Wednesday, March 31, 2010

April Fool – Mengungkap Tragedi Penyembelihan Umat Islam Sepanyol


Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)

Sejarah April Fool

Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

Umat Islam sangat tidak layak merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopularkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.

Sunday, March 28, 2010

”Kami Prihatin” ... Malangnya Dengan Syariat Kamu Tak Prihatin!

KUALA LUMPUR 22 Mac – Geram sampai tak terkata.Kes terbaru buang bayi berhampiran tempat pembuangan sampah di Ipoh, Perak, semalam, cukup mengecewakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Ini kes keenam pembuangan bayi yang dilaporkan tahun ini dengan kebanyakannya sudah menjadi mayat dan ditemui dalam keadaan meruntun jiwa. Shahrizat kesal di sebalik banyak laporan dan pendedahan oleh media mengenai kes-kes buang bayi, gejala sosial itu semakin menjadi-jadi. “Ke mana ghaibnya bapa semua bayi ini?” soalnya ketika ditemui Utusan Malaysia di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Tegas Shahrizat, tumpuan kes pembuangan bayi tidak patut difokuskan kepada si ibu semata-mata bahkan perlu menjejaki si bapa yang enggan bertanggungjawab terhadap kelahiran bayi malang itu. Justeru menatap laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang memaparkan wajah bayi dipercayai keturunan Melayu itu, beliau terpanggil untuk menyokong kempen Kami Prihatin yang digerakkan oleh akhbar ini. Projek amal itu yang mendapat sokongan karyawan tanah air dianjurkan bertujuan membangkitkan kesedaran masyarakat tentang gejala sosial yang menyebabkan berlakunya perbuatan tidak berperikemanusiaan seperti buang bayi dan penderaan kanak-kanak. Menurut Shahrizat, kementerian sendiri telah menjalankan pelbagai program bagi menangani gejala sosial termasuk isu pembuangan bayi dan penganiayaan kanak-kanak. Di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) misalnya, kata beliau, kementerian menyediakan tempat di rumah-rumah perlindungan untuk bayi dan kanak-kanak yang dibuang serta wanita yang hamil anak luar nikah.

Sumber: nasutu aisyalam 23/03/10

”Kami Prihatin” ... Malangnya Dengan Syariat Kamu Tak Prihatin!

Penyelesaian yang cukup lemah dan sia-sia. Inilah kesimpulan yang dapat kita berikan kepada respons yang dilontarkan oleh pelbagai pihak mengenai gejala pembuangan bayi di Malaysia yang nampaknya semakin menjadi-jadi. 1001 satu macam penyelesaian dan cadangan dikemukan oleh pihak kerajaan sekular yang ada pada hari ini mahupun pihak-pihak lainnya. Namun, tidak ada satupun yang keluar dari mulut mereka merupakan cadangan untuk menerapkan Islam dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara. Hakikatnya, tiadanya penerapan Islam dalam masyarakat merupakan punca sebenar berlakunya pelbagai masalah dan penyakit yang menimpa masyarakat hari ini. Apakah hati-hati mereka telah menjadi keras seperti batu sehinggakan mereka berpaling dari penyelesaian yang diberikan oleh Islam? Firman Allah SWT: ”Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka”. [TMQ Al-Hadiid (57): 16].

Kes buang bayi, rogol, mencuri, membunuh, zina dan sebagainya adalah penyakit yang berpunca dari perbuatan manusia yang menyimpang dari syariat. Maka untuk menyelesaikannya tidak ada cara lain melainkan kembali kepada Islam dengan menerapkan kembali syariat dalam kehidupan individu, masyarakat dan bernegara. Firman Allah SWT: ”Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua”. [TMQ Al- Isra’ (17) : 82].

Yakinlah bahawa hanya Khilafah sahajalah yang bersedia menerapkan syariat Islam. Kerajaan sekular 1Malaysia hari ini hanyalah pelaksana sistem sekular peninggalan penjajah sejak 52 tahun yang lalu. Untuk itu sudah sampai masanya kita prihatin terhadap syariat agar kehidupan masyarakat umat Islam khususnya dan manusia amnya tidak terus ditimpa laknat. Firman Allah SWT: "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". [TMQ Taha (20) : 124].

Friday, March 26, 2010

Arahan Daripada Siapa Yang Paling Mulia?


KUALA LUMPUR 22 Mac - Polis Raja di Malaysia (PRDM) hanya akan menjalankan tugas berdasarkan arahan yang diterima daripada ketua dalam pasukan itu dan bukannya pihak luar.

Ini kerana, arahan yang diterima daripada mereka yang bukan berkhidmat dalam PRDM boleh mencalarkan kredibiliti pasukan tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan, meskipun mengakui wujud tekanan kepada anggota dan pegawainya, pihaknya akan menjalankan siasatan dan tugas berdasarkan undang-undang yang ditetapkan dalam PRDM.

Sumber : nasutu aisyalam 23/03/10

Sudah menjadi resam organisasi - kepimpinan memberi arahan dan para anggotanya melaksanakan arahan tersebut. Memang akan binasa mana-mana organisasi yang anggotanya mengingkari arahan dari kepimpinannya. Begitu juga sekiranya arahan bukan datang dari kepimpinannya. Cuma, masalahnya adalah, apakah arahan kepimpinan itu menepati perintah dari Yang Maha Esa? Akal manusia yang berfikir akan sentiasa membenarkan bahawa arahan dari al-Khaliq (Allah SWT)-lah yang menjadi keutamaan dari segalanya.

Akal akan mempertimbangkan apakah arahan kepimpinan tersebut selari dengan perintahNya ataupun menyanggahiNya. Jika selari, maka ia selaras dengan fitrah manusia dan benar keputusannya. Jika sebaliknya, pasti celaka yang datang. Akal merupakan anugerah Allah yang cukup istimewa buat manusia. Akal-lah yang menentukan samada manusia benar-benar mencapai taraf manusiawi atau jatuh ke taraf haiwan. Akal juga membezakan antara manusia yang hebat berbanding sebaliknya. Akal sangat berperanan dalam menentukan status seseorang pada sisi Allah Ta’ala, apakah ia seorang mukmin atau kafir atau munafiq! Jika manusia melaksanakan arahan tanpa mempertimbangkannya dengan akal, apakah arahan tersebut sesuai dengan Islam atau tidak, maka hancurlah sifat manusiawinya, muncullah sifat haiwaninya. Janganlah sampai seseorang Muslim itu jatuh ke taraf ini. Gunakanlah akal – tentukan kedudukan perbuatan kita dengan Islam. Sesungguhnya tugas dan arahan yang paling besar bukanlah tugas yang didatangkan oleh manusia, tetapi tugas yang didatangkan oleh Allah SWT ke atas manusia untuk melaksanakannya.

Gimik Pilatus Rupanya Benar


SINTOK: “Saya nampak lampu kecemasan menyala dan menyangka ia sebahagian daripada gimik persembahan formasi.

“Selepas itu, saya nampak pesawat terbabit menjunam sebelum meletup lima kali,” kata Muhammad Fairuz Mohd Mokhtar, 22, saksi kejadian pesawat Pilatus PC-7 Mark II terhempas di kawasan hutan simpan Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, semalam.

Muhammad Fairuz yang menuntut di UUM berkata, ketika kejadian dia berkumpul bersama rakan menyaksikan majlis perasmian Karnival Konvokesyen ke-23 di Stadium Pusat Sukan universiti berkenaan.

Difahamkan, karnival berkenaan yang dirasmikan Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat dan dihadiri Naib Canselor UUM, Tan Sri Nordin Kardi, gempar berikutan letupan kuat diikuti asap hitam keluar dari kawasan hutan tempat pesawat itu terhempas.

Suasana majlis perasmian itu menjadi gamat apabila kira-kira 1,500 hadirin, terutama penuntut menjerit kerana terkejut.

Muhammad Fairuz berkata, pada mulanya dia menganggap itu gimik persembahan, tetapi apabila melihat pesawat itu menjunam dia terkejut. Selepas itu, kedengaran letupan kuat dua kali diikuti asap tebal di kawasan hutan berkenaan.

“Selepas 15 minit kejadian, saya dengar tiga lagi letupan kecil dan bergegas ke tempat kejadian di hutan berkenaan,” katanya yang ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Dalam nahas itu, pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Kolej Tentera Udara (KTU) di sini, terhempas di kawasan hutan simpanan UUM, jam 10.15 pagi semalam.

Juruterbangnya, Mejar Muhammed Zulrihan Jusof, 39, yang juga jurulatih di Kolej Penerbangan TUDM Alor Star di sini, meninggal dunia di tempat kejadian.

Jenazah Mejar Muhammed Zulrihan ditemui pasukan mencari dan menyelamat TUDM berdekatan pesawat yang terhempas dan dibawa keluar dari hutan menggunakan helikopter S61A-4 Nuri untuk dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Star.

Mangsa yang menetap di Taman Desa Bukit Tinggi Kepala Batas, berasal dari Kampung Pasir Kasar Sering, Kota Bharu, Kelantan, meninggalkan seorang balu, Wizana Abdul Ghani dan tiga anak.

Muhammad Fairuz yang mengambil jurusan kaunseling di universiti itu berkata, orang ramai dan penuntut yang menyaksikan persembahan pancaragam terkejut serta tergamam melihat pesawat yang membuat persembahan ketika itu tiba-tiba terhempas di hutan simpan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Zakaria Ahmad, berkata mayat mangsa ditemui kira-kira 15 meter dari pesawat dan dipercayai sempat melonjak keluar menggunakan kerusi anjal.

“Kami percaya berdasarkan kedudukan dan kesan di kawasan nahas, mangsa berusaha keluar dari pesawatnya ketika menjunam.

“Mayat juruterbang dikeluarkan dari tempat kejadian menggunakan helikopter TUDM sebelum dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Star untuk bedah siasat,” katanya ketika ditemui, semalam.

Pemuda PAS Bantah Kartun Sweden Hina Nabi


KUALA LUMPUR 26 Mac - Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mengadakan demonstrasi aman di Kedutaan Sweden bagi membantah tindakan tiga akhbar di negara itu yang telah menghina Nabi Muhammad SAW.

Lebih 1,000 umat Islam berkumpul bersebelahan bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak selepas menunaikan solat Jumaatsebelum berarak ke kedutaan tersebut kira-kira 500 meter sahaja daripada tempat tersebut.

Demonstrasi diketuai Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Al Tantawi, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat Ahmad Sabki Yusof dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Jais Abdul Karim.

Setibanya kumpulan itu ke kedutaan Sweden di Plaza OSK, Jalan Ampang kira-kira jam 2.15 petang, Nasrudin, Sabki dan Jais kelihatan naik ke pejabat kedutaan tersebut di tingkat 8 untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka.

Memorandum dua halaman itu ditandatangani 19 NGO Islam, antara lain menuntut kerajaan Sweden mengambil tindakan tegas terhadap tiga akhbar terbabit yang telah menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Nasrudin menegaskan penghinaan tersebut tidak boleh diterima kerana mencabul kesucian agama.

"Sebelum ini beberapa karikatur Rasulullah telah dikeluarkan oleh akhbar Denmark dan kini pula di akhbar Sweden. Penghinaan seperti ini tidak boleh dipandang ringan oleh umat Islam bahkan 'non-Muslim', justeru itu ia satu pencabulan terhadap kesucian agama," tegas beliau.

Selain tindakan menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad Pemuda PAS juga mengecam tindakan Israel untuk membina kuil di atas tapak Masjid Al-Aqsa.

"Pemuda PAS juga memandang serius isu yang sedang berlaku di Baitulmuqaddis pada ketika ini. Berikutan tindakan pembinaan Kuil Al-Kharab di sebelah Barat Masjid Al-Aqsa yang mencemari kota suci umat Islam.

"Pihak penjajah Zionis juga telah mengumumkan pembukaan kuil tersebut sebagai langkah permulaan untuk membina kuil Haikal Sulaiman di atas tapak Masjid Al-Aqsa yang akan diruntuhkan kelak.

"Umat Islam seluruh dunia diseru agar mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa yang menjadi Kiblat pertama umat Islam dan bumi Israk Mikraj Rasulullah SAW," kata Nasrudin lagi.

Kumpulan tersebut berarak sambil membawa kain rentang dan poster bertulis “Kami Kasih Nabi", “Jangan Hina Nabi Muhammad” dan "Kami Berjuang Untuk Nabi Kami" sambil bertakbir dan berselawat, mereka melaungkan slogan anti-Sweden seperti “Biadap Sweden” dan “Jahanam Sweden”.

Kumpulan penunjuk perasaan itu juga membakar bendera Sweden kira-kira jam 3.00 petang.

Sebelum ini dilaporkan lakaran karikatur yang menggambarkan kepala Nabi Muhammad pada badan anjing - karya pelukis Sweden Lars Vilks dikemukakan sebagai bahan pameran di sebuah pusat warisan budaya Sweden. Bagaimanapun, lakaran itu ditolak atas sebab-sebab keselamatan.

Namun, sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya bersama tulisan editorial yang mempertahankan kebebasan bersuara. Tiga lagi akhbar Sweden kemudiannya turut menyiarkan semula karikatur itu.

Kira-kira 40 anggota polis , termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal sekitar kawasan tersebut. Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku dilaporkan.

Thursday, March 25, 2010

Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor Meninggal Dunia

Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Zainal Abidin, 71 adalah juga Mantan Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor, Zainal merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR. Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

[Begitu hebat kerajaan BN mengelak dari mengadakan pilihanraya kecil di negeri Perlis Indera Kayangan selepas YB ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn menarik balik surat perletakan jawatannya, tetapi lebih hebat ALLAH yang MAHA kuasa menentukan segalanya]

Rumah Keluarga (Pusaka) Engku Nurzaman dan Engku Amirzahar Exco Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau Terbakar


Jengka 25 Mac - Sebuah rumah di Felda Semarak Jengka 15 di sini musnah terbakar yang membabitkan kerugian lebih RM70,000 dalam satu kejadian pada pukul 12.30 tengah hari hari ini.

Ketua Penjaga Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Jengka, Sabri Roslan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari orang awam pada pukul 12.32 minit tengah hari dan bergegas ke lokasi pada pukul 12.41 tengah hari.


Dengan kekuatan sebelas anggota yang diketuai sendiri dengan sebuah jentera berat berjaya mengawal kebakaran dalam masa 30 minit daripada merebak ke rumah jiran yang sangat hamper dengan rumah terbabit.

Ketika sampai ke lokasi api sedang marak berikutan struktur bangunan yang diperbuat daripada kayu dan batu disamping cuaca hari ini sangat panas dan berangin.

Bomba tidak dapat menyelamatkan barangan dalam rumah itu berikutan kebakaran berlaku dengan pantas. Namun demikian tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.



Menurutnya, ketika pemilik rumah Zamzam Yusof,35 bersama empat beranak sedang berniaga di hadapan rumah tidak menyedari api sedang marak di dalam rumah mereka.

Tambah beliau, dalam hal ini pihak Bahagian Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Kuantan sedang menyiasat punca kejadian yang dianggap di luar jangkaan pemilik rumah terbabit.

Tuesday, March 23, 2010

Fitnah 2: Percaya Atau Tidak?

Dari Zaharuddin.net
Oleh Zaharuddin Abd Rahman

Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina’, 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :

Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum” ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-

Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.

Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).

RINGKASAN SYARAT-SYARAT

Qazf mempunyai beberapa syarat :-

1)Syarat kepada penuduh :
Beraqal
Sudah baligh

2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf

Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)

3) Syarat orang yang dituduh

Beraqal
Baligh
Islam
Merdeka diri
BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt .

Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina’, 6/433)

Imam Malik berkata :

Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu’bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)

Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.

Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh’ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.

Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini.

Mungkin si pendakwa dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun Allah maha mengathui siapa yang benar dan salah, hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh, sama ada pendakwa atau tertuduh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.

Namun ingat, bukan tugas kita untuk mempercayai selagi syarat-syarat yang disebut di atas tidak dipenuhi. Apa jua keputusan mahkamah, itu keputusan mahkamah dan selaku orang yang tidak terlibat, kita tidak dipaksa atau terpaksa untuk mempercayai atau menolak.

Sunday, March 21, 2010

1 Malaysia = 1 Israel

Republik Singapura ini walaupun kecil tetapi taringnya lebih besar dari Harimau Malaya. Maka tidak hairanlah jika ada orang mengatakan jika Malaysia berperang dengan Singapura maka Malaysia akan kalah.

Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?
Ianya memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.

Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura
Dalam menguruskan sistem keselamatan negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara. Namun sekarang, ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura.

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM
Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H). Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta. Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah 'individu' yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel. Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan? Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah 'pakar' sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987. Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen. Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak? Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.

Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia
Seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia.

Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.

Isu-Isu yang perlu diberi perhatian
Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus. Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding. Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi.

Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura. Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara setiap 15 minit.

Kesimpulan
Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel. Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia. Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto. Orang-orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara. Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara.

sumber: ibnuyaacob

Koo/Tan Mara Final Swiss Open 2010

Pasangan beregu negara, Koo Kean Keat - Tan Boon Heong mara ke saingan akhir Terbuka Switzerland awal pagi tadi.

Mereka berjaya menjinakkan pasangan Denmark, Mathias Boe - Carsten Mogensen 21-13, 28-26 dalam tempoh 41 minit.

Mereka bakal bertemu lawan dari Korea Ko Sung Hyun-Yoo Yeon-seong yang mengalahkan lawan mereka dari Jepun Hirokatsu Hashimoto-Noriyasu Hirata 21-13, 21-13.

Manakala bagi perseorangan pula bakal menemukan pemain china iaitu antara Cheng Long bertemu Chen Jin.

16 Sept: Zahrain Tidak Berbohong - RPK


Ucapan Zahrain sebabkan Anwar keluar dewan

Ucapan sulung ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Mohd Zahrain Hashim selaku wakil rakyat Bebas hari ini yang mendedahkan punca beliau meninggalkan PKR, menyebabkan suasana Persidangan Dewan Rakyat bertukar kecoh.

Malah kurang lima minit selepas bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu berucap mulai jam 5.05 petang, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar Dewan selepas Zahrain mengaitkan Anwar dengan kegagalan pakatan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan melalui perancangan "16 September".

Zahrain yang menyifatkan rancangan itu sebagai usaha untuk mengambil alih kerajaan tanpa mengira kesannya, berkata beliau masih ingat bagaimana wakil rakyat PKR diperalatkan dan dibohongi kononnya wakil rakyat BN yang akan lompat parti, lebih daripada mencukupi, lapor Bernama

Katanya mereka diberitahu kononnya Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada pakatan pembangkang untuk membentuk kerajaan.

"Malah Yang di-Pertuan Agong dikatakan merestui YB Permatang Pauh sebagai perdana menteri keenam," kata Zahrain ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong merasmikan pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat hari ini.

Di peringkat itu, suasana menjadi kecoh apabila Anwar meminta dirinya tidak dikaitkan dengan perkara itu.

Kekecohan berlaku apabila beberapa ahli parlimen BN dan pembangkang bangun untuk mencelah, termasuk ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan yang menggesa supaya Zahrain menarik balik kenyataannya.

Ketika itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee mengingatkan peraturan 36(8) bahawa kelakuan atau sifat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu atau Yang Dipertua Negeri atau hakim-hakim atau mana-mana Suruhanjaya tidak boleh disebut, kecuali dikeluarkan usul.

Zahrain kemudiannya menyambung ucapannya dengan mendakwa mereka juga dibohongi kononnya panglima angkatan tentera juga menyokong perancangan pembangkang itu yang kemudiannya menjadikan Dewan lebih gamat.

Dalam suasana kecoh itu, Zahrain meneruskan pendedahan mengenai kepincangan dalam perjuangan pakatan pembangkang yang menurutnya, menjadi perjuangan peribadi Anwar yang menyebabkan ketua pembangkang itu akhirnya bertindak keluar Dewan.

Ketika itu kedengaran ahli parlimen BN yang berteriak "pengecut" dan "berani, tunggu", mendesak supaya Anwar tidak keluar Dewan dan mendengar pendedahan mengenai kenapa Zahrain keluar parti kerana tidak percayakan kepimpinan PKR dan pakatan pembangkang.

Tian Chua (PKR-Batu) turut mempertikaikan kenapa Zahrain mendedahkan perkara itu selepas dua tahun pakatan memerintah Pulau Pinang.

Zahrain kemudian mengulangi dakwaannya bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP sebagai ditaktor, cauvinis dan berfikiran komunis.

"Saya turut simpati dengan kesedaran terlewat ini," kata Tian Chua lagi yang turut mempersoalkan kenapa Zahrain menerima anugerah Datuk Seri daripada kerajaan negeri.

Zahrain berkata perkara itu tidak timbul kerana pingat itu dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan beliau sebaliknya mempersoalkan kegagalan kerajaan negeri memperjuangkan Islam dengan membangkitkan isu wang zakat dan isu perarakan Maulidul Rasul di negeri itu.

"YB Bagan (Lim Guan Eng) bukan saja gagal menjawab teguran dan kritikan saya, sebaliknya memilih untuk melemparkan fitnah dan tohmahan jahat terhadap saya dan ahli keluarga, kononnya terlibat dengan tender Golf Bukit Jambul melalui syarikat modal dua ringgit, yang anak saya kononnya mempunyai kepentingan.

"Saya telah mengarahkan peguam saya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap dia. Dan yang paling malang tindak-tanduk diktatorial, cauvinis, ekstrem, anti-Islam dan ala komunis YB Bagan mendapat sokongan YB permatang Pauh (Anwar)," katanya.

Zahrain turut menyifatkan Anwar sebagai "raksaksa pelbagai wajah" ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.

Beliau mendedahkan antara punca beliau hilang kepercayaan kepada kepimpinan Anwar ialah apabila PKR terlampau memperhambakan diri kepada DAP sedangkan ketua pembangkang itu pernah memberitahunya yang PKR tidak akan tunduk kepada parti itu.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat bagaimanapun menangguhkan ucapan Zahrain pada pukul 5.30 petang bagi membolehkan persidangan disambung semula esok.
Itu adalah apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini. Sebenarnya, terdapat beberapa kebenaran dalam apa yang Zahrain Hashim nyatakan jadi saya rasa Anwar Ibrahim tidak harus keluar daripada Parlimen. Dengan berbuat demikian ia seakan tuduhan Zahrain telah kena tepat di kepalanya, dimana saya juga mengandaikan begitu. Tetapi Anwar tidak sepatutnya mendedahkannya dengan ketara. Bermain poker lah , seperti saya. Senyum dan tunggu sehingga tiba masa anda untuk menyerang balik. Aiyah, Anwar, kamu seorang pemain poker yang teruklah!.

Sebagaimana saya berkata, Zahrain tidak berbohong kesemuanya. Dan sebaliknya fakta yang ditimbulkan Zahrain di dalam Parlimen menjadikannya dakwaan yang amat serius. Anda tidak boleh berbong di Parlimen. Jadi Zahrain tidak berbohong. Dia hanya tertinggal banyak fakta lain dalam kenyataannya di Parlimen hari ini(semalam).

Ia adalah benar di mana pembangkang itu telah diberitahu -- atau sekurang-kurangnya sebahagiannya telah diberitahu -- tentera dan Agong dalam keadaan ‘sedia' untuk mengadakan angkat sumpah kerajaan baru. Abdullah Ahmad Badawi telah sepatutnya diusir pada 2008 dan seseorang akan dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-enam.

Tetapi Perdana Menteri yang baru ini tidak semestinya Anwar. Ia adalah orang lain, seorang ahli Umno. Dan ianya bukan Najib. Ia adalah orang lain. Dan Zahrain , sudah tentu mengetahuinya walaupun beliau tidak menyebutnya di dalam Parlimen hari ini (semalam).

Plotnya adalah seperti berikut. Saya disuruh berjumpa Bul, nama pendek untuk Bulat. Semua ‘pelajar lama Malay College Kuala Kangsar (MCKK) tahu saya bercakap tentang siapa. Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas -- seorang ahli Umno daripada Badan Disiplin Umno yang menganggap saya saudaranya dan menasihatkan saya untuk pulang ke Malaysia dan membersihkan nama saya di mahkamah -- juga mengetahui siapakah Bul dan apa yang saya katakan.

Apapun saya dan Bul telah bertemu untuk pertama kali di La Bordega di Jalan Telawi, Bangsar. Isteri saya turut hadir, dan juga orang keempat yang duduk di situ tanpa membuka mulutnya dan tanpa mengatakan sebarang perkataan, seolah-olah dia seorang ahli KGB (Yeap, itu yang saya fikirkan).

Bul kemudiannya menceritakan kepada saya cerita tentang Rosmah Mansor, ADC LT KOLONEL NORHAYATI Hassan, dan suami Norhayati yang berpangkat Lt Kolonel, dan terlatih dalam penggunaan bagi C4 dan berada di tempat kejadian pada malam Altantuya dibunuh. (Saya mengetahui ‘terlatih dalam penggunaan bagi C4' juga turut disahkan oleh orang lain, tentera Kolonel yang menjalankan latihan itu , jadi saya berasa yakin yang maklumat ini adalah betul).

Saya bertanyakan Bul apa dia mahu saya lakukan dengan maklumat ini. “Dedahkannya,” jawab Bul.

Saya memberitahu Bul jika saya melakukannya mereka akan menangkap saya dan menghantar ke penjara. Bul berjanji kepada saya jika itu berlaku mereka akan tampil ke hadapan untuk memberi keterangan. Mereka tidak akan membenarkan saya untuk dihantar ke penjara, Bul meyakinkan saya. Mereka akan datang untuk membantu saya dan memastikan yang kebenaran itu dibongkar.

Selepas pertemuan itu isteri saya memberitahu supaya saya melupakannya. Ia terlalu berisiko, isteri saya berkata. Jadi saya tidak melakukan apa-apa.

Bul kemudian meminta satu lagi pertemuan dan kali ini kami bertemu di Selangor Club untuk makan tengah hari pada hari Ahad. Lelaki misteri seperti ‘KGB' juga turut di situ, begitu juga isteri saya. Bul menyoal sama ada saya akan bertindak di atas maklumat yang dia berikan kepada saya dan saya menyambut, tidak. Saya tidak pasti sama ada maklumat itu benar atau tidak.

Bul meyakinkan saya ianya benar. Dia telah membaca laporan Intelligence Millitary yang telah dihantar kepada Perdana Menteri Pak Lah, Bul meyakinkan saya.

Saya memandang isteri saya yang menggelengkan kepalanya. Bul memberitahu isteri saya jangan risau. Bul menyatakan dia menawarkan jaminannya yang saya tidak akan diapa-apakan. Ini adalah 'dinamit' dan Pak Lah mengetahui ia akan jatuh tetapi beliau masih berdiam. Dan Najib juga akan jatuh maka Malaysia akan mendapat seorang Perdana Menteri baru. Kemudian kami boleh bercakap tentang membentuk kerajaan perpaduan bersama Pakatan Rakyat dan mungkin menawarkan Anwar jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tidak mendengar nasihat isteri, saya memberitahu Bul saya akan lakukannya. Tetapi dia mesti membela saya jika apa-apa terjadi. Tiada masalah, Bul berkata. Kol Azmi, orang nombor dua dalam Special Branch MIO mempunyai senaskhah salinan laporan yang telah dihantar kepada Pak Lah dan sedang menunggu untuk tampil ke hadapan bagi mendedahkan semua perkara.

Bul mahu tahu bila saya akan lakukannya dan saya kata mungkin saya akan menulis artikel tentangnya pada hari berikutnya. Tidak, tiada artikel, Bul menegaskan. Sebuah artikel tidak cukup bagus. Ia mesti satu akuan berkanun. Kerajaan tidak peduli sebuah artikel. Tetapi kerajaan itu tidak boleh mengetepikan satu akuan berkanun. Jadi ia mesti suatu akuan berkanun.

Sementara itu, saya dan isteri bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa kali untuk mengetahui sama ada dia bersetuju dengan calon baru untuk Perdana Menteri atau dia memilih untuk Najib untuk mengambil-alih. (Tan Sri Sanusi Junid boleh mengesahkan ini). Dr Mahathir memberitahu kami dia tidak menyebelahi Najib dan bersetuju dengan lelaki yang dinamakan oleh Bul.

Jadi kami telah mengaturkan pertemuan antara lelaki ini untuk bertemu Dr Mahathir dan mereka telah bertemu beberapa kali. Dr Mahathir juga menghantar Datuk Andrew Leong bertemu lelaki ini untuk membuat perjanjian. Saya, sebenarnya, disusun untuk pertemuan antara Andrew Leong dan lelaki ini. Saya turut serta menjadi pemerhati dalam pertemuan itu.

Perjanjian itu telah dipersetujui. Saya akan menandatangani Akuan Berkanun. Pak Lah akan digulingkan. Najib akan disekat dari mengambil alih kerajaan. Dan Perdana Menteri baru itu akan mengambil alih kerajaan dengan restu Dr Mahathir.

Tidak lama kemudian sesuatu telah berlaku. Calon untuk Perdana Menteri baru diminta untuk mengesahkan yang dia bersetuju kepada penubuhan Majlis Presiden apabila dia menjadi Perdana Menteri. Dan Majlis Presiden, akan diketuai oleh Dr Mahathir dan memberi ‘panduan' kepada Perdana Menteri baru.

Calon untuk Perdana Menteri berkata tidak. Jika dia menjadi Perdana Menteri dia akan membuat keputusan bagaimana negara ini ditadbir. Dia tidak akan menjadi Perdana Menteri boneka kepada Majlis Presiden yang mempunyai kuasa sebenar di belakang pentadbirannya. Dr Mahathir, sebenarnya telah mengumumkan semasa satu mesyuarat dihadapan kira-kira 1,000 anggota ahli Umno di Singgahsana Hotel, Petaling Jaya yang Majlis Presiden ini akan ditubuhkan dan Perdana Menteri akan datang akan menjawab tentangnya.

Bila lelaki ini berkata tidak, Dr Mahathir membuangnya dan berpaling kepada Najib. Najib telah kembali dalam perancangan dan lelaki ini sudah terkeluar. Tetapi sialnya, dalam sementara waktu itu saya telah telah pun menandatangani Akuan Berkanun yang bukan sahaja untuk menyingkirkan Pak Lah tetapi juga menolak Najib.

Saya adalah satu keaiban kepada mereka. Mereka perlukan Najib sejak lelaki itu tidak setuju dengan penubuhan Majlis Presiden manakala Najib bersetuju. Jadi mereka perlukan sesuatu untuk membersihkan nama Najib. Untuk melakukannya, mereka perlu menjatuhkan saya.

Kepada pembaca-pembaca yang disayangi, inilah sebab mengapa saya dalam keadaan kesusahan ini. Saya sepatutnya menjadi pemangkin menyingkirkan Pak Lah dan menghalang Najib daripada mengambil alih kerajaan. Tetapi perjanjian itu telah rosak. Dan insan lain yang sepatutnya untuk mengambil alih telah diketepikan. Dan saya diberi ‘kad merah' dan keluar padang.

Ini membuatkan isteri saya menjadi marah gila. Bila saya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Bul menelefon isteri saya dan berkata bahawa lelaki ini hendak bertemu dengannya. Isteri saya memberitahu Bul untuk memberitahu lelaki ini pergi jahanam dan meletakkan telefon.

Isteri saya kemudiannya bertemu Anwar untuk memberitahunya keseluruhan cerita, yang kebanyakannya Anwar sudah mengetahui. Anwar pergi untuk bertemu lelaki ini, yang telah sepatutnya menjadi Perdana Menteri baru. Anwar memberitahunya saya telah menandatangani Akuan Berkanun itu kerana mereka yang menyuruh saya berbuat demikian. Dan ia sepatutnya untuk membuka jalan kepada lelaki ini , bukannya Najib, untuk mengambil-alih jawatan Perdana Menteri.

Tetapi dia tidak berani tampil ke hadapan untuk menyingkap apa sebenarnya berlaku dan mengapa saya sendiri yang menandatangani Akuan Berkanun. Isteri saya kemudiannya mendesak Anwar pergi ke mahkamah untuk bertemu saya dan memberitahu saya secara peribadi, dan Anwar turuti. Saya akhirnya tahu bahawa mereka telah meninggalkan saya sebagai ‘kemusnahan sampingan' dan sebab itu saya bersendirian sekarang.

Apapun, saya kaitkan cerita ini dengan kenyataan kepada Special Branch, yang telahpun direkodkan. Saya sepatutnya kemudiannya menandatangani kenyataan saya itu, proses normal apabila mereka mengambil kenyataan semasa anda menjadi tahanan ISA.

Tetapi mereka tidak pernah membenarkan saya menandatangani kenyataan saya. Pada hari saya sepatutnya menandatangani kenyataan saya, mereka telah menghantar saya ke Kamunting. Saya mungkin satu-satunya tahanan ISA yang tidak diberi untuk menandatangani kenyataan. Dengan jelas, mereka takut membenarkan saya menandatangani kenyataan saya supaya jika kerajaan ini jatuh satu hari nanti, kenyataan ini tidak akan jatuh kepada tangan sebuah kerajaan yang baru.

Datuk Zambri Ahmad, orang kanan dalam Special Branch yang bertanggungjawab menyoal siasat saya, mengetahui apa sebenarnya yang saya katakan ini. Dia turut mengesahkan dia secara peribadi mengenali Kolonel Azmi, orang nombor dua dalam Special Branch MIO yang saya katakan tadi.

Jadi Zahrain tidak berbohong di Parlimen hari ini (semalam). Apa yang diberitahunya dalam Parlimen perihal tentera dan Agong sedang bersedia untuk mengangkat sumpah kerajaan baru adalah benar. Zahrain hanya tidak memberitahu kepada Parlimen keseluruhan cerita sebenar. Dan saya hanya menyusun kepingan-kepingan gambar yang tidak lengkap.

Terima Kasih Zahrain. Dengan menimbulkan perkara ini di Parlimen membenarkan saya menambahkannya cerita untuk anda. Muchos gracias.

Sumber - topeng perak unmasked

Friday, March 19, 2010

Gula-gula "Subsidi"

Subsidi petrol kini 45 sen seliter

KUALA LUMPUR 12 Mac – Kerajaan terpaksa menanggung subsidi 45 sen bagi satu liter petrol berikutan minyak mentah di pasaran antarabangsa kini didagangkan pada harga AS$82 (RM271) setong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah itu melebihi 15 sen subsidi yang sepatutnya ditanggung oleh kerajaan iaitu 30 sen bagi satu liter petrol.

‘‘Mengikut formula yang digunakan, kerajaan sepatutnya hanya menanggung subsidi petrol sebanyak 30 sen dan bakinya iaitu 15 sen perlu ditanggung oleh pengguna.
‘‘Bagaimanapun perkara subsidi ini belum diputuskan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang bermesyuarat setiap minggu,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman Pelaksanaan Kad Pelbagai Guna Koperasi (Kad Koop) di antara Bank Rakyat dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di sini hari ini.

Ismail Sabri memberitahu, kementerian memerlukan maklum balas orang ramai sama ada subsidi petrol perlu dinaikkan atau tidak kerana jumlahnya terlalu tinggi pada masa ini.

‘‘Orang ramai perlu membuat pertimbangan kerana jumlah subsidi sekarang adalah terlalu tinggi dan ia menghakis keupayaan kerajaan untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan lain,’’ katanya.

Sumber : Utusan 13/03/10

Ulasan:

‘Pandai’ betul kerajaan menyusun kata dalam hal ini seolah-olah ia sedang berkorban demi rakyat. 30 sen subsidi kerajaan tanggung, 15 sen pengguna tanggung..apakah kerajaan sekular ini tak sedar bahawa rakyat telah mengetahui pembohongan mereka selama ini? Apakah kerajaan ‘lupa’ lebih dari 70 % pendapatan negara yang dikatakan duit kerajaan, dikutip dari (cukai) rakyat?? Apakah 30 sen subsidi itu benar-benar ditanggung oleh kerajaan?

Jika kerajaan ini cerdik sedikit dari kerajaan-kerajaan kapitalis dunia yang ada sekarang, nyata masalah subsidi ini tidak timbul! Rujuk sahaja kepada syariah Islam. Minyak (dan sumber galian yang jumlahnya banyak) adalah milik rakyat dan ini bererti juga milik rakyat. Ini bererti tidak timbul soal penswastaan, subsidi inisiatif, harga pasaran dunia, ikatan jaminan harga dan segala bentuk hambatan yang sebenarnya alat untuk merompak harta rakyat!

Pelik bin ajaib, dalam keadaan ini rakyat masih kabur kepada masalah sebenar – bahawa permasalahan ini merupakan natijah dari sistem yang rosak lagi merosakkan ini. Sampai bila agaknya rakyat dan pengguna akan sedar dari terus ditipu, dizalimi dan ditindas oleh ejen-ejen hegemoni kuffar Barat ini? Apakah mereka masih tidak meyakini Islam sebagai problem solver bagi seluruh permasalahan mereka? Apakah rakyat masih selesa berdiam diri membiarkan kerajaan taghut ini menghisap darah mereka dan darah generasi mendatang? Sampai bila mereka akan terus membiarkan diri dikurung tempurung kolonialisme kuffar Barat? Sampai bila mereka akan terus membiarkan hidup mereka tertindas tanpa pembelaan? Sampai bila umat ini akan terus membiarkan diri mereka terus terkebelakang?

Melawan Keganasan Sambil Menjemput Pengganas Terbesar

Indonesia tingkat perang ke atas pengganas menjelang lawatan Obama

LAWATAN Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Indonesia yang dijadual bulan ini memberi rangsangan baru terhadap usaha membanteras keganasan yang menyaksikan seorang militan paling dikehendaki ditumpaskan dan para pengikutnya kini goyah, kata para penganalisis.

‘‘Pemimpin terkemuka dan paling berkuasa di dunia akan melawat Indonesia, jadi pihak berkuasa perlu menangani sebarang kemungkinan serangan militan,’’ kata Noor Huda Ismail, seorang penganalisis ekstremisme.

Obama bersama Wanita Pertama, Michelle dan anaknya, Malia dan Sasha dijadual melawat Indonesia, negara di mana beliau menetap selama empat tahun ketika zaman kanak-kanak, mulai 20 hingga 22 Mac sebelum berkunjung ke Australia.

Di Canberra semalam, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengesahkan polis berjaya membunuh Dulmatin, seorang daripada perancang pengeboman di Bali pada 2002 yang membunuh 202
orang, kebanyakannya pelancong.
Dulmatin yang ditawarkan hadiah sebanyak AS$10 juta (RM34 juta) oleh AS bagi sebarang maklumat yang membawa kepada penahananya ditembak di kepala bersama dua lagi rakannya di Jakarta, semalam.

Kematian mereka merupakan yang terkini dalam pembanterasan yang dilancarkan pada 22 Februari lalu apabila polis menyerbu kem latihan ekstremis di sebuah kawasan terpencil di wilayah Aceh.

Sejak operasi di Aceh, polis berkata, mereka memberkas 22 suspek militan termasuk pembekal senjata api dan pembiaya. Penganalisis berkata, tangkapan tersebut mungkin memberikan maklumat pengintipan penting berkaitan kumpulan militan Dulmatin, Jemaah Islamiyah (JI).

JI yang bermatlamat menubuhkan negara Islam di Asia Tenggara mendapat inspirasi daripada al-Qaeda dan dituduh melakukan banyak pengeboman di Indonesia termasuk pengeboman di Bali dan serangan ke atas hotel-hotel di Jakarta pada tahun lalu.

Ismail berkata, serbuan baru-baru ini telah melumpuhkan JI sepenuhnya tetapi beliau memberi amaran, ancaman keganasan kekal wujud, terutamanya dengan kemunculan banyak kumpulan serpihan yang menyokong idea kekerasan.

Noordin Mohammad Top, pemimpin sebuah kumpulan serpihan JI ditembak mati oleh pasukan keselamatan Indonesia pada September lalu.

Pihak berkuasa Indonesia berkata, lawatan Obama dijangka diteruskan seperti yang dijadual dan disifatkan oleh seorang penganalisis sebagai tanda keyakinan AS kepada keupayaan negara majoriti penduduk Islam, Indonesia untuk mengekalkan keselamatan.

‘‘AS memang mengetahui situasi keselamatan di mana-mana. Jika mereka berasa tidak selamat, mereka tidak akan membenarkan Presiden pergi,’’ kata John Harrison, seorang penganalisis keselamatan di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.

‘‘Operasi-operasi terkini menunjukkan betapa serius Indonesia (membanteras keganasan) dan merupakan pengiktirafan terhadap keupayaan yang mereka miliki untuk bertindak secara bertanggungjawab apabila mendapat maklumat,’’ katanya. – AFP

Sumber: Utusan Malaysia 11/03/2010

Melawan keganasan sambil menjemput pengganas terbesar

Sejak mengambil alih pucuk pimpinan AS pada Januari tahun lepas, Barack Obama telah melanjutkan polisi Presiden Bush memerangi keganasan di negeri-negeri umat Islam. Sebahagian besar usaha ini tertumpu di rantau Afghanistan dan Pakistan dan telah mengorbankan beribu-ribu nyawa penduduk awam umat Islam di kedua-dua buah negara tersebut. Di samping itu, tindakan Obama membawa masuk pasukan pengganas bersenjata upahan ‘Blackwater’ ke Afghanistan dan Pakistan, telah menambahkan derita umat Islam di rantau tersebut. Hingga kini, lebih 3 juta rakyat Pakistan menjadi pelarian disebabkan oleh operasi ketenteraan Pakistan ke atas wilayah FATA (Federally Adminstered Tribal Areas) yang diarahkan oleh pengganas terbesar, Barack Obama dari Amerika Syarikat.

Jika benar AS memerangi keganasan, mengapa keganasan tentera Maoist di India, dan keganasan puak Jundullah di Iran yang menyerang dan meletupkan tempat-tempat awam yang menyebabkan kematian penduduk awam sengaja dibiarkan? Ini berbeza dengan usaha “melawan keganasan” di Pakistan dan Afghanistan yang mendapat sokongan dengan dana berbillion dolar!! Nampaknya Obama melancarkan peperangan di Pakistan dan Afghanistan dengan tujuan khusus untuk memecahkan dan melemahkan dua negara tersebut kepada negari-negari yang kecil dan lemah agar mudah dieksploitasi oleh AS.

AS cukup takut kepada negara umat Islam yang mempunyai penduduk yang besar seperti Pakistan dan Indonesia, dan oleh sebab itulah, ia sanggup berbelanja berbillion dolar untuk memastikan tentera Pakistan membuat operasi ketenteraan besar-besaran untuk menundukkan puak militan di wilayah bergolak itu. Indonesia sebagai negara umat Islam yang terbesar di dunia, adalah tidak terkecuali daripada senarai sasaran AS untuk dipecahkan kepada negara-negara kecil, cuma bezanya, Indonesia belum lagi mencapai keadaan seperti yang berlaku di Pakistan.

Tindakan penguasa Indonesia menjemput pengganas terbesar dunia yang telah mengakibatkan kehilangan berjuta nyawa umat Islam untuk melawat negara umat Islam terbesar di dunia itu adalah jelas haram mengikut ayat Al-Quran:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya” [TMQ: Al-Imran: 118].

Hakikatnya, tindakan ini merupakan tindakan menggali lubang kubur sendiri. AS tidak akan melihat ‘sikap baik hati’ pemerintah Indonesia ini sebagai tanda persahabatan. Rejim durjana AS ini akan melihat tindakan Indonesia sebagai membuka pintu peluang eksploitasi yang lebih luas bagi mereka!!

Pemimpin Wajib Terapkan Islam Dan Tidak Cukup Sekadar Turun Padang

KUALA LUMPUR 15 Mac – Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin hari ini menitahkan para pemimpin agar mencontohi Perdana Menteri dengan turun padang untuk mendampingi rakyat bagi memahami masalah mereka dengan lebih dekat. Titah Seri Paduka, melalui cara itu pemimpin dapat menjalinkan hubungan yang rapat dengan rakyat di semua peringkat. “Beta mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan barisan Jemaah Menteri beliau kerana sejak 11 bulan lalu, kerajaan beta di bawah kepimpinan beliau telah berjaya melaksanakan pelbagai program demi kesejahteraan rakyat,” titah Seri Paduka.

Tuanku Mizan bertitah demikian ketika merasmikan sidang Penggal Ketiga Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah. Ini merupakan kali pertama Tuanku Mizan menyampaikan titah perasmian sejak Najib memegang tampuk pemerintahan negara. Tuanku Mizan menyambut baik Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan berpaksikan Perlembagaan Persekutuan yang diilhamkan Perdana Menteri dan komitmen-komitmen kerajaan untuk melaksanakan program transformasi demi kesejahteraan rakyat. “Alhamdulillah, ekonomi negara kini semakin pulih daripada kesan kemelesetan global dengan Keluaran Dalam Negara Kasar suku keempat 2009 kembali mencatat pertumbuhan positif 4.5 peratus iaitu lebih baik daripada unjuran tiga peratus.

“Perkembangan yang menggalakkan ini antara lain adalah hasil pelaksanaan dua pakej rangsangan ekonomi bernilai RM67 bilion serta disokong permintaan dalam dan luar negara yang semakin kukuh,” titahnya. Bagi Seri Paduka, hikmah di sebalik kemelesetan ekonomi global adalah semua pihak berusaha menggunakan sepenuh sumber dan peluang yang ada untuk membawa negara keluar daripada kesukaran tersebut. Sehubungan itu, titah Seri Paduka, semua program dan projek kerajaan akan berasaskan keperluan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum dan agama bagi memastikan rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan memerlukan menikmati hidup yang lebih selesa. Titahnya, kerajaan akan melaksanakan pendekatan kebajikan produktif bagi mengurangkan kebergantungan golongan berpendapatan rendah kepada bantuan kebajikan. Dalam titah ucapan kira-kira sejam itu, Seri Paduka menyentuh pelbagai isu termasuk penstrukturan subsidi, penguasaan Malaysia dalam perbankan Islam, liberalisasi sektor pembuatan dan perkhidmatan, pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) selain sektor pelancongan dan pertanian. Mengenai subsidi, Tuanku Mizan meminta rakyat agar berpandangan jauh dan bersedia menerima perubahan memandangkan sistem sekarang bukan sahaja dinikmati oleh golongan sasar bahkan mereka yang tidak layak seperti golongan berpendapatan tinggi dan warga asing. “Pemberian subsidi akan distruktur semula dan dikurangkan secara berperingkat-peringkat. Bagaimanapun kumpulan sasar akan terus dibantu agar tidak terbeban,” titah Seri Paduka. Dalam perkembangan lain, Yang di-Pertuan Agong menyeru semua pemimpin agama supaya memupuk rasa tanggungjawab untuk memelihara keharmonian beragama di kalangan penganut agama masing-masing. Seri Paduka mengingatkan agar perpaduan dan saling hormat-menghormati di antara kaum dan agama yang menjadi tunjang kekuatan negara terus dipelihara. “Amalan berbaik sangka, saling menghormati dan bekerjasama antara rakyat pelbagai kaum dan agama akan melahirkan masyarakat Malaysia yang mesra, aman dan bertoleransi. “Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama-agama lain bebas untuk diamalkan hendaklah dihormati,” tegas Seri Paduka.

Sumber: Utusan Malaysia 15/03/10

Pemimpin Wajib Terapkan Islam Dan Tidak Cukup Sekadar Turun Padang

Apabila kita ingin menilai kedudukan seseorang pemimpin itu sebenarnya tidak cukup dengan hanya berdasarkan kepada samada pemimpin tersebut turun padang ataupun tidak. Apa yang sepatutnya dilihat dan dijadikan kayu ukur yang paling besar dan yang paling utama bagi sesebuah pemerintahan itu adalah persoalan sistem dan undang-undang yang dipakai dan diterapkan oleh pemerintah tersebut.

Sebagai seorang muslim yang diberikan amanah dan kuasa untuk memerintah, sewajibnya Najib selaku PM menyedari kewajiban besar menerapkan Islam yang terletak di atas bahu beliau. Nsmun kini, setelah hampir setahun Najib berkuasa, beliau masih terus setia dan begitu taat menerapkan sistem pemerintahan yang ditinggalkan oleh penjajah. Buktinya, lihatlah kepada sistem ekonomi yang digunapakai oleh Malaysia hari ini. Begitu juga sistem penghakiman, sistem sosial, sistem pendidikan, polisi luar negara dan sebagianya. Kesemua sistem-sistem yang dijalankan oleh Najib pada hari ini adalah sistem kufur berasaskan ideologi Kapitalisme yang rosak.

Hakikatnya, tidak ada peringatan mahupun pujian yang lebih wajar diberikan kepada Najib selaku orang yang paling berkuasa di Malaysia saat ini melainkan firman Allah SWT:

“Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir”. [TMQ al-Mai'dah (5) : 44].

“Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim”. [TMQ al-Mai'dah (5) : 45].

Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”. [TMQ al-Mai'dah (5) : 47]

Tahniah Datuk Lee Chong Wei Juara All England 2010


JUARA... Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akhirnya menjuarai Kejohanan Badminton All England buat kali pertama dalam kariernya selepas mengalahkan pemain Jepun, Kenichi Tago di National Indoor Arena, Birmingham.

Kebanggaan buat rakyat Malaysia di mana bertepatan dengan edisi ke 100 All England Datuk Lee berjaya menempatkan namanya di All England dengan mengalahkan Kenichi Tago yang berusia awal 20an dengan straight set 21-19, 21-19.

Sunday, March 14, 2010

Badminton Akhir All England 2010: Chong Wei lwn Kenichi Tago


KUALA LUMPUR, 14 Mac Pemain perseorangan nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mara ke peringkat akhir kejohanan Badminton All England 2010, selepas menewaskan pemain Denmark, Peter Gade, di National Indoor Arena, Birmingham, Sabtu.

Penentang Lee di peringkat akhir ialah Kenichi Tago dari Jepun yang layak setelah mengalahkan Bao Chun Lai dengan membawa permainan ke tiga set.

Pemain Denmark berusia 33 tahun itu dan bekas pemain nombor satu dunia, berjaya mendahului mata pada minit-minit tertentu perlawanan.

Pertarungan yang berlangsung selama 47 minit, berakhir dengan Lee mengatasi pemain veteran Denmark itu dalam 'straight set' 21-17, 21-14.

Peluang Lee untuk merangkul kejuaraan itu kini lebih cerah setelah pemain nombor dua dunia Lin Dan, China, yang dianggap pilihan untuk menjadi johan tersingkir akibat tumpas di tangan rakan senegara Bao Chunlai pada suku akhir.

Friday, March 12, 2010

Ilmu dan Takwa

Abad ke 21 bakal menyaksikan dunia penuh cabaran. Ini ada kaitannya dengan pergerakan ekonomi dunia menuju globalisasi serta kehadiran kemajuan teknologi maklumat. Globalisasi menekankan kepada konsep perdagangan yang melangkaui batasan sempadan geografi sesebuah negara. Ini bermakna, firma-firma asing bebas untuk melabur dan menjalankan kegiatan perniagaan di negara ini. Begitu juga dengan firma-firma dari Malaysia. Mereka boleh melabur dan menjalankan perniagaan di negara lain. Fenomena ini sudah pun berlaku dengan firma-firma tempatan mula menerokai pasaran negara membangun yang lain seperti di Afrika. Dalam menghadapi cabaran ini, rakyat Malaysia mestilah melengkapkan diri, terutama sekali di bidang teknologi maklumat, agar mampu bersaing di pasaran buruh tempatan atau antarabangsa.

Ini memerlukan setiap rakyat Malaysia untuk terus berusaha meningkatkan tahap ilmu yang dimilikki. Sebagai seorang manusia kita sentiasa dibayangi dengan sifat serba kekurangan. Ini termasuk penguasaan ilmu. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang serba mengetahui sebagai mana firmanNya, "Sesungguhnya Allah mengetahui setiap sesuatu" (al-Ankabut: 62).

Oleh itu, proses peguasaan ilmu tidak ada penghujungnya bagi seorang manusia. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Dua perkara yang tidak memuaskan iaitu menuntut ilmu dan menuntut dunia" (Hadith riwayat Ibnu Addi). Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda tentang perihal pentingnya ilmu kepada manusia, "Sesiapa yang menghendaki dunia, hendaklah berilmu. Sesiapa yang menghendaki akhirat, hendaklah berilmu dan sesiapa yang menghendaki kedua-duanya, hendaklah berilmu." Sesungguhnya orang-orang yang berilmu mempunyai kedudukan yang tinggi sebagai mana firman Allah s.a.w., "Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat." (al-Mujadalah:11).

Perlu difahami bahawa ilmu agama dalam Islam merangkumi semua ilmu yang membawa kepada kebaikan dan tidak semestinya terhad kepada bidang yang berkaitan dengan keagamaan sahaja. Bagi orang-orang yang tidak mahu belajar, Allah s.w.t. menunjukkan kemurkaanNya melalui ayat berikut, "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (al- A raf:179).

Perkembangan teknologi maklumat bakal menyaksikan perubahan di dalam budaya serta kaedah bekerja di abad ini. Dijangkakan akan lebih banyak peluang pekerjaan yang beroperasi dari rumah. Fenomena ini akan menjadi realiti kerana didorong oleh beberapa perkara. Pertama, kemudahan sistem perkomputeran canggih membawa ke arah kerja kurang kertas (paperless). Ini disebabkan kerana kebanyakan borang yang sebelumnya dicetak di atas kertas, sekarang boleh diisi di papan layar komputer sahaja dan ini mengurangkan keperluan kerja meja (desk jobs). Kedua, kadar sewa ruang pejabat akan menjadi bertambah mahal dari masa ke semasa. Oleh itu, kadar sewa ruang pejabat bakal menyumbang sejumlah besar kos operasi sesebuah firma. Dengan membenarkan pekerja beroperasi dari rumah (bagi jenis pekerjaan tertentu) akan mengurangkan kos tetap yang terpaksa ditanggung oleh firma berkenaan. Ketiga, peningkatan kos dan persaingan. Selari dengan peningkatan taraf hidup rakyat negara ini, kos pengeluaran atau perkhidmatan akan menjadi lebih tinggi yang berpunca daripada peningkatan kos buruh. Ini seterusnya akan mengurangkan tahap keuntungan. Peluang untuk menaikkan harga jualan juga terbatas kerana syarikat terpaksa menghadapi persaingan yang sengit. Meningkatkan keupayaan teknologi di samping membenarkan pekerja beroperasi dari rumah dijangka boleh mengurangkan kos operasi syarikat. Keempat, faktor sosial dan kekeluargaan ekoran daripada kecenderungan yang meningkat untuk membesarkan sendiri keluarga masing-masing. Ia berpunca daripada dua faktor utama. Pertama, masalah mendapatkan pembantu rumah yang sesuai. Rata-rata pembantu rumah diimpot dari negara asing dan upahnya semakin tinggi. Kedua, sesuai dengan peningkatan terhadap penghayatan Islam, lebih ramai ibu yang bekerja hari ini mahu melakukan sendiri penjagaan anak untuk beberapa tahun sehingga mereka melangkah ke alam persekolahan. Ini memberi mereka lebih banyak peluang untuk menyusukan anak sendiri di samping memberi asuhan keagamaan mulai di peringkat awal lagi. Ini akan menyebabkan negara kehilangan ramai tenaga pekerja wanita yang sebahagiannya adalah tenaga profesional. Mereka boleh menjadi tenaga pekerja yang produktif jika dibenarkan bekerja dari rumah, seterusnya turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Dalam hal ini, kemajuan teknologi maklumat boleh memainkan peranan.

Oleh itu, walau apa pun yang dilakukan, kita mesti mengambil daya usaha untuk mendalami ilmu teknologi maklumat dan komunikasi. Ini akan meningkatkan daya saing diri di dalam pasaran buruh di abad ke 21 ini. Kita juga harus mengakui bahawa majikan masa kini mempunyai pilihan yang luas ekoran lambakan graduan yang membanjiri pasaran buruh. Calon yang mempunyai kelebihan akan lebih mudah mendapatkan pekerjaan. Jika tidak anda bakal menjadi tambahan kepada statistik graduan menganggur. Kelebihan orang berilmu memang nyata sebagaimana firman Allah s.w.t., "Katakanlah lagi (kepadanya); Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" "Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." (az-Zumar:9).

Di dalam keghairahan kita mengejar kemajuan duniawi ini, kita juga mesti melengkapkan diri dengan ilmu keagamaan agar menjadi manusia yang jujur ketika menjalankan kehidupan. Penguasaan ilmu dunia tanpa diiringi oleh ilmu akirat adalah rendah nilainya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya Allah membenci orang yang berhati kasar (kejam dan keras), sombong, angkuh, bersuara keras di pasar-pasar (tempat umum) pada malam hari serupa bangkai dan pada siang hari serupa kaldai, mengetahui urusan-urusan dunia tetapi jahil (bodoh dan tidak mengetahui) urusan akhirat." (Hadith riwayat Ahmad). Ini ada kaitannya dengan fakta bahawa kemajuan teknologi sering diringi oleh potensi untuk berlakunya penyelewengan. Sebagai contoh, kes kecurian wang ATM melalui pengklonan kad ATM pelanggan. Ini merupakan salah satu bukti penggunaan ilmu ke jalan yang mungkar. Rasulullah sa.w. pernah bersabda, "Orang yang paling pedih seksaannya pada hari kiamat ialah seorang alim yang Allah menjadikan ilmunya tidak bermanfaat." (Hadith riwayat al-Baihaqi). Mudah-mudahan dengan bimbingan agama yang mencukupi kita tidak termasuk ke dalam golongan tersebut. Insya Allah.

SPM - 2 Pelajar Maahad Muhammadi dapat 15A


KOTA BAHRU, 11 Mac: Pelajar-pelajar sekolah agama di Kelantan terus mengungguli pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 apabila seorang pelajar mendapat 12A+.

Pelajar terbabit, Ahmad Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhammadi Lelaki itu juga mendapat 2A dan 1A menjadikan pencapaian keseluruhan 15A.

Manakala Habibah Hanan Mat Yusof dari Maahad Muhammad Perempuan pula mendapat 10A+ di mana jumlah keseluruhan subjek (15A).

Pencapaian bagi kedua-dua sekolah tersebut ialah 100 peratus.

Keputusan SPM bagi sekolah bagi Maahad Muhammadi Perempuan diumumkan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ahmad Robert Abdul Rahim pagi tadi.

Pengumuman di Maahad Muhammadi Lelaki dilakukan pengetuanya, Azhar Salleh petang ini.

Seramai 385 calon menduduki peperiksan SPM di Maahad Muhammadi Perempuan.

Daripada jumlah tersebut seorang mendapat 15A, 14A (1), 13A (1), 12A (9), 11A (9), 10A (13) dan 9A (22).

Di Maahad Muhammadi Lelaki, seramai 359 pelajar menduduki SPM tahun lepas, di mana keputusan keseluruhan tahun ini meningkat.

Keputusan tersebut iaitu seorang pelajar mendapat 15A, masing-masing seorang mendapat 14A dan 13A, 12A (5), 11A (10), 10A (14) dan 9A (20).

Sementara itu, Habibah Hanan (gambar) yang juga pelajar terbaik Maahad Muhammadi Perempuan mendedahkan rahsia kejayaannya dengan mengikuti kaedah yang digunakan pelajar yang telah berjaya sebelum ini.

“Biasalah kalau ingin berjaya, kita kena ikutilah jejak langkah mereka yang telah berjaya. Saya mengetahui cara belajar Kak Fatimah, Kak Madihah dan Kak Amalina belajar.

“Saya cuba mengikuti cara mereka dan kalau tidak sesuai saya akan membuat kaedah sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau mengakui, pelajar cemerlang SPM 2008 peringkat negara, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal sebagai idolanya untuk mencapai kecemerlangan.

Pelajar berasal dari Jalan Bayam, Kota Bharu merupakan anak bongsu daripada 10 beradik. Ayah dan ibunya merupakan pesara guru.

Ditanya ke mana akan melanjutkan pengajian selepas ini, beliau memberitahu akan berbincang keluarga dan guru terlebih dahulu.

“Namun saya minati Fizik, tetapi saya tidak mendapat A+. Selain itu saya juga meminati bidang kehakiman. Bagaimanapun keluarga meminta saya menyambung pengajian dalam bidang perubatan,” katanya.

Tahun lepas Nik Nur Madihah juga dari Maahad Muhammadi Perempuan muncul pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan apabila mendapat 20A.

Thursday, March 11, 2010

Rakyat tiada pilihan, tukar kerajaan BN


BANDAR JENGKA, 10 Mac: Rakyat di negara ini tidak ada pilihan selain daripada menukar kerajaan Umno/BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat jika mahu melihat masalah yang dihadapi negara ini dapat diselesaikan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bercakap dalam forum Maulidur Rasul anjuran PAS Kawasan Kuala Krau, di Dataran Masjid Lama, Bandar Jengka, malam tadi, Tuan Ibrahim menambah, adalah amat mengecewakan selama 50 tahun lebih Umno/BN diberikan kuasa oleh rakyat keadaan masyarakat semakin bertambah buruk.

“Bukan kita suka-suka nak sebut tetapi rakyat telah memberikan peluang kepada pemerintah yang ada berkuasa selama lebih 50 tahun. Keadaan masyarakat semakin bertambah buruk.

“Kita tak boleh bayangkan bagaimana teruknya masalah sosial yang melanda negara sekarang ini. Kita ada masalah dadah yang teruk, masalah rasuah, masalah penyelewengan, anak luar nikah dan berbagai masalah yang tidak lagi mampu dikawal. Sebab itu kita nampak tak ada jalan lain melainkan rakyat kena tukar kerajaan yang ada,” katanya.

Turut menjadi ahli panel ialah Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Kamal Ashaari, pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani sementara pengerusi forum, Ustaz Sahril Azman di hadapan kira-kira 2,000 pendengar dari kalangan warga Jengka hadir.

sumber:harakahdaily.net


Putera, Puteri Mahkota Norway lawat Malaysia

Sumber: Utusan Malaysia 09/03/10

Ketika Akhbar Norway Menghina Rasulullah SAW Kita Membentangkan Permaidani Merah Untuk Putera Mahkotanya.

Nampaknya para pemimpin sekular umat Islam kita pada hari ini telah lupa dengan kebiadapan yang dilakukan oleh akhbar harian Dagbladet Norway yang telah menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW dengan menggambarkannya sebagai babi pada 3 Februari yang lepas. Layaklah para pemimpin kita ini digelar “pemimpin sekular yang sememangnya mudah lupa”. Jika beberapa minggu yang lepas para pemimpin ini jugalah yang sama-sama meraikan dan merayakan serta menyambut perayaan Maulidur Rasul sebagai dakwaan kononya merekalah golongan yang mencintai nabinya kini ucapan kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW diuji dengan kedatangan pemimpin Norway. Apa yang dapat kita saksikan adalah para pemimpin sekular ini membentangkan permaidani merah bagi meraikan seorang pemimpin yang akhbar di negaranya menghina junjungan besar Nabi SAW dengan suatu penghinaan yang cukup berat. Alangkah hinanya apabila pemimpin yang mendakwa dirinya mencintai Nabi SAW telah menyambut dan meraikan serta memuliakan seorang pemimpin yang di negaranya menggunakan alasan kebebasan bersuara untuk menghina junjungan besar Nabi SAW.

Wahai para pemimpin sekular umat Islam! Apakah jawaban yang akan kamu berikan di akhirat kelak ketika kamu berhadapan dengan Allah SWT nanti? Jika dahulu para sahabat membuktikan kecintaan mereka kepada Nabi SAW dengan kesanggupan mereka mengorbankan jiwa dan raga demi mempertahankan nabi SAW semasa peperangan Uhud namun kini para pemimpin sekular yang ada pada hari ini melakukan tindakan yang sebaliknya. Hayatilah kisah yang diceritakan oleh Anas bin Malik radhiallahu‘anhu ini:

“Di tengah-tengah berkecamuknya peperangan Uhud, tersebar desas-desus di antara penduduk Madinah bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam terbunuh, hingga terdengarlah bunyi tangisan di penjuru kota Madinah. Maka keluarlah seorang wanita dari kalangan kaum Anshar dari rumahnya, di tengah-tengah jalan dia diberitahu bahwa bapaknya, anaknya, suaminya dan saudara kandungnya telah terbunuh di medan perang. Ketika dia memasuki sisa-sisa kancah peperangan, dia melewati beberapa jasad yang bergelimpangan, “Siapakah ini?”, tanya perempuan itu. “Bapakmu, saudaramu, suamimu dan anakmu!”, jawab orang-orang yang ada di situ. Perempuan itu segera menyahut, “Apa yang terjadi dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam?!” Mereka menjawab, “Itu ada di depanmu.” Maka perempuan itu bergegas menuju Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan menarik bajunya seraya berkata, “Demi Allah wahai Rasulullah, aku tidak akan mempedulikan (apapun yang menimpa diriku) selama engkau selamat!” (Disebutkan oleh al-Haitsami dalam Majma’ az-Zawaid [VI/115], dan dia berkata, “Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dalam al-Ausath dari syaikhnya Muhammad bin Su’aib dan aku tidak mengenalnya, sedangkan perawi yang lain adalah terpercaya” . Diriwayatkan pula oleh Abu Nu’aim dalam al-Hilyah [II/72, 332]). Dalam kisah yang lain juga diberitakan ada suatu kejadian yang tercatat didalam sejarah iaitu: Perbincangan yang terjadi antara Abu Sufyan bin Harb - sebelum ia masuk Islam - dengan Zaid bin ad-Datsinah radhiallahu ‘anhu ketika beliau ditawan oleh kaum musyrikin lantas dikeluarkan oleh penduduk Mekkah dari tanah haram untuk dibunuh. Abu Sufyan berkata, “Ya Zaid, maukah posisi kamu sekarang digantikan oleh Muhammad dan kami penggal lehernya, kemudian engkau kami bebaskan kembali ke keluargamu?”. Serta merta Zaid menjawab, “Demi Allah, aku sama sekali tidak rela jika Muhammad sekarang berada di rumahnya tertusuk sebuah duri, dalam keadaan aku berada di rumahku bersama keluargaku!!!” Maka Abu Sufyan pun berkata, “Tidak pernah aku mendapatkan seseorang mencintai orang lain seperti cintanya para sahabat Muhammad kepada Muhammad!” (Al-Bidayah wa an-Nihayah, karya Ibnu Katsir [V/505], dan kisah ini diriwayatkan pula oleh al-Baihaqy dalam Dalail an-Nubuwwah [III/326]).

Di manakah kecintaan kamu wahai para pemimpin umat Islam kepada Rasulullah SAW??

Wednesday, March 10, 2010

Eksklusif: Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Tuanku Yahya Petra Failkan Permohonan Cerai Talak Tiga Terhadap Isteri Keduanya Hari Ini !!


KOTA BHARU,Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Tuanku Yahya Petra hari ini memfailkan permohonan pengesahan cerai talak tiga terhadap isteri kedua baginda, Che Puan Elia Suhana Ahmad, di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu di sini. Peguam Sultan Kelantan, Zainul Rijal Abu Bakar, ketika dihubungi berkata, beliau dan rakannya Abdul Halim Bahari telah memfailkan permohonan itu pada 3.30 petang. "Kami telah dititahkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra supaya memfailkan permohonan pengesahan cerai antara Tuanku dan Elia Suhana binti Ahmad yang dilafazkan sendiri oleh baginda Tuanku terhadap Elia Suhana pada 12 Februari 2010 di hadapan beberapa orang saksi,” katanya. Zainul Rijal berkata, mahkamah menetapkan 21 Mac ini bagi mendengar permohonan itu.

Populariti PM Menjunam-TV3

Populariti Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Malaysia semakin merosot meskipun pelbagai taktik digunakan oleh media arus perdana untuk melonjakkan imejnya sebagai pemimpin yang kononnya dekat dengan rakyat.

Malah jika berdasarkan kempen khusus yang diusahakan oleh TV3 untuk membina imej Najib sebagai pemimpin yang berwawasan dengan slogan 1 Malaysianya, langkah itu ternyata amat memalukan.

TV3 menerbitkan program yang diberi nama "Soal Jawab" yang ditayangkan di waktu "perdana" pada setiap Isnin sejak awal tahun ini.

Bagaimanapun bilangan penonton atau "rating" yang diharap dapat membantu mengekang kemerosotan penonton stesen televisyen itu tidak berhasil walaupun yang diundang untuk bersoal jawab dengan hos sama ada Datuk Ahmad Talib mahu pun Datuk Manja Ismail ialah Najib Razak sendiri.

“Ini memberi gambaran bahawa rakyat tidak berminat dengan omong dan slogan kosong Najib. Kempen 1Malaysia langsung tidak menarik minat rakyat," menurut sumber penerbitan TV3.

Adalah difahamkan bahawa syarikat pemantauan data dan trend penonton televisyen, AGB Nielsen mencatatkan hanya 270,000 orang menonton wawancara Ahmad Talib dengan Najib pada 18 Januari lalu.

Ini adalah jauh lebih rendah daripada wawancara dengan sepupu Najib, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein yang mencatat 487,000 penonton pada Selasa 12 Januari. Difahamkan "Soaljawab" dengan menteri ini ditayangkan Selasa kerana beliau tidak sempat datang pada hari Isnin.

Sumber itu memberitahu "rating" yang dicatatkan bagi rancangan ini pada slot perdana amatlah mengecewakan. Lazimnya pada slot jam 10 hingga 11 malam "rating" yang dapat dipungut oleh TV3 ialah sekitar 1.5 juta hingga 2 juta penonton.

Yang pasti program "Soal Jawab" dilihat sebagai satu program propaganda politik dan ini menjengkelkan penonton kerana kandungannya kebanyakannya adalah dari sudut Kerajaan sahaja.

Sumber itu memberitahu bahawa apabila Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulfkifli Nordin dijemput untuk bualbicara, "rating"nya ialah jauh lebih baik daripada siaran yang menampilkan Najib. Difahamkan wawancara Zulkifli mencatat 438,000 penonton.

Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar berkata, wawancara dengan Perdana Menteri itu tidak mendapat sambutan kerana Najib tidak mempunyai kewibawaan dan kredibiliti di mata rakyat, malah dalam partinya sendiri.

"Keadaan itu menunjukkan bahawa masyarakat tidak dapat menerima dan ia merupakan satu protes secara jelas terhadap kepimpinan Najib. Ahli Umno sendiri yang dikatakan mempunyai keahlian lebih 2 juta tidak mengikuti rancangan itu,"katanya.

"Perkara ini sangat mengejutkan dan sekiranya perkembangan ini berterusan, ia akan membawa kepada satu lagi "grand design" untuk menjatuhkan Najib sepertimana yang pernah berlaku kepada Pak Lah (mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi)apabila popularitinya jatuh merudum dan merosot teruk,"katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata, rancangan soal jawab itu tidak menjurus kepada soalan-soalan asas mengenai Najib iaitu kredibiliti beliau dan hubung kaitnya dengan pelbagai skandal.

"Rakyat tidak yakin beliau sebagai perdana menteri kerana sehingga sekarang beliau tidak boleh membersihkan dirinya dengan pelbagai skandal dan tuduhan jenayah yang dihadapi beliau. Kita tidak tuduh beliau membunuh Altantuya, tetapi sehingga kini Najib tidak menafikan dan seolah ingin melindungi jenayah itu," katanya.

Menurutnya, kredibiliti Najib telah musnah teruk kerana dikaitkan dengan pelbagai skandal termasuk rasuah dalam pembelian kapal selam dan kehilangan enjin pesawat TUDM.

Mutakhir ini TV3 berusaha menerbitkan program yang boleh memperbaiki imej pemimpin kerajaan, terutama Perdana Menteri. Antaranya termasuk "Terubok Masin untuk PM".

Ahad lalu sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia, TV3 menyiarkan slot wawancara Najib dengan kanak-kanak yang berlakon sebagai wartawan dan penyampai berita.

"Ini adalah cara terdesak TV3 untuk mengampu Najib. Dan Najib yang tidak ada modal ikutkan sahaja. Walhal itu adalah eksploitasi kanak-kanak untuk mengiklankan betapa peramahnya Najib dengan generasi muda," kata Johari.

Di peringkat sekolah pula, ada syarikat separa kerajaan menganjurkan pertandingan menulis "Warkah untuk PM" bagi membuat Najib dan rakyat umumnya berasa generasi muda amat kagum dengan anak bekas Perdana Menteri Malaysia kedua itu.

Satu dunia kata UMNO-BN pimpinan paling korup, Hasan Ali

"Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, tak ada orang tak kata. Satu dunia kata. Yang tak kata Utusan Melayu. Yang tak kata Berita Harian. Yang tak kata TV3. Yang tak kata TV1. Yang tak kata TV2. Tapi satu dunia kata pimpinan UMNO Barisan Nasional, zaman berzaman, adalah pimpinan yang paling korup!"

Demikianlah kritikan yang dilontarkan oleh Hasan Ali, EXCO Kerajaan Negeri Selangor terhadap UMNO-BN. Malah, Pesuruhjaya PAS Selangor yang beberapa kali mencetus kontroversi di kalangan PR ini, menyerang habis-habisan pimpinan UMNO-BN dan bekas Menteri Besar BN Selangor Khir Toyo, semalam.

Susulan daripada seruan terbuka untuk "mengebumikan UMNO-BN pada PRU ke-13" dalam ucapannya di Konvensyen PR Selangor pada 7 Mac, Hasan Ali semalam membuktikan dirinya masih bersama PR, dengan kata-kata pedasnya yang dilemparkan terhadap UMNO-BN dalam "Syarahan Perdana Sempena Ulang Tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat Negeri Selangor", di Stadium Malawati Shah Alam.

Pemimpin yang pernah "dikhabarkan" bakal "melompat" untuk menjatuhkan kerajaan PR Selangor ini bermula dengan melafazkan syukur kepada Allah swt, "... Sebab, bagi sesetengah orang, UMNO terutamanya, meramalkan kita (PR) dapat memerintah Selangor ini sekadar enam bulan. Ada yang meramalkan tak lebih daripada tiga bulan. Tapi sekarang sudah masuk bulan yang ke-24, dua tahun hari ini."

Melihat kepada sambutan masyarakat Selangor terhadap PR, Hasan Ali menyambung ucapannya dalam tepukan, "...Yakinlah, Pakatan Rakyat terus jadi pilihan rakyat untuk tahun-tahun dan dekad-dekad yang akan datang!"

Batu asas dalam tamadun manusia

Sebermulanya Hasan Ali berucap, beliau menyeru agar hadirin-hadirat memujuk keluarga, jiran dan orang ramai untuk bersama perjuangan politik PR.

"Nak pujuk untuk apa? Nak pujuk untuk bersama-sama meletakkan satu batu asas pembinaan tamadun manusia, tamadun yang akan ditegakkan atas dasar... satu perkataan yang..., tuan-tuan, sangat memberikan harganya, nilai yang paling tinggi...," sebelum beliau menyambung, "Perkataan itu ialah keadilan."

"Saya nak tengok anak saya hidup dalam suasana adil! Saya nak tengok cucu Hasan Ali nanti hidup dalam suasana adil! Saya nak tengok cicit Hasan Ali nanti hidup dalam suasana adil! Adil untuk dirinya, adil untuk keluarganya, adil untuk masyarakatnya, adil untuk negerinya, adil untuk teman-teman Cina, teman-teman India, teman-teman Melayu yang mesti digarap, yang mesti disongsong atas makna keadilan yang sebenarnya!" kata-katanya disambut dengan tepukan daripada lebih 4,000 penyokong yang hadir semalam.

Khir Toyo menjadi sasaran

Hasan Ali kemudian memperhebatkan serangannya terhadap bekas kerajaan negeri Selangor BN, dengan membandingkan antara UMNO-BN dengan PR.

"Sejarah seluruh Menteri Besar (Selangor), sejarah mereka dicatit dengan sejarah hitam, black history," katanya merujuk kepada 13 orang bekas MB Selangor BN sebelum Khalid Ibrahim menyandang jawatan tersebut selepas PRU ke-12. Beliau sempat mengusik Khir Toyo, dengan berkata, "...Menteri Besar UMNO BN akhir sebelum Khalid Ibrahim, rumah di Shah Alam, (bernilai) 24 juta."

Hasan Ali menyindir Khir Toyo yang memanggil sidang akhbar dalam minggu pertama ketika baru-baru dilantik menjawat MB, memberitahu media bahawa beliau berasal dari "keluarga yang sangat miskin", "...jual botol untuk bayar yuran sekolah", "tapi anak jual botol bina rumah (bernilai) 23 juta!"

Untuk membandingkan antara UMNO-BN dengan PR, beliau mendakwa setiap kali sebelum mesyuarat kerajaan negeri, Menteri Besar (PR, gambar kanan) akan sendiri baca doa, "Wahai Allah, Hindarkan kami dari rasuah, wahai Allah..."

Hasan Ali kemudiannya cuba menonjolkan kekayaan dan kemewahan hidup yang dinikmati pemimpin UMNO-BN, dengan berkata, "Kalau ada istana di Sabak Bernam, istana itu adalah rumah ADUN-ADUN atau MP-MP UMNO-Barisan Nasional, betul atau tidak?"

Malah, beliau seterusnya menyasarkan bekas MB, "Kalau ada istana selain daripada istana Sultan di Shah Alam ini, istana itu pastinya istana Menteri Besar yang ke-13, Yang Amat Berhormat Khir Toyo!"

Kepimpinan Ulamak


Untuk Hasan Ali, perbezaaan kedua yang wujud antara UMNO-BN dengan PR adalah, PR berjaya membariskan ulamak besar seperti Nik Aziz (Mursyidul Am PAS), Hadi Awang (Presiden PAS), Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS) dan Harun Taib (Ketua Dewan Ulama' PAS) dalam pimpinannya.

"Untuk membangun negara, kita perlukan ulamak besar ini untuk merintis jalan kita," katanya. Beliau kemudian menjelaskan bahawa pimpinan ulamak tersebut akan memastikan PR sentiasa berada dalam jalan lurus yang diredai Allah, iaitu jalan yang adil, menjaga hak negeri, tidak mementingkan sendiri, keluarga dan kekayaan untuk peribadi.

Media: Najib-Rosmah-Muhyiddin

Hasan Ali memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Selain membentangkan pencapaiannya dalam "menghidupkan semula masjid dan surau", selepas mengambil alih kerajaan negeri dari UMNO-BN, beliau juga menyentuh isu kebebasan bersuara

Sambil mempertikaikan "keadilan" yang ditampilkan media cetak arus perdana, beliau menyindir penyiaran rancangan televisyen yang sarat dengan muka-muka tertentu sahaja. "Buka pula televisyen, lepas Najib (Perdana Menteri), Rosmah (isteri Najib). Lepas Rosmah, Muhyiddin (Timbalan Perdana Menteri). Lepas Muhyiddin, Rosmah balik..." kata-katanya ini disambut dengan gelak-ketawa di bawah pentas.


Beliau memaklumkan bahawa kerajaan PR Selangor sedang mengkaji penggubalan Enakmen Keterbukaan Infomasi Maklumat, yang diusahakan oleh EXCO Selangor, Elizabeth Wong. Beliau menjanjikan saluran maklumat yang tepat dan adil untuk masyarakat, melalui saluran media PR seperti Selangorkini, TV Selangor dan sebagainya.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails