Monday, March 1, 2010

Terengganu dan Bollywood

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri menyambut baik cadangan sebuah syarikat perfileman Bollywood menjadikan negeri itu sebahagian daripada lokasi penggambaran filem terbarunya. Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata filem lakonan Rani Murkherjee itu dijangka memulakan penggambaran di beberapa tempat menarik seperti Tanjung Jara, Tasik Kenyir, Muzium Negeri, Pulau Redang dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud mulai Mei ini. "Kita yakin apabila filem itu mengadakan penggambaran di negeri ini, ia memberi kelebihan kepada Terengganu apabila tempat-tempat menarik dalam filem itu akan ditonton oleh peminat filem Hindi di seluruh dunia," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Primula Beach Hotel Sdn Bhd dan Taman Tamadun Islam (TTI) Management Sdn Bhd di sini petang ini. Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan negeri menempah sebuah bot kaca berharga lebih RM3 juta bagi merancakkan lagi aktiviti pelancongan terutamanya di Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Katanya, bot berkenaan berbentuk seperti tongkang dengan dinding diperbuat daripada kaca bagi membolehkan pelancong melihat kehidupan laut manakala bahagian atas pula terdapat ruang makan dan minum.

"Kita buat sebuah dulu untuk lihat sambutan pelancong terhadap bot berkenaan. Kalau ia memberi sambutan yang baik, kita akan tambah lagi," katanya. - Bernama

[Alahai malangnya peminat bollywood.....kalaulah stadium tak runtuh lagi berkemungkinan salah satu babak pengambaran filem boleh di buat di stadium tercanggih tersebut. Mungkin juga peminat bollywood dapat melihat babak di mana Rani Murkherjee berlari-lari di dalam stadium. Tapi apakan daya stadium dah runtuh mustahil pengarah nak memplotkan babak menarik di situ. Bot kaca ditempah harga 3 juta.....hmmm siapakah gerangan yang bernasib baik mendapat tender membina bot kaca tersebut? ]

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails