Tuesday, September 14, 2010

Golongan muda perlu jadi ejen perubahan masyarakat

JENGKA 15 - Golongan muda diminta menjadi ejen perubahan masyarakat Melayu Islam dan membantu Pas dalam merealisasikan matlamat dengan perjuangan Islam di negara ini.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang, Suhaimi Saad berkata, orang Islam perlu membina semula kekuatan untuk mengelak daripada kembali dijajah.

Menurutnya, penjajahan yang berlaku kini bukan hanya dalam bentuk fizikal malah pemikiran dan jika tiada tindakan, generasi akan datang berkemungkinan akan kembali dijajah.

”Kita sebagai umat Islam perlu mencari jalan menuju puncak kekuatan iaitu dengan bersatu padu demi agama Islam.

“Jika kita salahkan musuh semata-mata, tanpa melihat ‘kekuatan dan kelemahan’ yang ada pada diri ummah, maka jadilah kita ‘si celik yang buta’.

“Jika kita masih berpecah, tidak bersatu di bawah panji Islam, maka cukup lemah suara amaran dan gerakan umat Islam,” katanya ketika berucap pada Rumah Terbuka Aidilfitri dan Himpunan Anak Muda Perantauan.

Kira- kira 1,500 tetamu hadir memeriahkan majlis anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri Pahang dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Krau, Nisa Kuala Krau dan Jawatankuasa Pas Cawangan Jengka 15.

Majlis disempurnakan Naib Presiden Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pemuda Pas Pahang, Shahril Azman Abd Halim dan Pengerusi Dewan Kelab Penyokong Pas, Bala Subramaniam.

Suhaimi berkata, anak muda di perantauan perlu pulang bukan hanya pada hari raya malah pada hari pilihan raya untuk memenangkan perjuangan Islam.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails