Thursday, July 22, 2010

Operasi Pembersihan Lubuk Yu

Satu operasi pembersihan dilakukan hari ini di kawasan rekreasi Lubuk Yu dekat sini yang dilanda jangkitan bakteria melioidosis dan leptospirosis.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Rosnah Ismail, berkata operasi itu membabitkan 52petugas daripada pelbagai jabatan termasuk Jabatan Perhutanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Kesihatan.

"Operasi pembersihan berkenaan dijalankan dengan menyembur bahan pembasmi kuman dan bakteria demi keselamatan pengunjung kawasan rekreasi itu," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini. Bagaimanapun, katanya, kawasan rekreasi itu masih ditutup kepada orang ramai sehingga dipastikan ianya benar-benar selamat.

Kawasan rekreasi itu ditutup kepada umum selepas enam penduduk kampung yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa lemas di hutan lipur berkenaan meninggal dunia dalam tempoh seminggu selepas operasi berkenaan.

Semua mereka yang terbabit dalam operasi bermula 26 Jun hingga 30 Jun itu meninggal dunia akibat jangkitan bakteria leptospirosis (air kencing tikus) dan melioidosis (bakteria disebabkan air dan tanah).

Satu kematian masing-masing dilapor pada 3 Julai, 6 Julai, 7 Julai dan 8 Julai, manakala dua kematian pada 9 Julai lalu.
Mengulas lanjut, Dr Rosnah berkata buat masa ini jangkitan akibat bakteria itu masih terkawal dan ianya dijangka berakhir pada 28 Julai ini.

"Jangkaan tersebut berasaskan tempoh inkubasi terpanjang iaitu kemungkinan jangkitan adalah 28 hari selepas terdedah kepada bakteria," katanya. - BERNAMA

Ini baru virus dari bakteria leptospirosis dan melioidosis melanda lubuk yu, macammana la agaknya keadaan jikalau loji tenaga nuklear yang di war-warkan akan diwujudkan di negara ini. Berapa banyak kos yang diperlukan untuk mendapatkan pakaian keselamatan seperti dalam opeasi pembersihan di atas dan apakah kita akan mendengar bermacam-macam lagi operasi pembersihan di masa mendatang?

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails