Wednesday, July 14, 2010

Ambo Dok Seh....

PAS tetap tentang Umno

PAS tetap akan menentang perjuangan Umno dan Barisan Nasional (BN) sehabis mungkin selagi parti itu tidak menerima dasar perjuangan Islam sebenar.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata sebagai sebuah parti yang menjadi harapan rakyat pelbagai bangsa di negara ini, khususnya umat Islam, PAS akan tetap menentang dasar Umno dan BN.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Persidangan Perwakilan Jawatankuasa Kesepakatan Bersama Peneroka (Sepakat) Malaysia.

Sempena persidangan peringkat kebangsaan yang diadakan di Kelantan itu, lapan buah negeri telah menghantarkan wakil-wakilnya.

“Biarpun mereka menuduh PAS mengamalkan ajaran sesat, namun PAS yang tetap berada di landasan yang benar tidak akan menghentikan perjuangannya semata-mata ugutan pihak lawan,” ujarnya lagi.

Sambungnya, Umno lupa mereka telah lama menjadi alat MCA dan MIC hingga takut untuk melaksanakan dasar Islam di negara ini.

“Sedangkan PAS tidak pernah meminggirkan perjuangan Islam biarpun bergabung dengan parti-parti lain,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails