Wednesday, August 18, 2010

Selepas Felda Kini Felcra Pula...

Pengerusi Biro Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman hari ini mendedahkan 22 dokumen penyelewengan Felcra yang disifatkan lebih kritikal penyelewengannya berbanding Felda akibat pemimpin BN menyalahguna kuasa menipu dan menindas peserta Felcra.

Menurutnya, antara 22 penyelewengan yang ketara berlaku didalam Felcra adalah Penyelewengan di koperasi peserta-peserta Felcra Bhd (KPFB),penyelewengan kontrak pertanian Felcra Jemoreng, Sarawak yang bernilai RM14.8 juta,penyelewengan pelaburan pembelian bon berjumlah RM17 juta tanpa mendapat kelulusan peserta, serta pemalsuan dokumen-dokumen bagi kerja-kerja pertanian am di Sabah.

"Kita tidak boleh umum secara keseluruhan penyelewengan ini dan akan memanggil media semula untuk memberi dokumen lengkap setiap 22 penyelewengan yang diutarakan.

Mazlan berkata, pendedahan ini dilakukan kerana Pengerusi Felcra Datuk Tajuddin Abdul Rahman mencabar PAS untuk mendedahkan penyelewengan Felcra.

"Tajuddin dan kroninya telah menyalahguna kuasa menyelewengan kewangan Felcra tanpa memikirkan tanggungan yang dilalui oleh para peserta Felcra."

"Dia (Tajuddin) juga anggap kita tidak berani dedahkan dokumen ini kerana menyatakan kita tidak mempunyai maklumat seperti yang diperkatakan."

"Hari ini kita hanya dedah 22 penyelewengan dan masih terdapat banyak lagi penyelewengan bakal didedahkan selepas raya nanti," katanya.

Beliau berkata, Persatuan Pembangunan PAS Pusat menyeru agar pihak kerajaan dapat mewujudkan suruhanjaya siasatan diraja dengan segera supaya dapat menyiasat dakwaan kepincangan Felcra.

"Suruhanjaya ini perlu diwujudkan segera kerana SPRM telah gagal untuk memberi respon terhadap pendedahan yang dilakukan oleh peserta Felcra."

"SPRM sepatutnya menubuhkan satu pasukan khas dari awal lagi untuk menyiasat penyelewengan Felcra yang telah lama diadukan demi membela peserta Felcra sepenuhnya."

Mazlan juga berkata,masalah penyelewengan timbul didalam Felcra adalah kerana agensi-agensi Felcra dikuasai oleh pemimpin politik yang tidak mempunyai pengalaman dalam mengawal kewangan dengan telus dan adil kepada peserta Felcra.

Sumber : Malaysia today

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails