Wednesday, August 4, 2010

Sekolah Hamil Apa Rasionalnya?

Puteri Umno Mahu "Sekolah Pelajar Hamil" Peringkat Nasional
Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata konsep sekolah khas untuk pelajar hamil yang dicadangkan oleh kerajaan Melaka harus dipertimbangkan untuk dilaksanakan di peringkat kebangsaan.

Beliau berkata remaja seperti ini seharusnya diberi peluang kedua supaya negara tidak kehilangan generasi yang berpotensi untuk menjadi berguna dan menyumbang kepada pembangunan negara nanti.

"Kita harus terbuka kepada hal ini, ada berlaku gejala sosial seperti ini dan salah satu usaha kita dalam memberi ruang kepada mereka, ialah mewujudkan institusi yang tersendiri supaya mereka boleh meneruskan pembelajaran.

"Mereka ini masih boleh kita didik dan berikan pendedahan supaya mereka menjadi satu golongan yang boleh menyumbang kembali kepada negara. Kita seharusnya ambil cadangan Melaka ini dan diadaptasi di peringkat nasional supaya setiap negeri ada sekolah (sedemikian)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ihya Ramadan dan penyerahan wang zakat serta penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau bagi kawasan Parlimen Papar di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai persepsi negatif beberapa pihak terhadap cadangan penubuhan sekolah itu, Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata mentaliti bahawa langkah sedemikian menggalakkan aktiviti gejala sosial tidak harus timbul lagi kerana ini merupakan realiti yang berlaku di negara ini dan tindakan sewajarnya harus diambil untuk menangani masalah ini.

"Kita harus menimbang dari segi kejadian pembuangan bayi yang telah berlaku. Apa salah kita guna sekolah ini untuk beri tempat, beri ruang kepada mereka mengadu. Mereka boleh ke sekolah ini untuk menyelamatkan diri daripada terus terjerumus dengan gejala sosial," katanya. - BERNAMA

"PERANAN MASJID DALAM MENANGGANI GEJALA SOSIAL "

Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Swt iaitu bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Mudah-mudahan juga kita berjaya mendidik anak-anak, ahli keluarga dan masyarakat menyempurnakan segala kewajipan, termasuklah juga usaha menanggani gejala sosial, terutama keruntuhan akhlak dan pembabitan jenayah di sekeliling kita. Semoga kita memperolehi keberkatan serta perlindungan Allah Swt di dunia dan di akhirat.

Mutakhir ini, masyarakat kita berdepan dengan pelbagai masalah gejala sosial, terutamanya di kalangan kanak-kanak dan remaja di bandar-bandar serta di kampung-kampung. Masalah penagihan dadah, minum arak, seks bebas, pelacuran, berpeleseran, lumba haram, samseng, berseronok berlebih-lebihan dan lain-lain terus berlaku di kebanyakan tempat.

Fenomena ini bukan sahaja menjejaskan kehidupan serta merendahkan martabat diri dan masyarakat, tetapi boleh memudaratkan akal, kesihatan dan membawa maut Kesan yang lebih buruk dari amalan yang kurang sihat ini akan meruntuhkan masyarakat dan negara. Kemungkaran ini dimurkai Allah dan akan mendapat balasan seksaan dari Allah, sebagaimana firmanNya di dalam surah Al-qasas ayat 77 :

Bermaksud : " Dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah Swt tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan ".

Statistik pembabitan kanak-kanak dan remaja dalam jenayah dari bulan Januari hingga disember 2003 yang dilaporkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan, remaja lelaki dan perempuan melayu seluruh negara adalah yang paling ramai. Manakala statistik Agensi Dadah Kebangsaan menunjukkan 31,566 penagih di kesan pada tahun 2001, 31,893 pada tahun 2002 dan 27,998 dalam tempoh Januari hingga oktober 2003. Kesan penyalahgunaan dadah terhadap tubuh badan, akan melemahkan daya pemikiran, menimbulkan masalah psikologi dan sosial, menyebabkan kematian. Apa akan terjadi kepada agama, bangsa dan negara kita akan datang jika generasi sekarang yang di harapkan suatu hari nanti di beri tanggungjawab untuk memimpin negara menjadi rosak?.

Sikap dan pembawaan yang di tunjukkan ini adalah gambaran yang akan mencorakkan kepimpinan generasi akan datang. oleh sebab itu untuk melahirkan kepimpinan yang berwibawa dan berjaya, seorang kanak-kanak dan remaja yang di harapkan menjadi pemimpin hendaklah dibentuk semenjak kecil, malah mereka mesti dididik sejak dari dalam kandungan lagi. Orang yang bertanggungjawab untuk melaksanakn tugas serta peranan ini ialah ibubapa, juga masyarakat sebagai agen pembantu. Rasulullah Saw menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab ini dalam sabdanya :

(riwayat Al-Bukhari)

Bermaksud : " Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibubapanya lah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi ".

Golongan terdiri daripada kanak-kanak dan remaja yang terjebak dalam masalah ini lumrahnya tentulah mereka yang menjauhi diri dari masjid. Jesteru itu ibubapa serta masyarakat perlu prihatin dan mempunyai fikiran terbuka dalam membimbing golongan ini supaya mereka mendekati masjid, agar mereka berminat mengikut program yang dianjurkannya. Sebarang prasangka terhadap mereka hendaklah di elakkan, kerana masjid sewajarnya sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu bernaung di bawah bumbungnya.

Usaha untuk menambat hati anak-anak dan remaja mencintai masjid memerlukan kesatuan dan kerahan tenaga daripada semua pihak. Sewajarnya kita mengambil sikap mendekatkan mereka dengan perkataan-perkataan yang lemah lembut dan berhikmah, melahirkan perasaan kasih sayang dan mempamerkan sifat-sifat terpuji di hadapan mereka dengan memujuk dan mendidik agar mereka mendekati masjid.

Para pemimpin masyarakat perlu menjadi contoh dan memainkan peranannya dengan melibatkan diri dalam aktiviti masjid. Ibubapa, pihak berkuasa khususnya ahli jawatankuasa masjid boleh menentukan hala tuju mereka. Berbagai-bagai aktiviti dan program seperti ekspedisi dari masjid ke masjid, pertandingan pidato ilmiah, mengarang, melukis, mendirikan tadika, hostel, kemudahan bank, klinik dan perpustakaan awam, pusat kesenian Islam, Pusat riadah, mengadakan karnival masjid dan lain-lain boleh dianjurkan dan perlu dirancang untuk menarik minat mereka ke masjid.

Kewujudan aktiviti dan program yang telah di kemukakan tadi bertujuan untuk membentuk jiwa kanak-kanak dan remaja tertarik memakmurkan masjid untuk terbina sebuah masyarakat dan negara yang kukuh dan selamat. Apa yang penting, semua program yang dirancang mesti melibatkan secara langsung.

Terdapat beberapa faktor yang di kenalpasti menyebabkan kanak-kanak atau remaja tidak berminat datang ke masjid, antaranya ialah :-

1- Suasana masyarakat yang mementingkan diri masing-masing dan kurangnya rasa 'Ukhwah Islamiah', menyebabkan mereka menjauhkan diri dari masyarakat, termasuk tidak berminat untuk datang ke masjid.

2- Pelbagai saluran dan rancangan televisyen menyebabkan anak-anak dan remaja lebih suka memerap di hadapan televisyen, tidak berminat untuk melakukan kerja-kerja lain yang lebih berfaedah. Ibubapa mesti menyediakan jadual waktu untuk anak-anak mereka, melatih anak-anak solat berjemaah ke masjid dalam waktu-waktu tertentu, secara tidak langsung dapat menghalang anak-anak daripada menghabiskan masa di depan televisyen.

3- Kegiatan sukan di padang yang di lakukan sehingga waktu maghrib hendaklah di berhentikan menyebabkan mereka tidak berpeluang ke masjid menunaikan sembahyang berjemaah. Sepatutnya kegiatan ini perlu di hadkan waktunya, supaya tidak menjejaskan aktiviti lain.

4- Sikap suka mengunjungi pusat-pusat membeli-belah di waktu menjelang senja perlu di elakkan, kerana perbuatan seperti ini menutup peluang untuk ke masjid.

5- Tidak ada kawalan terhadap mereka yang mengunjungi pasar malam menjelang waktu maghrib. Ketika bilal sedang melaungkan azan mengajak orang ramai menunaikan sembahyang, waktu itulah penjual sibuk melayan dan melaungkan suaranya menarik minat pengunjung dan pelanggan, riuh-rendah, tawar-menawar tanpa menghiraukan suara azan berkumandang. Ibubapa yang prihatin sepatutnya memikirkan waktu yang sesuai membenarkan anak-anak mengunjungi pasar-pasar malam

6- Sesetengah Ibubapa juga tidak berminat ke masjid untuk menunaikan sembahyang berjemaah.

Masjid bukan sahaja tempat untuk sembahyang lima waktu, sembahyang Jumaat dan dua hari raya, tetapi lebih daripada itu. Peranannya amat besar, yang mana masjid juga sebagai pemangkin ke arah mendidik dan menanggani gejala sosial, keruntuhan akhlak dan pembabitan jenayah. Masjid adalah saluran membina generasi bertamadun. Seseorang akan memperolehi ketenangan di masjid, yang mana tidak di perolehi di tempat lain.

Kerana kita lupa kepadaNyalah menyebabkan kita kehilangan punca. Semestinya kita mengembalikan kegemilangan masjid seperti zaman kegemilangan terdahulu. Masjid yang di bina di atas dasar taqwa akan dapat memulihkan segala segala kesesakan dan kesempitan hidup, kerana di masjid selain dari tempat bersujud kehadrat Allah, ia juga sebagai tempat mendapatkan ilmu agama serta bimbingan, tempat orang mengadakan perbincangan, tempat menyelesaikan masalah, lebih-lebih lagi sebagai tempat mencari ketenangan jiwa.


No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails