
Selepas mendahului 2-0 berbekal kemenangan Lin Dan dan gandingan Cai Yun-Fu Haifeng, Chen Jin turun berdepan Simon Santoso untuk mencari mata kejayaan.
Sebaliknya, Simon yang mengejutkan bekas juara remaja dunia itu dengan kemenangan set pertama 21-19 sebelum Chen Jin menamatkan sisa harapan kebangkitan Indonesia dengan menguasai dua set berikutnya 21-17, 21-7.
“Sempurna,” kata ketua jurulatih China, Li Yongbo merumuskan kemenangan bergaya pasukannya. “Pemain memberi aksi terbaik mereka dan menterjemahkan apa yang diajar ketika latihan dalam perlawanan.”
Lin Dan yang mudah menjinakkan juara Olimpik 2004, Taufik Hidayat 21-7, 21-14 dalam tempoh 44 minit berkata: “Saya bukan terlalu hebat, saya juga seperti Taufik yang berpeluh untuk memenangi perlawanan ini. Ia bukanlah perlawanan mudah seperti disangka.”

Kritikan lenyap untuk Lin Dan
KEMENANGAN mudah jagoan China, Lin Dan ke atas Taufik Hidayat menutup segala keraguan dan melenyapkan segala kritikan mengenai prestasi juara Olimpik 2008, musim ini.
Walaupun prestasinya dalam kejohanan terbuka musim ini terumbang ambing, Lin Dan menampilkan aksi penuh bertenaga dalam Piala Thomas untuk menunjukkan bahawa jika dia mahu, dia boleh memenangi semua kejuaraan dan tiada pemain yang dapat mengatasinya.
Malah, perseorangan utama negara, Lee Chong Wei, turut ditegur Lin Dan di mana kedudukannya yang sebenar dalam perseorangan lelaki dan belum layak untuk diangkat sebagai pemain terbaik dunia.
“Saya bukan pemain hebat tetapi saya gembira dengan prestasi saya ketika ini,” kata Lin Dan pada sidang akhbar selepas kemenangannya ke atas Taufik memberikan mata pertama kepada China dalam final Piala Thomas. “Saya sudah mencatat dua kemenangan penting di sini iaitu ke atas Chong Wei dan Taufik. Tapi saya anggap Chong Wei pencabar utama saya ketika ini.
“Saya masih bernafsu memenangi gelaran dan Sukan Asia adalah antara sasaran utama kerana belum lagi memenangi pingat emas dalam acara individu.
Buat Pasukan Negara, teruskan usaha mantapkan aksi dengan mengenegahkan lagi lebih ramai pemain muda yang berpotensi agar mereka dapat menimba pengalaman dan mendapat lebih pendedahan di arena antarabangsa.
No comments:
Post a Comment