Friday, May 21, 2010

Samy -vs- Mugilan, Siapa Tersepit?

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu telah memecat Timbalan Ketua Pemuda V. Mugilan, menurut sumber parti yang rapat.

Bagaimanapun, Mugilan yang semalam meminta Samy Vellu berundur dengan segera selepas presiden mengumumkan jadual persaraannya, berkata beliau masih lagi belum menerima sebarang surat daripada Samy Vellu.

Tetapi katanya beliau telah dihujani panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan mengetahui mengenai pemecatannya daripada laporan berita.

Sekiranya disahkan, Samy Vellu telah melanggar perjanjian yang dibuat oleh mereka di Kuala Kubu Baru sebelum pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 26 April apabila presiden parti itu berjanji tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadapnya, kata Mugilan.

Mugilan berkata sekiranya beliau menerima notis rasmi, beliau akan merujuk perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Samy Vellu berkata saya telah sabotaj BN (Barisan Nasional) dalam pilihan raya kecil itu. Ini adalah tuduhan yang sangat serius kerana ia melibatkan seluruh BN. Jadi adalah lebih baik saya merujuk kepada PM berhubung perkara ini," katanya kepada Bernama.

Apabila dihubungi, beliau berkata berada di Tanjung Malim.

Pada Selasa, Samy Vellu mengumumkan beliau akan melepaskan jawatannya dalam tempoh lapan atau sembilan bulan sebelum penggalnya sekarang tamat pada Mei 2012.

Presiden MIC itu tidak dapat dihubungi untuk ulasan segera tetapi sumber rapat parti berkata beliau telah menggunakan kuasa presidennya untuk memecat Mugilan berkuatkuasa serta-merta.

Mugilan berkata isu yang mengatakan beliau telah mensabotaj parti dan BN ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor tidak disentuh dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) minggu lepas.

"Sekiranya saya telah sabotaj, MIC mungkin telah hilang 3,000 pengundi. Malah, saya telah bekerja keras untuk memastikan undi India diberikan kepada BN," katanya.

Beliau juga menuduh Samy Vellu menganggap dirinya sebagai 'raja' kepada komuniti India.

"Beliau adalah diktator sekiranya memecat saya," kata Mugilan.

Mugilan berkata beliau dan Samy Vellu telah mengadakan perbincangan di pejabat MIC di Kuala Kubu Baru di mana presiden itu telah memintanya menyokong calon BN P. Kamalanathan dan jentera pilihan raya MIC.

Dan sebagai pertukarannya, Samy Vellu berjanji beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadapnya atas dakwaan sabotaj.

"Kami telah membuat perjanjian. Saya kata saya akan menyokong BN dan MIC. Jadi, apa yang berlaku sekarang? Beberapa minggu telah berlalu selepas pilihan raya kecil. Kenapa hanya sekarang beliau mengambil tindakan untuk memecat saya?," tanya Mugilan.


Dahulu MCA alami masalah sehingga berlakunya pemilihan semula, ini MIC pulak dah...tak selesai...selesai Barisan Nazak dengan pergolakan parti komponen mereka. Tapi semua ini tidak ditumpukan sebagai berita utama dari media mereka. Tidakah Bapa Lesen Judi baru saja berpesan dan menggesa supaya dapat membuat segala perubahan yang perlu seiring dengan perubahan zaman bagi menghadapi persaingan daripada akhbar lain serta juga sumber maklumat lain seperti blog, portal berita dan televisyen satelit 24jam. Rasanya tak berubah jugak kot. Sebelum terlupa hari ini merupakan hari bantahan judi piala dunia yang telah diberikan lesen oleh Bapa Judi Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails