan waktu rehat yang paling baik dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Tetapi ramai pelajar membawa masalah pelajaran ke tempat tidur dan memikirkan pelbagai perkara tentang masalah ini. Akibatnya mereka mengalami gangguan tidur dan ada yang tidak dapat tidur langsung. Pada keesokan harinya, pelbagai perkara akan berlaku seperti berasa pening, tidak selesa dan tidak tenteram kerana ketegangan fikiran dan kelesuan tubuh badan. Ini boleh menjejaskan prestasi mereka pada hari peperiksaan. Sekiranya mereka terpaksa menghadapi peperiksaan pada hari itu, mungkin mereka tidak dapat berfikir dengan tenang seterusnya akan menjejaskan ketepatan jawapan yang diberikan.

Jangan mengambil sebarang ubat yang meragukan

Pengambilan sebarang ubat mengganggu sistem saraf dan menyebabkan keadaan menjadi tegang dan mudah terangsang. Anda tidak perlu lagi mengambil sebarang pil peransang atau ubat-ubatan yang diragukan kesahihannya untuk mencegah tidur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda hendak mengambil pil-pil sedemikian. Jangan sesekali bertindak sendirian. Ini akan membahayakan anda.

Ubat peransang menyebabkan keletihan yang melampau. Ubat peransang sedemikian mematikan segala perasaan dan keinginan. Melalui ubat-ubat seperti ini, anda mungkin tidak dapat mengesan keletihan yang melampau secara terus. Ubat-ubat ini meransang anda untuk terus belajar tanpa rasa keletihan tetapi kesan yang bakal diterima menjadi lebih buruk setelah habis belajar.

Selain itu, elakkan juga dari meminum minuman berkafein seperti kopi atau teh yang berlebihan. Kesannya sama seperti memakan pil peransang yang menyebabkan kesan-kesan negatif seperti tangan menggeletar, tumpuan terjejas. Dalam keadaan yang tertentu mungkin menyebabkan lupa selain daripada kesan-kesan negatif yang lain. Seeloknya untuk mengawal rasa mengantuk, amalkan meminum lobak susu kerana ia akan mencergaskan lagi otak untuk berfikir.

Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting

Dalam keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu. Cuba pilih soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekuarng-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang anda pilih.

Semoga tips di atas dapat serba sedikit membantu para pelajar samaada di pusat pengajian tinggi atau di sekolah-sekolah, al maklumlah sekarang adalah merupakan musim peperiksaan sebelum bermulanya cuti persekolahan atau cuti semester.....renung dan amalkan.

Gunung TAK Senyum

Bumi Malaysia diketahui sebagai gedung khazanah alam yang unik dan bernilai. Namun, akibat sikap tamak manusia yang tidak pernah memikirkan nilai-nilai yang tersimpan bersama alam ini, perlahan-lahan, sedikit demi sedikit segala khazanah alam ini hilang akibat industri yang dijalankan di atas nama pembangunan. Terbaru, Gunung Jebak Puyuh dan Gunung Senyum bakal menjadi sasaran terbaru ekoran cadangan pembinaan kuari batu kapur oleh YTL cement corporation Snd. Bhd.

Gunung Jebak puyuh dan Gunung Senyum adalah dua bukit yang terbentuk melalui proses yang mengambil masa jutaan tahun. Berusia 240 juta tahun yang menyamai era premian, ia terbentuk daripada cangkerang, terumbu karang yang terurai dan mendap di kawasan tersebut yang satu ketika dahulu merupakan lautan cetek, hasil tindakan haba dan tekanan ia membentuk batu kapur yang kemudiannya muncul di permukaan bumi hasil dari pergerakan kerak bumi. Kesan dari air hujan, gua-gua terbentuk di batu kapur ini seterusnya membentuk stalagtik dan stalagmik dan masih berterusan hingga ke hari ini.

Di sini, kesan dari adaptasi kepada ekosistem unik ini, beberapa spesis flora dan fauna unik dan endemik ditemui, antarannya adalah Senyumia minutiflora, satu-satunya spesis dalam genus minutiflora dan hanya ditemui di Gunung Senyum sahaja di dunia ini. Selain itu ia turut menyimpan artifak-artifak arkeologi era Neolitik yang masih tidak dikaji, gua-gua di sini merupakan warisan kepada negara kita, Malaysia.

Terdapat beberapa justifikasi kepada bantahan terhadap projek ini yang mencakupi kesan kepada penduduk, alam sekitar serta khazanah alam yang tersimpan bersama Gunung Jebak Puyuh dan Gunung Senyum. Kedudukan kuari yang amat hampir dengan perkampungan penduduk dibimbangi akan menjejaskan penduduk dari segi keselamatan, kebersihan udara, malah akan menjejaskan sumber pendapatan ekonomi penduduk. Berdasarkan beberapa kes membabitkan kuari sebelum ini, debu yang datang dari tapak kuari hasil letupan akan mengotorkan udara sekeliling, ia mengganggu penafasan dan penglihatan penduduk sekitar.

Memandangkan kedudukan lokasi cadangan yang terlalu hampir dengan penempatan penduduk, maka kesan itu lebih ketara. Selain dari menjejaskan kebersihan udara seterusnya membahayakan kesihatan penduduk, debu dari kuari ini juga akan merosakkan tanaman-tanaman penduduk, yang mana merupakan kegiatan ekonomi utama penduduk sekitar, diingatkan di sini, debu yang datang dari kilang simen bukan debu biasa sebaliknya debu yang diproses bersama bahan-bahan kimia seperti Mangan (Mn) yang boleh menjeaskan penafasan serta mengubah kualiti tanah sekitar yang menjadi tanaman penduduk. Selain debu, juga dibimbangi, bongkah-bongkah batu yang diletupkan akan terpelanting ke kawasan penempatan dan ladang penduduk sebagaimana berlaku kepada penduduk di kuari sungai singkir, Yan, Kedah.

Dengan terjejasnya ekonomi penduduk, masalah berantai yang dibimbangi adalah masalah sosial di kalangan penduduk. Meskipun pembinaan kuari ini akan membuka peluang pekerjaan, namun tidak ada jaminan orang tempatan akan mengisi semua pelunag pekerjaan itu, memandangkan kepada status sosial penduduk. Kehilangan kegiatan ekonomi akan menimbulkan pelbagai masalah sosial kepada komuniti. Selain itu, kegiatan kuari ini juga bakal mencemarkan sungai yang merupakan sumber loji air Batu Sawar yang membekalkan air bersih kepada 2/3 penduduk seluruh Jengka iaitu hampir 30,000 orang penduduk. Ini antara kesan-kesan yang jelas ke atas penduduk sekeliling.

Dari sudut alam sekitar, pembinaan kuari ini bakal mengganggu habitat beberapa spesis terancam seterusnya membawa kepada kemusnahan spesis. Antara spesis yang dibimbangi pupus adalah Senyumia minutiflora, sejenis pokok keembung. Spesis ini merupakan satu-satunya spesis di dalam genusnya, bermakna ia kepupusan spesis ini bermakna kepupusan genus. Malah, spesis ini hanya ditemui di kedua-dua bukit ini di seluruh dunia.

Kedua adalah Impatiens ridleyi, spesis pokok yang hanya wujud di Batu Caves dan kedua-dua bukit ini, meskipun begitu, spesis ini semakin kurang ditemui di Batu Caves akibat kegiatan kuil di sana, maka Gunung Jebak Puyuh dan Gunung Senyum merupakan tempat yang paling sesuai untuk memastikan kelansungan spesis. Selain hidupan terancam, di sini juga ditemui beberapa spesis yang baru ditemui dan masih dalam kajian antranya adalah Urticaceae (FRI 60086).

Selain dari semua spesis ini, masih terdapat 10 spesis flora dan fauna yang hanya ditemui di kedua-dua bukit ini. Gua di sini juga merupakan habitat kepada hampir 19 spesis kelawar yang bersarang di dalam gua, salah satu ialah Eonycteris spelaea iaitu ejen pendebungaan utama bagi petai dan durian, malah kewujudan begitu banyak spesis kelawar juga berperanan sebagai kawalan biologi kepada serangga-serangga yang merosakkan tanaman. Gangguan kepada ekosistem ini bakal memberi kesan kepada pendapatan tanaman penduduk.

Gunung Jebak Puyuh dan Gunung Senyum bukan sahaja berharga dari sudut spesis, ia juga menyimpan khazanah alam yang unik, lembah-lembah di dalam gua di kedua-dua bukit ini terdapat ekosistem yang tersendiri dengan flora dan fauna yang telah beradaptasi dengan suhu dan tekanan di dalam gua lalu membentuk taman yang tersembunyi. Di semenanjung, taman tersembunyi ini hanya dijumpai di Gua Musang dan kedua-dua bukit ini. Gua-gua di sini juga digunakan oleh masyarakat purba era Neolitik, di sini masih tersimpan banyak artifak-artifak arkeologi yang penting dan berharga untuk kajian. Jelas di sini, pembinaan kuari di Gunung Jebak Puyuh ini hanya akan memberi keuntungan sementara dan dalam masa yang sama, negara kehilangan begitu banyak khazanah dan dalam masa yang sama penduduk sekitar menerima kesan langsung dari projek ini.

Pokok Kapitalisme Akan Terus Mengeluarkan Buah Busuknya

Jenayah keganasan seks meningkat

KUALA LUMPUR - Jumlah kes jenayah keganasan seks, termasuk liwat dan sumbang mahram yang dilaporkan meningkat hampir 50 peratus dalam tempoh lima tahun bermula 2005. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pada tahun lalu 4,238 kes jenayah keganasan seks termasuk rogol, liwat dan sumbang mahram dilaporkan berbanding 2,427 kes yang dicatat pada 2005.

Pada 2006 pula, 2,943 kes jenayah berkenaan dilaporkan diikuti 3,689 (2007) dan 3,986 (2008), katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam. Beliau berkata, demikian bagi menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) mengenai pecahan bilangan laporan polis berkenaan kes jenayah yang berkaitan dengan jenayah seks sejak 2005 hingga 2009.

Hishammuddin berkata, berdasarkan statistik jumlah tangkapan bagi kes keganasan seks bagi tempoh yang sama ialah 1,504 pada 2005, 1,837 (2006), 2,649 (2007), 2,656 (2008) dan 2,701 (2009).

“Manakala statistik pesalah yang didakwa di mahkamah menunjukkan 308 pesalah didakwa pada 2005, 410 (2006), 304 (2007), 228 (2008) dan 187 (2009),” katanya.

Menjawab soalan Kok mengenai langkah diambil kementerian untuk menangani masalah kematian dalam penjara dan pusat tahanan pendatang tanpa izin, Hishammuddin berkata, kementerian antara lain menyediakan perkhidmatan doktor panel seluruh institusi penjara bagi tujuan memeriksa dan merawat penghuni.

“Penghuni dan tahanan depot juga diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan semasa kemasukan,” katanya.

Beliau berkata, kementerian turut menyediakan prosedur mempercepatkan rawatan kesihatan di hospital luar penjara, menyediakan kemudahan ‘sick-bay’ serta meningkatkan kemudahan ubatan dan peralatan klinik dalam penjara.

“Kementerian juga mengadakan kerjasama antara Jabatan Imigresen dan Kementerian Kesihatan bagi pengisian jawatan Pembantu Perubatan Gred U29 di setiap Depot Tahanan Imigresen,” katanya. Anggota penjara turut dilatih sebagai ‘medical-orderly’ untuk mengawal pemberian ubat dan menyelia keperluan rawatan lawatan penghuni selain menyediakan kemudahan Sistem Maklumat HIV (SIMHIV) di Jabatan Penjara untuk kemudahan penghuni penghidap HIV. - Bernama

Sumber: Sinar Harian

Apa lagi yang dapat kita katakan mengenai data statistik yang dinyatakan oleh Hishammuddin melainkan bahawa sistem Kapitalisme yang diterapkan oleh pemerintah sekular hari ini sejak 53 tahun yang lalu telah gagal untuk memberikan kebaikan kepada manusia.

Sistem Kapitalisme yang muncul dari akidah sekularisme ini telah menjadikan manusia hari ini bertingkah laku seperti binatang. Kehidupan mereka dipandu dan diacu dengan hawa nafsu semata-mata, bukannya hukum syara’. Apa yang menyedihkan kita lagi ialah bagaimana kerosakan yang berlaku dalam masyarakat hari ini tidak mampu menyedarkan para pemimpin sekular umat Islam betapa perlunya mereka menerapkan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Kita melihat seolah-olah para pemimpin sekular hari ini bagaikan orang yang pekak, bisu dan buta dalam melihat kebenaran Islam sebagai penyelesaian segala masalah kehidupan. Oleh itu tidak hairanlah Allah SWT mengumpamakan manusia yang tidak menggunakan segala pancainderanya untuk beriman kepada Allah SWT ini adalah seperti binatang ternak malahan lebih buruk lagi.

Firman Allah SWT: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”. [TMQ al-A'raf (7) : 179].

PR Cabar BN Susun Syarikat Air, Tol, Elektrik, Broadband

KUALA LUMPUR 20 April - Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mencabar kerajaan Umno-Barisan Nasional menyusun semula syarikat utiliti utama seperti air, tol, elektrik dan 'broadband' bagi menjamin kepentingan rakyat.

Langkah ini menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekaligus dapat menyumbang kepada dasar ekonomi yang lebih mapan dalam pelaksanaan agenda Model Ekonomi Baru (MEB) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat yang didokongi oleh KEADILAN, PAS dan DAP telah membuat penelitian secara terperinci berhubung MEB dan mendapati ia tidak memberi kelebihan sepenuhnya kepada rakyat dan juga negara selagi empat perkara asas tersebut tidak dilaksanakan.

"Penyusunan ini akan mengurangkan beban kewangan kerana dasar monopoli ini memberikan faedah kepada syarikat terpilih dan beban kepada rakyat terlalu parah. Umpamanya setelah melihat pengakuan yang dibuat oleh TNB (Tenaga Nasional Berhad) sendiri bahawa 'margin reserved' yang digunakan oleh IPP ini telah meningkat 66 peratus.

"Semasa kita bantah di Parlimen dahulu kita bicara sekitar 40, 48 peratus dengan subsidi RM10 bilion oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat kroni yang kaya," katanya dalam sidang media di pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen tengahari tadi.

Pakatan Rakyat juga menuntut garis pendapatan dan gaji minima ditetapkan bagi mengurangkan penggunaan tenaga kerja di kalangan warga asing.

"Tentang keperluan menetapkan garis pendapatan dan gaji minima untuk pekerja dengan mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing dan dengan cara ini akan memaksa syarikat-syarikat kita meningkat keupayaan pelaksanaan industri di peringkat nilai tambah dan tidak bergantung kepada pekerja upah yang murah," ujar beliau lagi.

Anwar juga berkata, kaedah yang perlu diguna pakai bagi mengurangkan beban kewangan di kalangan golongan muda turut diberi penekanan serius.

"Dengan mempastikan bahawa beban kewangan di kalangan muda dengan upah yang ada sekarang itu terlalu berat dan membebankan. Oleh demikian kita (Pakatan Rakyat) telah mencadangkan kaedah percukaian yang progresif dengan lebih teliti dan terperinci," jelas Anwar.

Tambah beliau lagi, perkara terakhir yang harus dilaksanakan dalam MEB adalah membentuk perubahan.

"Perkara keempat yang sangat utama yang tidak disentuh dalam cadangan PM dalam Model Ekonomi Baru adalah perubahan. Tanpa perubahan dari segi keadilan, keyakinan persaingan, keselamatan maka ia akan menjejaskam kedudukan ekonomi negara.

"Perubahan ini termasuklah Jabatan Peguam Negara, badan kehakiman, polis, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan aspek-aspek yang melibatkan isu ketelusan dan pertanggungjawaban," jelas Ketua Umum KEADILAN itu lagi.

Bagaimanapun menurut Anwar, dasar, angka serta tindakan yang diambil hendaklah dijelaskan secara terperinci kerana berlaku percanggahan oleh pemimpin bawahan Najib.

"Pendirian Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ialah pertamanya pendirian PM mengenai model ini perlu dijelaskan kerana ia bercanggah dengan apa yang ditekan oleh Tan Sri Mohamad Nor Yaakob (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) yang menyatakan ini sekadar pandangan yang dikemukakan dan belum merupakan dasar kerajaan yang jelas.

"Tetapi yang lebih penting pengumuman yang dibuat PM ini mengandungi beberapa perkataan yang lunak seperti kerajaan tidak mampu menerima pendirian atau dasar ekonomi yang memberikan perlindungan kepada kelompok kecil dan ini juga mengulangi kenyataan yang dibuat oleh Tun Abdullah Badawi dulu bahawa cara kita bergantung kepada sikap mengharapkan projek-projek kerajaan oleh kalangan kecil tetapi tidak ada tindakan susulan, tegas Anwar.

Pakatan Rakyat mahu pendirian yang tegas berhubung MEB seperti isu kehilangan saham bumiputera sebanyak RM52 bilion yang sehingga tidak dijelaskan.

"Selagi ia tidak dijelaskan ia tidak membantu merangka satu dasar ekonomi yang lebih mapan," kata Anwar lagi.

Menurut beliau, isu kronisma untuk mengkayakan segelintir syarikat di sekeliling pimpinan Umno juga masih diteruskan.

"Umpamanya PM menyebut soal ketelusan dasar ekonomi yang lebih bertanggungjawab di mana kita ada kemukakan beberapa contoh cadangan penubuhan Institut Barah Nasional yang diumumkan berulang kali sehingga 2007 yang harganya RM340 juta tetapi bila diserahkan kepada IJN dan disubkontrak kepada syarikat Kiara Teratai ia melonjak hingga RM700 juta pada 2009. Maknanya cara dan kaedah gelojoh memberi manfaat kepada satu, dua syarikat pilihan masih diteruskan," jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Pakatan Rakyat juga melihat keputusan mengurangkan atau menghapuskan subsidi harus dilaksanakan secara berterusan.

"Jangan difikirkan subsidi yang hanya menyentuh kepada golongan bawahan tetapi juga kepada golongan korporat seperti subsidi air, tol dan harus lebih diambil kira kerana itu lebih membebankan negara dan bercanggah dengan liberalisasi ekonomi dan keupayaan daya saing di negara kita.

"Kita juga kemukakan lagi contoh apabila PM mengumumkan untuk membangunkan 3,000 ekar tanah bersama KWSP tetapi ia tidak mengikut peraturan ketelusan yang ada dan yang lebih penting ialah kerana masih meneruskan cara pengagihan kontrak kronisma dengan memberikan kepada MRCB tanpa tender dan kontrak cara yang telus dan ini bercanggah dengan pengumuman yang dibuat," kata beliau lagi.

Hadir sama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Monday, April 19, 2010

Chan, Goh cipta sejarah


Malaysia belum pernah ungguli acara beregu campuran

CHAN Peng Soon-Goh Liu Ying memahatkan nama mereka dalam lipatan sejarah badminton negara apabila muncul juara beregu campuran buat pertama kali pada Kejohanan Asia (ABC) di New Delhi, India, semalam.

Kemenangan 21-17, 20-22 dan 21-19 dalam tempoh 60 minit ke atas pilihan keenam Yoo Yeong-seong-Kim Min-jung dari Korea Selatan, menyaksikan Peng Soon-Liu Ying, mengikut jejak gandingan ternama yang pernah menjulang kejuaraan Asia seperti Kim Dong-moon-Rya Kyeung-min dan juara Olimpik 2008, Lee Young dae-Lee Hyo-jung.

Sejak kejohanan Asia dipertandingkan pada 1991, Malaysia belum pernah mengungguli acara beregu campuran, walaupun pernah memenangi acara lain seperti perseorangan lelaki dan beregu lelaki.

Dalam pertarungan sengit itu, gandingan negara yang juga pilihan ketujuh menang set pertama 21-17 tetapi gagal mengekalkan rentak sama menyaksikan lawan mereka menyamakan kedudukan dengan kemenangan 22-20 dalam set kedua.

Dalam set penentuan, Peng Soon-Liu Ying lebih tenang mengawal permainan dan berjaya mengekang kebangkitan lawan untuk memenangi set dan kejuaraan.

Bagaimanapun, dalam beregu wanita, pasangan muda negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei gagal menamatkan aksi mereka dengan nota kemenangan apabila kecundang 10-21, 6-21 kepada pasangan China, Pan Pan-Qing Tian.

Dalam perseorangan lelaki, jaguh China, Lin Dan menjuarai kejohanan dengan menewaskan rakan senegaranya, Wang Zhengming 21-17, 21-16.

Sumber : Berita Harian

Pemilihan Datuk Zaid TEPAT


KUALA LUMPUR, 19 April: Tindakan Datuk Dr. Halili Rahmat keluar PKR dan menyertai Umno dianggap sebagai suatu rahmat daripada Allah kepada Pakatan Rakyat.

Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, sikap yang ditunjukkan Halili katanya membuktikan Pakatan Rakyat tepat membuat keputusan untuk tidak memilihnya sebagai calon bagi PRK Hulu Selangor.

Nama Halili sebelum ini antara tersenarai sebagai calon Pakatan Rakyat bagi PRK Hulu Selangor.

"Memang namanya (Dr. Halili) antara yang dicalonkan, mujur kita tak pilih beliau, kalau kita (pimpinan Pkatan Rakyat) pilih sudah tentu merugikan rakyat kelak."

"Alhamdulillah, dengan keputusan Dr. Halili keluar (parti) seolah-olah suatu rahmat daripada Allah, (maka) saya cuma nak ucap terima kasih." ujar beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Keputusan Halili itu juga katanya memberi isyarat yang jelas bahawa keputusan Pakatan Rakyat memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon di Hulu Selangor merupakan keputusan yang terbaik.

Tambahnya lagi, Pakatan Rakyat tidak menganggap penghijrahan Dr. Halili kepada Umno sebagai suatu kerugian pada Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, menurut beliau, pemergian itu merupakan suatu proses pemutihan bagi Pakatan Rakyat, khususnya PKR sendiri.

"Ia bukan suatu kekurangan, saya nampak ia suatu proses pemutihan buat PKR dan Pakatan sendiri kerana sesiapa pun tahu realiti bankrapnya amalan politik Umno buat masa ini," beliau menambah.

Pagi tadi, media melaporkan Dr. Halili mengumumkan untuk meletak jawatan sebagai Bendahari PKR Hulu Selangor.

Dipercayai tindakan menyertai Umno itu disebabkan beliau berasa tidak puas hati dengan keputusan Pakatan Rakyat memilih Zaid sebagai calon tunggal di P.94 Hulu Selangor tersebut.

Niat dan tujuan sebenar Dr Halili Rahmat yang mengumumkan keluar PKR dan dilaporkan mahu meyertai Umno dipertikai.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf berkata, birpun menghormati hak Halili menyertai mana-mana parti, namun hasrat menyertai Umno jelasnya seperti menyokong kumpulan yang tidak menghormati demokrasi.

Halili yang juga bendahari PKR Hulu Selangor jelasnya seorang yang cerdik dan berpelajaran tinggi dan tidak sewajarnya beliau memilih Umno sebagai medan perjuangan.

"Saya hormat keputusan dia, tapi apa sebenarnya yang nak dicapai, itu saya pertikai" katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Dr Halili Rahmat yang mengumumkan keluar PKR pada satu sidang media di sebuah hotel di ibu negara pagi ini.

Seorang lagi, Pengarah Strategik PKR, Tian Chua ketika mengulas perkara sama pula tidak tahu hasrat Dr. Halili untuk menyertai Umno.

"Ya ke, saya belum dengar dari dia sendiri yang dia akan sertai Umno, saya akan cek," katanya yang juga Ahli Parlimen Batu.

Tindakan Halili itu sekaligus menghangatkan lagi suasana kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor yang masuk hari kedua hari ini.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu ceramah mengumumkan calon Pakatan Rakyat 13 April lalu membayangkan isu keluar parti akan mendominasi media pro-Umno.

Peluang ini jelasnya akan digunakan mereka sepanjang kempen PRK Hulu Selangor berlangsung.

Ekoran itu beliau menyeru rakyat Hulu Selangor tidak termakan dengan perencanaan Umno itu.

Sunday, April 18, 2010

Rahsia Kapal Selam Scorpene?


Siasatan terhadap skandal rasuah berbilion ringgit berhubung pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia di mahkamah Perancis dijangka akan mendedahkan lebih banyak rahsia yang selam ini terselindung dan tidak diketahui rakyat Malaysia.

Pengarah Strategi KEADILAN, Tian Chua berkata, beliau yakin sistem perundangan Perancis yang lebih terbuka akan membongkar segala penyelewengan dalam pembelian kapal selam yang turut dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan tiga peguam kanan Perancis yang memfailkan permohonan di mahkamah Paris bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah dan pembayaran komisyen pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

"Badan kehakiman di Perancis telah mengambil perhatian ada unsur penyelewengan dalam perjanjian kapal selam ini dan siasatan telah dilakukan. Kita telah melibatkan diri dalam pembelian kapal selam yang harganya bernilai berbilion. Sekarang didapati ada penyelwengan dalam perjanjian ini.

"Apa pun, kita akan dapati proses siasatan ini akan mendedahkan lebih banyak rahsia yang tidak diketahui orang awam di Malaysia ini," katanya kepada Suara Keadilan.

Menurut Tian Chua, di Malaysia, isu pembelian kapal selam berkenaan telah berulangkali dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pakatan rakyat namun disekat Umno-Barisan Nasional menggunakan kuasa mereka.

Tambah beliau, laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis juga telah dilakukan tetapi tidak diendahkan pihak berkuasa.

"Kalau tidak ada penyelewengan, mengapa tidak telus, mengapa tidak mengaku siapa yang dapat faedah dari pembahagian komisyen ini.

"Setakat ini rakyat telah dikecualikan dari mendapat tahu hal sebenar. Selain kita tahu ada kapal selam yang kita beli, kita tidak tahu berhubung kos penyelenggaraan, kenapa kerosakan teknikal berlaku hari pertama kita terima kapal selam ini. Apakah pembelian ini mengikut spesifikasi kerajaan Malaysia," soal Ahli Parlimen Batu itu.

Ditanya samada kemungkinan Najib akan dipanggil untuk disiasat, beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa Perancis. Bagaimanapun beliau percaya kes itu akan diadili sebaik mungkin dan yakin dengan sistem kehakiman di negara itu.

"Saya tidak mahu buat andaian sekarang, saya rasa proses keadilan ini harus dijalankan tanpa kebimbangan tidak kira siapa pun yang terlibat. Sistem perundangan di Perancis ini tidak memandang sesiapun kalau didapati melakukan penyelewengan mereka akan dikenakan tindakan undang-undang.

"Saya bukan pakar dalam undang Perancis tetapi saya percaya siasatan ini akan melibatkan banyak klausa perjanjian dan dokumen. Sebagai bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib enggan mendedahkan kepada golongan awam setakat ini," ujarnya.

Menurutnya, terdapat benyak keraguan dalam pembelian kapal selam berkenaan termasuk latihan yang membabitkan pegawai-pegawai dan kos sebenar latihan.

"Baru-baru ini dalam Parlimen kita dengar 600 pegawai melibatkan kapal selam ini telah dilatih, sebelum ini kita dengar jumlahnya hanya 160. Kenapa kita harus bawa mereka berlatih di Perancis? Semua soalan ini merupakan misteri untuk rakyat Malaysia. Saya amat mengharapkan semua misteri ini dapat dibongkar dalam sistem kehakiman di Perancis," kata Tian lagi.

Menurut laporan Asia Sentinel yang bertajuk "Murky Arms Deal Linked To International Pattern of Kickbacks" oleh wartawan John Berthelsen bertarikh 16 April 2010, skandal berbilion dolar ini yang didakwa didalangi oleh Najib kini tidak lagi dapat dibendung dalam Malaysia dan kini telah melimpah ke arena antarabangsa.

Asia Sentinel berkata tindakan peguam, William Bourdon, Renaud Semerdjian dan Joseph Breham dengan kerjasama pertubuhan hak asasi Malaysia, Suaram, memfailkan kes tersebut dengan pihak pendakwa Perancis.

Pembabitan Malaysia berkisar dakwaan pembayaran komisyen berjumlah €114 juta (RM540 juta) kepada sebuah syarikat tempatan, Perimekar bagi perkhidmatan sokongan berkaitan pembelian kapal selam. Perimekar dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd yang dipunyai oleh sahabat baik Najib, Abdul Razak Baginda.

Sebagai Menteri Pertahanan dari tahun 2000 hingga 2008, Najib telah bertanggungjawab terhadap perancangan menaiktaraf pertahanan angkatan tentera Malaysia secara besar-besaran termasuk pembelian dua buah kapal selam daripada Armaris dan pajakan sebuah lagikapal kelas Agosta yang pernah digunakan oleh tentera laut Perancis.

Saturday, April 17, 2010

PRK Hulu Selangor P094 - Pertandingan 4 Penjuru


HULU SELANGOR, 17 April (Bernama) -- Pilihan raya kecil Parlimen kerusi Hulu Selangor (P094) pada 25 April ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dua calon Bebas.

Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan akan ditentang oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, bekas Naib Pengerusi MIC Hulu Selangor V.S. Chandran dan Johan Mohd Diah, seorang peniaga.

Senarai calon yang bertanding itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Nor Hisham Ahmad Dahlan yang juga Pegawai Daerah Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru kira-kira 11.15 pagi.

Keempat-empat mereka menyerahkan borang pencalonan selepas pusat penamaan dibuka pada pukul 9 pagi. Tiada bantahan semasa tempoh bantahan selama satu jam.

Zaid menyerahkan borang pada pukul 9.06 pagi, diikuti Kamalanathan 9.30 pagi, Chandran empat minit kemudian dan Johan pada 9.36 pagi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas. Kawasan itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Dr Zainal menang dengan majoriti 198 undi menewaskan penyandangnya ketika itu Datuk G. Palanivel yang kini Timbalan Presiden MIC.

Parlimen Hulu Selangor yang sebesar negeri Melaka itu terbahagi kepada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu N05 Hulu Bernam, N06 Kuala Kubu Baru dan N07 Batang Kali, yang ketiga-tiganya dikuasai BN.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai perarakan calon BN dari Pejabat UMNO Hulu Selangor.

Antara pemimpin parti-parti komponen BN yang turut hadir ialah Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Naib-naib presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Timbalan Pengerusi BN Selangor dan Pengarah Jentera Pilihan Raya kecil ini Datuk Seri Noh Omar dan ribuan penyokong.

Perarakan calon PKR diketuai Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang .

Proses pencalonan berjalan lancar dengan kawalan ketat lebih 1,000 anggota polis tetapi berlaku sedikit kekecohan apabila Samy, Mohd Shafie dan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk R. Ganeson cedera ringan apabila terkena dawai berduri selepas terjatuh akibat diasak oleh penyokong-penyokong BN ketika hendak masuk ke pusat penamaan.

Kejadian itu berlaku kira-kira 9.25 pagi apabila polis hanya membenarkan 100 orang pemimpin dan penyokong setiap parti yang bertanding memasuki pusat penamaan.

Ketika tiba di dewan itu, ketiga-tiga mereka terjatuh akibat diasak oleh para penyokong yang cuba memasuki pusat penamaan itu dan mereka terkena dawai berduri yang diletakkan oleh pasukan keselamatan untuk mengawal keadaan.

Mereka kemudiannya dirawat oleh pegawai perubatan di sebuah ambulans yang diletakkan di dalam pusat penamaan.

Beribu-ribu penyokong dari BN dan pakatan PKR, DAP dan PAS telah tiba di pekan kecil Kuala Kubu Baru sejak awal pagi tadi, menyebabkan kesesakan lalu lintas beberapa kilometer menuju ke pusat penamaan.

Pihak polis turut menggunakan helikopter untuk memantau keselamatan proses penamaan calon itu.

Ehsan : Bernama

Friday, April 16, 2010

Kisah Ambo Gi Amerika Jumpo Barack Obama


KUALA LUMPUR 16 Apr - Mungkinkah firma komunikasi antarabangsa Apco Worldwide dengan kerjasama media milik Umno-Barisan Nasional berperanan memberi gambaran yang muluk berhubung lawatan Perdana Menteri ke Amerika Syarikat kepada rakyat Malaysia tetapi realiti lawatan itu adalah jauh dari kebenaran?

Justeru itu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menjawab semua persoalan berhubung lawatannya ke Amerika Syarikat kepada anggota Dewan Rakyat sekembali beliau ke tanah air.

Kit Siang berkata, beliau menerima satu laporan dari seorang rakyat Malaysia di Washington mengenai lawatan Perdana Menteri yang menimbulkan banyak persoalan penting.

Pertamanya, kedutaan Malaysia di Washington didakwa bersubahat dengan media Malaysia bagi memberikan gambaran yang tidak benar mengenai pertemuan itu.

Misalnya, media melaporkan Najib adalah salah seorang dari dua pemimpin Asia yang dipertemukan dengan Presiden Amerika, Barrack Obama selain Presiden China, Hu Jin Tao.

Hakikatnya Perdana Menteri India, Manmohan Singh dan Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani turut dikatakan bertemu dengan Obama secara individu untuk sesi pertemuan antara satu jam setengah hingga dua jam.

Pertemuan itu dikatakan bagi mentakrifkan semula semakan geografi di mana benua benua kecil tidak lagi menjadi sebahagian dari Asia.

Najib turut dikatakan hadir pada majlis makan tengahari dengan Naib Presiden Amerika, Joe Biden. Beliau dikatakan tetamu tunggal sepertimana yang dilaporkan media tempatan.

Sedangkan menurut laporan New York Times, Najib tidak keseorangan tetapi ditemani beberapa pemimpin lain untuk majlis makan tengahari di kediaman Naib Presiden Amerika itu.

Soal pendirian Malaysia mengenai beberapa isu langsung tidak disebutkan dalam pertemuan itu.

Umpamanya, keinginan untuk menghidupkan semula Perjanjian Perdagangan Bebas atau isu Palestin yang merupakan subjek yang dekat dengan kerajaan Malaysia.

Apatah lagi, Rumah Putih turut mengeluarkan satu rumusan yang tidak dilaporkan media Malaysia berhubung pendirian Amerika berkaitan penghasilan tenaga nuklear di Iran.

Duta Malaysia di Vienna merupakan satu daripada lima negara yang mengundi menolak tindakan terhadap Iran berhubung isu nuklear negara tersebut.

Menurut rakyat Malaysia berkenaan, keputusan itu sangat bertentangan dengan dasar Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).

Apa yang lebih memeranjatkan, Rang Undang-undang Perdagangan Strategik yang diluluskan secara terburu-buru di Parlimen baru-baru ini dikatakan dilakukan di bawah tekanan Amerika supaya Malaysia menyokong embargo barangan terhadap Iran.

Najib juga dikatakan perlu mengakui Malaysia perlu mengambil tindakan serius bagi mengawal penyeludupan manusia yang turut mendapat kritikan Dewan Senat Amerika.

Undi BN Ibarat Undi Rasuah – Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata masa depan Malaysia terletak di tangan anak muda dan menyeru belia Hulu Selangor untuk turut serta dalam arus perubahan politik negara.

Pemimpin reformasi ini menjelaskan satu undi untuk Barisan Nasional serupa persekongkolan dengan rasuah, penindasan politik dan peminggiran kaum hari ini.
“Sebab itu kalau ada pemuda- pemuda kena ingat, orang muda baik melayu baik Cina baik India, orang muda kalau sokong Barisan Nasional, kamu malu, sebab kamu tidak kamu punya rakyat, tidak jaga kamu punya hak,” kata Anwar.

Anwar berkata demikian dihadapan 1000 orang yang hadir ke majlis penerangan Pakatan Rakyat di Kuala Kubu Bharu, semalam.

Meskipun jumlah kehadiran pada hari- hari sebelum kempen bermula adalah kecil, namun kedatangan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat ini dinanti- nantikan mereka.

Ketibannya disambut dengan jabatan tangan, bahkan ada yang mengambil peluang untuk menangkap gambar dengan lebih dekat.

Anwar dalam ucapannya menyorot perhatian hadirin kepada salinan perjanjian APCO, yang menjadi perunding kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Beliau yang sebelum ini dituduh sebagai agen Yahudi oleh pimpinan Umno Barisan Nasional membidas keras komplot antara UMNO dan APCO, sebuah syarikat yang jelas mempunyai unsur- unsur Zionis dalam strukturnya.

“Ini perjanjian, perjanjian apa ?, APCO, Amerika Israel punya syarikat, berapa najib bayar RM78 juta, untuk apa ? Ajar Najib nampak cantik,cakap cantik, uruskan Njib supaya boleh jumpa pemimpin dunia. Berapa kena bayar RM 78 juta setahun,” ujar Anwar.

Bagi Anwar, ikatan antara UMNO dengan Israel adalah bukti pengkhianatan parti perkauman itu kepada solidariti Palestin dan umat Islam di Malaysia.

UMNO akan berbuat apa sahaja, termasuk akur pada nasihat Zionis, bagi mengekang arus perubahan di Malaysia.

Thursday, April 15, 2010

Adun Bakar Arang umum keluar PKR


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang, Tan Wei Shu meninggalkan PKR hari ini.

Beliau sebelum ini merupakan exco kerajaan Kedah sebelum digugurkan dalam rombakan exco pada 10 Mac lalu.

Tempatnya diambil alih oleh seorang lagi wakil PKR, ADUN Sidam, Tan Show Kang.

Pada sidang medianya di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang ini, Wei Shu mendakwa tindakannya itu kerana dipermain-mainkan oleh pemimpin partinya.

"Cakap besar saya tak pandai, cakap bohong saya tak pandai, cakap mengampu saya tak pandai, cakap manis janji saya tak pandai, tapi yang saya pandai, boleh buat atau tak boleh buat dan mahu buat atau tak mahu buat...itu saja saya tahu.

"Saya cuma tahu bercakap benar, tak seperti orang lain bermuka dua dan lidah bercabang," katanya yang membacakan kenyataannya.

Wei Shu juga berkata dia akan menjadi Adun bebas dan berjanji akan terus berkhidmat seperti biasa dan berusaha memenuhi kehendak rakyat.

Pada akhir kenytaannya, Wei Shu berkata pengundurannya itu tidak ada kena mengena dengan perlucutan jawatannya sebagai exco kerajaan negeri Kedah.

Datuk Zaid Ibrahim (PR) -vs- Kamalanathan (BN)

PILIHANRAYA KECIL P094 PARLIMEN HULU SELANGOR
MIC dilaporkan bersetuju supaya ketua penerangannya, P Kamalanathan diletakkan sebagai sebagai calon Barisan Nasional bagi kerusi parlimen Hulu Selangor.

Sebelum ini, Barisan Nasional dilaporkan menghadapi jalan buntu mencari calon yang sesuai.

Ini kerana MIC mahu timbalan presidennya, Datuk G Palnivel diletakkan sebagai calon tetapi permintaan itu ditolak oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku timbalan pengerusi BN.

Penyokong akar umbi, khususnya dari Umno sejak kematian ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu secara terang-terangan menolak Palanivel.

Mereka mendakwa beliau tidak cekap dan gagal membangunkan Hulu Selangor meskipun menjadi ahli parlimen selama empat penggal.

Sebaliknya, mereka yang menentang Palanivel mencadangkan timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan sebagai gantinya.

Mugilan adalah anak tempatan di Hulu Selangor tetapi pemimpin atasan MIC tidak merestui cadangan itu.

Ini kerana tidak ramai pemimpin atasan MIC memegang jawatan ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri dan jika Mugilan menang dia akan mempunyai kelebihan.

Pada mesyuarat tergempar jawatankuasa pusat MIC yang diadakan malam tadi, MIC berkeras mahukan hanya Palanivel sebagai calon mereka.

Jawatan senator, timbalan menteri

Mesyuarat itu juga mengambil keputusan untuk memecat timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan sekiranya dia dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Samy Vellu berjumpa dengan Muhyiddin awal pagi ini di pejabat timbalan perdana menteri di Putrajaya tetapi Muhyiddin dikatakan terus tidak berganjak dan menolak timbalan presiden MIC itu.

Sebagai kompromi, difahamkan Palanivel akan dilantik sebagai senator dan timbalan menteri kerana bersetuju memberi laluan kepada Kamalanathan.

Kamalanathan, adalah ketua perhubungan awam Beras Jati Sdn Bhd, sebuah syarikat peruncitan beras.

Beliau dipertanggungjawabkan oleh pemimpin MIC untuk menjenamakan semula parti itu selepas pilihan raya umum 2008 yang keputusannya memalukan mereka

Kamalanathan juga adalah seorang blogger, yang seringkali dijemput menghadiri rancangan ehwal semasa dan juga pensyarah sambilan di sebuah kolej swasta.

Meskipun bukan anak tempatan Hulu Selangor, Kamalanathan menetap di Rawang, sebuah pekan yang tidak jauh dari kawasan pilihan raya itu.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails