Friday, September 3, 2010

Ini Apa Cerita?


PM Mahu Media Arus Perdana Terus Lapor Fakta Tepat

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar media arus perdana meneruskan laporan berita berdasarkan fakta yang tepat untuk terus kekal mendapat tempat di kalangan masyarakat.

Beliau berkata media arus perdana kini menghadapi saingan sengit daripada media baru seperti blog dan laman-laman web yang lebih bersifat peribadi dan tidak menyediakan laporan berdasarkan fakta tepat.

Justeru itu, beliau berkata media arus perdana perlu kreatif dan inovatif dalam penyampaian berita yang baik dan terus tetap mendapat tempat di kalangan masyarakat.

"Kalau kita baca media arus perdana, intuitifnya adalah laporan yang tidak boleh disangkal, daripada segi faktanya ada pendapat, ada kecenderungan tapi asasnya, prinsipnya ialah berdasarkan kepada fakta.

"Oleh itu, saya ingin menggalakkan media arus perdana untuk terus berpegang kepada peranannya sebagai akhbar yang mensajikan laporan berdasarkan fakta yang disulami dengan pendapat yang bernas, ilmiah dan berdasarkan kepada fakta yang sebenarnya," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada majlis berbuka puasa bersama media di News Straits Times (NST), Jalan Riong dekat sini pada Khamis.

Selain itu, Najib berkata masyarakat juga mesti mempunyai keupayaan untuk membuat penilaian yang boleh membezakan kekuatan media arus perdana, yang masih ada dalam era teknologi maklumat pada hari ini.

Dalam pada itu, Najib sekali lagi menekankan bahawa sebagai seorang ketuakerajaan, beliau amat komited untuk melakukan transformasi yang besar kepadanegara.

"Apa yang saya lihat (melalui) gambar dan akhbar, kita berada dalam perjalanan. Pengasas-pengasas telah membina negara dan hari ini menjadi kewajipan kita untuk meneruskan perjalanan itu dan membawa transformasi," katanya.

Terdahulu, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dibawa melawat balai berita NSTP di tingkat empat sebelum berbuka puasa bersama kira-kira 500 warga media di pekarangan bangunan berkenaan. - BERNAMA

Fitnah Zam: PAS lapor polis

KUALA LUMPUR, 2 Sept: PAS Pusat hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin terhadap parti itu.

Ianya ekoran kenyataan Zainuddin sebelum ini yang mendakwa PAS meminta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina semasa Tragedi 13 Mei 1969, manakala ketika Konfrantasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat Pas" bersama umno-online dan kemudiannya disiar akhbar Utusan Malaysia pada 30 Ogos lalu dengan tajuk 'PAS parti ekstrem'.

Laporan polis hari ini dibuat oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad di Balai Polis Chow Kit, Lorong Haji Taib di sini kira-kira jam 3 petang ini.

Idris berkata, PAS menganggap tuduhan yang dibuat oleh Zainuddin itu sangat serius dan yakin ianya bertujuan untuk menghilangkan kepercayaan orang bukan Melayu kepada parti itu.

"Tujuan dia tidak lain tidak bukan supaya nak menghilangkan keyakinan orang bukan Melayu yang sekarang ini memberikan sokongan dan kepercayaan kepada PAS dan juga Pakatan Rakyat.

Tambah beliau juga, Umno sudah terdesak kerana kehilangan sokongan rakyat sehingga bertindak memfitnah PAS.

"Umno tahu mereka sudah pun terdesak kerana mereka juga mengalami kehilangan sokongan terutama di kalangan Melayu yang agak cerdik dan ada maklumat.

"Jadi mereka sudah tidak dapat untuk mengawal keadaan dan orang bukan Melayu juga tidak bersama dengan mereka dan apa yang Zainuddin buat ini untuk timbulkan keraguan kepada orang bukan Melayu terhadap PAS," katanya lagi.

Idris turut menyifatkan politik yang dimainkan Zainuddin 'sudah ketinggalan zaman' dan meminta beliau berhenti daripada memfitnah PAS.

"Tan Sri Zainuddin ini sudah tua. Politik yang dia mainkan tu politik 60-an dan rakyat yang boleh akses maklumat sudah tahu maklumat sebenar. Zaman dia sudah berlalu dan dia tidak sepatutnya keluarkan kenyataan begini," katanya.

PAS sebelum ini memberi tempoh tiga hari bermula 30 Ogos lalu kepada Zainuddin agar beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.

Ekoran gagal berbuat demikian, PAS sedang menimbang akan mengambil tindakan undang-undang.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails