Thursday, October 29, 2009

Movie : Surrogates...lakonan bruce willis

Set in a futuristic world where human live in isolation and interact through surrogate robots, a cop (bruce willis) is forced to leave his home for the first timein years in order to investigate the murders of others' surrogates.

part 1

part 2

part 3

part 4

Sofware YoutubeGet 5.2.6 Portable


Penulis ingin berkongsi software dengan pembaca-pembaca laman blog penulis, bak kata pepatah ilmu yang ada kalau di war-warkan ada faedahnya dari di simpan sendiri tanpa manafaat kepada yang lain....yealah macam cahaya lilin membakar diri menerangi yang lain.

YoutubeGet software pantas dan cepat untuk download Video dari Youtube dan convert. Amat sesuai bagi mereka-mereka yang selalu mendownload dari youtube. Tidak memerlukan ruang yang besar dalam hard disk kerana ianya 'portable'. Selesai mendownload video dari youtube dengan file FLV seterusnya anda boleh convertkan kepada format-format seperti MP4, 3GP, AVI, WMV, MOV dan lain-lain. Nah mudah bukan kini anda oleh melihat video dari youtube menerusi ipod atau hand phone anda. selamat mencuba...

ADUN Pelabuhan Klang umum keluar PKR



ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berkata kes liwat yang membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab beliau keluar PKR.Bercakap dalam satu sidang akhbar petang ini, Badrul berkata beliau menjadi lebih syak terhadap Anwar yang menurutnya sengaja melengah-lengahkanperbicaraan dan enggan pula menjelaskan perkara itu kepada ahli-ahli parti.


Sebagai seorang Muslim yamg berpegang teguh kepada prinsip Islam, katanya, moral seseorang pemimpin itu amat penting untuk mendapatkan sokongannya.Beliau juga mendakwa bahawa presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar, juga enggan untuk menjelaskan mengenai dakwaan liwat tersebut.Katanya, ia merupakan sebab utama beliau membuat keputusan keluar PKR kerana beliau tidak boleh berkompromi dengan isu-isu moral seperti yang dihadapi oleh pemimpin PKR.


Ditanya mengapa beliau menunggu hingga sekarang untuk menimbulkan isu liwat itu, Badrul tidak memberi jawapan secara langsung dan berkata "saya tidak boleh berkompromi dengan pemimpin yang mempunyai cerita begini".Badrul hari ini mengumumkan bahawa beliau keluar PKR dan menjadi ADUN bebas yang 'mesra' BN.


Beliau membuat keputusan itu beberapa jam selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan kepada PKR supaya meminta Badrul meletak jawatan kerana didakwa gagal menunjukkan prestasi yang baik.Dalam kenyataan yang dibacanya, Hisham juga mendakwa beliau telah dianaktirikan oleh kerajaan Selangor yang diterajui PKR yang didakwanya telah menahan peruntukan kepadanya sejak bulan Mac.Beliau mendakwa, kerajaan negeri enggan menyelaraskan dengan beliau pemberian peruntukan tetapi sebaliknya, bertindak membuka pusat perkhidmatan yang berasingan di Pandamaran Indah untuk berurusan dengan pengundi di situ.Tindakan itu, katanya, seolah-olah menganaktirikan dirinya berbanding dengan ADUN yang lain.Badrul juga menyifatkan tindakan itu sebagai satu percubaan untuk meminggirkannya sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.Bila ditanya teorinya mengapa beliau 'dianaktirikan', Badrul menjawab: "Tanyalah menteri besar".


Awal tahun ini, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa setiausaha politiknya, Nik Nazmi Nik Ahmad telah mengambil alih tugas Badrul yang didakwanya gagal menunjukkan prestasi yang baik.Nik Nazmi juga merupakan ADUN Seri Setia.


Ditanya mengenai dakwaan beliau tidak menunjukkan prestasi yang baik, Badrul berkata, ia kerana peruntukan tidak disalurkan kepadanya tetapi diambil alih oleh setiausaha menteri besar, di samping wujudnya dua pusat perkhidmatan di kawasan.Oleh itu, katanya, bagaimanakah beliau hendak memberi perkhidmatan kepada rakyat, sementelah pula beliau juga bukan exco kerajaan negeri."Saya masih keluar jumpa rakyat. Saya orang yang tak suka diraikan, berkompang kompang, bunga mangga. Saya tak suka. Saya keluar dengan pemandu saya untuk tengok keadaan di kawasan saya," katanya.Sejak kerajaan Pakatan Rakyat di Perak digulingkan Februari lalu, khabar angin bertiup kencang bahawa Badrul akan keluar parti untuk menyertai Umno.Khabar angin itu bertambah kencang apabila beliau tidak menghadiri sidang DUN dan jarang dilihat di khalayak ramai.Bagaimanapun, Badrul ketika itu mengeluarkan kenyataan menegaskan komitmennya bersama PKR.


Bagaimanapun, khabar angin itu timbul semula awal bulan ini, ekoran kehadiran Badrul di rumah terbuka Hari Raya Ketua Umno Klang Datuk Mazlynoor Abd Latif dan sekaligus menimbulkan persoalan mengenai kesetiaannya terhadap parti.Dalam sidang akhbar tersebut, Badrul duduk di sebelah bekas setiausaha PKR Selangor, Nizam Rosli, yang dilihat berbisik kepada Badrul sebelum ADUN Pelabuhan Klang itu menjawab hampir setiap soalan dari wartawan.
Nizam dikenali sebagai rakan karib bekas ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor, yang meninggal parti itu dan menyertai Umno selepas tidak sehaluan lagi dengan Anwar.Bercakap kepada Malaysiakini kemudiannya, Nizam berkata Badrul meminta bantuannya untuk menyelaraskan sidang akhbar tersebut. Beberapa orang penyokong Ezam juga kelihatan di sidang akhbar tersebut.

[Apa punyalah sedei alasan yang diberikan oleh seorang ADUN yang tidak berkhidmat untuk rakyat...rakyat marhaen memang dah tahu segala punca yang terjadi...ini lah bukti buat kenyataan tanpa pengkajian hanya membaca text yang disediakan.]

Sunday, October 25, 2009

CONTOH TERBAIK MEMUTAR BELIT FAKTA



KAH KAH KAH KAH KAH KAH...

kah kah kah.... BUKAN ANTI HADI... kah kah kah..

kah kah kah....TETAPI MELAWAN AJEN GEROMBOLAN YANG MENGERAM DALAM PAS.... kah kah kah...

kah kah kah... MEMBUKA KAIN SELIMUT AJEN AJEN GEROMBLAN...KEPADA AHLI PAS...kah kah kah..

kah kah kah... MEMBUKTIKAN....MALAOAN-MALAON YANG BANYAK MASAALAH HUTANG...kah kah kah

kah kah kah... NAK MEDIDIK AHLI PAS... AGAR CEKAP..CEPAT..PANTAS ..MEMBACA BLOG... kah kah kah..

kah kah kah....MALAOAN YANG BANYAK MASAALAH INI ... SEDANG DI PAU OLEH GEROMBOLAN...kah kah kah

kah kah kah.... NIZ AZIZ NAK SINGKIRKAN SAKI BAKI GEROMBOLAN DALAM PAS... kah kah kah..

nota:
inilah contoh terbaik
bagaimana berita di putar.

inilah contoh terbaik bagaimana
orang melayu di nafikan dari mendapat
berita yang saheh.

inilah contoh terbaik untuk memahami
proses pembodohan melayu.

[diambil dari blog tukartiub]

Saturday, October 24, 2009

"Nak pecah, pecah gi lah, apa boleh buat"

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika cadangannya supaya PAS mengadakan muktamar agung luar biasa boleh mencetuskan perpecahan di kalangan anggota partinya.

Katanya beliau sedia berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti daripada terus menimbulkan tanda tanya berhubung cadangan beberapa pemimpin tertinggi parti berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan kecelaruan dalam parti.

Katanya, beliau bosan dengan gelagat beberapa pemimpin yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang disifatkan sesekali timbul dan sesekali tenggelam.

"Ini untuk mengelakkan orang tertanya-tanya dan teraba-raba, dan tergantung tanpa diambil sesuatu tindakan.

"Sedangkan kita (PAS) sebuah parti Islam, maka saya kena buat sesuatu untuk menentukan kedudukan pemimpin, termasuk presiden sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, dekat Kota Bharu semalam.

Beliau mengesahkan mengemukakan pandangan itu dalam laman blognya kelmarin kerana kecewa dengan sikap beberapa pemimpin yang sering menimbulkan masalah dalam parti kerana membangkitkan isu kerajaan perpaduan sedangkan PAS sudah membuat keputusan muktamad tidak akan bekerjasama dengan Umno atas dasar politik.

Ini kerana, katanya, ia telah diputuskan dalam muktamar agung parti itu tahun lepas.

Ditanya sama ada muktamar luar biasa itu boleh menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti, menteri besar Kelantan menegaskan:

"Nak pecah, pecah gi lah, apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar.

Menurutnya cetusan cadangan supaya mengadakan muktamar biasa itu lahir daripada artikel penganalisis politik Dr Aziz Bari dan teguran rombongan daripada Sabah dan Sarawak yang mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang condong kepada Umno berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Saya sedih kerana ada pemimpin yang tidak menghormati keputusan muktamar agung itu, dan saya tidak suka orang tegur parti dan pemimpin saya, tanpa saya berbuat sesuatu, senyap," katanya.

Menurutnya, soal untuk mengadakan muktamar luar biasa atau apa bentuk sekalipun ia terpulang kepada parti kerana baginya beliau sudah berpuas hati dapat menyuarakan perasaannya dalam menangani isu itu.


[Agakaknya mungkin ini saja jalan yang sesuai dan paling baik yang difikirkan oleh Tn. Guru bagi memulihkan kembali PAS....mana taknya sekejap berbunyi berkenaan kerajaan perpaduan sekejap nafikan lepas tu bunyi semula...ish..ish..ish kalau bab nikah kawin dah tentu si pengantin dah cabut lari cari yang lain. Namun sudah tentu bagi pihak ONMU ini merupakan BERITA GEMBIRA yealah selepas kemenangan bergaya di BAGAN PINANG]

Friday, October 23, 2009

Dua beranak kena 69 pertuduhan

Dua beranak yang merupakan pengarah Syarikat Buluhmas Enterprise Sdn Bhd semalam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berasingan di Klang bagi 69 pertuduhan terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram melibatkan RM22 juta.
Azmi Ame Hamzah, 26, menghadapi 38 pertuduhan melakukan kegiatan itu dari 3 Mac 2008 hingga 6 Jan tahun ini manakala bapanya Ame Hamzah Mat Atar, 51, menghadapi 31 pertuduhan melakukan kegiatan itu dari 15 Mei 2008 hingga 6 Jan lepas, mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Mereka berdua yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu didakwa menggunakan hasil daripada kegiatan itu untuk membeli sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional, membeli beberapa rumah kedai di Kedah dan Terengganu, membayar deposit kenderaan dan kereta mewah, membeli unit-unit amanah dan sebuah banglo di Terengganu.Azmi juga menghadapi dua lagi pertuduhan iaitu menerima deposit tanpa lesen yang sah dari 14 Dis 2006 hingga 13 Okt 2008 dan dari 14 April 2008 hingga 13 Okt 2008 mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM10 juta atau kedua-duanya.
Hakim Yong Zarida Sazali membenarkan Azmi diikat jamin RM200,000 bagi kesemua tuduhan dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah selain perlu melapor diri di balai polis Tanjung Karang pada setiap satu haribulan sehingga kes selesai.Hakim Datuk Anita Harun pula membenarkan Ame Hamzah diikat jamin RM350,000 dan perlu melapor diri di Balai Polis Tanjung Karang pada setiap satu haribulan sehingga kes selesai.Kedua-dua mahkamah menetapkan 21 Dis untuk sebutan semula kes manakala kedua-dua beranak itu diwakili peguam Mohd Yunus Sharif.
P/S : Terkadang nak gelak ada, nak marah pon ada....mana taknya kita ni terutama bangsa melayu mudah sangat terpedaya dengan pelbagai skim dan sistem-sistem sebegini.

TIP MENGELAK TEKANAN

  1. Hidup ini umpama roda yang berputar. Ada masanya kita akan menerima tekanan dan ada masanya giliran orang lain pula. Anggaplah tekanan sebagai fitrah kehidupan. Terima ia dengan hati yang bersedia.
  2. Apabila berdepan dengan tekanan, jangan bertindak terburu-buru terutamanya ketika membuat keputusan. Fikir secara rasional PRO atau KONTRA setiap keputusan yang anda pilih terutamanya yang melibatkan kehidupan anda seperti perkahwinan, pekerjaan dan sebagainya.
  3. Apabila berdepan dengan tekanan, jangan biarkan perasaan negatif menguasai diri anda. Halusi setiap tekanan yang datang dengan positif. Ia akan membantu anda untuk berasa lebih tenang dan tekanan boleh di atasi dengan lebih mudah.
  4. Jika anda mula merasa tekanan, segera cari seseorang yang boleh berkongsi dan berbincang dri hati ke hati mencari penyelesaian kepada tekanan itu. Dengan cara ini bebanan tekanan dapat dikurangkan
  5. Jangan suka memendam rasa. Jika anda berasa di dalam keadaan tertekan, cepat-cepat cari jalan untuk menyelesaikan tekanan itu kerana tekanan yang dibiarkan lama hanya akan memburukkan keadaan emosi anda.
  6. Jangan biarkan tekanan bertapk lama dalam diri sebaliknya segera cantas tekanan yang datang dengan sebaiknya supaya ia tidak merosakkn diri anda dan orang lain

Wednesday, October 21, 2009

TAK NAK KAWAN...UWEKK!

21 Oktober 2009, tepat jam 5.00pm lahirlah sebuah picisan 'TAK NAK KAWAN' .... 'UWEEK' dengan ketidaklaratan akibat keselsemaan namun ku gagahi jua melahirkan tinta yang tak seberapa buat renungan diri ini dan mereka-mereka yang memerlukan.

Perjalanan hidup ini umpama pusingan roda...terkadang kita di atas, terkadang kita di bawah, terkadang kita ke tepi dan terkadang kita ke tengah. Pekerja Alam flora setiap pagi membersihkan kawasan mengikut 'shedule' yang telah di tetapkan oleh para atasan. Yup betul ada yang di atas dan ada yang di bawah. Bila kita hendak menghadiri sesuatu majlis kita perlu mengikuti peraturan-peraturan yang di teapkan dalam majlis tersebut, makanya jika tidak kita tidak sesuai menghadiri majlis tersebut...Nah bukan kah itu kejap kita ke tengah dan sekejap kita ke tapi.

Banyak perumpamaan yang boleh digunakan seadanya dengan perkara-perkara di atas. Namun perumpamaan Tak Nak Kawan...Uweek hanya lahir dari seorang kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa mengenai duniawi melainkan ibubapanya lah yang mencorakkannya.

Sebenarnya semua ini perlukan kewarasan fikiran dalam memikirkan apa yang perlu dilakukan oleh kita yang bernama manusia di muka bumi ini sebelum kita di jemput ILLAHI di dunia yang kekal selamanya.... wassalam

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails