Thursday, November 26, 2009

Pengantin Wang Palsu


ALOR STAR: Kelicikan sepasang suami isteri yang baru berkahwin enam bulan lalu menjalankan kegiatan mencetak wang palsu sehingga berjaya mengelak dikesan beberapa bank tempatan dengan memasukkan wang itu ke dalam akaun sejak Julai lalu, akhirnya terbongkar.

Pasangan berusia 20 tahun yang juga penganggur dari Taman Wira Mergong di sini, menjadikan sebuah motel yang disewa sebulan lalu sebagai markas mencetak wang palsu terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, Selasa lalu, sepasukan anggota polis menyerbu rumah berkenaan dan menahan pasangan terbabit.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Asri Yusof, berkata berdasarkan maklumat, pihaknya menubuhkan satu pasukan khas di peringkat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah.

Beliau berkata, suspek lelaki membawa sepasukan anggota polis ke sebuah bilik motel yang disewa sejak sebulan lalu berhampiran Hentian Bas Shahab Perdana di sini dan menjumpai wang kertas palsu yang dicetak termasuk peralatan membuatnya.

“Kami menemui 232 keping salinan wang kertas RM50 bernilai RM11,600 serta beberapa peralatan membuat wang kertas palsu.

“Taktik suspek ialah mencetak wang tulen sebelum dibelah dua dan sebelah yang tulen pula ditampal pada wang kertas palsu.

“Suspek kemudian memasukkan wang salinan itu ke dalam cash deposit machine (CDM) dan mengeluarkan semula wang itu melalui mesin pengeluaran wang (ATM) di bank sama,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, kedua-dua suspek mula memasukkan wang palsu itu ke dalam CDM dalam jumlah kecil mulai Julai lalu.

“Bagaimanapun, pada pertengahan September lalu, kemasukan wang ke dalam CDM dibuat terlalu aktif sehingga mencecah RM26,000, tetapi baki wang dalam akaun cuma ada RM100.

“Suspek serta isterinya mengetahui teknik membuat wang palsu daripada seorang lelaki dan polis sedang berusaha mengesan suspek terbabit.

“Difahamkan, keluarga kedua-dua suspek tidak mengetahui aktiviti mereka,” katanya.

Mohd Asri berkata, kebanyakan laporan polis berhubung wang palsu dibuat pegawai bank berkenaan dan syarikat Safeguard Securicor iaitu pihak yang mengendalikan pengambilan dan penyimpanan wang di ATM dan CDM dengan bank itu.

Dalam serbuan itu, polis merampas 22 keping salinan wang kertas RM50 di muka belakang, 38 keping salinan di muka belakang, dua keping salinan RM50 muka depan dan belakang.

Sebanyak lima keping salinan RM50 lama di muka depan, lima keping pelekat Bendera Malaysia berkilat, 13 keping kertas A4 salinan RM50 muka depan, 19 keping kertas A4 salinan RM50 di muka depan dan belakang turut dirampas.

Selain itu, 14 keping kertas A4 salinan RM50 di muka belakang, satu seterika jenama Panasonic, tiga keping papan Fomeca, dua keping jubin, dua plastik mengandungi kertas pelekat yang sudah dipotong, satu buku kecil yang tercatat nombor telefon dan satu lampu pengimbas wang kertas.

“Satu beg berjalur mengandungi alat tulis dan gunting, satu dakwat pencetak, satu pemain cakera video digital (DVD) dan 15 keping DVD dan video cakera padat (VCD) lucah,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman mulai semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan kerana memiliki mata wang palsu sebagai tulen.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda manakala Seksyen 5(2) Akta Penapisan Filem 2002 kerana memiliki VCD dan DVD lucah.

“Suspek boleh didenda tidak kurang RM10,000 atau tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

[Ishh...ishhh...inilah rupanya makhluk yang hidup di dunia sanggup melakukan pelbagai aktiviti tidak kira haram atau palsu sekalipun asalkan mampu menghasilkan 'AGONG' yang banyak. Kihkihkih rasanya masa depa dok kahwin aritu depa pi buat pinjaman bank...so bila dah kahwin nak bayar balik pinjaman bank depa dok buat kerja palsu-palsu macamni untuk cover balik pinjaman bank]

Wednesday, November 25, 2009

Heroes Season 4 Episode 11


Season 4 Episode 11
part 1.rar
part 2.rar

Kontra -vs- Pro


Hishamuddin Rais
Oct 10, 2003

(Semiotik ialah ilmu untuk memahami cara manusia berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan tanda, simbul dan signal. Ilmu semiotik ini muncul bila manusia ingin memahami tanda dan makna bangunan hasil dari seni bina. Ilmu ini juga digunakan untuk memahami dan mengkaji gambar/lukisan/filem. Teori filem mis en scene - atau apa yang didalam bingkai - hanya dapat difahami melalui pendekatan semiotik.)

Putrajaya telah dinobatkan sebagai ibu kota kepada Malaysia. Sama seperti Canberra, Islamabad, New Delhi atau Brazilia - semua kota-kota ini direka secara terancang, untuk dijadikan ibu kota baru. Apa yang menarik terhadap kota-kota ini ialah ianya dibangunkan secara artifisial - tidak natural - seperti kota-kota yang terdahulu.

Kota-kota tua dan kuno bangun secara tersendiri kerana kepentingan ekonomi manusia. London, Paris, New York, Lisbon, Athens, Baghdad, Melaka, Praque dan termasuk Kuala Lumpur bangun berhampiran dengan arus air - jalan asal manusia mecari penghidupan dan perniagaan. Atau kota dibangunkan dipersimpangan jalan/lorong perniagaan kuno seperti Mekah, Kabul, Kandahar, Peshawar, Samarra atau Xian. Justeru semua kota-kota ini membangun secara natural kerana keperluan manusia untuk mencari dan merayakan kehidupan.

Kehidupan dan tamadun manusia yang terdahulu dari kita bergantung pula kepada musim alam semula jadi. Dalam keadaan ini manusia akan mendirikan didalam kota-kota ini tanda dan simbol kepada Yang Esa. Bangunan-bangunan suci seperti gereja, citadel, kuil, masjid atau arca akan didirikan untuk memohon keselamatan dan limpah kurnia yang Maha Esa.

PENGAJARAN KOTA KUNO

Di kota kuno Roma atau kota Greek kuno seperti di Athens didirikan 'patheon' (kiri) sebagai tanda manusia bersujud kepada Yang Esa. Di tebing sungai Tagus, di Portugal didirikan patung Nabi Isa sebagai tanda penyembahan untuk keselamatan setiap kapal yang meninggal kan kota Lisbon.

Bagitu juga disebuah pulau kecil dihadapan kota San Sebastian, di negara Basques Sepanyol, tersergam patung Isa dari Nazareth sebagai tanda sujudnya warga kota terhadap agama mereka.

Bagitu juga dengan kota Venice dengan gereja wali Markus yang kudus. atau kota Paris dengan gereja Hati Suci yang angkuh tegak berdiri diatas bukit yang melindungi warga kotanya.

Kota arab/Islam kuno berpusat/bermula dari makam atau masjid. Dikota-kota ini seluruh jalan/lorong akan membawa warganya ke wilayah suci ini. Kota Mekah dengan Kaabah, kota Najaf dengan makam Hussein/Hassan , Delhi Lama bermula dengan Masjid Merah, di Marakesh di sebelah Jamaah al-fana (Medan Roh Berkumpul) wujud sebuah masjid tua yang menjadi pusat kota ini.

Bangunan-bangunan ini semuanya memiliki bahasa dan nahu sebagai tanda pengucapan untuk difahami oleh warga yang terkemudian.

Dari ilmu semiotik semua ini adalah tanda dan makna bagaimana manusia merendahkan diri kepada dewa, kepada tuhan atau kepada pencipta yang Maha Esa.

KEKAGUMAN PUTRAJAYA

Seratus tahun dari hari ini apa yang akan dapat dibaca dari nahu , bahasa dan ayat pengucapan ibu kota Putrajaya?

Pemilihan kota Putrajaya dilakukan tanpa banyak perundingan. Tidak ada konsultasi didalam perdebatan di parlimen apatah lagi pandangan dari badan-badan bukan kerajaan. Semuanya dilakukan atas keinginan dan berahi seorang manusia yang bernama Mahathir Mohamad. (Pada 1 haribulan November ini nama Mahathir Mohamad ini akan ditambah dengan huruf B - Bersara.).

Warga tidak pernah diberitahu secara jelas dan terperinci tentang belanjawan (atau lebih disenangi pada masa ini dengan perkataan baget) atau harga untuk mendirikan kota baru ini. Yang didengari oleh warga hanyalah tuduhan dari pihak pembangkang tentang harga sebuah istana - yang kemudianya dengan berkungfu lidah telah dijawab oleh perdana menteri.

Kungfu lidah ini pun tidak dapat memberikan apa-apa penjelasan yang dapat mententeramkan jiwa warga kota dan rakyat negara ini.

Sesiapa yang sampai ke Putrajaya pasti akan 'kagum' melihat pembangunan bangunan. Untuk mak cik Felda atau professor atau ahli akademia kangkong, Putrajaya adalah contoh yang amat senang untuk menerangkan makna kejayaan 'pembangunan'. Rombongan demi rombongan akan dibawa untuk melihat 'kejayaan'.

Bangunan yang tersergan besar secara kulitan pasti memberi makna kejayaan pimpinan Mahathir Mohamad. Maka makcik dan pak cik dari Felda ternganga mulut mereka dan akan berterima kasih sambil dan bersyukur diatas pimpinan Mahathir.

Untuk warga yang lebih teliti atau pelajar seni bina dan pengguna ilmu semiotik, pasti mereka akan melihat disebalik bangunan yang tersergam ini ada tersirat konsep fascist. Semua bangunan-bangunan kerajaan di sekitar kota ini bercirikan seni bina fascist. Seni bina fascist ini adalah satu jalur pemikiran bangunan yang muncul diera zaman Hitler dan diera Stalin di USSR.

Ciri utamanya ialah keangkuhan bangunan itu sendiri - tersergam dan mengancam para warga yang melihatnya. Bangunan-bangunan berciri fascist tidak mesra rakyat, terisolasi dari budaya alam sekitarnya dan tidak memiliki perspektif yang mesra untuk dipandang.

RAKYAT TERPISAH

Lihat saja pejabat/istana perdana menteri, untuk pelajar seni bina atau sesiapa saja yang mengamati bangunan ini pasti akan dapat merasakan kejanggalan kubah bangunan ini. Kubah ini diletakkan seperti songkok kecil kepada kepala yang besar. Kubah ini kelihatan tertengek songsang. Kemungkinan kubah ini bukan muncul dari rekaan bentuk asal tetapi dimunculkan untuk 'menyunatkan' Putrajaya agar dibaca sebagai Melayu/Islam.

Dari bangunan istana perdana menteri ini warga akan melihat tangga turun ke sebuah lebuh besar. Melintasi lebuh ini warga akan sampai ke sebuah medan.

Medan ini betul-betul dihadapan istana. Medan inilah tempat rakyat berkumpul dan untuk menyambut perdana menteri apabila beliau mencecah duli diatas tangga di hari akhir bulan Oktober.

Perarakan pelbagai kontigen (baca menyembah duli) akan diadakan di lebuh besar untuk mengalu-alukan kemunculan perdana menteri dari istananya.

Jika ini bukan konsep fascist, apakah bahasa, nahu dan tanda ritual ini. Sikap anti demokratik ritual ini dapat dilihat jelas. Rakyat disatu ruang yang terpisah dari ruang yang memerintah. Si pemerintah dan juak-juaknya akan tegak berdiri disatu ruang yang lebih tinggi.

Ruang ini bukan ruang yang dibuat untuk sementara seperti pentas di Dataran Merdeka tetapi tangga yang kekal menghala ke istana perdana menteri.

Louise ke 14, Hitler atau Stalin sendiri gagal untuk mendapatkan satu reka bentuk istana peribadi seperti ini. Di Peking, raja Tiongkok kuno mendirikan Kota Larangan. Raja hanya diberi mandat mendirikan tembok untuk memisahkan istana baginda dari medan Tienanmen - medan tempat rakyat berkumpul. Istana Kota Larangan ini didirikan pula tidak melebihi dari ketinggian tempat rakyat berkumpul. Disekitar Kota Larangan dan medan Tienanmen ini hanya ada satu bangunan yang tinggi ia itu bagunan tempat rakyat bersidang - parlimen Republik Rakyat Tiongkok.

LAMPU JALANRAYA

Di Putrajaya medan rakyat ini tidak menjadi medan rakyat berkumpul secara kekal tetapi menjadi medan berhala kereta. Ini kerana warga dinegara kita ini dididik untuk 'menyembah' kereta maka medan ini menjadi medan berhala yang kekal abadi.

Dari medan berhala kereta dihadapan istana jika meluncur ke bawah akan ditemui sebuah masjid. Amat jelas nahu, bahasa, tanda dan maknanya dimana Masjid ini dibuat. Masjid ini didirikan dikawasan yang lebih rendah dari istana perdana menteri. Sama lah seperti masjid al-Rahman di Univesiti Malaya yang kedudukannya lebih rendah dan hina dari dari lebuh berhala kereta.

Ligarlah Putrajaya, mata akan terperanjat apabila melihat reka bentuk tiang lampu yang bagitu kacau bilau dan sampa larau motif dan unsur yang mempengaruhi. Setiap jalan memiliki reka tiang lampu bentuk yang berbeza - ada yang bermotif wau bulan, ada yang bermotif avant garde, ada yang bermotif katholik.

Menurut yang empunya surah ini terjadi apabila Mahathir Mohamad terlihat satu tiang lampu di Santiago Chile. Kerana baginda perdana menteri perkenan maka berahi perdana menteri wajib dipenuhi. Sayangnya tidak diketahui pula tiang lampu bentuk mana yang diberahikan oleh perdana menteri.

Maka situkang bodek, untuk menyelamatkan diri terus membuat semua reka bentuk tiang lampu yang wujud dalam dunia ini termasuk yang di Santiago. ( Inilalah surah lampu Putrajaya kita!)

Putrajaya ini begitu angkuh sekali dan kelihatan anti-mereka yang miskin dan kurang mampu justeru tidak banyak disediakan kerusi percuma untuk rakyat biasa duduk berehat atau meleser.

Jika ingin berehat warga wajib duduk dicafe-café yang secawan kopinya senilai dengan harga sekilo ikan kembung. Nahu dan bahasa kota ini betul-betul merayakan keangkuhan kapitalis dan modal asing kerana disekeliling kawasan masjidnya sendiri dikelilingi oleh rumah macdogal dan star buck tempat para rentier capitalist mencari untung.

ISTANA LIPAS

Putrajaya bukan saja tidak memiliki nahu dan bahasa untuk berendah diri seperti kota Athens dengan patheonnya; kota ini juga lupa kepada konsep negara raja berperlembagaan.

Justeru istana agungnya terletak agak jauh disatu bucu yang tidak menonjol. Parlimen tempat wakil rakyat bersidang tertinggal disatu kawasan yang lain. Ini bermakna kota ini memusatkan kuasa dan terpisah dari kuasa rakyat.

Amat berbeza dari Delhi Baru atau Canberra dimana kota ini merayakan parlimenya sebagai sebahagian dari pusat kota. Jelas bahasa, nahu dan tanda yang muncul dari Putrajaya ialah parlimen tidak mustahak yang mustakah hanyalah istana dan kuasa perdana menteri.

Kota ini adalah kota penyembah berhala kereta, justeru sesiapa yang tidak memiliki berhala ini pasti akan mendapat kesukaraan untuk pergi dari satu jabatan ke satu jabatan yang lain. Lupakan saja ruang untuk berjaan kaki atau berbasikal - semua ini tidak diwujudkan.

Akhir dari lebuh besar dihadapan istana jika dipandang akan kelihatan sebuah bukit. Dari jauh kelihatan diatas bukit ini seekor lipas. Dibukit ini sewajibnaya didudukan masjid atau istana Yang Dipertuan Agong tetapi yang tercegat di atas bukit inii hanyalah saekor lipas.

Didalam perut lipas inilah nanti lipas-lipas kecil dari pelbagai negara arab/Islam akan mengadakan persidangannya.

Lipas-lipas ini adalah lipas piliharaan yang akan menjalar dan memungut dan menjilat serpihan-serpihan makanan yang ditinggalkan oleh mac dogal dan star buck.

(Jika ditakdirkan Putrajaya ditenggelamkan oleh muntahan gunung berapi dan seratus tahun kemudian para arkeloji menggalinya kembali maka inilah bahasa, nahu , tanda dan makna kota yang diduduki oleh para lipas.)

KAREKTOR SEBENAR HISHAMUDDIN RAIS

Oleh: A. Jalak Hussein

Sebut saja nama Hishamuddin Rais, masih segar dalam ingatan mereka yang pernah terlibat dalam revolusi dan kebangkitan gerakan pelajar yang melanda Universiti Malaya sekitar tahun 1970-an.

Gerakan yang berbau sosialis itu telah berjaya dipadamkan oleh Kerajaan kerana jika dibiarkan ia boleh memudaratkan keselamatan negara. Ia memberi imej negatif terhadap mahasiswa yang menjadi aset dan harapan untuk nusa dan bangsa agar mereka sentiasa menumpukan perhatian terhadap dunia akademik semata-mata, bukannya terlibat dalam gerakan politik anti-Kerajaan yang boleh mengancam masa depan mereka sendiri dan juga negara. Hishamuddin Rais adalah salah seorang pemimpin politik pelajar di universiti tersebut bersama saudara (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali dan beberapa individu lagi. Kebanyakan mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tetapi Hishamuddin dapat meloloskan diri lalu meninggalkan negara ini ke luar negeri menjadi pelarian politik. Dia hidup merempat di Moscow, Russia dan kemudian ke beberapa negara Eropah.

Di sana dia bekerja dalam pelbagai jenis pekerjaan untuk menyara hidup. Pernah juga dia bekerja sebagai tukang basuh di restoran. Sambil merantau, dia memperkayakan ideologi sosialisnya yang sentiasa membara. Sikap anti-Kerajaannya tidak pernah padam. Kerajaan Malaysia telah menyenaraikannya sebagai orang buruan dan diharamkan memasuki negara ini atas sebab perbuatannya yang dianggap mengkhianati negara. Sejak zaman Tun Razak hingga Tun Hussein Onn, Hishamuddin tidak pernah pulang. Tetapi, apabila YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, Hishamuddin diberikan pengampunan. Dia pulang ke tanahair dan diterima baik oleh Kerajaan.

Apabila krisis UMNO berlaku pada 1998 yang menyaksikan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat, Hishamuddin terlibat dalam gerakan reformasi untuk menumbangkan Kerajaan melalui demontrasi jalanan. Inilah karektor sebenar Hishamuddin Rais. Dia sememangnya tidak tahu mengenang budi.

Apabila Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) ditubuhkan, dia dilantik sebagai salah seorang pemimpin dan aktivis parti itu. Sikapnya sebagai seorang penentang Kerajaan makin bersemarak. Dia dengan lantang mengutuk dan mencerca Kerajaan dan Dr. Mahathir. Ibarat kacang lupakan kulit, dia sering muncul dalam demontrasi jalanan. Pilihanraya Umum 1999 menyaksikan KeAdilan hanya mampu mendapat empat kerusi parlimen sahaja.

PAS adalah pihak yang mendapat untung besar daripada krisis dalaman UMNO apabila meraih sejumlah 27 kerusi parlimen dan 98 kerusi Dewan Undangan Negeri. Parti itu bukan sahaja mengekalkan penguasaannya di Kelantan, malah menawan Terengganu serta berjaya melebarkan sayapnya ke Kedah, Perlis, Perak, Pahang dan Selangor.

Walaupun KeAdilan semakin lemah dan ramai pemimpin serta ahlinya kembali ke pangkuan UMNO, namun Hishamuddin terus-terusan melakukan perbuatan menghasut rakyat membenci Kerajaan. Sikap ini bukan pelik bagi Hishamuddin untuk terus-terusan menghasut rakyat. Pada tahun 2000, dia ditahan di bawah ISA dan dihantar ke Kamunting, Perak. Selepas dua tahun di sana, dia dibebaskan. Kini aksinya semakin lemah dan tidak secergas dulu.

Namun kegiatan penulisannya yang tajam mengkritik Kerajaan masih diteruskan. Yang terbaru, dia memperlekeh kehebatan projek futuristik kebanggan negara iaitu Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Pelbagai tohmahan karut yang disulami istilah bombastik diungkapkan untuk merendah-rendahkan usaha Dr. Mahathir membina Putrajaya.

Sudah menjadi adat dunia, orang yang tidak mendapat habuan dan peluang dalam mengikuti arus perdana akan membuat bising tidak tentu arah untuk menyatakan ketidakpuasan hatinya. Begitulah sikap Hishamuddin Rais.

Pusat Konvensyen Putrajaya (PCC) diibaratkannya sebagai seekor lipas. Delegasi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang bermesyuarat dan bersidang bagi membincangkan segala masalah Umat Islam sejagat dianggap sebagai lipas-lipas kecil yang memakan sisa-sisa makanan terbuang. Bangunan Perdana Putra yang menjadi nadi utama Jabatan Perdana Menteri dianggap sebagai binaan aneh penuh cacamarba yang tidak ada kaitan dengan citarasa tempatan. Seri Perdana pula disifatkannya sebagai mahligai yang memanifestasikan kemegahan seorang pemimpin yang lupa daratan. Bermacam-macam lagi anggapan pelik dan tuduhan liar direka oleh Hishamuddin. Baginya, apa yang direkayasa dan terserlah di Putrajaya itu hanyalah simbol keegoan seorang pemimpin.

Perbuatannya membandingkan Putrajaya dengan beberapa ibu kota pentadbiran negara-negara luar juga mendedahkan daya pemikirannya yang sudah cetek idea. Dia terlupa setiap bandar yang disebutkannya itu ada keunikan yang tersendiri yang tidak boleh dipertikaikan. Nampaknya pemikiran Hishamuddin semakin bercelaru. Begitulah padahnya jika menganut fahaman komunis sosialis yang bercanggah dengan ajaran Islam yang menyalahi fitrah kejadian manusia. Pendek kata, kecelaruan pemikiran Hishamuddin Rais inilah yang melahirkan penulisan menghentam Kerajaan atas dasar kecewa dan cemburu yang tidak bertempat.

Rata-rata idea yang dihuraikan olehnya tidak islamik, emosional dan tidak relatif meskipun dikupas mengikut sudut ilmu semiotik. Ciri-ciri universal kontemporari fleksibel yang tersirat di sebalik senibina bangunan-bangunan di Putrajaya itu tidak dinyatakan secara jujur. Nampaknya Hishamuddin menyembunyikan sesuatu dari pandangan mata hati yang inginkan kelestarian dan keterbukaan dalam bidang senibina yang sentiasa berkembang. Jika mengikut pandangan nya, ilmu senibina akan menjadi rigid dan bersifat stereotype. Memang padanlah dengan diri Hishamuddin sendiri yang rigid kerana pemikiran komunis sosialisnya itu. Apa saja idea baru yang dianggap mengancam komunisme sosialisme akan ditentang dan diharamkan.

Begitulah penulis melihat karektor sebenar Hishamuddin Rais, penganut fahaman komunis sosialis yang semakin terpinggir dan bakal dikuburkan. Benar kata Al-Marhum Imam Khomenei, pemimpin Revolusi Iran 1979 sewaktu menasihati Mikhail Gorbachev, Presiden Republik Kesatuan Soviet ketika ia bergelar kuasa besar yang bersaing dengan Amerika Syarikat dalam era Perang Dingin, ‘letakkanlah komunisme kamu itu ke dalam muzium sahaja’. Akhirnya pada tahun 1990 Kesatuan Soviet lenyap dari peta dunia. Komunisme dan sosialisme semakin goyah dan lemah. Begitu jugalah nasib Hishamuddin Rais.

Dia terpaksa melukut di tepi gantang memohon ehsan daripada pendokong reformasi untuk menghidupkan fahaman yang semakin nazak itu. Masanya akan tiba di mana Hishamuddin akan menjadi surat khabar lama atau artifak sejarah yang akan dimuziumkan oleh kemajuan dan penghayatan Islam yang syumul dan subur di bumi Malaysia ini. Itu pun jika masih ada yang sudi untuk mengenang-ngenang Hishamuddin Rais, seorang yang tidak tahu mengenang budi jauh sekali tahu diuntung.

[Biasanya kebanyakkan penulis menulis 'Pro-vs-Kontra' tapi kali ini ianya ditukar kepada 'Kontra-vs-Pro'. Daripada sajian penulisan di atas boleh lah sesedara membuat penilaian sendiri]

Berapa Banyak Tangguh Daaa...


Mahkamah Rayuan gantung sementara kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam menangguhkan sementara keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah pada 16 November lalu berikutan kegagalan wakilnya, Datuk Abu Hassan Sarif hadir dua kali berturut-turut persidangan pada April dan Ogos lalu.

Berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim itu, perisytiharan Mahkamah Tinggi supaya pilihan raya kecil Kota Siputeh diadakan, digantung sementara sehingga Mahkamah Rayuan memutuskan rayuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Abu Hassan.

SPR juga tidak perlu mengemukakan writ pilihan raya yang seharusnya difailkan hari ini bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari. Berdasarkan undang-undang, pilihan raya yang hendak diadakan tidak boleh dibatalkan jika SPR sudah mengeluarkan writ berkenaan.

Panel hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Sulong Mat Jeraie dan dianggotai Datuk Kang Hwee Gee serta Datuk Abd Aziz Abdul Rahim, membuat keputusan berkenaan selepas mendapati wujud keadaan luar biasa yang memungkinkan penangguhan itu.

Sulong ketika membacakan penghakiman dalam prosiding hampir empat jam setengah sejak jam 3.15 petang, berkata mengikut Perintah 44 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, mahkamah mempunyai kuasa mengeluarkan perintah penangguhan sementara bagi mengelakkan pilihan raya yang tidak perlu serta membazirkan wang rakyat.

"Mahkamah bersetuju dengan hujahan SPR mengenai keadaan luar biasa, iaitu kewujudan dua wakil rakyat di kawasan berkenaan jika perintah penangguhan tidak diberikan terhadap keputusan sebelum ini yang memerintahkan pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 dari tarikh writ pilihan raya yang seharusnya difailkan esok (hari ini).

"Mahkamah juga berpendapat tiada pihak yang akan mengalami prejudis apabila membenarkan permohonan SPR menangguhkan sementara pelaksanaan mengadakan pilihan raya kecil berkenaan," katanya.

Pada prosiding itu, Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said mewakili SPR, Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Abu Hassan dan Sulaiman Abdullah mewakili Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Kelmarin, Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan Kuasa-kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin mengekalkan perintahnya pada 16 November lalu bahawa kerusi DUN Seputeh kosong dan Abu Hassan bukan lagi wakil rakyatnya. Berikutan itu, SPR dan Abu Hassan memfailkan permohonan untuk menangguhkan keputusan berkenaan.

Terdahulu, ketika berhujah, Kamaluddin berkata, wujud keadaan luar biasa yang membolehkan penangguhan pelaksanaan perintah.

"Jika SPR menetapkan tarikh penamaan calon serta pengundian dan sekiranya rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dibenarkan kemudian, maka pilihan raya kecil itu adalah pembaziran dana awam," katanya.

Sulaiman pula berhujah, jika mahkamah membenarkan penangguhan, ia akan menghalang struktur perlembagaan kerana kerusi berkenaan sudah diisytiharkan kosong.

"Pilihan raya harus diadakan dalam tempoh 60 hari dan writ pilihan raya hendaklah dikeluarkan esok (hari ini) jika kerusi itu diisytiharkan kosong mahkamah.

"Apatah lagi, tiada keperluan segera untuk Mahkamah Rayuan memberikan penangguhan sementara kerana mahkamah boleh mendengar rayuan SPR sebelum tempoh 60 hari itu," katanya.

Mohd Hafarizam ketika ditemui di luar mahkamah, berkata pihaknya sudah memfailkan perakuan segera bagi mempercepatkan prosiding kes berkenaan.

[At last tangguh jugak kes ADUN siputeh ni...memang dah jangka. Mahkamah memang suka bab tangguh menangguh nie, alasan yang diberikan membazirkan wang rakyat....ishh..ishh..ishhh alasan yang cukup kukuh untuk mereka, tetapi bagi rakyat alasan itu cukup SEDEI]

Tuesday, November 24, 2009

Tiada Maaf Untuk Mu Chin Peng


Kerajaan masih kekal dengan keputusan sebelum ini untuk tidak membenarkan kepulangan bekas setiausaha agung Parti Komunis
Malaya (PKM) Chin Peng ke negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata seperti pendirian yang dibuat sebelum ini, kerajaan prihatin atas sentimen rakyat yang masih marah atas keganasan yang dilakukan oleh pemimpin komunis itu semasa darurat dahulu.

"Sebab-sebabnya umum sudah tahu masih ramai di kalangan rakyat yang waktu darurat dulu menghadapi musibah daripada keganasan yang sehingga hari ini mereka tidak boleh lupakan.

"Sebagai kerajaan yang prihatin atas sentimen rakyat yang masih membara itu, kita memutuskan untuk tidak bersedia menerima walaupun dia memohon maaf," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara ke-7 di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permohonan maaf bekas pemimpin PKM itu yang disiarkan dalam sebuah akhbar Inggeris tempatan semalam.

Bagaimanapun, katanya, jika ada perubahan dari segi keputusan, perkara itu perlu dibincang semula dalam kabinet tetapi keputusan yang sudah dibuat itu masih lagi kekal.

"Setakat hari ini, tiada maaf bagimu," katanya.

Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengingatkan bahawa tidak perlu ada sesiapa lagi menemui Chin Peng dan membangkitkan tentang bekas pemimpin PKM itu yang telah banyak membawa durjana kepada negara.

Katanya, banyak perbincangan telah dibuat mengenai Chin Peng dan keputusan telah diambil oleh rakyat bahawa ketua pengganas itu ditolak sepenuhnya di negara ini.

Monday, November 23, 2009

HEROES SEASON 4


Season 4 Episode 1 & Episode 2

Season 4 Episode 3
part 1.rar
part 2.rar

Season 4 Episode 4
part 1.rar
part 2.rar

Season 4 Episode 5
part 1.rar
part 2.rar

Season 4 Episode 6
part 1.rar
part 2.rar

Season 4 Episode 7
part 1.rar
part 2.rar

Season 4 Episode 8
part 1.rar
part 2.rar

Season 4 Episode 9
part 1.rar
part 2.rar

Season 4 Episode 10
part 1.rar
part 2.rar

ALZA MPV PERTAMA PERODUA



Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) hari ini melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya yang dikenali Alza dan akan berada di pasaran mulai esok.

Pelancarannya dilakukan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang tadi.

Alza versi 1.5 liter akan ditawarkan dalam empat varian pada peringkat permulaan, iaitu versi standard dengan gear manual dan automatik serta versi premium dengan gear manual dan automatik dengan harga atas jalan antara RM56,000 hingga RM64,000 seunit.

Versi mewah Alza dengan dengan gear manual dan automatik akan ditawarkan mulai Mac tahun depan pada harga atas jalan antara RM67,000 dan RM70,000 seunit.

Kenderaan yang menampilkan reka bentuk dinamik dan menyerlah itu antara lain dilengkapi ciri keselamatan terkini, termasuk sistem brek antikunci (ABS) dengan agihan brek elektronik (EBD) dan bantuan brek (BA) bagi varian terpilih.

Ia juga dilengkapi stereng dengan suis audio bagi varian premium dan sports; tempat rehat kaki dan tuil gear di panel papan pemuka untuk varian automatik, serta meter di bahagian tengah papan pemuka, juga yang pertama bagi MPV nasional.

[Nampak macam bergaya, elegan, menawan, tertawan... ALZA kau memang DABOM...tapi tak taulah prestasi enjinya harap-harap DABOM macam luarannya]

Wednesday, November 18, 2009

BILA AGAKNYA MELAYU AKAN SEDAR MEREKA DITIPU

PROJEK PEMBODOHAN ORANG MELAYU

United Malays National Organisation berkhayal bahawa gerombolan mereka sahaja yang mewakili Orang Melayu. Ini sebenarnya satu dongeng. Kesah dongeng ini sengaja disebarkan untuk membodohkan fikrah orang Melayu.

Projek pembodohan Melayu ini adalah sebahagian dari strateji politik United Malays National Organisation. Selama lebih dari 50 tahun proses pembodohkan ini telah dilakukan. United Malays National Organisation amat amat sedar tanpa projek pembodohan ini mereka akan hilang kuasa untuk memerintah.

Kalau di zaman fedual dahulu – orang-orang Melayu dibodohkan dengan pelbagai dongeng tentang daulat raja, tentang hikmat raja, tentang kehebatan raja, tentang ilmu raja atau tentang raja yang mewakili tuhan di bumi ini. Ini semuanya dongeng. Semua ini adalah sebahagian dari projek membodohkan Melayu.

United Malays National Organisation tidak mahu orang Melayu memiliki fikrah dan berkeupayaan untuk berfikir secara bebas. Susuk yang memiliki fikrah dan berkeupayaan berfikir secara bebas pasti akan menjauhkan diri dari gerombolan ini. Manusia yang berfikir akan berkeupayaan untuk melihat tipu belit yang sedang dijalankan oleh gerombolan ini.

Projek pembodohan ini ada yang dijalankan dengan licik sehingga tidak dapat dilihat. Ada pula projek ini yang amat jelas dapat dilihat. Projek pembodohkan yang licik dan yang terang berjalan serentak untuk membonsaikan akal fikrah manusia Melayu.

Cara Pertama:

Menakut-nakutkan Melayu tentang bahaya orang asing. Orang asing yang dimaksudkan oleh gerombolan ini tidak lain dan tidak bukan ialah orang China. Orang-orang China akan dijadikan ‘hantu’ untuk terus menakut-nakutkan orang Melayu.

Akan ditimbulkan pelbagai cerita untuk membuktikan bahawa ekonomi negara ini dimiliki oleh orang China. Racun bencikan China ini telah memandulkan fikrah orang Melayu untuk melihat dengan jelas bahawa wujud persekongkolan yang maha intim antara kroni gerombolan United Malays National Organisation dengan para cukong China.

Para cukong China yang membuat harta kekayaan sebenarnya bekerjasama dengan gerombolan United Malays National Organisation. Kerjasama mereka seperti Abang dengan Adik.

Cuba kita kembali kepada kes Bank Bumiputera yang lingkup pada tahun 80’an dahulu. Nama seperti Hashim Shamsuddin dan Lorraine Osman akan muncul. Ini akan diikuti dengan nama George Tan. Siapakah Loraine Osman ini? Maloan ini tidak lain dan tidak bukan ialah bendahari gerombolan sendiri.

Ini hanyalah satu contoh dari bejuta juta contoh yang lain. Ini belum lagi diambil kira kes PKFZ, Bakun , Pewaja, Formula 1, Moonson Cup, KLCC – dimana wujud kerjasama antara gerombolan dengan ‘orang asing’ untuk menjarah negara.

Cara ke dua:

Menyebar berita dongeng bahawa sesiapa yang menentang United Malays National Organisation bererti menentang raja dan monarki. Ini bukan sahaja dongeng tetapi cerita lawak.

Orang-orang Melayu sengaja dibodohkan dan tidak diarifkan untuk memahami bahawa melawan/menentang/mengkrtitik sistem monarki ini bukan sesuatu yang pelik atau menghairankan.

Dalam sejarah negara Arab banyak raja-raja dalam telah dichampakkan ke dalam tong sampah sejarah. Raja Feisal dari Iraq, Raja Farouk dari Mesir, Raja Idris dari Libya, Raja dari Segala Raja Ahmad Reza Pahlevi dari Iran – semuanya dihumbankan. Justeru – menentang monarki bukan sesuatu yang asing dalam sejarah tamadun manusia. Malah menentang monarki adalah tindakan progresif dan maju.

Tetapi orang Melayu sengaja dibodohkan agar terus terperangkap untuk tunduk melutut tanpa berfikir. Orang Melayu tidak diberi kefahaman yang jelas bahawa : menjunjung ke bawah duli itu ertinya menjunjung tapak kaki. Orang Melayu tidak diberitahu bahawa : pacal itu ertinya anak anjing.

Patek pacal yang hina menyembah duli tuanku bermakna : saya ini anak anjing yang hina menjunjung tapak kaki kamu. Bukan kah ini kerja bodoh dan memperbodohkan diri sendiri. Kenapa orang Melayu dibodohkan sebagini. Kenapa orang Mealyu mahu menjadi bodoh dan terus dibodohkan.

Cara ketiga:

Sesiapa yang menentang United Malays National Organistion di katakan menentang Islam. Ini juga adalah projek membodohkan orang Melayu. Bagaimana menentang gerombolan ini disangkut pautkan dengan agama tidak pula dilakar dengan jelas.

Islam ialah agama kepercayaan. Manakala United Malays National Organistion adalah satu gerombolan politik. Islam telah wujud 1500 tahun dahulu. Gerombolan yang beroperasi hari ini hanya wujud semenjak tahun 1988 dahulu. Manusia Melayu telah menganut Islam 500 tahun dahulu dan tidak ada sangkut paut dengan United Malauys National Organisation.

Manusia Melayu menganut Islam bukan kerana United Malays National Organisation. Mereka menganut Islam kerana satu kepercayaan agama.

Tetapi orang Melayu di Malaysia ini terus ditakut-takutkan seolah-olah gerombolan ini adalah wakil tuhan di atas bumi ini. Ini karut. Tidak ada sesiapa yang mewakili tuhan diatas bumi ini. Menentang United Malays National Organisation bukan menentang agama, bukan menentang Islam dan bukan menentang Tuhan.

Yang Maha Esa tidak pernah melantik United Malays National Organistion untuk menjadi wakil. Malah Yang Maha Esa tidak juga melantik Pope, Sami, Dalai, Ayahtollah, Padri, Rabbai – untuk menjadi wakil.

Apa yang terjadi ialah para agamawan ini adalah orang-orang yang beramal dan beribadat. Mereka mengikut selurus dan setepat mungkin ajaran-ajaran dari kitab-kitab suci. Semua mereka adalah manusia yang sama seperti Mak Cik dan Pak Cik di Felda Sungai Rokan – bezanya mereka boleh befikir dan berilmu.

Ahkirnya:

Projek pembodohan Melayu ini telah dibudayakan. Ini bererti ianya telah menjadi sebahagian dari proses budaya pemikiran Melayu. Lembaga-lembaga daulah yang wujud telah diarahkan untuk terus menjalankan projek pembodohan ini.

Kaedah pembelajaran dan media adalah dua lembaga yang digunakan untuk projek membodohkan Melayu. Media Melayu jika dibandingkan dengan media yang bukan Melayu amat ketara bezanya. Tahap laporan berita, tahap tulisan rencana, tahap soal jawab agama dalam media Melayu – semuanya memiliki nilai bodoh yang amat tinggi.

Bagitu kaedah permbelajaran dan keilmuan. Anak-anak muda Melayu terus diperbodohkan dalam sistem pembelajaran yang sedia wujud. Justeru kerana itu ibu bapa dalam masyarakat China tidak mahu anak anak mereka masuk ke sekolah aliran Melayu. Mereka tidak mahu anak anak mereka jadi bodoh. Dalam masa yang sama , makin ramai ibu bapa Melayu telah mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran China. Di sekolah aliran bukan Melayu masih ada peluang untuk anak-anak sekolah ini diajar untuk berfikir bukan diajar untuk menjadi bodoh.

Kemelut politik hari ini adalah hasil dari projek pembodohan orang Melayu. Masih ramai lagi orang Melayu yang bodoh sehingga mereka gagal untuk membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Apa yang hak dan apa yang batil. Projek bodoh ini telah juga memesongkan nilai budaya orang Melayu.

Orang Melayu yang telah dibodohkan gagal melihat bahaya rasuah malah mereka dengan bangga akan mengangkat pemimpin pengamal rasuah. Orang Melayu yang telah berjaya dibodohkan gagal melihat bagaimana sistem kehakiman dan keadilan dalam negara ini boleh dijual beli. Mereka ini terus ingin menjadi bodoh.

Orang Melayu yang ingin terus menjadi bodoh ini gagal melihat pembunuh, pencolek, pengambil rasuah – bukan satu pekerjaan salah. Budaya songsang lagi bodoh ini melihat kejahatan itu baik dan suci kerana ianya dilakukan oleh manusia Melayu beragama Islam yang memiliki kad gerombolan United Malays National Organisation.

(diulang cetak dari tukartiub)

Saturday, November 14, 2009

Cadangan Tok Guru Nik Aziz - Ketua Pakatan Rakyat


Cadangan Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim agar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi ketua atau pengerusi Pakatan Rakyat pertama mendapat sokongan dari Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa mengakui bahawa Nik Aziz adalah antara ikon penting yang mengikat parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan jika cadangan Zaid itu boleh diterima oleh lain-lain pimpinan Pakatan, beliau menyokong cadangan itu.

"Bagaimanapun ia hendaklah mendapat sokongan dari semua pimpinan Pakatan terlebih dahulu," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Datuk Zaid dalam blognya mencadangkan agar Nik Abdul Aziz menjadi ketua atau pengerusi Pakatan Rakyat.

Dalam poll yang dibuat oleh NTV7 malam ini, siapa yang sepatutnya memimpin Pakatan, Nik Aziz mendapat 44%, Datuk Seri Anwar 43%, Lim Kit Siang 17% dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi 6%.

"Untuk menjayakan usaha ini, ia memerlukan “pengorbanan” dari (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. (Datuk Seri Tuan Guru) Abdul Hadi Awang juga boleh membuat sumbangan besar dengan meminta Tok Guru Nik Aziz untuk menjadi Ketua atau Pengurusi kepada Pakatan Rakyat; sama seperti Mahatma Gandhi yang menjadi “spiritual leader” kepada parti Kongres India.

"Lim Kit Siang pula boleh membuktikan semangat “statesmanship” dengan bersetuju dengan cadangan ini serta menjadi penasihat dalam hal-hal demokrasi dan hak asasi. Sekali gus tindakan ini akan melenyapkan sebarang agenda “unity government” dengan UMNO," tulis Zaid dalam blognya.

Sebelum ini, Zaid bersama lima lagi pemimpin Pakatan iaitu dua dari setiap parti mendaftarkan secara rasmi Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Zaid telah dinamakan sebagai pengerusi protem itu.

"Satu wadah politik yang bernama Pakatan Rakyat Malaysia telah pun dikemukakan permohonan untuk kelulusan Pendaftar Pertubuhan 10 hari yang lalu.

"Saya amat gembira dengan perkembangan ini; maklumlah ini adalah julung kali tiga parti pembangkang terbesar di tanah air kita bersetuju untuk bersatu di bawah satu kerangka yang sah serta mempunyai lambang dan matlamat perjuangan politik yang satu," tulis Zaid dalam blognya.

Dalam tulisannya itu, Zaid juga mencadangkan agar Tengku Razaleigh Hamzah dilibatkan dengan Pakatan Rakyat.

Para pemimpin Pakatan sepatutnya berusaha lebih gigih dan bersungguh-sungguh supaya pemimpin politik seperti Tengku Razaleigh Hamzah masuk gelanggang bersama-sama dengan mereka, tulis Zaid.

Pasukan Pakatan tentu masih memerlukan beberapa orang ’striker’ lain dari yang ada sekarang untok memperkuatkan pasukan. Ku Li memang orang lama; tetapi ada integriti dan pandangan politik nya kontemporari, tulisnya.

Menurut Zaid, beliau tidak semestinya melompat parti kerana perjuangan untuk matlamat yang sama boleh diwujudkan melalui kerjasama yang lebih rapat.

Ini boleh dilakukan dengan mengadakan ceramah dan kempen bersama, katanya.

"Saya sedar Ku Li masih mempunyai impian untuk memulihkan UMNO, iaitu menghidupkan semula UMNO asal yang telah mati (dan kemudiannya menjadi alat untuk kroni-kroni parti dengan masalah politik wang dan rasuah). Bagi saya tidak ada salahnya kerjasama seperti itu kerana hasrat bersama kita ialah membuat pembaharuan ke arah sistem pemerintah yang bersih, cekap dan tidak rasuah," tulisnya lagi.

Dalam tulisannya, Zaid mempunyai pandangannya tersendiri dalam usaha Pakatan Rakyat untuk mengembangkan sayapnya di Sabah dan Sarawak.

"Realiti politik menunjukkan ia adalah usaha yang amat berat. Kesan buruknya sudah pun kelihatan sekarang apabila berlaku perebutan kerusi, sama seperti dalam pilihan raya umum 2008.

"Hakikat politik juga menunjukan bahawa adalah lebih baik jika Pakatan memainkan peranan dengan memberi sokongan padu kepada parti-parti tempatan yang sehaluan dengan Pakatan di Sabah dan Sarawak.

"Ini bukan sahaja langkah yang dilihat sebagai menghormati maruah dan kekuatan orang tempatan tetapi juga membawa kepada kesan yang lebih besar, iaitu membawa mereka bersama menjadi rakan kongsi dalam Pakatan. Bukankah ini lebih realistik?" tulis Zaid.

Yang penting, bagi beliau adalah untuk menjadi ikatan kuat dalam Pakatan ialah kesanggupan semua pihak untuk bersetuju tanpa berdolak-dalik untuk memastikan wujudnya dasar-dasar negara yang baik dan dipersetujui bersama melalui perbincangan sebagai landasan perjuangan.

"Hanya gabungan besar atau “grand coalition” seperti ini mampu mengatasi gergasi BN," katanya.

"Sebaliknya jika para pemimpin besar ketiga-tiga parti ini masih lagi merasakan mereka sudah cukup kuat dan hebat, dan memadai dengan meneruskan cara lama, iaitu melalui pakatan pilihan raya atau “electoral pact” semata-mata, saya yakin impian ke Putrajaya hanya akan kekal sebagai mimpi di siang hari,"

[SETUJU sangat jika ini direalisasikan, pertamanya dapat menghapuskan terus koflik yang berlaku dalam PAS berkenaan dengan UG disamping dapat memperkukuhkan gabungan Pakatan Rakyat]

Thursday, November 12, 2009

Tali Gantung - Graduan UKM




Graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Irawadi Mohammad, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas didapati bersalah membunuh teman wanitanya, Norzi Ayu Md Noor, lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Yazid Mustafa, menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati tertuduh yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan, gagal membuktikan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Irawadi, 28, graduan jurusan Ekonomi dan Perniagaan, dituduh membunuh Norzi Ayu, 27, di rumah sewa mangsa di No 2-1-6 Blok ST12, Pangsapuri Sri Tanjung, Jalan 7/1D, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, di antara jam 3.30 petang dan 5 petang pada 26 Julai 2004.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan yang bermula pada Oktober 2005, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Roslan Abu Bakar memanggil 18 saksi, manakala pihak pembelaan yang diwakili peguam Imran Hadzalie Abdul Hamid mengemukakan seorang saksi.

Ahli keluarga Irawadi segera mengerumuninya selepas prosiding selesai, manakala tertuduh kelihatan sebak ketika dibawa semula ke lokap mahkamah.

Dalam penghakimannya, Mohd Yazid berkata, mahkamah mendapati pembelaan hanya menumpukan satu isu, iaitu tertuduh tidak mempunyai niat untuk membunuh Norzi Ayu - seorang pegawai penyelidik di Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia, Kuala Lumpur.

"Tertuduh memberi keterangan bahawa dia tertikam si mati ketika si mati cuba menghalang tertuduh keluar (dari bilik) untuk bertemu SP4 (saksi pendakwaan keempat), pengawal keselamatan di UKM, Azman Mat Zain, 37. Keterangan tertuduh jelas bercanggah dengan keterangan saksi," katanya.

Beliau berkata, tingkah laku tertuduh melarikan diri dengan pisau yang telah menikam mangsa jelas menunjukkan dia ada niat membunuh mangsa.

Mohd Yazid juga berkata, ada enam perkara dibangkitkan dalam kes pendakwaan yang tidak disangkal di peringkat pembelaan.

"Mahkamah mendapati berdasarkan keterangan saksi keempat, hubungan tertuduh dan mangsa tidak baik beberapa bulan sebelum kejadian dan mangsa juga ada memberitahu saksi keempat bahawa dia sudah mempunyai kekasih lain dan akan bertunang, jelas tidak dicabar oleh peguam bela tertuduh," katanya.

Selain itu, katanya, keterangan Azman yang juga guru silat mangsa bahawa dia memasuki bilik Norzi Ayu dan mendapati tertuduh sedang merangkul mangsa dengan tangannya memegang pisau, tidak disangkal pada peringkat pembelaan.

"Keterangan saksi sama yang dia mengetuk pintu rumah mangsa selama setengah jam, juga tidak disangkal pembelaan," katanya.

Beliau berkata, pembelaan turut tidak menyangkal keterangan Azman bahawa selepas berlaku pertelingkahan selama setengah jam, Norzi Ayu dapat melepaskan diri dan masuk ke biliknya dengan diikuti tertuduh.

"Selepas masuk ke dalam bilik, tertuduh berada dalam bilik bersama mangsa dalam tempoh lima hingga 10 minit, juga tidak dipertikaikan.

"Dalam tempoh lima hingga 10 minit apabila SP4 menemui kunci, buka pintu dan nampak tertuduh terlentang dengan pisau berlumuran darah serta si mati terbaring di atas katil dalam keadaan tertiarap juga tidak dipertikaikan pembelaan," katanya.

Mohd Yazid berkata, beliau turut meneliti keterangan saksi ke-16 pendakwaan, iaitu Pakar Perunding Patologi Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Dr Khairul Azman Ibrahim, yang mengesahkan mangsa mengalami lima kecederaan termasuk di pembuluh darah utama di tengah abdomen.

"Kesan kecederaan ini, luka bocor yang agak berat, iaitu 1.5 sentimeter (sm) dengan kedalaman enam sm. Mengikut keterangan ahli patologi, kematian itu disebabkan luka dalaman yang (terhasil) dengan menggunakan satu senjata panjang yang sampai ke tempat luka," katanya.

Mohd Yazid berkata, berdasarkan kesan luka dan kesan lebam pudar pada beberapa bahagian tubuh Norzi Ayu, beliau menolak keterangan tertuduh bahawa dia tercucuk mangsa ketika bergelut.

[Sinopsisnya...masa belajar jangan BERCINTA, kalau boleh kawin je terus...kalau tak inilah akibatnya. Namanya graduan belajar masuk 'U' tapi akai tarak...yelek akai....bocik akai]

Buang Bayi Dalam Perigi - MEROYAN


KUALA TERENGGANU: Seorang bayi perempuan berusia dua bulan nyaris bersemadi dalam sebuah perigi selepas dicampakkan ibu kandungnya sendiri ke dalam telaga berkenaan berhampiran rumahnya di Kampung Pengkalan Arang, Batu Enam di sini, kelmarin.Bagaimanapun, ajal belum menjemput bayi berkenaan apabila dia tidak tenggelam dalam perigi berisi air sedalam enam meter berkenaan, sebaliknya terapung di permukaan sambil bertarung dengan maut sejurus dibuang kira-kira jam 5 petang.Malah, keajaiban Tuhan terhadap bayi yang tidak berdosa itu menyelamatkannya apabila dia sempat diselamatkan datuknya, Raja Ibrahim Raja Ali, 64, yang menyedari perbuatan ibu berusia 26 tahun itu.Terkejut dengan perbuatan anak perempuannya, warga emas berkenaan yang tidak sanggup melihat cucu keempatnya terkapai-kapai dalam perigi, nekad turun ke dalam telaga berkenaan dengan hanya berpaut pada dindingnya.

Tindakan itu diambil kerana Nenek bayi berkenaan, Hasnah Mat Ali, 50, berkata sebelum kejadian, wanita berkenaan yang juga anak angkatnya yang tinggal di rumah sewa berhampiran memberitahu dia geram melihat bayi berkenaan.Katanya, bimbang kejadian tidak diingini berlaku selepas anaknya yang menghidap penyakit meroyan itu melakukan sesuatu terhadap cucunya, dia cuba menenangkan perasaan wanita berkenaan dan menyuruhnya bersabar.

Bagaimanapun, kebimbangan warga emas itu menjadi kenyataan apabila anaknya yang menghadapi tekanan perasaan mencampakkan bayinya ke dalam perigi berkenaan.“Mujur saya sedar dan segera mengejutkan suami yang ketika itu sedang tidur. Tanpa berlengah, suami turun ke dalam perigi dengan berpaut pada dinding sebelum mencapai bayi berkenaan yang terapung di permukaan air yang jaraknya lebih satu meter dari muka perigi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.Sementara itu, sumber polis berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas menerima panggilan kecemasan daripada datuk bayi berkenaan jam 5 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.“Ketika diselamatkan, muka bayi berkenaan yang hanya memakai lampin pakai buang kebiru-biruan dipercayai kesejukan selepas dibuang ke dalam perigi berkenaan.“Bagaimanapun, bayi berkenaan sihat dan polis segera mengarahkannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Siasatan awal polis mendapati wanita berkenaan bertindak demikian kerana dipercayai menghadapi tekanan perasaan dan meroyan selepas melahirkan anak ketiga.Katanya, ketika kejadian, wanita berkenaan turut mengakui tidak menyedari perbuatannya mencampakkan bayinya ke dalam perigi berkenaan.“Ketika kejadian suami wanita itu tiada di rumah kerana bertugas di sebuah kilang di Kuantan dan siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanyaarga emas berkenaan tidak sanggup melihat bayi tidak berdosa itu terkapai-kapai dalam perigi walaupun menyedari tindakannya itu membahayakan diri jika pautan pada dinding perigi berkenaan terlepas.

[Glamour pulak perigi ni, kalau nak mintak autograph boleh gi ke batu enam, terengganu gerenti nenek ni tolong sign kan autograph bagi pihak perigi ni....akaks...perigi nie perigi buta ke?]

Sunday, November 8, 2009

Hobin Jang Hobin 3 Red Warriors 1


Shahurain, Hairudin, Zaquan Adha meledak untuk 'Rusa', Indra Putra gegar buat 'Kijang'

PASUKAN Negeri Sembilan meraikan kejayaan mereka setelah berjaya menjuarai perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi. Pada perlawanan itu Negeri Sembilan berjaya menjulang Piala Malaysia, piala yang paling berprestij di dalam saingan Liga Malaysia setelah menewaskan Kelantan dengan 3-1.

PERANG psikologi sebelum sepak mula final Piala Malaysia, malam tadi jelas milik Kelantan yang mencipta 'lautan merah' apabila ribuan penyokong 'The Red Warriors' hampir menguasai segenap pelusuk Stadium Nasional di Bukit Jalil.

Kehadiran penyokong itu yang merentang kain dan sepanduk dengan kata-kata buat mengapikan semangat pemain negeri sebelum menentang Negeri Sembilan mencetus senario penuh berwarna di gelanggang kira-kira empat jam sebelum saingan memburu mahkota kejuaraan itu dimulakan.

Antara kain rentang yang terserlah adalah laungan semangat ‘Gomo Klate Gomo’, ‘40 tahun menanti Piala Malaysia milik kami’, ‘The Red Warriors... History in the Making’.

Turut kelihatan, ‘Piala Malaysia Hok Kito, ‘Kito anak Kelate, ‘Wira Merah, Tanah ‘Merah’, ‘Mari puok kito, pakat sokong.’


Dentuman mercun dibunyikan acap kali kedengaran juga menyumbang kepada kemeriahan serta menggamatkan suasana di dalam stadium.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa turut dihargai atas kejayaannya membawa Kelantan ke final Piala Malaysia pertama dalam 39 tahun dengan kain rentang ‘Terima Kasih dan Syabas Tan Sri Presiden Kafa...Jasamu Dikenang’.

Nasihat untuk tidak membawa bendera parti politik ke dalam stadium tidak diendahkan apabila bendera parti kerajaan Kelantan diusung mengelilingi Lautan Merah.

Sementara itu sikap ghairah untuk meraikan penampilan final Piala Malaysia pertama selepas 39 tahun menyaksikan ribuan penyokong Kelantan menyerbu masuk ke stadium sebaik pintu masuk dibuka, petang semalam.

Sebaik pintu merah dibuka pada 4.51 petang, penyokong Kelantan yang mengatasi penyokong Negeri Sembilan dengan nisbah 4:1 berasak-asak memasuki stadium umpama tsunami merah.

Empat pegawai polis yang mengawal pintu pagar itu jelas tidak dapat membendung lagi lautan merah itu sehinggakan pintu pagar hampir dilihat remuk dek tahap kegilaan yang sudah lama tidak disaksikan dalam bola sepak tanah air.

[Begitulah senario perlawanan akhir piala malaysia edisi 2009 dimana N.9 telah menewaskan Kelantan dengan jaringan 3 berbalas 1. N.9 telah mencatatkan sejarah bagi tahun 2009 ini dengan bergaya dimana sepanjang perlawanan piala malaysia ini tidak pernah di tewaskan oleh mana-mana pasukan. Syabas juga diucapkan buat pasukan Kelantan yang digelar Red Warriors kerana telah berjaya mara ke perlawanan akhir piala malaysia ini....sungguh pun kalah masih berbisa, buat penyokong kelantan tabahkan hati teruskan menyokong Red Warriors]

Friday, November 6, 2009

Ustz. Hadi umpama 'Pak Lah' versi PAS?

Kepemimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dianggap sangat lesu sehingga beliau boleh diumpamakan "Pak Lah versi PAS", kata ahli akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini.

Tun Abdullah Ahmad Badawi dianggap seorang pemimpin lemah, tidak tegas, lembab dalam pelaksanaan dasar dan dipersalahkan atas kemerosotan teruk BN sehingga dipaksa melepaskan jawatan presiden Umno dan perdana menteri.

Dr Abdul Aziz berkata, kekalahan bertubi-tubi PAS di Terengganu – negeri Abdul Hadi sendiri – pada pilihan raya umum 2004, selepas menawannya pada 1999, dan tahun lepas serta kemerosotan dalam beberapa pilihan raya kecil menyebabkan beliau meyakini bahawa kritikan tersebut mempunyai asas.

"Kemudian di Bagan Pinang, maaflah, sudah banyak sangat (kalah). Kali ini mungkin betul, bila sudah ada orang sebut, kita ada versi Pak Lah dalam PAS sendiri," katanya.

"Dan memang, kalau tengok kenyataan dia (Abdul Hadi), sama ada yang terbaru ini atau beberapa bulan ini, sudah jelas. Maksudnya, kenyataan tentang UG (kerajaan perpaduan) itu, bukan macam orang politik."

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menambah, oleh itu Abdul Hadi dianggap "beban" parti itu untuk terus mengembangkan pengaruhnya dan memainkan peranan lebih besar dalam “politik baru” Pakatan Rakyat.

"Kita tidak peduli sama ada kumpulan dia (Abdul Hadi) masih bercinta dengan Umno. Itu kita tidak peduli. Tetapi bagi saya, dalam politik, tidak ada peluang kedua.

"Kamu sudah buat, (kemudian) gagal, keluar (berundur). Hendak bertengkar tentang dia jumpa lagi (dengan Umno atau) tidak, imej itu sudah terpalit kepada dia dan kumpulan dia, terutamanya (timbalan presiden) Nasharuddin (Mat Isa)," tambahnya.

'Sudah hilang stim'

Dr Abdul Aziz juga berkata, walaupun pada 1980-an dan 1990-an tokoh agama itu berpengaruh luas khususnya melalui pidato tetapi kini presiden PAS itu "sudah hilang stim".

"Dia sudang hilang stim. Sebahagian daripada tindak-tanduknya tidak datang daripada dia atau cuma disuap dalam mulutnya. Contoh yang paling jelas, (idea) kerajaan perpaduan," katanya.

"Tengok, atau kita banding dengan apa yang dibuat sekitar tahun 1980-an dengan amanatnya (petikan ucapan yang dilabel 'Amanat Hadi'). Ini secara efektifnya mengkafirkan Umno. Sekarang kenapa hendak bekerjasama dengan Umno?

Pakar undang-undang perlembagaan itu mendakwa, kegagalan Abdul Hadi bertindak sebagai "tokoh nombor satu" diburukkan lagi oleh peranan pemimpin lain seperti Nasharuddin dan setiausaha agung Datuk Mustafa Ali.

Diminta mengulas sejak bila tokoh PAS itu "hilang stim", Dr Abdul Aziz berkata: "Sebelum (era) reformasi (1998) dia tidak ada peranan yang penting, (sebagai) naib presiden saja atau timbalan presiden.

"Jadi, saya rasa, masalah atau isunya sekarang ini dia seorang timbalan yang bagus. Itu yang selalu disebutkan. Dan itu saya setuju.

"Kalau dia (pada jawatan) nombor dua, dia seorang yang setia dan dapat melaksanakan apa yang disuruh. Tetapi kalau letak dia (sebagai) kapten, setakat ini memang jelas tidak dapat.

"(Keadaan) itu menjelaskan kenapa dia tidak dapat membalas serangan terhadap 'Amanat Hadi' itu. Jadi, serangan itu sudah bersifat politik dan dia sudah tidak dapat main lagi."

Beliau juga mendakwa, Abdul Hadi tidak lagi mempunyai ciri seorang pemimpin dalam senario politik baru, hubungan awamnya pula tidak baik dan gagal berfungsi sebagai ideolog atau peneraju utama yang menjelaskan wawasan parti seperti "PAS untuk semua" dan "negara berkebajikan".

Abdul Hadi masih lagi berlegar di sekitar isu Melayu-Islam semata-mata seperti isu yang dijuarai parti itu sejak dulu, tambahnya.

'Ciuman maut'

Dr Abdul Aziz, yang kini semakin lantang mendesak pengunduran Abdul Hadi, diundang membentangkan analisis kemerosotan PAS dalam seminar politik parti itu di Gombak, esok.

Seminar sehari itu, yang dijangka melibatkan 1,000 pemimpin atasan dan akar umbi PAS, dianjurkan susulan desakan untuk mengadakan muktamar khas bagi membincangkan "beberapa pemimpin bermasalah".

Ditemui di pejabatnya di kampus Gombak pagi ini, Dr Aziz berkata kelemahan Abdul Hadi, yang juga ahli parlimen Marang, sudah diketahui oleh barisan pemimpin PAS tetapi tiada siapa yang berani menegurnya secara terbuka.


"Semua orang tahu (kelemahan ini), tetapi siapa berani cakap dalam parti yang tema wala'-nya (kesetiaannya) cukup kuat," katanya.

Mengulas isu kerajaan perpaduan, Dr Abdul Aziz menyifatkan ia sebagai "ciuman maut" dan perangkap musuh politiknya Umno untuk terus mengkucar-kacirkan parti Islam itu.

"Kalau yang berunding itu (penasihat PKR, Datuk Seri) Anwar Ibrahim, (mursyidul am, Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) atau (tokoh popular DAP) Lim Kit Siang, tidak ada masalah.

"Tetapi kalau dia dengan Nasharuddin ataupun yang lain-lain, (mereka ini) akan dilipat, diduduk oleh Umno (kerana kelemahannya)," katanya.

[Hemmm...Dr. Abdul Aziz ni bersikap neutral, dua-dua hentam tak menyebelahi mana-mana pihak bagus juga jika ada yang bersikap sedemikian dapat membetulkan keadaan yang tidak betul, tidak perlu takut untuk meluahkan pandangan...kadang-kadang terfikir juga ada benarnya Dr. Abdul Aziz Bari ni cakap, dalam PAS pun ada Pak Lah. Pak Lah UMNO tido mata pejam tapi Pak Lah PAS tido mata celik....fikir-fikirkan]

Monday, November 2, 2009

Mantan Mufti Perlis Di Tangkap


AMPANG: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, 38, ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah banglo di Taman Seri Ukay, Hulu Klang, dekat sini, tengah malam tadi, dipercayai kerana memberi ceramah tanpa tauliah.

Beliau ditahan kira-kira jam 12 tengah malam sebelum dibawa ke Balai Polis Hulu Klang untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan dan dijangka didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur pagi ini mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, ketika dihubungi lewat malam tadi mengesahkan mengenai penahanan itu kerana memberi ceramah tanpa tauliah dan akan didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur pagi ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hasan ketika dihubungi juga mengesahkan Dr Mohd Asri ditahan sepasukan penguat kuasa Jais sebelum dibawa ke Balai Polis Hulu Klang untuk membuat laporan tangkapan.

Turut dilihat mengiringi Mohd Asri ke balai polis ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib yang sebelum itu dikatakan berada di banglo berkenaan.

Difahamkan, ketika serbuan dibuat, terdapat kira-kira 30 kenderaan yang diletakkan di luar kediaman berkenaan.

Tinjauan Harian Metro di kediaman berkenaan juga mendapati terdapat peralatan pembesar suara dalam ruang tamu banglo berkenaan.

Kelmarin, Dr Mohd Asri, dipetik sebagai berkata yang beliau tidak akan menerima jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) ditawarkan kerajaan kepadanya berikutan kontroversi yang timbul daripada memorandum Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kepada Yang di-Pertuan Agong yang membantah pelantikan itu.

Dalam memorandum itu, PGSM mendakwa, Dr Mohd Asri tidak mengiktiraf iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah, mencerca solat hajat serta menolak hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari.

Dakwaan lain termasuk mencerca ulama besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali.

Dr Mohd Asri bagaimanapun, menegaskan dakwaan persatuan terbabit sebagai pembohongan dan fitnah.

Sambil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, Dr Mohd Asri turut mencabar PGSM mengemukakan bukti beliau mencerca Imam Ghazali dan Imam Nawawi serta menolak hadis Imam Bukhari melalui ucapan atau tulisannya.

Bagaimanapun, katanya, beliau belum terfikir untuk menyaman PGSM, tetapi mencabar mengemukakan bukti dakwaan dalam memorandum itu dalam masa seminggu.

Sementara itu, Presiden PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip, dalam sidang medianya semalam, berkata pihaknya bersedia bersemuka dengan Dr Mohd Asri untuk berbincang secara tertutup isu memorandum berkenaan.

Bagaimanapun, PGSM kesal berhubung tindakan Dr Mohd Asri memperbesar-besarkan serta mencari publisiti menerusi media terhadap isu itu yang menjadi hak dan budi bicara mutlak Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan.

Mohamad Isa turut mengakui berlaku kesilapan teknikal pada pihaknya hingga menyebabkan memorandum itu tersiar di laman web persatuan itu, namun ia ditarik balik serta-merta selepas disedari.

[Perhitungan siapa sebenarnya ini...adakah mempunyai motif politik?]

Sunday, November 1, 2009

Red Warriors vs Hoben Jang Hoben Final Piala Malaysia 2009


Hatrik Nor Farhan pastikan Red Warriors mara selepas 39 tahun kempunan

HATRIK daripada Nor Farhan Mohamad menjulang Kelantan layak ke final Piala Malaysia pertama mereka dalam tempoh 39 tahun selepas gah menewaskan Perlis 3-1 di Stadium Utama Kangar, malam tadi.

Kejayaan agregat 5-1 itu menyaksikan The Red Warriors bakal bertemu Negeri Sembilan -lawan yang menewaskan Terengganu, juga dengan angka jaringan sama - bagi memburu mahkota kejuaraan edisi kali ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, 7 November ini.

Ketiadaan tonggak tengah, Indra Putra Mahyuddin sedikit pun tidak menjejaskan anak didik B Sathianathan dengan Nor Farhan membuktikan Kelantan mampu berdiri tinggi tanpanya apabila menjaringkan semua gol pasukan minit ke-26, 53 dan 87.

Kelantan yang bijak menyerap asakan lawan membuka jaringan melalui Nor Farhan yang berjaya melepasi kekangan Fauzi Nan sebelum tenang menolak masuk bola ke dalam gawang Perlis.

Selepas rehat, pelawat melebarkan jaringan apabila Nor Farhan sekali lagi mempamerkan kawalan bola cemerlang dan hantaran lintangnya dari kanan kotak penalti terkena pertahanan Perlis sebelum melepasi penjaga gol, Mohd Farizal Marlias.

Perlis bagaimanapun terus mencari gol pertama dan akhirnya berjaya disempurnakan Firdaus Fauzi pada minit ke-70 yang meloloskan diri daripada pertahanan sebelum menyepak tenang melepasi Halim.

Namun, ia gagal menghalang gemilang Nor Farhan dan Kelantan apabila penyudah tepat pemain berkenaan menewaskan Farizal untuk meletakkan Kelantan dalam buruan gelaran pertama selepas gagal pada 1970 dan 1955

[Wah...nampaknya kelantan bukan saja membangun dari segi pembangunan negerinya sahaja tetapi membangun dari segi sukannya juga. Alhamdulillah di bawah pemerintahan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat selama 19 tahun telah memberikan nikmat kepada penduduk negeri kelantan amnya dan peminat sukan bolasepak amnya....sekalung tahniah buat mereka]

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails