Saturday, May 22, 2010

Ini Tingkap Bukan Pembunuh


Bayi Sembilan Bulan Maut Jatuh Dari Tingkap Bilik

SUBANG JAYA: Mayat bayi lelaki berumur sembilan bulan ditemui dalam longkang selepas terjatuh dari tingkat tiga kuarters pendidikan di USJ 6 dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu, Adam Haikal Mohd Rostam dipercayai terjatuh dari tingkap bilik tidur kuarters empat tingkat itu ketika ibu bapanya sedang tidur di katil yang sama.

Difahamkan tingkap bilik berkenaan tidak mempunyai jeriji atau penghalang dan menyebabkan bayi itu merangkak keluar dari katil.

Ibu kanak-kanak itu dikatakan terdengar tangisan bayi sulungnya sebelum mengejutkan suaminya untuk mencari dan kemudian menemui anak mereka dalam longkang itu. Bapa kanak-kanak itu kemudian membawanya ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) tetapi disahkan meninggal dunia akibat cedera parah selain mengalami kecederaan di kakinya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Bila cuaca panas manusia selalu merungut kenapa panas sangat cuaca sedangkan mereka tidak pernah terfikir apa yang telah mereka lakukan kepada alam. Bila cuaca sejuk dan bersalji manusia juga merungut kenapa sejuk sangat sehingga ke tulang hitam, sehingga sukar untuk bergerak ke sana ke mari. Bila cuaca bertukar hujan manusia juga merungut kenapa turunnya hujan sehingga kadangkala mengakibatkan banjir sekelip mata. Adakah mereka sedar akan empunya alam semesta mampu melakukan apa yang dikehendakiNYA. DariNYA kita datang dan kepadaNYA kita kembali.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails