Sunday, September 5, 2010

Beca Terbang Sambut Idulfitri 2010?

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak tegas terhadap mereka yang menyalahgunakan laman jaringan sosial Facebook untuk menghina dan mengutuk agama, kaum dan peribadi seseorang secara keterlaluan.

Perdana Menteri berkata, dengan menggunakan peruntukan undang-undang sedia, SKMM perlu mengambil tindakan sewajarnya kerana penyalahgunaan laman sosial internet itu boleh menjejaskan keamanan dan kesejahteraan negara.

SKMM kena bertindak tegas dalam menangani perkara ini sebab ini adalah sesuatu perkara yang tidak boleh kita benarkan. Kita tidak melindungi mana-mana pihak yang cuba menyentuh soal yang terlalu sensitif atau mencemar kemuliaan agama, katanya.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengingatkan pemilik Facebook tidak menggunakan media alternatif itu untuk mempermainkan isu agama dan berbaur sensitif kerana ia boleh mencetuskan masalah keselamatan serta menjejaskan hubungan antara kaum.

Beliau berkata, kerajaan mahu pihak berkuasa segera bertindak menangani perkara itu bagi mengelakkan salah guna kemudahan berkenaan daripada berterusan, sekali gus menyebabkan isu sensitif merebak.

Isu agama dan kaum antara faktor penting yang menentukan keamanan negara. Jika tidak dipelihara dan dihormati, ia boleh cetuskan kemarahan, katanya.

Bagaimana pula tentang iklan raya TV3 yang dikatakan menghina Islam yang disiarkan oleh stesyen televisyen itu sekarang ini baca cerita lanjutnya disini, Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini juga dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak-kanak menjadi syirik. Kalaupun mahu mempromosikan 1 Malaysia , janganlah keterlaluan sehingga mengenepikan persoalan sensitif mengenai agama dan pegangan hidup ummat Islam, mari sama-sama kita melihat bagaimana pula tindakan dari pihak kerajaan dan PM Najib dalam menangani isu ini?

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails