Sunday, August 8, 2010

Lagi Kemalangan di Jengka 14


JENGKA, 8 Ogos 2010 bersamaan hari sabtu di hening senja, malam menggapai tiba berlaku lagi kemalangan yang melibatkan sebuah lagi kereta kancil di sekitar tempat kejadian yang meragut nyawa 3 beradik sebelum ini.

Kemalangan berlaku disebabkan kereta kancil melanggar sebatang pokok yang tumbang ke tengah jalan dengan keadaan yang tidak dijangka oleh pemandunya. Walaubagaimana pun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Akibat dari kejadian tersebut berlaku kesesakan lalulintas di kedua-dua belah arah sehingga memakan masa hampir 2 jam namun kesesakan dapat di kawal oleh pasukan polis dan kerja-kerja pembersihan dilakukan serta merta oleh pihak roadcare.

Kejadian kemalangan yang kedua berlaku dalam jangka masa yang tidak sampai seminggu mendatangkan banyak persoalan kepada penduduk Jengka. Bahkan di lihat laluan dari simpang Jengka 14 hingga ke Bandar Jengka yang memakan masa tidak sampai 5 minit adalah merupakan laluan yang lurus. Adakah mungkin keadaan permukaan jalan atau persekitaran di laluan tersebut yang menjadikan punca kemalangan?

Dalam pada itu jika di lihat dari bencana-bencana yang berlaku di persekitaran Jengka antaranya kejadian lemas di Lubuk yu, kejadian kematian mengejut yang berturutan sehingga menyebabkan kehilangan nyawa seramai 7 orang akibat dari virus kencing tikus dan kejadian kemalangan yang terbaru ini mungkin juga merupakan petunjuk dari yang ESA di atas kesilapan yang telah hambanya lakukan di muka bumi ini.

Namun di harapkan cukuplah kejadian-kejadian yang tidak diingini seumpama di atas berlaku di kawasan Bandar Jengka ini yang mana 90% penduduknya adalah dari golongan Melayu dan Beragama Islam. Apatah lagi dengan tidak sampai 3 hari umat islam akan mulai berpuasa di bulan yang mulia Ramadhan Al-mubarak.

Semoga dengan hadirnya bulan yang mulia ini akan menambahkan lagi keinsafan dalam diri umat islam itu sendiri dalam menjalankan ibadah puasa selama sebulan dan melipatgandakan usaha melakukan ibadat wajib mahupun sunat.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails