Monday, May 24, 2010

2 lagi pemimpin MIC dipecat!

Dua lagi pemimpin MIC yang turut mendesak Datuk Seri S Samy Vellu meletak segera jawatan presiden, telah dipecat dari MIC.

Mereka ialah ahli jawatankuasa MIC - KP Samy dan G Kumar Amaan - yang mengadakan sidang akhbar minggu lalu untuk menyuarakan kekecewaan mereka terhadap Samy Vellu kerana tidak meletakkan jawatan lebih awal.

Dengan itu, tiga pemimpin parti itu telah dipecat kerana berani membuka mulut menentang pemimpin nombor satu MIC itu.

KP Samy dan Kumar dimaklumkan secara bertulis mengenai pemecatan mereka hari ini atas alasan mereka bertindak berlawanan dengan kepentingan parti.

Mereka dipecat lima hari selepas timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan dipecat kerana secara terbuka mendesak Samy Vellu meletak jawatan dengan segera dan menyifatkan beliau (Samy) sebagai satu liabiliti kepada BN.

Ini adalah kali kedua KP Samy dipecat dari parti itu kerana lantang melawan presiden. Kali pertama ialah pada 1988 bersama dengan naib presiden ketika itu, MG Pandithan, yang mendakwa wujud politik kasta.

Inilah angkara Datuk Samy Vellu yang masih berkuasa dalam parti MIC iaitu sebuah parti komponen dari Barisan Nazak yang masih mahu mengekalkan kuasanya walau ramai yang mendesak supaya beliau mengundurkan diri. Seperti apa yang dikata telah pun dikota oleh Presiden MIC, iaitu beliau akan "memusnahkan" mereka yang memusnahkan parti sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai presiden parti tahun depan. Bagai telah dijangka pemecatan demi pemecatan akan berlaku di dalam parti MIC bermula dengan Tim.Ketua Pemuda mereka V.Mugilan dan kini 2 lagi anggota mereka di pecat dari parti. Apakah yang akan berlaku nanti adakah mungkin ahli-ahli parti MIC yang lain akan berhijrah meninggalkan parti mereka? atau mungkin juga selepas desakan bertalu-talu dari ahli-ahli MIC, Presiden terpaksa akur dan melepaskan jawatan lebih awal dari jangkannya sendiri. Tunggu dan lihat.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails