Monday, August 30, 2010

Ini Bukan Saman Ekor

Tindakan memfailkan saman terhadap Petronas adalah atas dasar menjaga kehormatan harta rakyat negeri Kelantan yang telah dirampas oleh Kerajaan Persekutuan, kata Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, sebagai ketua kerajaan bertanggungjawab, beliau perlu memastikan hak rakyat Kelantan dikembalikan walau terpaksa ke mahkamah.

"Wajib atas saya sebagai ketua kerajaan dan penolong-penolong saya menjaga harta Kelantan dengan apa cara sekalipun samaada dengan rundingan, termasuk juga melalui mahkamah.

"Kami hari ini datang kerana menunuaikan tugas agama menjaga harta rakyat Kelantan iaitu petroleum, gas dan sebagainya," kata Nik Aziz pada sidang media selepas selesai memfailkan saman berkenaan dan menunaikan solat hajat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pagi tadi.

Mursyidul Am PAS itu turut berkata, dalam al-Quran ada dinyatakan mengenai lima perkara yang mesti dijaga iaitu akidah, nyawa, harta, nasab dan maruah.

Justeru, beliau dan exco kerajaan negeri memilih untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah sebagai jalan penyelesaian memandangkan tuntutan secara rundingan agar royalti petroleum dikembalikan kepada negeri tidak diendahkan Kerajaan Persekutuan.

"Kami datang ke mahkamah ini kerana saya sebagai ketua negeri dan rakan-rakan daripada exco mahu mempertahankan harta kami," katanya lagi.

Tambahnya, beliau bagi pihak kerajaan negeri yang mewakili rakyat Kelantan amat berharap agar mahkamah dapat mengadili kes itu seadil-adilnya kerana soal keadilan terkandung dalam al-Quran yang wajib diikuti oleh orang Islam.

"Kami berdoa kepada Allah S.W.T minta semua yang mengendalikan urusan harta kami ini iaitu peguam, hakim dan sebagainya supaya terbuka pintu hati mereka, ingat kepada keadilan. Keadilan ini wajib ditunai dan diseru dalam al-Quran sebelum ada PBB di muka bumi ini, sebelum ada apa-apa akta di dunia ini," katanya lagi.

Kira-kira jam 9.30 pagi tadi kerajaan Kelantan memfailkan saman di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini.

Selepas itu, Tuan Guru Nik Aziz yang diiringi kepimpinan kerajaan negeri, ahli-ahli parlimen PAS, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan kira-kira 200 orang menunaikan solat hajat di Masjid Wilayah.

Sementara itu, Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, mereka yakin berada di pihak yang benar kerana segala fakta mengenai royalti petroleum termasuk Akta Pembangunan Petroleum 1974 jelas membuktikan Kelantan berhak mendapat royalti tersebut.

"Kita sebelum ini teleh menghubungi Petronas, Perdana Menteri dan membuat kenyataan yang menjelaskan kedudukan Kelantan dari segi hak petroleum seperti mana perjanjian petroleum 1974 dan Akta Pembangunan Petroleum 1974," katanya.

Menurutnya juga, tiada sebarang kekeliruan dalam perjanjian itu dan mendapat sokongan bekas pengerusi petronas pertama, Tengku Razaleigh Hamzah yang menandatangani perjanjian tersbut bagi pihak Petronas dengan negeri-negeri termasuk Kelantan.

Dalam perjanjian tersebut dinyatakan bahawa jika pengeluaran petroleum dan gas berlaku sama ada di daratan atau di lautan sesuatu negeri, maka negeri tersebut berhak mendapat royalti sebanyak lima peratus setahun.

Namun, royalti berkenaan tidak dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kelantan sejak tahun 2004.

Manakala peguam kanan Tommy Thomas yang mewakili kerajaan Kelantan optimis untuk memnenagi kes tersebut berdasarkan pengalaman beliau berhadapan dengan Kerajaan Terengganu dalam kes yang sama.

"Kita yakin boleh menang kes ini dan kita sangat berharap dapat menang untuk mengembalikan hak rakyat Kelantan," katanya.

Abang Power!

JOHOR BAHRU: ‘Cikgu Power.’ Itu gelaran untuk seorang ketua guru disiplin yang didakwa bukan saja memiliki laman web menjual ubat perangsang seks, malah sanggup mempromosikan produk terbabit kepada pelajar sebuah sekolah menengah di bandar raya ini.

PROMOSI...laman web milik guru terbabit. Guru lelaki berusia 30-an itu menjadi pengedar ubat kuat menerusi laman web di Internet dan turut cuba mempengaruhi pelajar sekolah itu menjadi pelanggannya menerusi pengedaran risalah secara berleluasa.

Dia juga didakwa berkongsi pengalaman penggunaan produk perangsang seks itu bersama pelajar sekolah sebelum perbuatannya terbongkar.

Bapa pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Min berkata, dia terkilan apabila mengetahui ketua guru disiplin itu penjual ubat kuat seks dan memiliki laman web sendiri bagi mempromosikan barangan berkenaan.

“Lebih mengejutkan, guru itu sanggup memaparkan gambarnya di laman web itu tanpa memikirkan kesan negatifnya terhadap profesion perguruan dan mencalarkan imej serta nama baik sekolah.

“Dia sepatutnya menjadi contoh baik dan bukan memperoleh pendapatan sampingan dengan menjual produk seumpama itu,” katanya di sini, semalam.

Min mula menyedari perbuatan tidak bertanggungjawab guru itu selepas mendapati anaknya yang belajar di sekolah itu membawa pulang beberapa risalah bertajuk ‘Abang Best’.

“Saya terkejut kerana laman web produk itu yang tercatat pada risalah memang wujud dan ia bertujuan mempromosikan sejenis gel bagi mengatasi masalah ejakulasi pramatang.

“Laman web itu amat tidak sesuai bagi tatapan pelajar kerana ia boleh membawa pengaruh buruk dan penularan gejala sosial,” katanya yang berharap guru terbabit dikenakan tindakan bagi mengelak perbuatannya berterusan.

“Saya berharap Jabatan Pelajaran Johor memandang serius perkara itu,” katanya.

Ibu bapa pelajar sekolah itu juga ada membuat laporan di Balai Polis Skudai di sini, pada 16 Ogos lalu selain mengemukakan aduan kepada pihak pengurusan sekolah.

Aduan turut dikemukakan di Jabatan Pelajaran Johor selain Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Sufa’at Tumin, berkata pihaknya menerima aduan ibu bapa pelajar berkaitan dakwaan terhadap guru terbabit dan siasatan terhadap guru itu dijalankan.

“Kami perlu meneliti pekeliling pelantikan jawatan sebagai guru sama ada membenarkan seseorang untuk berniaga di luar. Kami juga akan menyiasat dakwaan yang menyatakan guru terbabit cuba mempengaruhi pelajar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Natijahnya...

SHAH ALAM: Lagi bayi dibuang, kali ini seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui orang ramai dalam sebuah beg kertas yang digantung pada tiang papan tanda berhampiran persimpangan lampu isyarat Pangsapuri Brunsfield, Seksyen 13, di sini, petang semalam.

Bayi cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui dibungkus dengan sehelai kain sebelum diletakkan dalam sebuah beg kertas.

Seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan berkenaan terdengar tangisan bayi sebelum menemui bayi berkenaan dalam sebuah beg kertas yang digantung pada satu papan tanda berhampiran pangsapuri berkenaan, kira-kira jam 5.30 petang.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, berkata bayi dipercayai berbangsa Melayu atau Indonesia itu masih bertali pusat dan uri belum tanggal ketika ditemui.

Katanya, polis yang menerima maklumat mengenai penemuan bayi itu daripada seorang lelaki bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.
“Kami percaya bayi ini baru dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam lalu,” katanya di sini, semalam.

Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Koo, Tan Kandas


PENANTIAN badminton negara untuk bergelar juara dunia berterusan lagi.
Pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong gagal melaksanakan tugas selaku pilihan utama apabila kecundang akhirnya di tangan juara bertahan dari China, Cai Yun-Fu Haifeng 21-18, 18-21, 14-21 pada perlawanan akhir beregu lelaki di Stade Pierre de Coubertin malam tadi.

Permulaan baik ketika mereka berjaya mengungguli kehebatan lawan bagaikan satu impian palsu apabila mereka tenggelam dengan asakan demi asakan lawan dan kecundang dalam tempoh 63 minit.

Ia menamatkan terus niat skuad negara mengakhiri kemarau kejuaraan pada Kejohanan Badminton Dunia edisi ke-18 di Paris selepas gagal melakukannya sejak kejohanan sulung pada 1977 di Malmo, Sweden.

Kien Keat-Boon Heong patut menyalahkan diri sendiri kerana gagal beraksi seperti ketika pusingan suku akhir dan separuh akhir kelmarin. Mereka banyak melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya sekali gus memberikan lawan mata mudah.

“Kami beraksi bagus pada set pertama tapi pada set kedua kami mula bimbang dan memberikan lawan peluang untuk banyak menyerang.

“Pada set penentuan, semuanya mengenai keyakinan dan jelas keyakinan kami mengendur manakala pasangan China itu semakin yakin untuk mengalahkan kami,” kata Kien Keat.

Boon Heong turut bersedih kerana gagal melaksanakan tugas pada peringkat terakhir.

“Sayang sebenarnya kerana kami tak ambil kesempatan ini. Peluang untuk mara ke perlawanan akhir bukannya selalu. Saya sedih kerana mengakhiri kempen sebegini,” katanya.

Kekalahan itu memberikan peluang buat kem China menyapu bersih semua lima gelaran dipertandingkan, dengan Chen Jin mengatasi Taufik Hidayat pada perseorangan lelaki dan tiga lagi acara - beregu campuran, perseorangan wanita dan beregu wanita - menyaksikan pertemuan sesama pemain mereka sendiri.

Isu Masjid di Noda? Pulak Dah...

Utusan Malaysia meneruskan serangannya terhadap ahli parlimen pembangkang bukan Islam yang mengunjungi surau dan masjid dalam bulan Ramadan itu.

Selepas kunjungan kontroversi ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke sebuah surau di Kajang minggu lalu, kali ini ahli parlimen PKR, William Leong Jee Keen pula menjadi sasaran Utusan kerana mengunjungi Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.

Mingguan Malaysia - akhbar milik kerajaan itu - melaporkan bahawa ahli parlimen Selayang itu diberi kebebasan berada di saf paling hadapan dalam masjid berkenaan.

Di bawah tajuk "Kesucian masjid terus dinodai", akhbar itu memetik sebuah laman blog, yang menyebut, pihak yang bersekongkol membenarkan William memasuki ruang solat masjid tersebut adalah orang Melayu yang beragama Islam.

Akhbar itu menyebut, tindakan itu terbongkar "cuma sehari selepas umat Islam di negara ini dikejutkan dengan tindakan Teo 'bertaskirah' di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral tanpa menutup aurat".

Dalam kenyataan semalam Teo menjelaskan bahawa beliau hanya berucap secara ringkas mengenai peluang pendidikan di bawah kerajaan Selangor apabila diminta menyampaikan sepatah dua kata.

Akhbar tersebut seterusnya memetik lamanweb berkenaan sebagai berkata Willaim menggunakan 'modal' yang sama, iaitu bantuan kepada masjid untuk memasuki ruang solat, seterusnya menyampaikan ceramah kepada umat Islam di masjid tersebut.

Perbuatan wakil rakyat PKR itu, lapor Utusan lagi, bukan sahaja memperkecilkan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang orang bukan Islam memasuki ruang solat tetapi turut menghina kesucian agama Islam.

Majlis sumbangan yang disampaikan oleh William tu disiarkan oleh sebuah akhbar semalam.

Sunday, August 29, 2010

Emas atau RM...Pilihan Anda?

Kerajaan pusat tiada masalah jika dinar emas dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan Kelantan hanya untuk disimpan bukan bagi diniaga di pasaran terbuka, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.

Beliau berkata kerajaan pusat akan menentangnya jika kerajaan negeri cuba menggunakan kedua-duanya sebagai mata wang kerana ia menyalahi peraturan Bank Negara Malaysia dan boleh menganiyai orang ramai selain peniaga.

"Selain mudah ditipu dengan dinar emas palsu bahan logam itu juga nilai harganya turun naik setiap saat di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang zakat kepada fakir miskin di Dewan Haji Hussin, Perupuk di Bachok, hari ini.

Seramai 1,000 fakir miskin di kawasan dewan undangan negeri Perupuk masing-masing menerima wang zakat sebanyak RM70 sumbangan institusi kewangan kerajaan termasuk Bank Simpanan Nasional (BSN), UDA Holding Sdn.Bhd dan Bank Rakyat.

Sebelum ini kerajaan negeri memperkenalkan dinar dan dirham itu sebagai transaksi yang akan digunakan lebih 100 peniaga termasuk sebagai gaji kepada kakitangan kerajaan Kelantan.

Awang Adek yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan mengakui beliau pernah menerbitkan dinar emas menerusi sebuah syarikat yang diterajui sebagai simpanan bukan untuk diniaga seperti yang didakwa.

Beliau mencabar kerajaan negeri agar menunjukkan bukti jumlah penggunaan dalam tempoh empat bulan akan datang jika benar dakwaan ia mendapat sambutan daripada pelbagai pihak selepas diperkenalkan.

"Saya tidak fikir penggunaannya melebihi RM1 bilion dalam tempoh berkenaan," katanya.

- Bernama

Exco Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa membidas kejahilan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin mengenai penggunaan dinar dan dirham dan menyifatkan kedangkalan ilmu beliau selari dengan pengurusan pincang pengurusan ekonomi negara di bawah Umno-Barisan Nasional

Dalam responsnya kepada langkah kerajaan negeri Kelantan mengeluarkan dinar emas dan dirham perak, Dr Awang berkata tindakan tersebuthanya akan mengundang aktiviti pemalsuan serta mempertikaikan keberkesanan penggunaan dinar dan dirham dalam aktiviti perniagaan.

"Kalau Timbalan Menteri Kewangan tidak tahu bagaimana urus tadbir emas dan juga perak bagi saya itu satu tanda yang serius bakal dihadapi oleh negara ini dalam soal ekonomi pada masa yang akan datang. Persoalan yang sukar kenapa bila soal dinar dan dirham yang telah lama digunakan sejak beribu-ribu tahun tidak diiktiraf olehnya tetapi bila soal judi senang pula beliau ingin memberi kelulusan lesen untuk dijadikan halal.

"Walaupun ada pihak tertentu yang mempertikaikan penggunaan dinar serta dirham ini akan menjadi penyebab kepada pemalsuan dengan alasan emas serta perak boleh dicampur dengan bahan-bahan yang lain, bagi saya itu bukan persoalan besar untuk kita tidak meneruskan penggunaannya. Mana-mana mata wang pun ada juga yang memalsukannya seperti juga wang kertas Ringgit Malaysia kita gunakan ini wujud juga yang palsu tetapi kita mempunyai mekanisme untuk mengenal pasti yang mana betul ataupun palsu.

"Seperti penggunaan dinar serta dirham, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah menyediakan satu alat untuk mengenalpasti dinar serta dirham yang palsu ataupun tidak, kita telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi kesemuanya," jelas Husam.

Tambah beliau, dinar dan dirham mempunyai nilainya yang tersendiri di mana nilainya tidak akan berkurang seperti yang berlaku kepada mata wang didunia.

"Kuasa nilai dinar dan dirham ini melebihi nilai wang kertas yang ada, kalau kita menyimpan wang kertas dan dinar dalam jangka masa yang panjang umpama sepuluh tahun kita akan mendapati nilai dinar akan bertambah daripada nilai asal yang kita beli dulu sedangkan simpanan kita melalui wang kertas hanya bertambah sedikit dan mungkin berkurangan.

"Nilai dinar dan dirham ini meningkat mengikut masa, aset yang berharga tidak akan ada penurunan harga malah cetakan wang kertas Malaysia juga mengikut simpanan emas kita yang ada.

"Kerajaan Kelantan yakin dengan apa yang dilakukan ini boleh memberi faedah kepada Malaysia khususnya di Kelantan, kita akan sentiasa memberi penjelasan kepada rakyat agar mereka tahu menggunakan dinar ini dengan cara yang berkesan. Nilai emas bukannya ditentukan oleh kerajaan yang memerintah, kerajaan tidak boleh sesuka hati ingin menurunkan harga emas," tegas beliau lagi.

Husam berkata beliau berpuas hati sambutan menggalakkan daripada rakyat Kelantan terhadap dinar dan dirham yang dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan.

Malah kata Husam, masyarakat bukan Islam juga menunjukkan minat untuk membeli dan berurus niaga dengan menggunakan dinar dan dirham.

Selain itu Husam menyatakan Pasar Khadijah di Kota Bharu menjadi sebuah pasar yang moden kerana terdapat urus niaga dalam dua mata wang.

Bagi memudahkan peniaga dan pembeli, kerajaan negeri telah menyediakan kaunter khas bagi mereka yang ingin membuat pertukaran dinar dan dirham.

Saturday, August 28, 2010

Isu Apa Pula Selepas Ini?

DAP hari ini melahirkan rasa kesal dengan tindakan akhbar Utusan Malaysia dan Umno mempolitik lawatan dan sumbangan derma ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching di Surau Al-Huda, Kajang Sentral , Kajang pada Ahad lalu.

Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah dalam satu kenyataan membidas tindakan pihak berkenaan yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab serta cuba merosakan keharmonian masyarakat berbilang kaum negara ini.

“Beliau melawat ke surau tersebut dengan hati yang penuh ikhlas sempena bulan Ramandan yang suci. Sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab, beliau perlu membantu semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,” katanya.

Malangnya, menurut exco Selangor itu, niat ikhlas ahli parlimen muda berkenaan telah dipermainkan dan dijadikan sebagai satu isu politik dan perkauman dengan niat jahat.

Sehubungan itu, Ean Yong menggesa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) supaya membuat siasatan dengan lebih terperinci sebelum mengambil tindakan kepada mana-mana pihak.

Dalam reaksinya semalam, Mais mengumumkan bahawa pengurusan surau itu telah diambil-alih pihaknya dan surat amaran juga telah dikeluarkan kepada Teo.

“Saya juga berasa kesal atas tindakan Mais yang mengeluarkan amaran kepada Teo Nie Ching, ahli parlimen Serdang dan mengantung jawatankuasa Surau Al-Huda dengan serta-merta kerana Teo telah berucap di surau tersebut dua hari yang lalu.

“Saya dimaklumkan oleh Teo bahawa beliau telah memberi sumbangan sebanyak RM 1000 kepada jawatankuasa surau dan dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Menurut Ean Yong sebagai tetamu, Teo akur dengan permintaan berkenaan dan hanya menerangkan maklumat tentang skim bantuan pinjaman pengajian tinggi yang boleh dimohon oleh anak-anak negeri Selangor.

“Beliau tidak menyentuh apa-apa isu politik dalam ucapan ringkas beliau,” katanya.

Sementara itu, Malaysiakini juga dihujani oleh panggilan telefon dan email oleh pembaca yang kurang senang dengan akhbar dan parti politik yang didakwa sengaja memainkan sentimen perkauman. Kata mereka, penggunaan perkataan 'tazkirah' bukan sahaja tidak tepat tetapi cuba menyemarakkan rasa marah orang Islam kepada bukan Islam.

Seorang daripada mereka - Azrul Abdullah, malah menyiarkan pautan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim ) mengenai fatwa 'hukum pelancong bukan Islam memasuki masjid dan ruang solat utama di dalam masjid.'

Berikut petikan fatwa berkenaan:

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.”

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, petang semalam, mahu Majlis Agama Islam Selangor bertindak jika lawatan Teo dianggap sebagai bertentangan dengan peraturan, mencemar Islam dan sebagainya.

Sumber : Malaysiakini

Soalan:

SALAM ustaz. boleh atau tidak selain dari orang beragama islam masuk ke dalam bangunan masjid atau sekitar masjid untuk membaiki kerosakan atau menghadiri majlis. apa hukumnya.

Jawapan:

HARUS orang yang bukan muslim masuk ke dalam masjid untuk tujuan yang dibenarkan syara’ atau untuk melakukan perkara-perkara harus yang lain seperti mendengar tazkirah atau untuk meminum air dan seumpamanya. Ini kerana Nabi S.A.W. pernah membiarkan beberapa perwakilan orang yang bukan muslim memasuki masjid baginda dan melihat umat Islam menunaikan solat, mendengar bacaan al-Quran dan khutbah Baginda S.A.W. demikian juga untuk menyeru mereka kepada Allah dengan lebih dekat. Baginda juga penah mengikat seorang kafir di dalam masjid iaitulah Thamamah bin Athal al-Hanafi (ثمامة بن أثال الحنفي), seorang tawanan perang, lalu Allah memberi hidayah kepada beliau dengan beliau memeluk Islam. (Sila lihat Majmu’ Fatawa wa Maqalaat Mutanawwi’ah oleh al-Syeikh al-‘Allamah Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz R.H. jld 8, m.s. 356)

Inilah pandangan yang lebih kuat dan lebih hampir kepada kebenaran pada pandangan saya disebabkan keberadaan dalil bersamanya.

Dalil yang dinyatakan oleh al-Syeikh Abdul Aziz Abdillah bin Baz R.H. di dalam fatwanya di atas adalah sebuah hadith yang diriwayatkan antaranya oleh al-Imam al-Bukhari di dalam kitab sahihnya:


بَعَثَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏خَيْلًا قِبَلَ ‏ ‏نَجْدٍ ‏ ‏فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ مِنْ ‏ ‏بَنِي حَنِيفَةَ ‏ ‏يُقَالُ لَهُ ‏ ‏ثُمَامَةُ بْنُ أُثَالٍ ‏ ‏فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي الْمَسْجِدِ فَخَرَجَ إِلَيْهِ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَقَالَ ‏ ‏مَا عِنْدَكَ يَا ‏ ‏ثُمَامَةُ ‏ ‏فَقَالَ عِنْدِي خَيْرٌ يَا ‏ ‏مُحَمَّدُ ‏ ‏إِنْ تَقْتُلْنِي تَقْتُلْ ذَا دَمٍ وَإِنْ تُنْعِمْ تُنْعِمْ عَلَى شَاكِرٍ وَإِنْ كُنْتَ تُرِيدُ الْمَالَ فَسَلْ مِنْهُ مَا شِئْتَ فَتُرِكَ حَتَّى كَانَ الْغَدُ ثُمَّ قَالَ لَهُ مَا عِنْدَكَ يَا ‏ ‏ثُمَامَةُ ‏ ‏قَالَ مَا قُلْتُ لَكَ إِنْ تُنْعِمْ تُنْعِمْ عَلَى شَاكِرٍ فَتَرَكَهُ حَتَّى كَانَ بَعْدَ الْغَدِ فَقَالَ مَا عِنْدَكَ يَا ‏ ‏ثُمَامَةُ ‏ ‏فَقَالَ عِنْدِي مَا قُلْتُ لَكَ فَقَالَ أَطْلِقُوا ‏ ‏ثُمَامَةَ ‏ ‏فَانْطَلَقَ إِلَى ‏ ‏نَجْلٍ ‏ ‏قَرِيبٍ مِنْ الْمَسْجِدِ فَاغْتَسَلَ ثُمَّ دَخَلَ الْمَسْجِدَ فَقَالَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ ‏ ‏مُحَمَّدًا ‏ ‏رَسُولُ اللَّهِ يَا ‏ ‏مُحَمَّدُ ‏ ‏وَاللَّهِ مَا كَانَ عَلَى الْأَرْضِ وَجْهٌ أَبْغَضَ إِلَيَّ مِنْ وَجْهِكَ فَقَدْ أَصْبَحَ وَجْهُكَ أَحَبَّ الْوُجُوهِ إِلَيَّ وَاللَّهِ مَا كَانَ مِنْ دِينٍ أَبْغَضَ إِلَيَّ مِنْ دِينِكَ فَأَصْبَحَ دِينُكَ أَحَبَّ الدِّينِ إِلَيَّ وَاللَّهِ مَا كَانَ مِنْ بَلَدٍ أَبْغَضُ إِلَيَّ مِنْ بَلَدِكَ فَأَصْبَحَ بَلَدُكَ أَحَبَّ الْبِلَادِ إِلَيَّ وَإِنَّ خَيْلَكَ أَخَذَتْنِي وَأَنَا أُرِيدُ الْعُمْرَةَ فَمَاذَا تَرَى فَبَشَّرَهُ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏وَأَمَرَهُ أَنْ يَعْتَمِرَ فَلَمَّا قَدِمَ ‏ ‏مَكَّةَ ‏ ‏قَالَ لَهُ قَائِلٌ ‏ ‏صَبَوْتَ ‏ ‏قَالَ لَا وَلَكِنْ أَسْلَمْتُ مَعَ ‏ ‏مُحَمَّدٍ ‏ ‏رَسُولِ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏وَلَا وَاللَّهِ لَا يَأْتِيكُمْ مِنْ ‏ ‏الْيَمَامَةِ ‏ ‏حَبَّةُ حِنْطَةٍ حَتَّى يَأْذَنَ فِيهَا النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ


Maksudnya: “Nabi S.A.W. telah mengutuskan sekumpulan tentera ke Najd, lalu mereka kembali) membawa seorang lelaki dari bani al-Hanifah namanya Thumamah bin Uthaal pemimpin penduduk Yamamah), lalu mereka mengikat dia di salah satu tiang masjid, lalu Nabi pergi kepadanya dan bertanya: “Apa sangkaan kamu wahai Thumamah (tindakan yang akan aku kenakan kepada kamu)?” Jawab Thumamah: “Sangkaan aku adalah baik, jika kamu membunuhku, kamu membunuh seorang yang ada kemuliaan, jika kamu memberi nikmat kepadaku (melepaskanku), engkau memberi nikmat kepada orang yang reti berterima kasih, jika engkau mahukan harta, mintalah apa yang kamu mahu. Kemudian baginda meninggalkan dia sehinggalah keesokan hari, kemudian baginda bertanya lagi kepada Thumamah: “Apa sangkaan kamu wahai Thumamah (tindakan yang akan aku kenakan kepada kamu)?” Jawab Thumamah: “Sangkaan aku seperti kelmarin, jika kamu memberi nikmat kepadaku (melepaskanku), engkau memberi nikmat kepada orang yang reti berterima kasih.” Lalu baginda meninggalkannya, sehinggalah keesokan harinya baginda bertanya lagi kepada Thumamah: “Apa sangkaan kamu wahai Thumamah (tindakan yang akan aku kenakan kepada kamu)?” Jawab Thumamah: “Sangkaan aku seperti kelmarin, jika kamu memberi nikmat kepadaku (melepaskanku), engkau memberi nikmat kepada orang yang reti berterima kasih.” Lalu Nabi S.A.W. berkata: “Lepaskan Thumamah!” (Thumamahpun dibebaskan), lalu dia pergi ke sebatang pohon tamar berhampiran masjid, lalu dia mandi, kemudian dia memasuki masjid lalu berkata: “Aku bersaksikan tidak ada ilah melainkan Allah dan aku bersaksikan bahawasanya Muhammad itu adalah Rasulullah. Wahai Muhammad sebelum ini tidak ada satu wajah di atas muka bumi ini yang lebih aku benci berbanding wajah engkau, akan tetapi hari ini wajah engkau telah menjadi wajah yang paling aku cintai. Demi Allah sebelum ini tidak ada agama yang lebih aku benci berbanding agama mu, akan tetapi sekarang agama mu telah menjadi agama yang paling aku cintai, demi Allah tidak ada juga sebelum ini satu negeri yang lebih aku benci berbanding negerimu, akan tetapi hari ini negerimu telah menjadi negeri yang paling aku cintai. Sesungghnya ketika pasukan tenteramu menangkapku, aku hendak menunaikan umrah, apakah pandangamu?” Lalu Rasulullah S.A.W. memberikan khabar gembira kepadanya dan baginda menyuruh dia menunaikan hajatnya untuk melaksanakan umrah. Apabila Thumamah sampai ke Makkah, seseorang berkata kepadanya: “Apakah engkau telah bertukar agama?” Jawab Thumamah: “Tidak, akan tetapi aku telah memeluk Islam bersama Muhammad Rasulullah S.A.W. Demi Allah tidak akan sampai kepada kamu semua walau sebiji gandum melainkan dengan keizinan Nabi S.A.W. (ketika itu penduduk Mekah masih belum menerima Islam)”

Dalam masa yang sama tidak dinafikan wujudnya perbezaan pendapat ulama dalam masaalah ini. Secara ringkas perbezaan mereka adalah seperti berikut:

1. Harus orang-orang yang bukan muslim memasuki masjid termasuk masjid al-Haram. Ini adalah pandangan para ulama dari mazhab Hanafi. Antara hujah mereka ialah, Nabi S.A.W. pernah membiarkan perwakilan daripada bani Thaqif (ثقيف) memasuki masjid baginda, sedangkan mereka itu orang-orang yang bukan Islam. Ulama dari golongan yang pertama ini memahami firman Allah S.W.T.:


يا أيها الذين آمنوا إنما المشركون نجس فلا يقربوا المسجد الحرام بعد عامهم هذا


Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis, maka janganlah mereka menghampiri masjid al-Haram sesudah tahun ini...” (al-Taubah: 28)

Ayat ini difahami oleh ulama golongan pertama ini sebagai larangan daripada masuknya orang-orang musyrik dan menguasai masjid al-Haram, bertakabbur dan bertawaf di dalamnya dalam keadaan berbogel sepertimana kebiasaan mereka ketika jahiliyyah.

2. Harus orang-orang yang bukan muslim memasuki masjid dengan keizinan orang-orang muslim melainkan masjid al-Haram dan semua masjid yang berada di tanah al-Haram. Ini adalah pandangan para ulama dalam mazhab al-Syafie (Sila lihat Raudhah al-Tolibin 1/296). Ia juga merupakan salah satu riwayat daripada Imam Ahmad, dan sebahagian ulama mazhab Hambali menyatakan inilah pandangan mazhab Hambali.

Said ibn Musayyin berkata:


قد كان أبو سفيان يدخل مسجد المدينة وهو على شركه، وقدم عمير بن وهب فدخل المسجد والنبي صلى الله عليه وسلم فيه ليفتك به فرزقه الله الإسلام


Maksudnya: “Abu Sufyan pernah memasuki masjid al-Madinah ketika ia masih seorang musyrik, demikian juga ‘Umair bin Wahb pernah memasuki masjid untuk membunuh Nabi S.A.W. yang berada di dalamnya, kemudian Allah menghidayahkan dia dengan Islam. (Sila lihat al-Mughniy oleh Ibn Qudamah)

3. Tidak boleh (haram) orang-orang yang bukan Islam memasuki masjid. Ini merupakan salah satu pandangan Imam Ahmad di dalam salah satu riwayat daripadanya. Antara hujah golongan ini ialah, mereka berpendapat jika orang yang berhadath, berjunub dan wanita yang haid dilarang dari menetap di dalam masjid, maka orang-orang musyrik yang sememangnya berhadath itu lebih utama untuk dilarang.

4. Orang yang bukan islam tidak boleh memasuki masjid melainkan jika ada keperluan. Ini adalah pandangan ulama-ulama mazhab Malik.

wallahu a'lam. bs

sumber : bin-sahak.blogspot.com

Thursday, August 26, 2010

1 Gereja Memeluk Islam di Bulan Ramadhan

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."

Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim kekurangan bahan makanan, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya ganjaran sepuluh kali ganda." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentera bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia membatalkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

Ranking 37

Majalah antarabangsa Newsweek meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-37 dalam senarai Negara Terbaik Dunia dan ketiga di rantau Asia sebagai negara pilihan yang mampu menyediakan tempat untuk hidup lebih selesa dan sihat, selamat, sejahtera serta maju.

Majalah keluaran 23 hingga 30 Ogos itu turut menyenaraikan Malaysia pada kedudukan kelapan daripada 10 negara pendapatan sederhana tinggi dalam bidang pendidikan.

Dalam keluaran khas yang pertama kali menilai negara terbaik dunia membabitkan 100 negara, Malaysia berada di bawah Jepun (kesembilan) dan Singapura (20), tetapi di atas Thailand (58), Filipina (63) dan Indonesia (73).

Negara rantau Asia lain yang turut tersenarai adalah China (59), Sri Lanka (66), India (78), Vietnam (81), Bangladesh (88) dan Pakistan (89), manakala tiga negara teratas yang menjadi pilihan ramai adalah Finland, Switzerland dan Sweden.

Penilaian dibuat menerusi soal selidik mudah tetapi kompleks yang bertanya: Jika anda lahir hari ini, negara manakah yang menyediakan peluang terbaik kepada anda untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan sihat, selamat, sejahtera dan maju?.

Newsweek memilih pencapaian itu berdasarkan lima kategori kesejahteraan negara iaitu pendidikan, kesihatan, kualiti kehidupan, daya saing ekonomi dan persekitaran politik.

Mengikut majalah itu, usaha menilai tahap negara terbaik dilakukan selama beberapa bulan dan mendapat bantuan lembaga penasihat termasuk pemenang anugerah Nobel, Prof Joseph E Stiglits dari Universiti Columbia.

Senarai itu menggambarkan keadaan negara terbabit pada 2008 dan 2009 dan bukan saja berkisar kepada latar belakang sejarah atau jangkaan masa depan sesebuah negara.

Sumber : Berita Harian

Penyenaraian Malaysia di tempat ke-37 dalam senarai Negara terbaik majalah antarabangsa Newsweek mengesahkan hujah Pakatan Rakyat bahawa urustadbir negara pincang dengan rasuah, penyelewengan dan pemusatan kemewahan Negara di tangan golongan elit.

Pakatan Rakyat berkata sekiranya kerajaan Malaysia mempunyai iltizam politik yang kuat untuk melaksanakan reformasi sistem politik Negara, tentu sekali Malaysia akan berada ditempat yang lebih tinggi dari Singapura mahupun Israel.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin yang mendakwa Pakatan Rakyat telah berbohong kerana majalah antarabangsa itu sudi menyenaraikan Malaysia dalam tinjauan mereka.

Newsweek dalam satu tinjauan meletakkan Malaysia dibawah kedudukan Singapura yang berada di tempat ke 20 dan Israel di tempat ke 22.

Kedudukan itu menunjukkan terlalu banyak perubahan yang perlu dilakukan di Negara ini, kerana Singapura lebih kehadapan walau tidak mempunyai sumber asli, manakala rejim Zionis-Tel Aviv sentiasa dihimpit peperangan dan dimusuhi lebih 1 bilion umat Islam di dunia ini.

Azan berkata, angka-angka itu dipetik dari badan lain bukan dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat. Kerajaan Malaysia bukan sahaja tidak mengambil inisiatif untuk memeperbaiki tuduhan tersebut malah metuduh Pakatan Rakyat berbohong.

Menurut Azan lagi, Awang Adek sepatutnya tak perlu berpolitik sangat kerana akhirnya nanti rakyat akan melihat tidak ada satu pempimn Umno boleh dipercayai kerana memberi gambaran salah dan menuduh orang lain berbohong dan perkara tersebut memalukan.

Beliau juga turut menyifatkan kenyataan pemimpin Awang Adek hanya menunjukkan Umno-BN mahu mengelabui pandangan rakyat.

Wednesday, August 25, 2010

Minuman beralkohol: Kanak-kanak minum bir

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat prihatin berhubung kebanjiran minuman ringan beralkohol dalam pasaran dengan bertopengkan minuman ringan.

Manakala undang-undang dengan jelas menyatakan bahawa minuman beralkohol dilarang kepada mereka yang berusia di bawah 18 tahun, minuman ini dijual kepada kanak-kanak sekolah tanpa sekatan di pasar raya dan kedai 24 jam.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris berkata, isu minuman beralkohol yang dijual sebagai minuman ringan bukanlah perkara baru.

Pada 1997, katanya CAP mendedahkan minuman ringan bernama Alcopops dijual sebagai minuman ringan sedangkan ia mengandungi sehingga 5% alkohol, masalah yang sama kemudiannya didedahkan lagi pada 2003.

Katanya, kajian CAP menunjukkan pada masa ini lebih daripada 15 jenis minuman ringan beralkohol berada di pasaran.

Minuman ringan beralkohol ini yang boleh didapati di dalam botol 275 ml dijual dengan harga RM4 hingga RM10.

Botol berisi jus berwarna yang menarik dengan nama tropical fruit, ice lemon tea, jus oren, lemon original tanke, lemon and lime flavour, orange-lemon flavour dan sebagainya.

Katanya, pengeluar menggunakan warna yang amat menarik yang sudah pasti mempengaruhi pengguna terutama sekali kanak-kanak dan remaja untuk mencubanya dan kemudiannya akan ketagih.

Contohnya, kata beliau minuman ringan ini juga dikeluarkan dengan warna merah jambu yang akan menarik kanak-kanak perempuan untuk mencubanya.

“Malah dengan sedikit kesan alkohol dalam minuman ringan menjadikan ia minuman beralkohol, apatah lagi kandungan alkoholnya 4% hingga 6.3% dalam minuman ringan ini,” katanya.

Menurutnya, bir yang diminum dengan meluas mengandungi 5% alkohol yang bermakna kandungan alkohol dalam minuman ringan ini jauh melebihi kandungan alkohol dalam bir.

Katanya, kebimbangan mula dirasai oleh guru-guru di Pulau Pinang selepas mendapati pelajar-pelajar mereka mengambil minuman ringan ini hampir setiap hari walaupun harganya tinggi.

“Menyedari akan minuman ini boleh menjadikan mereka ketagih kepadanya, guru ini telah meneliti label pada botol dan amat terkejut apabila mendapati minuman itu mengandungi alkohol.

“Menyedari betapa seriusnya masalah ini, beliau kemudiannya membawa perkara ini ke perhatian pihak CAP,” katanya.

Jelasnya, apabila CAP menemubual beberapa orang pelajar yang mengambil minuman itu, mereka tidak menyedari bahawa minuman itu mengandungi alkohol.

Tambahnya, sesetengah daripada mereka menyuarakan rasa terkejut apabila mengetahui bahawa mereka selama ini sebenarnya mengambil minuman beralkohol.

Menurutnya, label yang jelas dengan maklumat kandungan alkohol tidak memberikan apa-apa makna memandangkan ia dicetak dalam huruf yang kecil dan ditenggelami oleh label berwarna dan menarik.

CAP, ujarnya percaya minuman ringan beralkohol boleh membawa kepada kegiatan samseng (gangsterisme) dalam kalangan pelajar sekolah.

Menurut Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 2005, 32 pelajar terlibat dalam gangsterisme.

Bilangan ini telah meningkat kepada 60 orang pada tahun lalu. Pada 2008 sahaja 81 pelajar dikesan hubungan mereka dengan aktiviti gangster.

“Jelas minuman ringan ini menjadi langkah awal untuk ketagihan alkohol,” ujarnya.

CAP, ujarnya merasakan bahawa hak pengguna telah dicabuli dengan mendedahkan minuman beralkohol ke atas mereka tanpa pengetahuan mereka.

“Keadaan ini amat tidak sihat kepada generasi muda. Minuman beralkohol boleh merosakkan sel otak dan menjejaskan deria mereka, ini memberikan kesan negatif terhadap prestasi akademik mereka,” katanya.

Beliau berkata, pihak pengeluar menggunakan taktik itu untuk meningkatkan jualan mereka dan memang mereka menyedari bahawa alkohol dalam minuman itu cenderung untuk menjadi ketagih untuk mengambil minuman ringan mereka.

Akhirnya, kata beliau ia akan membawa mereka kepada ketagihan kepada minuman alkohol lain yang lebih tinggi kandungan alkoholnya.

“Jelas sekali ini merupakan cara berbahaya memerangkap masyarakat ke dalam rantaian penagihan alkohol yang akan memastikan keuntungan yang berterusan untuk syarikat alkohol,” katanya.

Memandangkan bahaya minuman beralkohol yang bertopengkan di bawah nama minuman ringan, CAP menyarankan pihak berkuasa berkaitan supaya mengambil tindakan di mana minuman itu tidak seharusnya dijual sebagai minuman ringan, sebarang minuman yang dicampur alkohol perlu dilabelkan sebagai minuman beralkohol dan dijual menerusi kaunter minuman keras sahaja,

Selain itu, katanya tindakan perlu diambil terhadap pengeluar minuman ringan yang melabelkan dan menjual minuman yang dicampur dengan alkohol sebagai minuman ringan.

Memandangkan minuman ringan adalah untuk semua pengguna, menambah alkohol ke dalamnya seharusnya tidak dibenarkan dalam pengeluaran minuman ringan.
Sumber : harakahdaily

Bapa Penyembelih

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui mati dengan lehernya terkulai dipercayai disembelih oleh bapanya sendiri, dalam kejadian di Kampung Sungai Keladi, di sini, semalam.

Sebelum kejadian, mangsa, Mohamad Adam Mus-zahffar, dikatakan mengikut bapanya itu, Muhaimin Sauntar, 33, ke dapur rumahnya, sebelum disembelih menggunakan sebilah pisau.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim, berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari, ketika mangsa berada di rumah bersama ibu bapa serta seorang adiknya berusia dua tahun. Beliau berkata, daripada maklumat yang diterima, suspek pernah menjalani rawatan mental sebelum ini, dipercayai bertindak menyembelih anak kedua daripada tiga beradik itu tanpa diketahui motifnya.

Katanya, mangsa yang cedera parah pada leher dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dan suspek turut mencederakan lehernya menggunakan senjata yang sama.

Setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan dan kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk dibedah siasat, katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Mazlan berkata, ekoran kejadian itu, pihaknya menahan seorang suspek berusia 33 tahun dan menjumpai sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu.

Sementara itu, ibu mangsa, Nik Suzila Nik Hashim, 32, berkata sebelum kejadian, beliau sempat berbual dengan suaminya di ruang tamu rumah mereka, sebelum suaminya mengadu berasa panas, lalu menuju ke dapur rumah.

Katanya, pada masa yang sama, mangsa yang amat manja serta rapat dengan suaminya, bertindak mengekori ayahnya ke dapur.

Beberapa minit kemudian saya terdengar bunyi jeritan anak kami, lalu bergegas ke dapur sebelum melihat suami sedang menyem-belih mangsa menggunakan sebilah pisau.

Terkejut dengan tindakan suami itu, saya kemudiannya menjerit minta tolong, sebelum melihat suami kemudiannya bertindak mencederakan lehernya sendiri dengan pisau yang masih ada di tangannya, katanya.

Nik Suzila berkata, beliau bersyukur dua lagi anaknya iaitu Nur Syafikah, 8, tidak cedera kerana berada di sekolah manakala yang bongsu, Siti Aishah, 2, berada bersamanya di rumah ketika kejadian berlaku.

Tuesday, August 24, 2010

Alternatif dan Penyelesaian

1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

An Nuur : Ayat 32

5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

•Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin

•Memberi insentif sebagai galakan berkahwin

•Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
•Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
•Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
•Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
•Merendahkan hantaran perkahwinan

6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

•Suami
•Isteri
•Wali
•Saksi
•Aqad [ Ijab Qabul ]
cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

•Masih menuntut di kolej atau uniersiti
•Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
•Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .

Oleh : Nasrudin Hassan at Tantawi

Najis, Bendera Dipijak Bantahan di Kedutaan M'sia di Indon

Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di Jakarta telah dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) pada satu demonstrasi petang ini.

Seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu telah melemparkan najis itu ke dalam perkarangan kedutaan itu melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan anggota polis Indonesia yang sedang mengawal ketat di hadapan bangunan itu.

Mereka turut melepaskan najis itu ke atas bendera Malaysia yang dipijak-pijak di atas jalan tempat mereka berkumpul di hadapan kedutaan itu.

Kumpulan itu sebelumnya telah membawa lima bungkusan najis itu, ada yang diletakkan dalam kertas bungkusan makanan, dalam plastik dan dalam kotak polisterin dan dinyatakan sebagai "hadiah" untuk Duta Besar Malaysia ke Indonesia kerana Malaysia selama ini telah beberapa kali memberi "najis" yang lebih kotor kepada Indonesia.

Dengan tiba-tiba seorang daripada mereka melempar bungkusan kertas berisi najis itu ke dalam pagar kedutaan itu dan pada masa yang sama, najis turut dilepaskan ke atas bendera Malaysia yang mereka sedang pijak itu.

Demonstrasi itu diadakan bagi menandakan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang mereka dakwa telah merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.

Ia juga untuk menyatakan kekecewaan rakyat terhadap kepemimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang dikatakan sangat lemah menghadapi Malaysia.

Berikutan kejadian lempar najis itu polis Indonesia menangkap tiga orang pelaku berkenaan.

Demonstrasi itu berlangsung selama sejam.

Seorang wakil kumpulan itu kemudian memberitahu wartawan yang meliputi peristiwa itu bahawa mereka telah memberi kata dua kepada polis Indonesia iaitu lepaskan rakan-rakan mereka itu daripada tahanan atau mereka akan melakukan operasi usir rakyat Malaysia petang ini.

Operasi yang dinamakan "Sweeping Rakyat Malaysia" itu dirancang akan dilakukan di hadapan bangunan kumpulan itu di Jalan Diponegoro, Menteng, di Jakarta.

Polis Indonesia telah menugaskan ramai anggota untuk mengawal ketat di hadapan bangunan kedutaan Malaysia, setelah mendapat maklumat bahawa demonstrasi berkenaan akan disertai antara 300 dan 500 penunjuk perasaan.

Dalam insiden di perairan Malaysia-Indonesia itu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai pengkuatkuasa kementerian dari Indonesia itu, masing-masing kerana didakwa menceroboh wilayah masing-masing.

Kedua-dua negara kemudian membebaskan tahanan-tahanan itu pada 17 Ogos lalu.

Ribut Ramadhan di Kuantan

KUANTAN – Kira-kira 15 rumah di kawasan Bukit Setongkol dan Indera Mahkota 2 di sini, rosak dipukul ribut manakala lebih daripada empat kenderaan ranap ditimpa pokok tumbang dalam kejadian sama pada jam 6.40 petang kelmarin.

Ketika kejadian, kebanyakan penduduk sedang sibuk melakukan persiapan untuk berbuka puasa namun masing-masing gempar apabila mendapati bumbung rumah tercabut akibat diterbangkan angin kencang.

Ribut berkenaan turut menyebabkan peniaga dan pengunjung di bazar Ramadan berhampiran dengan sebuah pasar raya bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila melihat khemah peniaga diterbangkan angin.

Salah seorang pengunjung, Rosmawati Jaafar, 39, berkata, dia terkejut apabila melihat pokok besar di tepi jalan tumbang satu demi satu akibat dipukul angin kencang disertai dengan hujan lebat.

“Ketika itu, saya bersama suami dan empat anak dalam perjalanan ke Cenderawasih untuk berbuka puasa namun berhenti untuk mengisi minyak di stesen minyak berhampiran bazar Ramadan.

“Selepas melihat angin kencang yang begitu aneh, suami memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan saya boleh melihat dengan jelas dari dalam kereta khemah peniaga diterbangkan angin,” katanya ketika ditemui berhampiran lokasi pokok tumbang.

Menurutnya, dia begitu bersyukur kerana keretanya tidak ditimpa pokok tumbang berkenaan walaupun diletakkan di tepi jalan.

Sementara itu, salah seorang penduduk di Bukit Setongkol Jaya, Samsuddin Bakar, 53, pula mengalami kerugian kira-kira RM25,000 apabila keseluruhan bumbung di tingkat atas rumahnya tercabut akibat diterbangkan angin.

Katanya, ketika kejadian, dia baru selesai menunaikan solat Asar manakala isteri, dua anak dan anak saudaranya yang berusia empat bulan.

“Tiba-tiba keadaan menjadi kelam kabut dengan bunyi pokok tumbang di luar disertai angin kencang berpusar-pusar dan serentak dengan itu, saya mendengar bunyi bising di tingkat atas.


“Saya terkejut apabila melihat bumbung di tingkat atas habis diterbangkan angin menyebabkan segala perabot basah ditimpa hujan malah komputer anak saya turut rosak,” katanya.

Menurutnya, itu adalah kali kedua kejadian ribut berlaku sejak menetap di situ lebih 20 tahun lalu selepas kejadian pertama pada 2007.

“Walaupun mengalami kerugian, saya bersyukur kerana ahli keluarga selamat dan tidak mengalami kecederaan. Saya menganggap ini adalah dugaan di bulan puasa,” katanya yang merupakan kakitangan kerajaan.

Seorang penduduk yang bumbung rumahnya turut diterbangkan angin, A Chandrasegaran, 48, berkata, dia terkejut apabila sebahagian daripada atap rumahnya diterbangkan angin dalam masa dua saat sahaja.

“Saya, isteri dan anak-anak yang ketika itu leka menonton televisyen segera berlari ke luar rumah kerana bimbang akan ada barang jatuh dan menimpa kami pula.

“Sepanjang 11 tahun menetap di sini, ini adalah kali pertama kami berhadapan dengan ribut kuat sebegini dan saya masih belum dapat menganggarkan kerugian yang dialami kerana ia turut melibatkan kerosakan barang-barang rumah,” katanya.

Katanya, dia mengambil keputusan untuk menghantar anak dan isterinya tidur di rumah saudara berhampiran kerana bimbang kejadian sama akan berulang sekiranya hujan lebat berlaku.

Dalam pada itu, beberapa buah kereta yang diletakkan di hadapan lot kedai pula ranap ditimpa pokok tumbang sehingga memaksa anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bertungkus lumus memotong dahan pokok untuk mengeluarkan kenderaan berkenaan.

Pegawai Operasi JPAM, Aznor Hafizi Ahmad berkata, pihaknya menerima 20 kes melibatkan pokok tumbang dan bumbung rumah diterbangkan angin bermula pada jam 7 petang.

“Kawasan yang dilanda ribut membabitkan Bukit Setongkol, Indera Mahkota 2 dan juga di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas).

“Setakat ini masih tiada kecederaan yang dilaporkan selain kerosakan harta benda,” katanya.

Letupan Ramadhan

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut dengan mayatnya tersangkut di atas pokok setinggi 15 meter selepas terpelanting apabila sebuah rumah tinggal yang dipercayai dijadikan stor simpanan bunga api dan mercun meletup di Kampung Seberang Baroh, Chabang Tiga di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, dua lelaki berusia 22 dan 23 tahun pula cedera parah dipercayai tercampak ke tanah di bahagian depan rumah berkenaan yang roboh akibat letupan kuat yang dikatakan boleh didengar sehingga sejauh empat kilometer. Seorang saksi, Norshafri Azhar, 36, berkata kanak-kanak itu, Khairul Arif Ayub, ditemui tersangkut di atas pokok, kira-kira lima meter dari belakang rumah berkenaan dengan kepalanya hancur.

"Ketika sampai di tempat kejadian, saya tergamam melihat dua lelaki dalam keadaan berlumuran darah di bawah timbunan kayu dan batu. Seorang daripada mereka yang masih mampu bercakap dalam nada lemah menyuruh saya mencari seorang kanak-kanak lelaki, tetapi saya gagal menemuinya setelah kira-kira 10minit mencari di bawah timbunan batu dan kayu.

"Ketika itu penduduk kampung sudah memenuhi kawasan kejadian dan saya terkedu melihat tubuh kanak-kanak lelaki tersangkut di atas pokok di belakang rumah ini dengan kepalanya hancur dan otak terburai sebelum mayatnya diturunkan penduduk kampung," katanya yang menjadi saksi pertama tiba di tempat kejadian.

Norshafri yang bekerja sebagai penjaja dan tinggal kira-kira 20 meter dari tempat kejadian itu, berkata ketika letupan berlaku dia sedang berehat di rumah sambil menonton berita di televisyen.

Saya terus bergegas ke tempat kejadian sebaik mendengar bunyi letupan kuat. Saya lihat, dua lelaki cedera parah di kaki dan muka, malah bahagian kaki kelihatan seperti hancur dan berlumuran darah.

Seorang daripada mereka masih mampu bercakap, manakala seorang lagi seperti sudah tidak sedar. Seorang daripada mangsa adalah anak pemilik rumah tinggal ini, yang kini menetap di Bukit Payung dan hanya pulang sekali sekali ke rumah ini bersama ibunya," katanya.

Norshafri berkata, dua lelaki terbabit adalah rakan bapa kanak-kanak itu, Ayub Abd Rahman, 28, dan Khairul Arif juga rapat dengan mereka serta sering dilihat mengikut lelaki berkenaan.

Selain memusnahkan bahagian depan rumah berkenaan termasuk tangga batu dan sebuah motosikal, letupan itu turut merosakkan rumah jiran yang terletak kira-kira 20 meter dari tempat kejadian. Antaranya, cermin tingkap bahagian dapur dan bilik belakang pecah, lantai jubin retak dan atap bahagian dapur pecah. Bagaimanapun, ketika kejadian rumah itu tiada penghuni.

Hasnah A Jalil, 54, yang rumahnya turut rosak akibat letupan kuat itu berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana menghantar anak saudaranya ke sekolah berhampiran dan bergegas pulang ke rumah selepas terdengar bunyi letupan kuat serta dimaklumkan adiknya yang ternampak kepulan asap daripada arah belakang rumahnya.

"Rumah yang meletup ini sudah lama tinggal. Selepas bapanya meninggal dunia, baru-baru ini, ibunya berpindah ke tempat lain, tetapi anak lelakinya (yang juga salah seorang mangsa) sering balik ke sini. Dia memang berkawan dengan bapa Khairul Arif dan kanak-kanak itu kelihatan sangat rapat dengannya. Ketika kejadian, bapa Khairul Arif tiada di situ," katanya.

Seorang lagi penduduk, Wan Mayuni Wan Daud, 34, berkata dia yang ketika itu sedang berniaga di Pasar Chabang Tiga pada mulanya menyangka berlaku tsunami selepas terdengar bunyi letupan kuat dan gegaran dahsyat seperti bangunan dibom.

KUALA TERENGGANU: Bapa kanak-kanak yang terkorban dalam letupan di sebuah rumah dipercayai dijadikan stor simpanan mercun di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga di sini kelmarin, ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Samsuddin, berkata Ayub Abd Rahman, 28, menyerah diri jam 12.55 tengah hari dan ditahan di lokap Ibu Pejabat Daerah (IPD) di sini untuk membantu siasatan. Katanya, Ayub adalah antara orang disyaki menyimpan mercun di rumah berkenaan yang musnah dalam letupan mengorbankan anaknya, Khairul Arief, 6, manakala dua lelaki cedera parah.

Dia menyerah diri atas nasihat polis dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK). Polis semalam memberi kelonggaran untuk menguruskan jenazah anaknya yang belum dituntut di Hospital Sultanah Nur Zahiran (HSNZ) di sini, katanya selepas meninjau keadaan dua mangsa letupan mercun yang cedera parah di hospital itu, semalam.

Mohd Asrizan Muda, 22, dari Kampung Seberang Baroh, Chabang Tiga cedera di kedua-dua kaki, telinga dan kesan terbakar di muka dan badan, manakala Mazlan Abdullah, 29, dari Bukit Payong, juga cedera di kedua-dua kaki, tangan, mata dan telinga.

Dalam kejadian kelmarin, Khairul Arief maut dengan mayatnya tersangkut di atas pokok setinggi 15 meter selepas terpelanting apabila stor simpanan mercun meletup jam 12.30tengah hari.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan menjelaskan, siasatan awal tidak menunjukkan kejadian itu berpunca daripada mercun buatan sendiri. Bagaimanapun, katanya, polis percaya letupan kuat itu kemungkinan disebabkan jumlah mercun yang sangat banyak hingga menyebabkan kesannya amat kuat sehingga merosakkan dua rumah jiran berhampiran.

Hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis menemui 15 kotak besar mercun yang mempunyai kuasa letupan kuat, katanya.

Mohd Shukri berkata, anggota dari Unit Forensik dan Bom Bukit Aman membuat siasatan di tempat kejadian dan mereka dijangka mengambil masa dua hingga tiga hari untuk menyelesaikan siasatan.

Saturday, August 21, 2010

19 Tanda Gagal Ramadhan

Di bulan Ramadhan, pintu neraka ditutup serapat-rapatnya dan pintu syurga dibuka seluas-luasnya. Namun banyak di antara kita gagal dalam mendapatkan kemuliaannya. Di bawah ini merupakan tanda-tanda yang menyatakan akan gagalnya Ramadhan seseorang itu berdasarkan:

1. Kurang melakukan persiapan di bulan Sya’ban.

Misalnya, tidak timbul keinginan bagi melatih bangun malam dengan solat tahajjud. Disamping tidak melakukan puasa sunat Sya’ban, sebagaimana yang telah disunnahkan Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Dalam hadis Bukhari dan Muslim, dari Aisyah Radhiallaahu ‘anha berkata, ”Saya tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh selain di bulan Ramadhan, dan saya tidak pernah melihat beliau banyak berpuasa selain di bulan Sya’ban.”

2. Lambat didalam menunaikan solat fardhu.

Maka datanglah sesudah mereka pengganti yang mensia-siakan sembahyang dan menurutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan, kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh. (Maryam: 59)

Maka celakalah atau lubang dalam neraka bagi orang yang sembahyang, iaitu orang yang meninggalkan sembahyangnya(Al-Ma'un: 4-5)

Menurut Sa’id bin Musayyab, yang dimaksud dengan tarkush-shalat (meninggalkan solat) ialah tidak segera mendirikan solat tepat pada waktunya. Misalnya menjalankan solat zuhur menjelang waktu asar, asar menjelang maghrib, solat maghrib menjelang isya, solatt isya menjelang waktu subuh serta tidak segera solat subuh hingga terbit matahari. Orang yang bershiyam Ramadhan iaitu sangat berdisiplin dalam menjaga waktu solat, kerana nilainya setara dengan 70 kali solat fardhu di bulan lain.

3. Malas menjalankan ibadat-ibadat sunat.

Termasuk di dalamnya menjalankan ibadah shalatul-lail. Mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan ibadat-ibadat sunat merupakan ciri orang yang soleh. “Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang bersegera dalam mengerjakan perbuatan-perbuatan baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu’ kepada Kami.” (Al-Anbiya:90)

“Dan hamba-Ku masih mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat-ibadat sunat, sampai Aku mencintainya.” (Hadits Qudsi)

4. Kedekut dan tamak pada harta benda.

Takut rugi jika mengeluarkan banyak infaq dan sedekah adalah tandanya. Salah satu sasaran utama shiyam (disiplin) agar manusia mampu mengendalikan sifat tamak pada makan minum mahupun pada harta benda, kerana ia termasuk sifat kehaiwanan (Bahimiyah). Cinta kepada dunia serta gelimang kemewahan hidup sering membuat manusia lupa akan tujuan hidup sesungguhnya. Mendekat diri kepada Allah Subhaanahu wa ta’ala, akan menguatkan sifat utama kemanusiaan (Insaniyah).

5. Malas membaca/mentadarus Al-Qur’an.

Ramadhan juga disebut Syahrul Qur’an, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an. Orang-orang soleh di masa lalu menghabiskan waktunya baik siang mahupun malam Ramadhan untuk membaca Al-Qur’an.

“Ibadah ummatku yang paling utama adalah pembacaan Al-Qur’an.” (HR Baihaqi)
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya".(HR Bukhari)

Ramadhan adalah masa yang tepat untuk menimba dan mendalami sebanyak mungkin kemuliaan Al-Qur’an sebagai petunjuk hidup. Kebiasaan baik ini harus nampak dan berlanjutan setelah Ramadhan pergi, sebagai tanda berhasilnya latihan di bulan suci.

6. Mudah mengumbar amarah/ Cepat Naik angin.

Ramadhan adalah bulan kekuatan. Nabi Saw bersabda: “Orang kuat bukanlah orang yang selalu menang ketika berkelahi. Tapi orang yang kuat adalah orang yang boleh menguasai diri ketika marah.”

Dalam hadis lain beliau bersabda: “Puasa itu perisai diri, apabila salah seorang dari kamu berpuasa maka janganlah ia berkata keji dan jangan membodohkan diri. Jika ada seseorang memerangimu atau mengumpatmu, maka katakanlah sesesungguhnya saya sedang berpuasa.” (HR. Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)


7. Gemar bicara sia-sia dan dusta / Bercakap kosong dan berbohong.

“Barang siapa tidak meninggalkan perkataan dusta dan melakukan kedustaan, maka Allah tidak menerima ibadah meninggalkan makan dan minumnya (puasa)” (HR Bukhari dan Abu Dawud)

Kesempatan Ramadhan adalah peluang bagi kita untuk menyusun dan melatih lidah supaya sentiasa berkata yang baik-baik. Umar ibn Khattab Ra berkata: “Puasa ini bukanlah hanya menahan diri dari makan dan minum saja, akan tetapi juga dari dusta, dari perbuatan yang salah dan tutur kata yang sia-sia.” (Al Muhalla VI: 178)

Ciri-ciri orang gagal memetik buah Ramadhan kerap berkata di belakang hatinya. Kata-katanya tidak bernas : “Bercakap dulu baru berfikir , dan bukan sebaliknya, berfikir dulu, sebelum bercakap.”


8. Memutuskan tali silaturrahim.

Ketika menyambut datangnya Ramadhan Rasulullah Saw bersabda: “…Barangsiapa menyambung tali persaudaraan (silaturrahim) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya…” Puasa dapat melatih peribadi seseorang untuk mengikat ukhwah dan tali persaudaraan sesama islam.

Pelaku shiyam jiwanya dibersihkan dari kekerasan hati dan kesombongan, diganti dengan perangai yang lembut, halus dan tawadhu. Apabila ada atau tidak adanya Ramadhan tidak memperkuat hubungan kekeluargaan dan persaudaraan, itu tandanya kegagalan.

9. Mempersia-siakan waktu.

Al-Qur’an mendokumentasikan dialog Allah Swt dengan orang-orang yang mempersia-siakan waktu mereka untuk bermain-main.
“Allah bertanya: ‘ Berapa tahunkan lamanya kamu tinggal di bumi?’
Mereka menjawab: ‘Kami tinggal di bumi sehari atau setengah hari. maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung.’
Allah berfirman: ‘Kamu tidak tinggal di bumi melainkan sekejap saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui. "Maka apakah kamu mengira sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang sebenarnya; tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia, Tuhan yang mempunyai ‘Arsy yang mulia.” (Al-Mu’minun: 112-116)

Termasuk gagal dalam ber-Ramadhan adalah orang yang lalai atas kurniaan waktu dengan melakukan perbuatan sia-sia, kemaksiatan, dan hura-hura. Disiplin waktu selama ber-Ramadhan semestinya meinggalkan kesan kuat dan mendalam dalam membentuk rasa cinta terhadap ketertiban dan keteraturan.

10. Tidak Tenteram dan sentiasa bimbang dalam menjalani hidup.

Tidak tenteram dan sentiasa bimbang, khuatir, risau, serta gelisah dalam menjalani hidup juga merupakan tanda gagal Ramadhan. Pesan Rasulullah Saw: “Sesungguhnya telah datang bulan Ramadhan yang penuh berkat. Allah telah memfardhukan ke atas kamu berpuasa di dalamnya. Dibuka semua pintu syurga, dikunci semua pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan. Di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tiada diberikan kebajikan malam itu, maka sungguh tidak diberikan kebajikan ke atasnya.” (HR Ahmad, Nasa’i, Baihaqi dari Abu Hurairah)

Bila seseorang memperolehi barokah di bulan suci ini, jiwanya mantap, hatinya tenteram, perasaannya tenang dalam menghadapi keadaan apapun.

11. Tidak bersemangat mensyiarkan Islam.

Salah satu ciri utama kesan Ramadhan ialah peningkatan taqwa yang bertambah. Dan setiap orang yang ketaqwaannya semakin kuat ialah semangatnya dalam mensyiarkan Islam. Berbagai kegiatan ‘amar ma’ruf nahi munkar dilakukannya, kerana ia ingin sebanyak mungkin orang merasakan kelazatan iman sebagaimana dirinya. Jika semangat ini tiada, gagallah Ramadhan seseorang.

12. Khianat terhadap amanah.

Shiyam adalah amanah Allah yang harus dipelihara (dikerjakan) dan selanjutnya dipertanggungjawabkan di hadapan-Nya kelak. Shiyam itu ibarat hutang yang harus ditunaikan secara rahsia kepada Allah. Orang yang sudah biasa memenuhi amanah dalam ibadah (rahsia) tentu akan lebih menepati amanahnya terhadap orang lain, baik yang bersifat rahsia mahupun yang nyata. Sebaliknya orang yang gagal Ramadhan mudah mengkhianati amanah, baik dari Allah maupun dari manusia.

13. Kurang motivasi dalam hidup berjama’ah.

Frekuensi solat berjama’ah dapat menghidupkan suasana (mengimarahkan) masjid selama Ramadhan. Selain itu, lapar dan dahaga menginsafi diri dan bersimpati terhadap kesusahan sesama manusia, khususnya sesama Muslim. Allah mencintai hamba-hamba-Nya yang berjuang secara berjama’ah, yang saling menguatkan (bantu membantu).

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam satu barisan yang teratur, seakan-akan mereka seperti bangunan yang tersusun kukuh.” (Ash-Shaf: 4)

Ramadhan seharusnya menguatkan motivasi untuk hidup berjama’ah.

14. Selalu bergantung pada makhluk.

Hawa nafsu dan syahwat yang digembleng habis-habisan selama bulan Ramadhan merupakan pintu utama ketergantungan manusia pada sesama makhluk. Jika jiwa seseorang berhasil merdeka dari kedua mitra syetan itu setelah Ramadhan, maka yang mengendalikan dirinya adalah fikrah dan akhlaq. Orang yang tunduk dan taat kepada Allah lebih mulia dari mereka yang tunduk kepada makhluk.

15. Malas membela dan menegakkan kebenaran.

Sejumlah peperangan dilakukan kaum Muslimin melawan tentera-tentera kafir berlangsung di bulan Ramadhan. Kemenangan Badar yang hebat itu dan penaklukan Makkah (Futuh Makkah) terjadi di bulan Ramadhan. Di tengah gelombang kebathilan dan kemungkaran yang semakin berani dan berleluasa, para alumni akademi Ramadhan seharusnya semakin gigih dan strategis dalam membela dan menegakkan kebenaran. Jika bulan suci ini tidak memberi bekal perjuangan baru yang bernilai hebat, maka kemungkinan besar ia telah meninggalkan kita dan kita adalah dari kalangan yang tidak berjaya (kecundang).

16. Tidak mencintai kaum dhuafa.

Syahru Rahmah, Bulan Kasih Sayang adalah nama lain Ramadhan, kerena di bulan ini Allah melimpahi hamba-hamba-Nya dengan kasih sayang lebih. Shiyam Ramadhan menanam benih kasih sayang terhadap orang-orang yang paling lemah di kalangan masyarakat. Faqir miskin, anak-anak yatim dan mereka yang hidup dalam kemelaratan. Rasa cinta kita terhadap mereka seharusnya bertambah. Jika cinta jenis ini tidak bertambah selepas berakhirnya bulan suci ramadhan ini, bererti Anda perlu segera bermuhasabah.

17. Salah dalam pengertian akhir Ramadhan.

Khalifah Umar ibn Abdul Aziz memerintahkan seluruh rakyatnya supaya mengakhiri puasa dengan memperbanyakan istighfar dan memberikan sedekah, kerana istighfar dan sedekah dapat menambah pahala dari puasa yang kurang sempurna. Apabila ramadhan sampai ke penghujungnya, seharusnya kita perlu sering melakukan muhasabah diri.

“Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Hasyr: 18 )

18. Sibuk mempersiapkan Lebaran.

Kebanyakan orang semakin sibuk dengan urusan duniawi dalam mempersiapkan kuih muih dan pakaian baru apabila Aidilfitri menjelang tiba. Sedangkan 10 malam terakhir ramadhan merupakan saat-saat genting yang menentukan nilai akhir kita di mata Allah dalam bulan mulia ini. Menjadi pemenang sejati atau pengalah sejati.

Tumpuan fikiran telah beralih/bertukar dari semangat beribadah, kepada semangat kesenangan dalam merayakan Aidilfitri dengan berbagai kegiatan, akibatnya terus leka dan lupa yang mana seharusnya kita berasa sedih disebabkan akan berpisah dengan bulan ramadhan yang mulia ini.

19. Aidilfitri dianggap hari kebebasan.

Secara harfiah (pengertian) makna Aidilfitri bererti “hari kembali ke fitrah”. Namun kebanyakan orang memandang Aidilfitri umpama hari dibebaskannya mereka dari “penjara” Ramadhan. Akibatnya, hanya beberapa saat setelah Ramadhan meninggalkannya, ucapan dan tindakannya kembali cenderung tak terkawal (kembali asal). Mereka lupa bahwa Aidilfitri seharusnya menjadi hari di mana tekad baru dihasilkan untuk menjalankan peranan khalifah dan abdi kepada Allah secara lebih profesional. Kesedaran penuh akan kehidupan dunia yang sementara dan akhirat yang kekal harus berada pada puncaknya saat Aidilfitri disambut, dan bukan sebaliknya.

Friday, August 20, 2010

Piala Ramadhan

Apabila setiap kali tibanya bulan ramadhan yang mulia khususnya 10 malam terakhir ramadhan.

Tepat jam 12 malam 21 Ramadhan 1430H, tok bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir bagi Piala Juara-Juara Ramadhan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas (Tazkirah) tentang persembahan longlai dan kurang bersemangat dari pasukan tempatan iaitu Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di stadium (Masjid) berdekatan.

Untuk makluman saudara sekalian,

Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 dari seteru tradisi iaitu Nafsu City. Dua gol dijaringkan oleh penyerang berbisa Nafsu City iaitu 'Emmanuel Amarah' manakala satu lagi gol pada minit-minit terakhir perlawanan separuh masa pertama dijaringkan oleh 'Carlos Umpatan' yang mana telah meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat.

Strategi 3-4-4 iaitu dengan meletakkan 4 orang striker dibarisan hadapan yang digunakan oleh pasukan Nafsu City amat sukar dikekang oleh barisan pemain muda Taqwa United. Barisan pertahanan pasukan tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian hilang punca dengan asakan bertali arus dari rangkaian penyerang berbisa yang dibarisi oleh Carlos Umpatan, Kedengkian Hernandez, Berbatov Syahwat dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara-juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari).

Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman D'Hati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan kepada para pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Tarak Posa dan Culas Solat perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Bryan Boros dan Stephen Tamaki terutama ketika berbelanja waktu berbuka dan di pusat membeli-belah di separuh masa pertama.

Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan Taqwa United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, mereka perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Ferdinan Lagho dan Nichlos Tido Lajak. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti kedua-dua tembok besar pasukan Nafsu City itu untuk menjaringkan gol-gol yang diperlukan.

Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa pasukan Taqwa United mampu mengurangkan defisit 3 gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan Nafsu City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan syawal di Aidilfitri.

Sewaktu wawancara bersama Sir Iman D'Hati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka bagi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda Taqwa United dalam mengejar impian mereka bergelar Juara Ramadhan.

Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat pasukan kesayangan mereka. Fan Club Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala Fan Club Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.

Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah pasukan Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini? Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan bagi mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain dalam mengejar impian akhirat.

Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawanan akhir ini.

Penaja Bersama : iluvislam.com

Dah La Menunjuk Cerdik Kini Tak Waras Pula

Kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya bahawa nama Ketua Menteri Lim Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat yang dibaca di beberapa masjid di negeri itu.

Exco Hal-Ehwal Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata siasatan awal mendapati ianya tidak berlaku kerana teks khutbah Jumaat, yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam negeri, tidak menggunakan nama Lim.

Katanya, hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat.

Abdul Malik berkata, beliau telah membuat siasatan awal dan mendapati kejadian itu tidak berlaku seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga pengerusi perhubungan Umno negeri.

Abdul Malik menjelaskan, teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim, seperti yang didakwa.

"Dan kalau mereka tidak baca teks sekalipun, saya percaya hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan ganti nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah," katanya lagi.

Tambahnya, dakwaan itu juga tidak menyebut dengan jelas masjid yang terbabit, sebaliknya hanya menamakan kawasan Permatang Pauh, Jelutong dan Tasek Gelugor.

Ditanya lanjut, beliau berkata kerajaan negeri tidak akan mengambil tindakan lanjut atas dakwaan itu kerana "tidak timbul isu."

"Isu ini sengaja diada-adakan, sebab sememangnya tiada isu. BN yang sengaja wujudkan isu ini," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Abdul Malik juga berkata, sekiranya Ahmad Zahid mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut, beliau hendaklah membuat laporan supaya dakwaan tersebut dapat disiasat.

"Kalau dia ada maklumat, sepatutnya dia buat laporan kepada kerajaan negeri, atau kepada polis atau kepada pejabat mufti, bukannya pergi beri kenyataan kepada media," katanya lagi.

Sementara itu, bercakap dalam satu sidang media pagi ini, Abdul Malik juga berkata kerajaan negeri serta JAIPP tidak menerima sebarang arahan lisan mahupun bertulis untuk menukar nama tersebut dalam teks khutbah.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa sesetengah jawatankuasa masjid menggunakan isu tersebut untuk mensabotaj kerajaan negeri.

Komen Anwar Ibrahim

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan isu khutbah Jumaat merupakan fitnah terbaru "yang dimainkan oleh Umno untuk menyemarakkan api kebenciandi negara ini.

"Tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang di-Pertuan Agong telah digantikan dengan nama ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau yang juga ketua umum PKR berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut.

Anwar berkata, beliau sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan menerusi rakan-rakan di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, katanya beliau mendapati tuduhan tersebut tidak berasas.

"Bahkan ianya merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak," katanya sambil menambah pimpinan Umno berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang.

Katanya, ia juga menunjukkan kegagalan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera.

"Kita yakin usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecahbelahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera.

"Mereka menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan perubahan dan demi Malaysia yang Adil.

"Oleh demikian saya menyeru rakyat Malaysia untuk perteguh keazaman bersama Pakatan Rakyat dan mara mengharungi serangan yang tidak akan kunjung diam dari pimpinan Umno itu.

"Hanya dengan melakukan perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang," tambahnya.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails