
Dalam satu jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, kementerian itu berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan/ memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan di Malaysia.

"Kerajaan masih mendapatkan maklumbalas/pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia," kata kenyataan bertulis itu.
Jawapan bertulis itu dikeluarkan bagi jawapan soalan Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Tian Chua (Batu) dan Loke Siew Fook (Rasah).
Pada sidang medianya, Tian Chua yang menerima jawapan bertulis itu mempertikaikan kenyataan awam Ascot Spot yang dibuat oleh pemiliknya, Tan Sri Vincent Tan.

Tambahnya, jawapan itu tidak menjelaskan keadaan yang sebenar dan ada pihak yang menipu.
Pengarah strategi PKR itu juga mempersoalkan sama ada tindakan kerajaan yang mengubah pendiriannya kerana gusar dengan kemarahan rakyat ataupun mungkin Tan tidak bercakap benar.
"Jawapan itu amat berlainan dengan gambaran yang diberikan oleh Vincent, adakah beliau begitu yakin akan diberikan lesen berkenaan?” katanya.
Harapan menggunung dari rakyat Malaysia sebolehnya yang belum muktamad itu bolehlah ditukarkan menjadi tidak dikeluarkan atau sebaiknya menghapuskan terus lesen judi di negara tercinta Malaysia (tapi nehi mungkin).
No comments:
Post a Comment