Monday, May 31, 2010

Yahudi Israel Laknathullah Serang Kapal Bantuan Ke Gaza


Tindakan kejam dan biadab tentera marin Israel yang menyerang kapal Mavi Marmala kira-kira jam 7.30 pagi tadi (waktu Malaysia) ketika kapal tersebut dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza setakat ini telah mengorbankan 15 sukarelawan dan 30 lain cedera.

Belum dapat dipastikan nasib 11 rakyat Malaysia yang turut serta dalam konvoi laut berkenaan.

Difahamkan tentera rejim Yahudi telah menguasai bilik media menyebabkan hubungan dengan kapal-kapal terbabit putus.

Pengarah Palestine Center of Excellence (PACE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor yang mengesahkan insiden tersebut kepada mStar Online berkata, bagaimanapun sehingga kini tiada maklumat sama ada sukarelawan Malaysia antara yang menjadi mangsa atau tidak.
"Seramai 12 sukarelawan Malaysia terlibat dalam misi ini, termasuk dua wartawan Astro Awani. Tapi kita masih belum mendapat maklumat sama ada mereka yang terkorban atau cedera itu melibatkan sukarelawan kita atau tidak," katanya di sini hari ini.

Dua warganegara Malaysia - wartawan, Ashwad Ismail dan jurukamera, Shamsul Kamal Latip dari Astro Awani - menaiki kapal Turki bernama Mavi Marmara yang diserbu komando Israel.

Pagi tadi, Mavi Marmala telah diserang oleh tentera Israel menggunakan peluru hidup dan semburan gas sebelum sempat rombongan tersebut memasuki perairan Gaza.

Konvoi Freedom Tortilla adalah konvoi kemanusiaan terbesar yang disertai oleh 50 buah negara termasuk Malaysia.

Rombongan kemanusiaan ini melibatkan lebih daripada 700 peserta dan kapal Mavi Marmala membawa seramai 540 orang penumpang.

Thursday, May 27, 2010

Harga Minyak dan Barangan Keperluan Akan Naik?

Malaysia menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

Subsidi kini merupakan 54 peratus daripada KDNK negara.

Namun semua cadangan pengurangan subsidi berkenaan belum dilulus atau dipersetujui oleh kerajaan.

"Kita tidak mahu menjadi seperti Greece, akhirnya," kata Indris merujuk kepada ahli Kesatuan Eropah itu yang hutangnya menyebabkan ketidak-tentuan pasaran antarabangsa.

Rasionalisasi subsidi untuk pertumbuhan nyata

Malaysia membelanjakan 15.3 peratus daripada perbelanjaan persekutuan bagi menampung subsidi pada bajet 2009 yang menyaksikan defisit berada pada peringkat tertingginya dalam dua puluh tahun.

Katanya, Malaysia perlumerasionalisasikan subsidi untuk bergerak ke depan secara lebih ekonomi, selain menggalakkan pemuliharaan yang lebih tinggi dan mengurangkan penggunaan.

Menurut Idris, Malaysia juga perlu mengikuti perkembangan terkini arah aliran pengurangan subsidi global.

"Bayangkan, rakyat Somalia sendiri kena bayar harga yang lebih tinggi untuk petrol berbanding rakyat Malaysia," katanya pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Makmal itu yang dibuka dari jam 9 pagi hingga 2 petang hari ini, dilangsungkan bagi mendapat cadangan dan maklum balas daripada orang ramai mengenai rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.

Idris berkata, mengikut perangkaan daripada Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), perbelanjaan subsidi Malaysia berdasarkan peratusan keluaran dalam negara kasar (KDNK) nominal antara 2006 dan 2009, adalah pada 11 peratus.

Ia, katanya, hampir tiga kali ganda berbanding negara bukan OECD seperti Filipina dan 55 kali lebih tinggi berbanding negara OECD seperti Switzerland.

"Bil subsidi kerajaan tidak berkekalan, terutama berdasarkan defisit bajet dan hutang kerajaan yang semakin meningkat. Ia lebih tinggi berbanding Indonesia pada 28 peratus dan semakin menghampiri Filipina pada 62 peratus," katanya.

Kaya juga dapat subsidi

Menurut Idris, budaya subsidi mempunyai kesan negatif, dengan subsidi kerap dinikmati mereka yang tidak berhak selain tertakluk kepada ketirisan dan penyalahgunaan dan pada masa yang sama menggalakkan gangguan pasaran selain menggalakkan penggunaan berlebihan hasil daripada lebihan pengeluaran.

Beliau berkata, kira-kira 97 peratus daripada subsidi Malaysia diagihkan secara asas "menyeluruh".

"Ia diberi kepada setiap orang tanpa mengira paras pendapatan, sebagai contoh, memberi subsidi untuk pendidikan rendah, menengah dan tinggi, perkhidmatan perubatan, petrol, gula dan minyak masak, selain bantuan kebajikan dan elaun," katanya.

Kerajaan, dalam kerangka kerja merasionalisasikan subsidi, antara lain akan memberi tumpuan terhadap barangan utama bagi mencapai penjimatan yang lebih besar seperti bahan api, gas dan tol dan pada masa yang sama meneruskan subsidi pendidikan, sebagai pelaburan modal insan.

Usaha akan dibuat bagi mengurangkan pembaziran dan penyalahgunaan.

Menurut sumber yang dipetik Reuters, jemaah menteri pada Rabu lalu membincangkan cadangan pengurangan subsidi berkenaan tetapi tiada keputusan dibuat.

Apa benar negara Malaysia akan bankrap 9 tahun lagi jika kerajaan masih memberikan subsidi? Mengapa tidak mengatakan besok aje negara Malaysia akan bankrap jika terus memberikan subsidi. Kenapa perlu sampai 9 tahun baru bankrap, macam ahli nujum pak belalang pulak rasanya.

Sudah menjadi kebiasaan bagi BN mengeluarkan kenyataan berunsur 'kata pancing' sebegini bagi meredakan kemarahan rakyat jika sekiranya terpaksa menaikkan harga bagi minyak dan barang keperluan.

Sudah pasti jika ada kenaikan makanya barangan lain secara pantulan akan juga turut serta merta naik. Apa yang menjadi igauan bagi rakyat Malaysia akan terus menjadi mimpi ngeri kerana terpaksa menghadapi situasi yang membebankan bagi jangka masa yang mendatang.

Jika benar harga minyak dan barangan keperluan naik, makanya kita sebagai rakyat Malaysia perlu bangkit dan melakukan perubahan di dalam PRU ke 13...Kuasa Rakyat Kuasa Keramat!

Kekayaan 40 Individu Terkaya Malaysia Naik 42 Peratus Kepada AS$51 Bilion

SINGAPURA, 27 Mei (Bernama) -- Harta semua 40 individu terkaya negara kini bernilai AS$51 bilion, meningkat daripada AS$36 bilion tahun lepas, dan lebih tinggi daripada rekod sebelum ini iaitu sebanyak AS$46 bilion yang dicatatkan pada 2008.

Menurut Forbes Asia dalam Senarai Kaya Malaysia 2010 yang diterbitkan Khamis, kekayaan bersama mereka telah meningkat 42 peratus, didorong oleh pertumbuhan ekonomi negara.

Peningkatan keseluruhan kekayaan juga sejajar dengan kenaikan 32 peratus di Indeks Kompposit Kuala Lumpur dan kenaikan 11 peratus Ringgit Malaysia berbanding dolar US sepanjang 12 bulan ini, kata Forbes.

Tempat pertama senarai masih lagi Robert Kuok Hock Nien yang memegang kedudukan itu semenjak 2006 apabila Forbes Asia mula menyenaraikan 40 individu terkaya Malaysia.

Forbes berkata kekayaan Kuok meningkat kepada AS$12 bilion, peningkatan AS$3 bilion sepanjang tahun lepas.

Ananda Krishnan pula kekal pada tempat kedua dengan AS$8.1 bilion, peningkatan AS$1.1 bilion daripada tahun lepas.

Syarikatnya, Maxis Communications, pembekal perkhidmatan telefon mudah alih terbesar negara, disenarai awam tahun lepas dan mengumpul AS$3.4 bilion dalam IPO terbesar negara.

Masih di tempat ketiga adalah Tan Sri Lee Shin Cheng dengan AS$4.6 bilion, lebih tinggi daripada AS$3.2 bilion tahun lepas.

Jutawan berusia 71 tahun itu mengetuai IOI Group, salah satu penggendali utama penapisan minyak sawit. Syarikat itu dilaporkan melabur AS$300 juta untuk mengembang.

Forbes berkata bukan hanya tiga jutawan itu menyaksikan peningkatan pada kekayaan mereka, bahkan 27 orang lain dalam senarai itu juga mencatatkan pertumbuhan pada nilai bersih mereka, terutamanya jutawan teknologi Goh Peng Ooi, disenaraikan pada No. 16, yang mengalami peningkatan peratusan terbesar.

Kekayaannya meningkat kepada AS$425 juta daripada AS$112 juta sebelum ini, satu peningkatan sebanyak 280 peratus.

Forbes berkata tahun ini, nilai bersih minimum sebanyak US$110 juta diperlukan untuk layak memasuki senarai itu berbanding AS$90 juta tahun lepas.

Ia berkata bilangan jutawan juga telah meningkat dengan kini seramai 10 jutawan mempunyai nilai bersih sepuluh angka berbanding sembilan, tahun lepas.

Individu baharu yang memasuki senarai ini termasuk Datuk Shahril dan Shahriman Shamsuddin yang berkongsi tempat ke-23 dengan nilai bersih AS$270 juta.

Kedua-dua mereka mempunyai kepentingan sama banyak dalam Sapura Group, yang diasaskan oleh ayah mereka.

Satu lagi wajah baharu ialah kontraktor Datuk A K Nathan, 54, yang disenaraikan pada tempat ke-24 dan bernilai AS$250 juta.

Syarikatnya, Eversendai, terlibat dalam banyak pembinaan di Timur Tengah termasuk Burj Khalifa di Dubai.

Forbes berkata tiga individu kembali tersenarai selepas terkeluar sebelum ini, iaitu Datuk Seri Nazir Razak, seorang ketua perkhidmatan kewangan di CIMB.

Beliau disenaraikan pada tempat ke-32 dengan nilai bersih US$145 juta.

Senarai 10 individu terkaya di Malaysia ialah: 1) Robert Kuok Hock Nien; AS$12 bilion 2) T. Ananda Krishnan; AS$$8.1 bilion 3) Tan Sri Lee Shin Cheng; AS$4.6 bilion 4) Puan Sri Lee Kim Hua; AS$3.9 bilion 5) Tan Sri Quek Leng Chan; AS$3.85 billion 6) Tan Sri Teh Hong Piow; AS$3.8 bilion 7) Tan Sri Yeoh Tiong Lay; AS$2.5 bilion 8) Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary; AS$1.7 bilion 9) Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun; AS$1.6 bilion 10) Tan Sri Tiong Hiew King; AS$1.2 bilion

Senarai penuh individu terkaya Malaysia boleh didapati dalam terbitan Jun 2010 Forbes Asia yang telah mula dijual sekarang.

Di mana nilai sebuah janji?


Oleh: Ustaz Shauqi

Seringkali kita mendengar tentang ungkapan ‘janji Melayu’. Biasanya ungkapan ini membawa kepada maksud yang negatif iaitu merujuk kepada janji yang tidak ditepati. Mengapakah terjadi sedemikian?. Apakah benar masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang tidak suka menepati janji? Sehubungan dengan itu, pepatah Melayu yang mengatakan `bagai menanam tebu di tepi bibir’ hendaklah diambil perhatian kerana ia merujuk kepada orang yang suka menabur janji tetapi tidak suka menunaikannya.

Terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu pada hari ini memang suka menabur janji serta mengungkapkan janji dengan begitu mudah. Namun, persoalannya sejauh manakah janji yang telah dibuat itu ditepati? Apatah lagi sebagai orang Melayu yang dididik dengan ajaran Islam yang murni, sememangnya sudah dimaklumi bahawa memungkiri janji merupakan suatu dosa yang besar dan perbuatan itu bukan sahaja akan menghakis adat budaya Melayu tetapi juga mencemar kesucian dan kemurnian ajaran Islam!.

Pemimpin sering-kali menaburkan janji-janji manis kepada rakyat tetapi hakikatnya janji tersebut tidak ditunaikan sebagaimana yang telah dijanjikan. Ahli politik pula berusaha menarik sokongan ramai dengan pelbagai janji yang dibuat yang sebahagiannya memang sudah diketahui tidak mampu untuk dilaksanakan. Seorang rakan berjanji kepada kawannya untuk melakukan sesuatu, namun tidak melaksanakannya. Penjual tiket bas berjanji kepada pembeli bahawa bas akan bertolak tepat pada waktu yang ditetapkan, akan tetapi apabila tiba masanya bas masih tidak bertolak dan kadang-kala lewat sejam atau setengah jam daripada waktu yang dijanjikan. Begitulah pelbagai ragam dan fenomena janji dalam masyarakat kita yang amat memalukan!.

Janji merupakan suatu perkara yang amat diambil berat dalam ajaran Islam. Menepati janji itu adalah tuntutan syara sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Israk ayat 34 yang bermaksud: ”Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia). Sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya”. Ayat ini memperingatkan bahawa hidup manusia di dunia ini selalu terikat dengan janji.

Oleh kerana itu, jangan mudah kita membuat janji sekiranya janji itu dijangka sukar untuk ditepati atau dipenuhi apatah lagi sememangnya untuk dimungkiri. Apabila seseorang itu berjanji, ia wajib menunaikan janjinya itu. Perbuatan mungkir janji bukan sahaja mengundang dosa dan kemurkaan Allah, bahkan akan turut menyebabkan berlakunya kesusahan kepada orang lain.


Mungkir janji atau sengaja tidak mahu menyempurnakan janji akan mendapat dosa dan balasan seksa di akhirat. Malahan individu sebegini dikategorikan dalam golongan yang beramal dengan sifat-sifat orang munafik. Ia ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud: “Di antara tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, iaitu jika bercakap ia berbohong. Apabila berjanji ia mengingkari janji itu, dan sekiranya diberikan amanah ia mengkhianatinya.” Walau bagaimanapun, orang yang berjanji dan berazam akan menyempurnakan janjinya, tetapi terhalang oleh sesuatu keuzuran yang menyebabkan janji tersebut tidak mampu disempurnakan, ia tidaklah termasuk dalam golongan munafik itu.

Ayat al-Quran pula dengan tegas memerintahkan umat Islam supaya menunaikan janji apabila mereka berjanji menerusi firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 1 yang bermaksud: ”Wahai orang yang beriman, tunaikanlah janji-janji itu…”. Maksud janji dalam ayat ini merangkumi perjanjian manusia dengan Allah dan perjanjian manusia sesama mereka. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 177 pula bermaksud: ”Dan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka berjanji, mereka itulah orang yang benar-benar beriman dan mengerjakan kebajikan dan mereka itulah juga orang yang bertakwa”.

Justeru, mereka yang sering berjanji tetapi masih tidak tahu cara untuk menunaikan janji hendaklah ’belajar’ kembali untuk menuruti ajaran Islam melalui wahyu al-Quran dan al-Sunnah. Mereka hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikan janji apabila berjanji. Akan tetapi sekiranya mereka merasakan tidak mampu untuk menunaikan janji, maka janganlah sekali-kali menabur janji agar terselamat daripada termasuk ke dalam golongan yang beramal dengan amalan orang munafik yang dikutuk oleh Allah!.

Berhati-hatilah dalam membuat janji kerana tanpa kita sedari janji yang dibuat kadang-kadang tidak kita tepati, seharusnya befikir secara waras sebelum meembuat janji. Bak kata perumpamaan Lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Wallahualam.

Wednesday, May 26, 2010

Subkhiddin dan Piala Dunia 2010

Cipta sejarah jadi pengadil bola sepak Malaysia pertama adili Piala Dunia 2010

SAYA sudah bersedia! Itulah pengakuan Subkhiddin Mohd Salleh - pengadil bola sepak Malaysia yang mencipta sejarah menjadi pengadil pertama yang akan mengadili perlawanan Piala Dunia di Afrika Selatan dari 11 Jun hingga 11 Julai ini.

“Saya tidak akan mensia-siakan peluang dan penghormatan ini. Walaupun cabaran berat kerana menjadi tumpuan dunia tetapi saya harap rakyat terus mendoakan kecemerlangan saya demi mengharumkan nama negara,” katanya yang akan berlepas ke Afrika Selatan, Selasa ini.

Guru Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Nibong Tebal adalah antara empat pengadil di Asia yang tergolong dalam kelompok 30 pengadil dari 28 negara yang terpilih oleh Jawatankuasa Pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Sebelum ini, dua pengadil negara terpilih ke Piala Dunia iaitu Allahyarham Kapten Abdul Halim Hamid pada Piala Dunia 1998 di Perancis, dan Mat Lazim Awang Hamat (Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan) tetapi hanya sebagai pembantu pengadil.

Menceritakan perasaan sebaik mendapat berita mengenai pemilihannya, Subkhiddin, 44, mengakui terperanjat dan gementar kerana perlu memikul tanggungjawab besar yang menjadi perhatian dunia.

“Sebenarnya, saya berharap menjadi pengadil pada Piala Dunia 2006 tetapi bukan rezeki saya walaupun saya sudah memasuki peringkat akhir pemilihan. Bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana terpilih kali ini,” katanya.

Pengadil kelahiran Bagan Ajam, Pulau Pinang itu bagaimanapun enggan bercerita panjang mengenai pemilihannya kerana terikat kepada syarat yang ditetapkan oleh Fifa.

BIODATA
Nama: Subkhiddin Bin Mohd Salleh
Negara: Malaysia (MAS)
Tarikh Lahir: 17.11.1966
Tinggi: 174 cm
Pekerjaan: Guru
Bahasa Pertuturan Utama: Melayu
Lain-lain Bahasa: English
Kerjaya Antarabangsa: Sejak 2000
Perlawanan Antarabangsa pertama: Iraq-Nepal (23.04.2001)
Hobbi: Bowling & Snooker
Penampilan di FIFA:
1.Piala Dunia (Remaja bawah-17) Peru 2005
2.Piala Dunia (Belia bawah-20) Kanada 2007

Syabas buat Subkhiddin di atas pemilihan beliau mengadili perlawanan bola piala dunia 2010. Walaupun pasukan bolasepak Malaysia tidak mampu, tidak berupaya dan tidak tersenarai bertanding di piala dunia sekurang-kurangnya terubat juga dengan adanya seorang anak Malaysia mengadili perlawanan bola di piala dunia tersebut.

Sebagai maluman Malaysia berada di tangga yag ke 147 dalam senarai FIFA dunia. Namun janganlah sesekali kita terlibat atau pun menyokong apa-apa pertaruhan mahupun judi di atas setiap perlawanan yang berlangsung pada piala dunia nanti.
Walaupun kerajaan telah pun menghalalkan pertaruhan piala dunia dengan memberikan lesen kepada BERJAYA group milik Vincent Tan bagi mengendalikan setiap pertaruhan.

Kes Aminul: Polis diminta akui kesilapan, 'tak politik'

Polis Selangor diminta segera mengakui kesilapan dan "tidak berpolitik" dalam menyelesaikan siasatan berhubung kematian remaja Aminul Rashid Hamzah.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, polis tidak sepatutnya turut mempolitikkan isu kerana ia melibatkan masa depan seorang lagi remaja - saksi utama kes berkenaan.

"Didapati polis negeri Selangor dan disokong ketua polis negara masih enggan tarik balik tuduhan bahawa Aminul Rashid itu seorang penjenayah.

"(Mereka juga) masih enggan akui bahawa pedang atau parang yang dijumpai dalam kereta kakak almarhum Aminul Rashid sebagai perkara yang diletakkan, (suatu) planted evidence," kata Khalid.

Katanya, polis Selangor sepatutnya mencontohi sikap ketua polis Negeri Sembilan yang bertindak meminta maaf kepad seorang mangsa tembakan polis di negeri itu.

"Saya tidak faham mengapa di Selangor mereka begitu berkeras mempertahankan perkara yang semua orang tahu tak betul.

"Tapi di Negeri Sembilan, hari itu juga ketua polis negeri meminta maaf kepada keluarga pihak yang ditembak dan mengakui bahawa mereka tersilap.

"Saya rasakan, lebih cepat pihak polis membetulkan keadaan dengan menyatakan keadaan dan kenyataan sebenar, akan melepaskan dirinya (saksi utama) daripada trauma yang sedang dia alami," katanya.

Khalid juga mempersoalkan sama ada sikap yang ditunjukkan oleh polis Selangor itu berkait dengan pentadbiran negeri itu yang dikuasai Pakatan Rakyat.

"Adakah ini ada hubungkait dengan Negeri Sembilan kerajaannya BN, Selangor ini kerajaan Pakatan Rakyat, maka pihak polis mempunyai dasar dan pendekatan berbeza?

"Janganlah polis pun nak berpolitik dalam perkara ini. Saya rasa semua menyedari bahawa Aminul Rashid bukan penjenayah dan Azam bukan penjenayah," katanya lagi.

Khalid berkata demikian bagi mengulas kehadiran saksi utama itu, Azamuddin Omar yang berada di kerusi penumpang pada kejadian itu ke Bukit Aman hari ini bagi membuat satu laporan polis.

Katanya lagi, Azamuddin akan menduduki peperiksaan PMR pada hujung tahun ini dan tidak seharusnya terus terbeban dengan trauma akibat kejadian tersebut.

Ketua Umno Titiwangsa Letak Jawatan?

PETALING JAYA: Umno Bahagian Titiwangsa enggan mengulas mengenai khabar angin bahawa Datuk Seri Suleiman Mohamed meletak jawatan sebagai Ketua Umno bahagian berkenaan.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, Mohd Idham Yasser berkata, pihaknya tidak mengetahui mengenai status perkara berkenaan dan menegaskan Suleiman masih kekal sebagai Ketua Umno bahagian itu.

"Itu mungkin hanya khabar angin, saya tak dapat nak komen lanjut... apa yang saya tahu, Datuk Suleiman masih menjadi Ketua Umno di Titiwangsa," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.

Bagaimanapun Idham yang juga anak kepada Suleiman berkata, sebelum ini bapanya pernah menyuarakan hasrat untuk tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya selama 25 tahun itu pada pemilihan parti akan datang.

"Isu nak letak jawatan sekarang memang saya tak pernah dengar, tapi sebelum ini memang beliau pernah umumkan di bahagian bahawa beliau tak akan pertahankan jawatannya kini.

"Setakat itu sahajalah, tak pula beliau sebut nak lepas jawatan sebelum tibanya pemilihan akan datang, inilah pertama kali saya dengar, sebagai anak... saya sendiri tak tahu tentang perkara ini," katanya.

Pada pemilihan parti 2008, Suleiman menang jawatan ketua bahagian tanpa bertanding.

Dalam pada itu, Ketua Puteri Umno Bahagian Titiwangsa, Hazarina Zaini ketika dihubungi turut menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai perkara berkenaan yang disifatkan hanya sebagai khabar angin.

"Saya tak tahu dan tak pernah dengar tentang perkara ini," katanya

Akhirnya...RM6.5 juta untuk Sagong Tasi dan rakan

Selepas 15 tahun, tujuh orang daripada suku Temuan memperoleh pampasan RM6.5 juta daripada kerajaan persekutuan untuk tanah adat yang diambil bagi membina sebuah lebuh raya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Dalam kes bersejarah ini, Mahkamah Persekutuan hari ini mencatatkan satu penyelesaian antara mereka dan kerajaan persekutuan yang mengiktiraf hak Orang Asli terhadap tanah adatnya di Bukit Tampoi, Dengkil.

Sebanyak 38 ekar tanah adat itu telah diambil oleh kerajaan pusat bagi membina sebuah lebuh raya ke KLIA.

Mahkamah itu membenarkan penyelesaian tersebut dicatatkan hari ini setelah kerajaan pusat dan kerajaan Selangor bersetuju membayar papasan tersebut kepada Sagong Tasi.

Sagong, 78, dan enam yang lain daripada suku Temuan memfailkan saman terhadap kerajaan persekutuan, kerajaan Selangor dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan kontraktor United Engineers Malaysia Bhd (UEM) ke mahkamah mengenai perkara itu.

Kebuntuan hanya selesai apabila pada 22 April tahun lalu, kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat menarik dari daripada mencabar kes Sagong.

Bagaimanapun kerajaan persekutuan dan pihak lain berjaya mendapatkan perintah penangguhan.

Pada 12 April 2002, hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Noor Ahmad mengarahkan kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri, MHA dan UEM membayar pampasan kepada Sagong Tasi dan enam yang lain akibat kehilangan tanah mereka itu.

Rombakan Kabinet - Bakal Menteri Pertahanan Malaysia







Jangan Pandang Ringan Jenayah Siber - Kata Rais

SEOUL, 26 Mei (Bernama) -- Malaysia tidak akan memandang ringan terhadap kegiatan jenayah siber kerana mendapati teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menerusi internet dan jalur lebar mempunyai elemen atau unsur bahaya yang perlu ditangani, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya walaupun protokol internet antarabangsa yang didokong kumpulan tertentu menegaskan agar internet jangan disekat, dibimbing atau ditapis, Malaysia tetap berpendirian bahawa jenayah siber bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan.

"Jangan ambil ringan tentang cabaran keselamatan dalam internet dan jalur lebar walaupun masa yang sama kita tertarik dengan aspek-aspek pembangunan, hiburan dan data-data yang boleh disampaikan oleh rejim itu," katanya kepada wartawan Malaysia ketika menghadiri Sidang Kemuncak Maklumat dan Komunikasi Sedunia 2010 di sini.

"Kita kena fikir, ICT melalui internet, jalur lebar ini mempunyai beberapa elemen atau unsur bahaya, yakni sekurang-kurangnya kita kena berhadapan untuk membuang dan membasmi perjudian, pornografi kanak-kanak dan perkara yang menyalahi undang-undang hasutan termasuk keselamatan negara," katanya.

Rais yang mengemukakan pandangan Malaysia bahawa jenayah siber perlu diperangi atau diatasi bersama di WICS 2010 itu berkata ia telah mendapat sambutan daripada beberapa pemimpin dan wakil negara yang mengambil bahagian ke persidangan itu.

"Kita akan cuba mempelajari daripada pihak-pihak ini bagaimana kita perlu laksanakan dalam rejim (internet dan jalur lebar) di negara masing-masing," katanya.

Isu jenayah siber mungkin belum lagi penting kepada negara tertentu yang masih dalam peringkat menyelaraskan khidmat internet dan jalur lebar di negara masing-masing tetapi bagi Malaysia soal-soal seperti penipuan, hasutan dan keselamatan perlu dihadapi sebagai cabaran nasional, katanya.

Beliau berkata peruntukan undang-undang Malaysia seperti Akta Perlindungan Data Peribadi adalah antara skim untuk memberi keselamatan kepada negara.

Rais berkata pada WISC itu, beliau turut berkongsi pengalaman dan pandangan dengan peserta mengenai keperluan ICT dan industri jalur lebar dibawa ke tahap pemakaian dan kehidupan seharian supaya masyarakat boleh mendapat manfaat.

Persidangan dua hari WICS 2010 anjuran Suruhanhaya Komunikasi Korea bermula Selasa yang dihadiri menteri, timbalan menteri dan pemimpin dari kira-kira sembilan negara bertujuan memperkukuhkan kerjasama dan membina masa depan yang lestari dengan berkongsi pengalaman dan visi negara peserta dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Menurut Rais, pada persidangan WISC itu, Indonesia mengemukakan pendapat bagaimana untuk merapatkan masyarakatnya melalui ICT manakala Mongolia pula menyatakan bagaimana setengah juta penduduknya tidak dapat dihubungi melalui ICT.

Cuba perhatikan pada perkataan yang dimerahkan dalam artikel di atas. Wakakakakakikikikikikukikukiku (ketawa guling banting), basmi ni apa? bas mini ke?

Tinggalkan MIC, sertai DHPP

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N. Bala Subramaniam menyeru masyarakat India, khususnya ahli MIC supaya meninggalkan parti perkauman itu dan menyertai DHPP menyokong PAS.

Menurutnya MIC kini sedang retak menanti belah akibat krisis kepimpinan dan dilihat sudah tiada masa depan.

Apatah lagi dengan penguasaan presidennya Datuk Seri S. Samy Vellu yang dilihat sudah tidak mampu meneraju MIC.

“Kalau Samy jadi Presiden 10 tahun lagi pun, apakah keuntungan untuk masyarakat India,” soal beliau.


Sesuai dengan selogan 'PAS untuk semua', PAS katanya mengormati semua kaum dan terbukti dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang kini sudah dinaik taraf kepada DHPP.

“Jika ada perselisihan, maka kami (penyokong bukan Islam) diminta merujuk terus pada Presiden (Tuan Guru Abdul Hadi Awang) dan pemimpin PAS akan laksana keadilan seperti yang Islam ajar,” jelas beliau lagi.

Islam yang dibawa PAS tidak pernah meminggirkan hak mana-mana kaum malah disuruh menghormati serta membela semua kaum yang tertindas, seperti kaum minoriti India dan Cina.

Dalam perkembangan yang lain, beliau turut menempelak kenyataan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee beberapa hari lalu, kononnya PAS terpaksa mengemis sokongan masyarakat bukan Islam dengan menubuhkan DHPP.

“Itu dia (Syed Ali) yang kata, kami sebenarnya berminat dengan perjuangan keadilan yang diajar dalam Islam, diperjuangkan oleh PAS selama ini.”

“Di kalangan kami yang berbangsa India kebanyakannya tidak berminat dengan MIC, Umno yang zalim pada kaum-kaum bukan Melayu pun kami tak minat,” tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat India yang kian muak dengan MIC untuk bersama dengan PAS ke arah masa depan yang lebih terbela.

Daripada menyokong GAS adalah lebih baik menyokong PAS iaitu PAS untuk semua! Apa tunggu lagi BN sedang nazak, MIC sedang karam dengan labu-labunya....wahai ahli-ahli MIC anda diseru menyertai DHPP.

Tuesday, May 25, 2010

Minyak Dinaikkan RM2.00/Liter, Gula RM2.00/Kilo?

SHAH ALAM 25 Mei - Rakyat Malaysia dijangka akan terus dibebankan dengan kos kehidupan yang semakin meningkat di bawah kerajaan Umno-Barisan Nasional yang gagal mengurus kewangan negara dengan telus apabila Kabinet dikatakan akan meluluskan pemotongan subsidi ke atas barangan keperluan asas dalam mesyuarat Kabinet esok.

Pemotongan subsidi bermakna harga barangan tersebut akan melonjak dan antara barangan asas yang disebut-sebut akan terbabit dalam kenaikan harga termasuk petrol yang bakal dinaikkan daripada RM1.85 seliter kepada RM2.00 dan gula daripada RM1.75 sekilo kepada RM2.00.

Mesyuarat mingguan Kabinet esok dijangka akan membincangkan serta meluluskan usul mengenai pemotongan rejim subsidi ke atas beberapa keperluan asas termasuk minyak, gas asli, gula, tepung dan tol lebuh raya.

Menurut Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud berkata beliau menentang sebarang kenaikan harga kerana yang terpaksa menanggung beban adalah golongan pekerja berpendapatan rendah.

"Isu menaikkan harga keperluan ini bukan isu baru dan ini bakal menjejaskan kepentingan orang ramai.Sebab itu saya sebagai Presiden MTUC menentang kenaikan harga barang keperluan asas ini.

"Pendapatan pekerja swasta dan kilang masih lagi di takuk lama dan jika diteruskan akan menjejas kehidupan harian mereka," kata beliau kepada Suara Keadilan.

Mohd Yusof Abd Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) pula berkata kerajaan perlu berhati-hati dalam membuat keputusan kerana ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat bawahan.

"Masyarakat mengharapkan tidak akan berlaku sebarang kenaikan harga barang keperluan kerana ekonomi masih dalam keadaan tidak menentu.

"Salah satu alasan kerajaan adalah untuk mengurangkan subsidi yang ditanggung dan menyerapkan kos tersebut kepada rakyat.

"Tindakan kerajaan ini akan dipersoalkan oleh rakyat kerana kita tahu banyak dana awam telah digunakan secara yang tidak berhemah," ujar Mohd Yusuf

Menurut beliau, jika rakyat gagal diberitahu oleh kerajaan tentang mengapa kerajaan mengurangkan subsidi tersebut, ini akan menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat bawahan yang berpendapatan rendah.

"Seperti yang kita ketahui, kebanyakkan rakyat terdiri daripada rakyat yang berpendapatan bawah RM3,000 dan ini sudah tentunya membebankan mereka.

"Kita khuatir akan kesannya kerana implikasinya pasti menyeluruh dan akan menyebabkan kenaikkan kepada perkhidmatan dan barangan yang lain.

"Dasar Fomca menyokong pengurangan subsidi kepada barangan asas secara beransur-ansur tetapi hendaklah tidak membebankan rakyat," kata beliau ketika dihubungi.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman bagaimana enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini dan menunggu hasil mesyuarat Kabinet esok.

Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak 23 Oktober tahun lalu memperlihatkan belanjawan defisit kerajaan persekutuan untuk kali ke-13 berturut-turut yang menggambarkan kegagalan kerajaan Umno-BN melaksanakan belanjawan secara berimbang.

Ini dapat dilihat melalui cara Umno-BN membelanjakan wang rakyat. Takkala negara bergelut dengan masalah ekonomi dan keperitan hidup rakyat yang semakin menekan, Najib pula menganugerahkan RM100 juta kepada Program Permata, projek kegemaran isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

Tindakan ini seolah-olah membelakangkan hakikat bahawa hutang negara telah meningkat dengan mendadak kepada RM362.5 bilion pada tahun 2009.

Bagi menangani publisiti negatif terhadap kerajaan daripada tindakan Najib ini, Umno dikatakan telah mengadakan siri penerangan kepada ahli parti itu diperingkat cawangan dan bahagian baru-baru ini.

Bagaimanapun menurut seorang ketua cawangan Umno di Shah Alam tindakan menaikkan harga barangan keperluan asas akan mejnadi sebab kepada kekalahan Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Kami diminta memberi penerangan kepada rakyat mengenai kenaikan harga minyak, gula, tepung dan sebagainya. Macam mana nak cakap kepada rakyat sebab kami pun tak setuju.

"Kalau macam ni caranya saya rasa Umno akan kalah pada pilihan raya nanti sebab rakyat akan marah dan semakin susah," kata beliau.

TPM: Tuduhan anak Samy Vellu terhadap Umno biadap

Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh S Vell Paari - anak presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu - kononnya Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC, sebagai sesuatu yang biadap.

Timbalan perdana menteri menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan meminta Vell Paari supaya menghentikan tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.

"Umno ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan oleh anak Samy Vellu itu. Ia adalah sesuatu yang biadap," katanya ketika ditanya mengenai tuduhan yang dibuat oleh Vell Paari terhadap Umno menerusi sebuah laman web "Free Malaysia Today."

Dalam laman web itu, Vell Paari mendakwa Umno menggunakan pendekatan "pembunuhan politik" untuk memecahbelahkan MIC.

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno dan timbalan pengerusi BN, berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan guru-guru daerah Muar dan Ledang di Kompleks Sukan Pagoh di Muar hari ini.

Muhyiddin juga meminta Samy Vellu supaya menasihatkan anaknya supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan sensitiviti parti-parti komponen BN yang lain.

"Samy Vellu boleh nasihatkan anaknya," kata Timbalan Perdana Menteri.

Katanya Vell Paari (kiri) merupakan seseorang yang mempunyai kepentingan dalam kemelut dalaman MIC kerana beliau merupakan anak kepada parti itu.

Apa pun, kata Muhyiddin, beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telahpun mengeluarkan kenyataan yang mahu melihat kemelut dalaman MIC itu diselesaikan dengan secepat mungkin.

Bagaimanapun, katanya, sebarang penyelesaian terhadap permasalahan yang berlaku dalam parti itu mestilah berdasarkan kepada dasar keadilan dan ketelusan.

"Sebagai pemimpin dalam mana-mana parti komponen BN, tidak kira mana parti sekalipun, sebarang permasalahan dalam parti mestilah diselesaikan secara adil dan saksama," katanya.

Muhyiddin berkata sebarang usaha untuk menyelesaikan permasalahan dalam parti mestilah mengikut perlembagaan dan prosedur parti.

"Sebagaimana yang dilakukan oleh kita di dalam Umno, jika kita terpaksa bertindak memecat seseorang daripada parti, ia mestilah berdasarkan prosedur dan peraturan yang sedia ada dalam parti," katanya.

Timbalan perdana menteri berkata setiap parti komponen BN perlu menyelesaikan masalah dalaman mereka dengan segera supaya kedudukan BN yang semakin kukuh kini di bawah pentadbiran Najib dapat diteruskan.

Mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tentang masalah disiplin yang serius di sebuah sekolah di Rawang, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata pihaknya telah mengarahkan agar satu siasatan dijalankan.

Jika masalah itu melibatkan disiplin pelajar, katanya, kementerian mempunyai bentuk tindakan yang boleh diambil, tetapi jika ia membabitkan undang-undang, maka polis akan diminta supaya menjalankan siasatan.

"Apapun untuk adil kepada semua pihak, siasatan perlu dilakukan," katanya.

Nampaknya yang tersepit sudah menjerit! Itu baru No.2 yang menjerit, belum lagi No.1 menjerit.

Lelaki kecewa mati tergantung - Berita Hairan

Mangsa luah perasaan kepada rakan melalui SMS kerana isteri minta cerai

GUA MUSANG: Seorang lelaki yang juga bapa kepada tiga anak, ditemui mati tergantung akibat kecewa dengan tindakan isterinya menuntut cerai di Kampung Limau Kasturi Dua di sini, pagi semalam.

Mangsa berusia 27 tahun, ditemui tergantung dalam tandas bilik tidur rumahnya kira-kira jam jam 11 pagi oleh rakannya, Saiful Nazim Nawang, 21, selepas bergegas ke tempat kejadian apabila mengetahui mangsa tidak keluar dari bilik sejak Khamis lalu. Saiful Nazim berkata, bapa mangsa meminta bantuannya untuk memujuk lelaki terbabit keluar dari bilik kerana kebiasaan hanya dia seorang yang mampu berbuat demikian ekoran hubungan rapat mereka sejak kecil. “Saya memanggilnya berulang kali tetapi tidak dijawab dan ketika mengintai menerusi lubang tingkap di luar bilik tidurnya, saya terdengar bunyi lalat menyebabkan saya mengesyaki sesuatu berlaku.

“Saya memecah tingkap masuk ke dalam bilik dan terjumpa mayatnya tergantung dalam bilik air dalam keadaan sudah berbau,” katanya ketika ditemui, semalam.

Saiful Nazim berkata, kira-kira jam 6 petang Khamis lalu, dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada mangsa yang meluahkan kekecewaan kerana isterinya membuat keputusan untuk bercerai.

Beliau berkata, sejurus menerima SMS itu, dia bimbang perkara buruk berlaku dan menghubungi rakannya itu untuk memberi nasihat dan memintanya solat.
Katanya, mangsa tidak keluar dari bilik tidurnya sejak Khamis lalu selepas isterinya bersama tiga anak pulang ke rumah mentuanya di Kampung Limau Kasturi Satu tidak jauh dari situ.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W. Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.

مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ ‏ ‏تَحَسَّى ‏ ‏سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا

Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Thabit bin Dhohak R.A. (ثابت بن الضحاك), sabda Nabi S.A.W.:

مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَيْءٍ فِيْ الدُّنْيَا عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (جندب بن عبد الله), katanya Nabi S.A.W. bersabda:

‏كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ بِهِ جُرْحٌ فَجَزِعَ فَأَخَذَ سِكِّينًا فَحَزَّ بِهَا يَدَهُ فَمَا ‏ ‏ رَقَأَ ‏ ‏ الدَّمُ حَتَّى مَاتَ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى ‏ ‏بَادَرَنِي عَبْدِي بِنَفْسِهِ حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)

Hukum Orang Bunuh Diri

Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.

Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain. Daripada Jabir bin Samurah (جابر بن سمرة) R.A. katanya:

‏أُتِيَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ ‏ ‏بِمَشَاقِصَ ‏ ‏فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ

Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim) Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut:

“Hadith ini menjadi dalil bagi ulama yang berpendapat tidak disembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri disebabkan maksiat yang dia lakukan, inilah mazhab ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz dan al-Auza’ie. Manakal al-Hasan, al-Nakha’ie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie dan kebanyakan ulama berpendapat: Disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri. (Jumhur) kebanyakan ulama ini menjawab tentang hadith ini yang baginda tidak menyembahyangkannya sebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri), namun jenazah itu disembahyangkan oleh para sahabat…”
Adapun mengenai teks hadith yang menyatakan orang yang membunuh diri itu kekal selama-lamanya di dalam neraka, para ulama menyatakan, ia ditujukan kepada orang yang menghalalkan perbuatan membunuh diri tersebut, atau maksudnya boleh difahami dengan memanjangkan tempoh azab ke atasnya di dalam neraka.
Wallahu a’lam.

Oleh : Ust. Abdul Kadir


PAS kesal Najib Halang Siasatan Umno Bina Ibupejabat Di PWTC Guna Wang Rakyat


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghalang usaha rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat dakwaan Barry Wain.

Semalam Barry Wain mempertahan fakta bukunya ‘Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times’ dan turut menyatakan beliau mempunyai bukti yang kuat bahawa Mahathir telah menyelewengkan wang negara lebih dari RM 100 Bilion.

Disember tahun lepas Najib menyebut;

“tak wajar dicadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku. Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri telah memberi sumbangan yang besar. Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh,”
Ini adalah satu alasan yang cuba melindungi Mahathir dan kepentingan Umno. Najib bersubahat dalam hal ini begitu juga mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana mereka turut menyambung legasi penyelewengan Mahathir.

Sehingga kini Umno gagal menyangkal dakwaan Wain bahawa bangunan PWTC yang mereka duduki sekarang adalah hasil dari wang rakyat yang diselewengkan. Malah dakwaan Wain bahawa ketika Daim menjadi Menteri Kewangan terdapat satu akaun dana politik khas diperuntukan untuk Umno bernilai puluhan juta juga tidak dinafikan oleh mana-mana pemimpin Umno.

PAS persoalkan kenapa Najib begitu takut untuk membenarkan hal ini disiasat oleh Suruhanjaya Diraja?

Rakyat menghargai sumbangan Mahathir, tetapi itu bukan alasan untuk menyembunyikan fakta penyelewengan yang telah dilakukan dan disambung oleh pemimpin selepasnya.

Rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyelamatkan wang negara dari terus diselewengkan oleh Umno-BN. Dakwaan Wain harus disiasat dan segala dokumen yang beliau miliki harus didedahkan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Stesen KTM Tg Pagar Dipindahkan Ke Woodlands Julai 2011

SINGAPURA: Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di sini ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1Julai 2011.

Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ)kereta apinya di WTCP.

Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di sini.

Pada sidang akhbar bersama di sini, kedua-dua pemimpin itu berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini.

Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.

Menurut satu kenyataan bersama, pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.

Tanah KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar, akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan.

Menurut kenyataan berkenaan, tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di sini.

Kedua-dua negara akan membuat penilaian masing-masing, dan Lee dijangka melawat Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan ini, dengan cadangan mengenai penukaran tanah itu untuk pertimbangan Malaysia.

Pemindahan tanah kepada M-S Pte Ltd akan berkuat kuasa apabila KTMB mengosongkan Stesen Kereta Api Tanjong Pagar.

Kedua-dua pemimpin itu juga bersetuju supaya satu sistem transit laju antara Tanjung Puteri di Johor Baharu dan Singapura dimajukan secara bersama.

Sistem ini akan digabung dengan perkhidmatan pengangkutan awam di Johor Baharu dan Singapura, dan untuk kemudahan orang ramai, sistem transit ini akan mempunyai kemudahan CIQ bersama di Singapura, di satu kawasan yang akan dikenal pasti kemudian.

Sistem ini dijadual beroperasi menjelang 2018, dan selepas itu, Malaysia mungkin ingin memindahkan stesen KTMB dari Woodlands ke Johor.

Najib dan Lee bersetuju dengan penubuhan satu pasukan pelaksana bersama yang akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Malaysia dan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura, bagi membincangkan butiran pelaksanaannya.

Pasukan pelaksana bersama ini akan menyiapkan tugasannya menjelang akhir tahun ini, kata kenyataan itu.

Hasil daripada tugas pasukan pelaksana bersama ini akan dimasukkan dalam satu perjanjian yang akan ditandatangani oleh kedua-dua negara selepas ianya dipersetujui oleh kerajaan masing-masing.

Najib dan Lee juga bersetuju bahawa bangunan terminal penumpang stesen kereta api Tanjong Pagar dipulihara kerana ia mempunyai nilai sejarah dan akan menjadi daya tarikan kepada projek pembangunan yang dicadangkan di tapak itu.

Bangunan stesen kereta api Bukit Timah di Blackmore Drive mungkin turut dipulihara, kata kenyataan itu. -BERNAMA

Sejarah hanya betul-betul tinggal sejarah, dalam buku sejarah, hari ini dalam sejarah dan dari cerita-cerita nenek, atuk, tok nyang, aki, paklong dan mak long. Nak tengok secara langsung dah tak ada dah, mula-mula penjara pudu yang penuh dengan sejarahnya yang tersendiri kini stesen KTM Tg Pagar, akan datang entah apa pulak sejarah yang akan dilupuskan.


2 Adun Stabil

Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur sudah mampu memberikan respon melalui komunikasi mata, kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Katanya, Zaharuddin bagaimanapun belum berupaya untuk bercakap dan keadaan beliau stabil.

Zaharuddin, 63, sebelum ini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh kerana penyakit ulser dan telah menjalani pembedahan.

Bagaimanapun doktor yang merawatnya turut mengesan beliau mengalami komplikasi jantung dan memindahkannya ke IJN pada 9 Mei lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor, Abd Aziz Kaprawi, yang selamat menjalani pembedahan pintasan jantung semalam, kini sudah sedar dan melepasi waktu kritikal.

Isteri beliau, Sabariah Tokimin yang ditemui di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru, hari ini, berkata Abd Aziz, 51, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung, Sabtu lalu, bagaimanapun diletakkan di bawah pemerhatian doktor bagi tempoh 48 hingga 72 jam lagi sebelum dipindahkan ke wad biasa.

"Pagi ini beliau sudah sedar, buka mata dan boleh tersenyum. Itu bagi saya adalah petanda baik.
"Saya lihat keadaannya seperti biasa seperti mana pesakit baru menjalani pembedahan. Tiada pelawat dibenarkan masuk buat masa ini kecuali saya dan anak-anak," katanya.

Sabariah berkata, Abd Aziz sebelum ini pernah mengadu sakit dada tetapi dia beranggapan ADUN Parit Raja itu hanya kekurangan rehat.

Kesemua lima anak pasangan itu turut berada di hospital berkenaan dan antara kenamaan yang hadir ialah isteri Menteri Besar Johor, Datin Jamilah Ariffin.

Monday, May 24, 2010

2 lagi pemimpin MIC dipecat!

Dua lagi pemimpin MIC yang turut mendesak Datuk Seri S Samy Vellu meletak segera jawatan presiden, telah dipecat dari MIC.

Mereka ialah ahli jawatankuasa MIC - KP Samy dan G Kumar Amaan - yang mengadakan sidang akhbar minggu lalu untuk menyuarakan kekecewaan mereka terhadap Samy Vellu kerana tidak meletakkan jawatan lebih awal.

Dengan itu, tiga pemimpin parti itu telah dipecat kerana berani membuka mulut menentang pemimpin nombor satu MIC itu.

KP Samy dan Kumar dimaklumkan secara bertulis mengenai pemecatan mereka hari ini atas alasan mereka bertindak berlawanan dengan kepentingan parti.

Mereka dipecat lima hari selepas timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan dipecat kerana secara terbuka mendesak Samy Vellu meletak jawatan dengan segera dan menyifatkan beliau (Samy) sebagai satu liabiliti kepada BN.

Ini adalah kali kedua KP Samy dipecat dari parti itu kerana lantang melawan presiden. Kali pertama ialah pada 1988 bersama dengan naib presiden ketika itu, MG Pandithan, yang mendakwa wujud politik kasta.

Inilah angkara Datuk Samy Vellu yang masih berkuasa dalam parti MIC iaitu sebuah parti komponen dari Barisan Nazak yang masih mahu mengekalkan kuasanya walau ramai yang mendesak supaya beliau mengundurkan diri. Seperti apa yang dikata telah pun dikota oleh Presiden MIC, iaitu beliau akan "memusnahkan" mereka yang memusnahkan parti sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai presiden parti tahun depan. Bagai telah dijangka pemecatan demi pemecatan akan berlaku di dalam parti MIC bermula dengan Tim.Ketua Pemuda mereka V.Mugilan dan kini 2 lagi anggota mereka di pecat dari parti. Apakah yang akan berlaku nanti adakah mungkin ahli-ahli parti MIC yang lain akan berhijrah meninggalkan parti mereka? atau mungkin juga selepas desakan bertalu-talu dari ahli-ahli MIC, Presiden terpaksa akur dan melepaskan jawatan lebih awal dari jangkannya sendiri. Tunggu dan lihat.

Exco Pertanian Johor Selamat Jalani Pembedahan Pintasan Jantung


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor, Abd Aziz Kaprawi, 51, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini semalam selepas mengadu sakit dada, selamat menjalani pembedahan pintasan jantung.

Pembedahan yang bermula pukul 2 petang itu selesai pada pukul 10 malam, kata pembantu peribadinya Kamaluddin Suib.

“Beliau selamat menjalani pembedahan dan berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya isteri Abd Aziz, Sabariah Tokimin bersama lima anak dan anggota keluarganya yang lain berada di hospital ketika ini.

Yang melawat beliau hari ini ialah Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil, Anggota Dewan Undangan Negeri Kempas Datuk Osman Sapian dan ketua polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif. — Bernama

Sunday, May 23, 2010

RPK - Dakwa Saya di Mahkamah UK Kalau Mahu


Pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin muncul di khalayak di sini semalam dengan mencabar pihak berkuasa Malaysia agar membawa segala tuduhan yang dikenakan ke atasnya di mahkamah United Kindom (UK).

Dengan diapit dua lelaki yang berkaca mata hitam, Raja Petra Kamaruddin yang mesra dengan panggilan dengan “RPK” berkata, beliau sanggup berhadapan dengan tuduhan fitnah dan hasutan, malah rayuan terhadap pembebasan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika diberikan hak perundangan yang sama rata.

“Saya akan berhadapan dengan kerajaan dan saya akan lawan tetapi saya akan buat apa yang Sun Tzu berkata ‘lawan dia di wilayah anda’.

“Jadi wilayah saya ialah di sini di UK,” kata Raja Petra dengan menerima tepukan hadirin dianggarkan 300 orang, yang beg mereka diperiksa teliti sebelum dibenarkan masuk ke dalam dewan di BPP Law School di sini.

Kebanyakan daripada hadirin sanggup untuk berdiri kira-kira dua jam mendengar cerita Raja Petra.

Kemunculan semalam dilihat yang pertama selepas lebih setahun berada dalam buangan kendiri.

Pada November lalu, Raja Petra dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya daripada tuduhan menerbitkan kata-kata hasutan di laman web kerana polis masih gagal mengesan beliau.

Hakim Rozina Ayub yang membuat keputusan itu berkata perkara ini amat memalukan semua pihak sehingga menyebabkan kes itu terpaksa dilepaskan kerana pihak pendakwaan gagal menyerahkan waran tangkap yang menyebabkan kes itu tergantung dan masih tiada penghujung.

Keputusan itu dibuat selepas kesnya ditangguhkan tiga kali iaitu pada 22 Mei, 17 Julai dan 12 Oktober.

Pada 6 Mei 2008, Raja Petra, 60, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berhubung sebuah artikel dalam laman web Malaysia Today pada 25 April 2008.

Ia salah satu kes dihadapi beliau.

Dalam ucapannya, Raja Petra menolak pandangan bahawa beliau harus pulang ke tanah air untuk membuktikan yang beliau tidak bersalah terhadap tuduhan-tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

“Pelajar tahun pertama jurusan undang-undang akan memberitahu anda bahawa ia bukan kerja pihak tertuduh untuk membuktikan yang dia tidak bersalah. Ia ada kerja pendakwa raya untuk membuktikan yang dia bersalah.

“Ada mahkamah UK di sini. Tidak perlu ada panggilan telefon ataupun panggilan telefon daripada isteri seseorang,” kata Raja Petra dengan merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, yang beliau seringkali menuduh mencampuri institusi kehakiman.

Meskipun ada gesaan daripada pelbagai pihak kerajaan tidak menyahut desakan agar Raja Petra diekstradisikan untuk meneruskan tindakan perundangan di Malaysia.

Raja Petra juga menjelaskan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan tuduhan liwat, yang Pakatan Rakyat mendakwa beliau diperangkap, berada di situasi yang berbeza.

“Anwar menerima hakikat bahawa beliau perlu kekal memandangkan beliau bercita-cita mahu menjadi perdana menteri akan datang. Saya tiada aspirasi politik,” kata beliau sambil menambah, “kemungkinan saya orang yang lebih bebas berbanding Anwar.”

Anggota kerabat diraja Selangor ini merujuk kepada beberapa kes bagi membuktikan dakwaannya bahawa bidang kehakiman di Malaysia tidak bebas.

Beliau juga mempersoalkan mengapa Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan berhubung rayuan terhadap pembebasannya dari ISA walaupun ia dibuat lebih setahun lalu.

Katanya, beliau juga cuba mendapatkan panel penuh sembilan hakim dan menjangkakan bahawa akan memperoleh tujuh tetapi berakhir dengan tiga sahaja.- MalaysianInsider

Kedah Masih Kuat

Kedah utuh, media dipersalah sebar penipuan - malaysiakini

Dakwaan kononnya kerajaan negeri Kedah bakal tumbang apabila beberapa ADUN Pakatan Rakyat, khususnya daripada PKR akan berpaling tadah, ternyata meleset.

Malam semalam pada perhimpunan yang dianjurkan oleh PAS di Kota Sarang Semut, keempat-empat ADUN yang dikaitkan akan meninggalkan Pakatan mengulangi ikrar mereka akan tetap dengan perjuangan parti masing-masing setidak-tidaknya sehingga pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, ada pihak meramalkan mereka tidak akan menghadiri majlis ini.

Keempat-keempat mereka adalah ADUN S.Manikumar (Bukit Selambau), Lim Soo Nee (Kulim), Tan Show Kang (Sidam) dan Lee Guan Aik (Kota Darul Aman) diberi masa 15 minit untuk menerangkan pendirian mereka.

Semua mereka melahirkan rasa “tertekan” kerana menerima jumlah panggilan telefon yang tidak berhenti-henti daripada wartawan, penyokong, sahabat dan juga ahli parti untuk mengetaui sama ada dewan undangan negeri Kedah akan dibubarkan.

Sehubungan dengan itu, mereka berkata selepas penjelasan yang diberikan, mereka tidak akan melayan sebarang soalan lagi berhubung perkara berkenaan.

“Sorry-lah … jika ada media yang telefon dan tanya sama ada saya akan lompat , saya akan letak telefon,” kata Tan yang diberi peluang pertama menyatakan pendiriannya.

“Jika anda tanya benda yang sama berulang kali, orang tak mahu dengar-lah, sama seperti pecah rekod, berapa kali perlu saya cakap yang saya tak akan lompat?” katanya.

Manikumar pula yang bercakap dengan fasih dalam bahasa Melayu berkata kenyataannya sering-kali diputar oleh media bagi memperlihatkan kononnya beliau tidak berpuas hati dengan PKR dan pucuk pimpinan kerajaan negeri Kedah.

“Bila saya ditanya sama ada saya akan lompat, saya kata jika ia berlaku, perkara berkenaan perlu dianalisis dengan teliti, ia mungkin masalah ADUN itu sendiri, masalah dengan pemimpin atau kerajaan negeri, tetapi kata-kata saya diputar,” katanya.

“Saya bukan gila publisiti, saya selalu bincang dalam keadan tertutup, kita mesti bertolak ansur kerana rakyat menyokong saya semasa pilihan raya supaya saya menjadi wakil mereka, tetapi media ingin menjual suarat khabar, jadi Manikumar ingin letak jawatan dijadikan berita,” katanya.

Bagi ADUN Kulim (PKR) Lim Soo Nee, yang didakwa berpotensi paling tinggi akan melompat menceritakan dia dikejutkan dengan panggilan telefon oleh wartawan pada jam 1 pagi semata-mata untuk mengesahkan sama ada dia telah meninggalkan PKR.

“Ini gila, saya telah berkali-kali menjelaskannya tetapi wartawan terus bertanya dan saya tidak akan melayan mereka lagi kerana lagi dilayan mereka jadi lebih bersemangat,” katanya.

“Saya bukan 'katak' tetapi isu ini sudah berlanjutan, kita ada banyak kerja untuk dibuat, jadi tolong jangan telefon saya mengenai perkara itu lagi,” kata Lim sambil menjeling ke arah wartawan yang membuat liputan itu.

Seorang lagi ADUN Pakatan iaitu Lee Guan Aik yang mewakili parti DAP bagi kerusi Kota Darulaman membidas media berhubung spekulasi itu.

“Di media Cina, kita diberi gred - 1, 2 atau 3 – dan ini menunjukkan kebarangkalian atau kemungkinan kita akan melompat atau berpaling tadah, tetapi nasib baik saya hanya diberi Gred 1 sahaja,” katanya dengan sinis.

“Ini cerita lama kerana BN tidak lagi berkuasa sejak dua tahun lalu dan mereka tidak tahu bagaimana menjadi pemabngkang, “ kata Lim yang merupakan seorang bekas anggota tentera.

Ketua PKR Kedah, Ahmad Kassim, yang juga berucap sebelum majlis yang dihadiri lebih dua ribu orang itu berakhir pada jam 12 malam berkata kerajaan negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undag ke natas mereka yang menyebarkan khabar angin berkenaan.

“Kita telah memberi mereka peluang dan ini amaran terakhir, sesiapa yang sebarkan nama orang yang akan lompat sama ada dengan sms, blog atau apa-apa, kita akan bertindak,” katanya.

Majlis malam itu diakhiri dengan ucapan daripada Menteri Besar, Datuk Aixan Abdul Razak yang menggunakan kiasan 'katak, monyet dan ketam' sehinga menyebakan hadirin gelak besar.

Beliau juga menasihatkan wartwan supaya tidak diperbodohkan dengan dakyah Umno dan berkata “Jika Umno bodoh sebarkan penipuan, adakah anda perlu menjadi bodoh juga?”

Katanya, khabar angin kononnya kerjaan negeri Kedah akan tumbang sengaja disebarkan kerana Umno tidak dapat menerima hakikat kekalahan mereka.

“Dalam sistem demokrasi, ada menang dan ada yang kalah; sejak Merdeka, kita sentiasa kalah tetapi kita bersabar dan bila kita menang, Umno menggunakan pelbagai kaedah yang memalukan dan tidak bertanggungjawab untuk cuba menumbangkan kita,” katanya.

Saturday, May 22, 2010

Ini Tingkap Bukan Pembunuh


Bayi Sembilan Bulan Maut Jatuh Dari Tingkap Bilik

SUBANG JAYA: Mayat bayi lelaki berumur sembilan bulan ditemui dalam longkang selepas terjatuh dari tingkat tiga kuarters pendidikan di USJ 6 dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu, Adam Haikal Mohd Rostam dipercayai terjatuh dari tingkap bilik tidur kuarters empat tingkat itu ketika ibu bapanya sedang tidur di katil yang sama.

Difahamkan tingkap bilik berkenaan tidak mempunyai jeriji atau penghalang dan menyebabkan bayi itu merangkak keluar dari katil.

Ibu kanak-kanak itu dikatakan terdengar tangisan bayi sulungnya sebelum mengejutkan suaminya untuk mencari dan kemudian menemui anak mereka dalam longkang itu. Bapa kanak-kanak itu kemudian membawanya ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) tetapi disahkan meninggal dunia akibat cedera parah selain mengalami kecederaan di kakinya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Bila cuaca panas manusia selalu merungut kenapa panas sangat cuaca sedangkan mereka tidak pernah terfikir apa yang telah mereka lakukan kepada alam. Bila cuaca sejuk dan bersalji manusia juga merungut kenapa sejuk sangat sehingga ke tulang hitam, sehingga sukar untuk bergerak ke sana ke mari. Bila cuaca bertukar hujan manusia juga merungut kenapa turunnya hujan sehingga kadangkala mengakibatkan banjir sekelip mata. Adakah mereka sedar akan empunya alam semesta mampu melakukan apa yang dikehendakiNYA. DariNYA kita datang dan kepadaNYA kita kembali.

GAS Mugilan untuk jatuhkan Samy


Bekas timbalan ketua pemuda MIC V Mugilan - yang baru dipecat - hari ini melancarkan gerakan besar-besaran, dinamakan GAS atau Gerakan Anti-Samy Vellu bagi menjatuhkan presidennya.

Menurut Mugilan, beliau akan memimpin perhimpunan melawan Samy Velly di Kuala Lumpur pada 30 Mei ini, kemudian diikuti di negeri-negeri lain.

Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya, Mugilan terus mengkritik kepimpinan Samy Velly yang didakwanya puca kegalan MIC dan masyarakat India.

Beliau menjangkakan 7,000 orang akan menyertai perhimpunan pada minggu depan itu, "termasuk beberapa pemimpin kanan MIC yang telah dipecat Samy".

"Kita pernah guna kayu api, hari ini kita guna gas.

"Tetapi kalau ada orang yang ketinggalan zaman mahu gunakan kayu api, saya tidak tahu hendak kata apa," katanya disambut gelak-ketawa pemberita yang hadir.

Pak Lah: Judi bola tak dapat diterima

Kerajaan perlu mendengar pandangan rakyat berhubung keputusan meluluskan lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata rakyat berhak menyuarakan pandangan dan kerajaan juga perlu mendengar pandangan mereka.

"Pihak yang telah meluluskan lesen itu perlu mempertimbangkan sebaik-baiknya pandangan yang telah disuarakan.

"Bagi orang Islam, judi tak dapat diterima dan bukan sahaja orang Islam agama lain tak suka juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mai...Riuh di Kepala Batas, hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilaporkan berkata Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.

Bagaimanapun, pelbagai pihak mahu kerajaan menarik balik kelulusan itu yang dikhuatiri mengundang gejala negatif di kalangan masyarakat.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai cubaan menghidupkan semula kumpulan Al-Arqam, Abdullah berkata perkara itu perlu dibendung.

"Saya harap tak ada orang yang ikut dan percaya dengan kata-kata bekas pengikut kumpulan itu," katanya.

Sebelum ini, terdapat laporan yang menyatakan bekas pengikut kumpulan itu mendakwa pemimpin mereka, Ashaari Muhammad atau Abuya, yang meninggal dunia pada 13 Mei lepas, kononnya cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.

Perkataan yang sepatutnya adalah HARAMKAN judi bola bukannya tak dapat diterima. Tak mengapalah sekurang-kurangnya Pak Lah tak lah tidur jer...ada juga memberi pandangan sesuai dengan imej beliau mantan perdana menteri malaysia yang ke 5 yang pernah membawa slogan 'Islam Hadhari'. Mujur juga piala dunia berlangsung semasa najib memegang kuasa kalau tidak apa nak jadi dengan 'Islam Hadhari'.

Adun Kerdau Koma, Kembali Kritikal

ADUN Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim, kembali koma di Institut Jantung Negara (IJN) dan keadaannya dilaporkan kembali kritikal.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said, berkata beliau dimaklumkan perkara terbabit oleh ahli keluarga Zaharuddin, 63, tengahari tadi, lapor beberapa akhbar.

"Anak Zaharuddin memaklumkan mereka diminta datang ke IJN selepas bapa mereka tidak sedar dan berada dalam keadaan koma.

"Doktor juga memaklumkan keadaan jantung dan paru-paru Zaharuddin dalam keadaan lemah," beliau dipetik sebagai berkata kepada Berita Harian.

Zaharuddin dipindahkan ke IJN pada 9 Mei lalu selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Beliau dimasukan ke Hoshas pada 3 April lalu setelah mengadu sakit di bahagian perut.

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Beware (berhati2) apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" .

Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya.

Ehsan : idhamlim.blogspot.com

Kapal Terbang Terhempas Di India, 160 Penumpang Dikhuatiri Mati


NEW DELHI: Sebuah kapal terbang Air India dari Dubai terhempas pada pagi Sabtu apabila ia melewati landasan ketika cuba mendarat di selatan India.

Pegawai khuatir sebanyak 160 penumpang terkorban.

Imej televisyen menunjukkan asap berkepul-kepul naik dari kapal terbang tersebut di lapangan terbang bandar Mangalore.

Para penyelamat kelihatan berusaha mencapai penumpang yang terperangkap di dalam pesawat malang itu.

Pegawai di negeri Karnataka berkata mungkin hanya enam atau tujuh penumpang selamat daripada sejumlah 169 penumpang yang dipercayai menaiki pesawat itu.


"Ini adalah kemalangan besar," Menteri Dalam Negeri Karnataka, V.S. Acharya memberitahu media.

Ahli-ahli bomba berkerja keras memadamkan api, katanya.

Pegawai polis di lapangan terbang Mangalore, Seemant Singh memberitahu media bahawa keadaan di lapangan terbang itu adalah buruk apabila pesawat itu melewati landasan kira-kira 6 pagi tadi. - AP

Kaji Lesen Guru

KOTA BHARU: Kementerian Pelajaran sedang mengkaji secara mendalam untuk melaksanakan ‘lesen perguruan’ kepada pendidik di negara ini bagi meningkatkan integriti perguruan.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, cadangan diterima kementeriannya itu bagaimanapun bergantung kepada kesesuaian dan keperluan sebelum dilaksanakan.

“Ada cadangan yang kami akan kaji dan lihat sama ada guru memerlukan lesen macam doktor dan akauntan. Apabila ada sijil, kalau peraturan dilanggar maka sijil itu akan ditarik balik dan tidak boleh diamalkan.

“Guru juga harus mewujudkan badan profesional, tetapi kami perlu menerokai dalam keadaan kami mempunyai 390,000 guru yang juga jumlah besar. “Bukan perkara mudah untuk mempertahankan integriti guru,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemumin, Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussein dan Pengetuanya, Fauziah Muhamad.

Katanya, cadangan mengkaji lesen perguruan tepat pada masanya berikutan pelbagai insiden dan salah laku jenayah membabitkan golongan itu mencemar kerjaya perguruan.

“Soal integriti perlu menjadi perhatian. Kalau integriti guru tercemar, akhirnya orang akan hilang kepercayaan.

“Berikutan itu, ada cadangan mengkaji lesen perguruan di kalangan guru.

“Saya dukacita kes seperti ini (jenayah) yang sepatutnya tidak berlaku, tetapi diharap ini tidak akan mencemarkan imej perguruan.

“Bagaimanapun, kementerian tidak berkompromi (dalam kes membabitkan jenayah) dan akan mengambil tindakan tegas,” katanya.

Ditanya sama ada cadangan untuk mengkaji lesen perguruan itu sudah dikemukakan kepada Kabinet, Mohd Puad mengesahkan ia belum diusulkan kementeriannya.

“Cadangan itu belum diusulkan di Kabinet, sebenarnya kami sedang menerokai, tetapi kajian belum dibuat. Ini bukan mudah kerana profesyen perguruan membabitkan jumlah yang ramai. “Apakah dibenarkan kita mewujudkan badan profesional seperti ini? Sebab kalau peguam dan doktor, mereka ada doktor swasta dan peguam swasta yang memiliki firma guaman atau klinik persendirian,” katanya.

Kesian cikgu-cikgu zaman sekarang ni, semalam kena ajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris, habis cikgu-cikgu matematik dan sains dikerahkan untuk pergi kursus memahirkan diri mereka dalam bahasa inggeris. Kelmarin kena masukkan sukatan pelajaran seks dalam sukatan pembelajaran mereka, pening kepala memikirkan bagaimana kaedah yang sepatutnya. Kini yang terbaru perlu ada lesen untuk mengajar pulak tapi masih dalam peringkat pengkajian. Apa-apa pun warga guru diharap bersedia dan tidaklah nanti terkena 'culture shock' iayalah sikit lagi di depan nama setiap guru akan ada 'title Gr.' contohnya macam doktor ada Dr., Engineer ada Ir. Namun jasa guru patut dihargai di atas tulus dan ikhlas mereka mengajar anak-anak murid agar menjadi warga yang berguna untuk generasi yang mendatang.

Friday, May 21, 2010

Seorang lagi bakal di pecat dari MIC

Anggota CWC Minta Samy Vellu Letak Jawatan

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Jawatankuasa Kerja MIC (CWC) K.P Samy meminta parti presiden Datuk Seri S. Samy Vellu meletak jawatan tahun ini demi kepentingan masyarakat.

Beliau berkata MIC memerlukan satu perubahan segera dalam parti untuk menyelamatkan kepentingan masyarakat India.

Ditanya kenapa presiden itu patut meletak jawatan sekarang, beliau seorang anggota yang lantang mengkritik Samy Vellu berkata presiden itu sudah cukup lama berkhidmat dengan parti.

"Kita (parti) akan mendapatkan kaum India untuk bersatu semula selepas beliau meletak jawatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Malahan, anggota CWC itu berkata masyarakat India telah menolak kedua-dua presiden dan timbalannya Datuk G.Palanivel seperti yang dibuktikan pada pilihan raya umum 2008, di mana parti itu tewas teruk.

"Beliau sepatutnya sudah mendapat mesej itu daripada masyarakat India. Beliau mestilah memberi laluan kepada orang lain bagi memastikan parti itu boleh kekal," kata K.P Samy.

Katanya beliau membantah hasrat presiden parti itu yang ingin meletak jawatan dalam masa lapan atau sembilan bulan sebelum tempoh kepimpinannya berakhir pada Mei, 2012.

Samy Vellu, 74, dipilih semula untuk penggal kesembilan pada tahun lepas. Beberapa pihak secara terbuka meminta presiden parti itu meletak jawatan awal.

Semalam, timbalan ketua Pemuda MIC, V. Mugilan disingkirkan daripada parti kerana meminta Samy Vellu mengosongkan jawatan itu selewat-lewatnya pada akhir tahun ini.

Orang kalau dah ramai sangat tak suka buat apa lagi nak pertahankan, surrender jer lah... ikut macam madey.

Khabar angin rombakan Kabinet bertiup lagi...

Desas desus bahawa rombakan kabinet akan diadakan tidak lama lagi, sekali lagi bertiup kencang.

Akhbar harian berbahasa Cina, Kwong Woh membuat spekulasi hari ini bahawa rombakan buat kali kedua oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan diadakan sebelum 7 Jun ini - tarikh sidang Dewan Rakyat bersambung semula.

Rombakan sama ada secara besar-besaran mahupun hanya kecil dilihat tidak boleh dielakkan.

Antara kekosongan itu termasuk mengisi jawatan timbalan menteri pengangkutan, berikutan kematian Datuk Robert Lau dan jawatan timbalan menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat yang dikosongkan oleh Datin Paduka Chew Mei Fun.

"Berikutan pilihan raya kecil Sibu, kita percaya perdana menteri akan merombak kabinetnya dalam tempoh seminggu dua ini supaya pasukan baru boleh segera menjalankan tugas,” kata Kwong Woh yang memetik sumber.

Sumber dari Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu parti-parti komponen BN juga sudah membekalkan senarai calon mereka kepada perdana menteri.

Memetik sumber dari MCA, laporan itu berkata presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak mencadangkan sebarang perubahaan kepada kedudukan empat menteri yang disandang oleh pemimpin sekarang.

Mereka adalah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Kong Cho Har; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen.

Daripada empat pemimpin berkenaan hanya Ong dan Kong, kini tidak lagi memegang sebarang jawatan dan secara tradisinya mereka akan digugurkan.

Bagaiamanapun Ong dijangka dikekalkan kerana imejnya yang bersih dan tegas serta kepopularan bekas presiden MCA itu di kalangan pengundi Cina yang merupakan aset kepada usaha pembahuan Najib manakala Kong pula adalah orang kanan Chua.

"Kecuali perdana menteri mahu Ong digugurkan, beliau terpaksa pergi. Tetapi difahamkan, beliau tidak berhasrat berbuat demikian,” kata sumber itu.

Menurut laporan Kwong Woh lagi, pemimpin MCA juga cuba menyakinkan Najib supaya menyerahkan jawatan Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna untuk ditukarkan dengan Menteri Pelancongan.

Selain itu, akhbar berkenaan juga membuat spekulasi bahawa rombakan itu juga akan membabitkan dua menteri kabinet dan tiga timbalan menteri dari Umno.

Menurut akhbar itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabeery Cheek, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohd Yaakob, akan digugurkan.

Tempat Shabeery akan diisi oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang sekarang ini dilihat sebagai pemimpin yang moderate dan berpengaruh di kalangan beliau.

Menteri-menteri lain yang dikatakan 'tidak selamat' termasuk Datuk Seri Noh Omar (Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Datuk Seri Ismail Saabri Yaacob (Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan).

Mereka yang dijangka akan dinaikkan pangkat pula adalah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek, Timbalan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin dan Timbalan Menteri, Pertahanan, Datuk Abdul Latiff Ahmad.

Ehsan : Malaysiakini

Samy -vs- Mugilan, Siapa Tersepit?

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu telah memecat Timbalan Ketua Pemuda V. Mugilan, menurut sumber parti yang rapat.

Bagaimanapun, Mugilan yang semalam meminta Samy Vellu berundur dengan segera selepas presiden mengumumkan jadual persaraannya, berkata beliau masih lagi belum menerima sebarang surat daripada Samy Vellu.

Tetapi katanya beliau telah dihujani panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan mengetahui mengenai pemecatannya daripada laporan berita.

Sekiranya disahkan, Samy Vellu telah melanggar perjanjian yang dibuat oleh mereka di Kuala Kubu Baru sebelum pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 26 April apabila presiden parti itu berjanji tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadapnya, kata Mugilan.

Mugilan berkata sekiranya beliau menerima notis rasmi, beliau akan merujuk perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Samy Vellu berkata saya telah sabotaj BN (Barisan Nasional) dalam pilihan raya kecil itu. Ini adalah tuduhan yang sangat serius kerana ia melibatkan seluruh BN. Jadi adalah lebih baik saya merujuk kepada PM berhubung perkara ini," katanya kepada Bernama.

Apabila dihubungi, beliau berkata berada di Tanjung Malim.

Pada Selasa, Samy Vellu mengumumkan beliau akan melepaskan jawatannya dalam tempoh lapan atau sembilan bulan sebelum penggalnya sekarang tamat pada Mei 2012.

Presiden MIC itu tidak dapat dihubungi untuk ulasan segera tetapi sumber rapat parti berkata beliau telah menggunakan kuasa presidennya untuk memecat Mugilan berkuatkuasa serta-merta.

Mugilan berkata isu yang mengatakan beliau telah mensabotaj parti dan BN ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor tidak disentuh dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) minggu lepas.

"Sekiranya saya telah sabotaj, MIC mungkin telah hilang 3,000 pengundi. Malah, saya telah bekerja keras untuk memastikan undi India diberikan kepada BN," katanya.

Beliau juga menuduh Samy Vellu menganggap dirinya sebagai 'raja' kepada komuniti India.

"Beliau adalah diktator sekiranya memecat saya," kata Mugilan.

Mugilan berkata beliau dan Samy Vellu telah mengadakan perbincangan di pejabat MIC di Kuala Kubu Baru di mana presiden itu telah memintanya menyokong calon BN P. Kamalanathan dan jentera pilihan raya MIC.

Dan sebagai pertukarannya, Samy Vellu berjanji beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadapnya atas dakwaan sabotaj.

"Kami telah membuat perjanjian. Saya kata saya akan menyokong BN dan MIC. Jadi, apa yang berlaku sekarang? Beberapa minggu telah berlalu selepas pilihan raya kecil. Kenapa hanya sekarang beliau mengambil tindakan untuk memecat saya?," tanya Mugilan.


Dahulu MCA alami masalah sehingga berlakunya pemilihan semula, ini MIC pulak dah...tak selesai...selesai Barisan Nazak dengan pergolakan parti komponen mereka. Tapi semua ini tidak ditumpukan sebagai berita utama dari media mereka. Tidakah Bapa Lesen Judi baru saja berpesan dan menggesa supaya dapat membuat segala perubahan yang perlu seiring dengan perubahan zaman bagi menghadapi persaingan daripada akhbar lain serta juga sumber maklumat lain seperti blog, portal berita dan televisyen satelit 24jam. Rasanya tak berubah jugak kot. Sebelum terlupa hari ini merupakan hari bantahan judi piala dunia yang telah diberikan lesen oleh Bapa Judi Malaysia.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails