Tuesday, March 2, 2010

Roboh Setinggan Pemimpin PKR ditahan

Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional meroboh rumah rakyat miskin di Kuala Terengganu dianggap zalim dan tidak berikemanusiaan. Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Terengganu Muzafeq Affyulzaifuzam Muhammad berkata kerajaan Umno-BN tidak melindungi hak warga miskin tetapi sebaliknya menindas mereka.

Pagi tadi Timbalan Ketua AMK Pusat Fariz Musa ditahan oleh pihak polis kerana menghalang kerja meroboh rumah di Kampung Paya Bunga, Kuala Terengganu. Fariz yang juga Ketua AMK Terengganu dikatakan yang berada di dalam sebuah rumah bersama pemilik rumah semasa kerja meroboh dijalankan kakitangan Pejabat Tanah Kuala Terengganu telah mengalami kecederaan di bahagian kepala kerana di timpa bumbung rumah manakala pemilik rumah tidak mengalami kecederaan.

Kira-kira pukul 10 pagi tadi sebanyak 10 buah rumah telah di robohkan yang menyifatkan tanah yang diduduki oleh penduduk kampung tersebut sebagai tanah setinggan. Tanah tersebut telah diwartakan sebagai tanah haram selepas pemerintahan PAS pada tahun 1999. Sebelum ini Ikatan Anak Watan Darul Iman (IKHWAN) telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said bagi melanjutkan tempoh notis yang diterima penduduk pada 28 Februari 2010 bagi mengelakkan diroboh.

Memorandum tersebut merayu agar empat keluarga yang tidak mampu menyediakan wang deposit rumah dan juga untuk menyewa rumah diberi tempoh. Ini kerana keluarga terbabit hanya menerima zakat sebanyak RM250 sebulan dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan jumlah tersebut tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan. Muzadeq ketika dihubungi memberitahu sehingga hari ini IKHWAN masih belum menerima jawapan dari Menteri Besar berkenaan memorandum tersebut."Saya kesal kerana Menteri Besar tidak mengambil apa-apa tindakan malah jawapan dari memorandum yang kita hantar pun belum ada jawapan".

Kita bukannya nak halang dari merobohkan rumah tersebut tetapi minta tempoh dilanjutkan agar empat keluarga yang tak mampu dapat dapat diberikan rumah," jelas beliau yang juga merupakan Setiausaha Agung IHKWAN. Empat buah keluarga telah kehilangan harta benda disebabkan kerja meroboh dan mereka yang hanya tingga sehelai sepinggang hanya menunggu di tepi jalan memerhati rumah mereka diroboh.

[Perghhh.....mintak tangguh pun tak dapat apalah nasib mereka yang tinggal sehelai sepinggang ini. Benar kata peribahasa yang miskin dihina yang kaya disanjung. Mana perginya tema "Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan" Betul kot rakyat didahulukan dengan MEROBOH kemudian pencapaian diutamakan dengan membuat bot kaca dan memfilemkan tempat menarik di terengganu dalam filem bollywood. ]

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails