Tuesday, June 8, 2010

Lesen barangan kawalan, kerajaan muktamad

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementeriannya tidak akan berkompromi lagi dengan tuntutan Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia.

Beliau mengulas ugutan daripada peruncit di seluruh negara bahawa mereka akan menghentikan jualan gula, minyak masak dan tepung gandum selepas 15 Jun jika pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mewajibkan mereka memiliki lesen runcit barang-barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Kita sudah berjumpa dengan mereka dan juga memenuhi sesetengah tuntutan awal mereka,” katanya.

Sebagi contoh, menurut Ismail Sabri bayaran RM10 untuk lesen yang dicadangkan pada awalnya telah ditarik balik dan lesen itu sekarang akan diberikan percuma.

"Untuk memudahkan proses itu, kami akan menghantar pegawai ke kedai mereka untuk mengeluarkan lesen dan ia boleh dilakukan ketika itu juga,” katanya.

Penguatkuasaan lesen barangan terkawal itu juga telah ditunda ke 1 Julai seperti yang dituntut oleh persekutuan itu.

Menurut Ismail lesen berkenaan penting bagi memantau kegiatan segelintir peruncit yang mengambil kesempatan subsidi gula dan menjualnya di pasaran gelap.

Katanya lagi, jika peruncit memulaukan penjualan barangan terkawal itu, pengguna masih boleh membelinya di tempat lain.

"Hypermarket, supermarket, pasar tani masih menjual gula. Sebagai alternatif, kedai di stesen petrol juga akan dipertimbangkan,” katanya.

Wah...yang ini muktamad tiada kompromi, siap lesen boleh dikeluarkan 'on the spot' bila pegawai melawat ke kedai pulak tu dah tak ada bayaran dikenakan pulak tu... (macam-macam boleh kerajaan buat) tapi yang hairan bin ajaibnya bekalan sampai ke hari ini masih tak mencukupi apatah lagi di musim cuti persekolahan yang dah pasti terdapat lebihan dalam belian (bukan belian panik)oleh warga Malaysia yang membuat kenduri perkahwinan. Dalam pada itu bulan ramadhan yang semakin hampir akan merancakan lagi lebihan dalam belian warga Malaysia, apakah kerajaan tidak memikirkan situasi ini? Sudah pasti difikirkan namun keputusan yang muktamad hanyalah mengeluarkan Lesen barangan kawalan....berapa banyak lesen daaaaa!

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails