Thursday, May 13, 2010

Adun Kerdau Semakin Pulih

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Ahad lalu, kini beransur pulih.

Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Datuk Ismail Mohammad Said, yang menziarahi Zaharuddin di IJN hari ini berkata, Zaharuddin, 63, sudah boleh berinteraksi dengan ahli keluarga dan pelawat yang menziarahinya.

"Beliau tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan," katanya ketika dihubungi di Kuantan, hari ini.

Zaharuddin dipindahkan ke IJN selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya setelah menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Beliau dimasukkan ke Hospital, Temerloh pada 3 April lalu selepas mengadu sakit bahagian perut.

Ismail berkata, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah turut berkenan menziarahi Zaharuddin, pagi tadi.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails