Saturday, July 17, 2010

Tarikh Pilihanraya Diumum

CANBERRA: Perdana Menteri Baru Australia, Julia Gillard sebentar tadi mengumumkan negara itu akan mengadakan pilihan raya umum pada 21 Ogos ini.

“Mulai hari ini saya perlukan mandat daripada rakyat Australia untuk membolehkan saya menerajui negara ini," katanya pada sidang akhbar selepas memperoleh restu daripada Gabenor Jeneral Australia, Quentin Bryce, iaitu wakil kepada Ratu Elizabeth II.

"Pagi ini saya mendapatkan kebenarannya untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum pada 21 Ogos depan," katanya.

Gillard, 48, yang baru tiga minggu mengambil alih pentadbiran, mencatat sejarah apabila menjadi perdana menteri wanita pertama Australia selepas mengambil teraju Parti Buruh daripada Kevin Rudd.

PM Malaysia bila pula nak umumkan?

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails