Tuesday, June 15, 2010

Terkini...Katak Melompat Sambil Berak?

Seorang ADUN Perak dari Pakatan Rakyat dijangka akan meninggalkan parti itu dan menjadi wakil rakyat Bebas.

ADUN DAP dari kawasan Perak Tengah itu dijadual akan mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel di Subang Jaya, dalam masa terdekat hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh umum keluar DAP dan menjadi wakil rakyat Bebas yang sokong Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa serta-merta.

Beliau mengumumkan demikian pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di sini, sebentar tadi.

Pada 25 Februari lalu, Adun Malim Nawar, Perak dari DAP, Keshvinder Singh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataannya kepada media di luar pejabat SPRM itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu.

Hari ini, dalam sidang medianya, Keshvinder mengumumkan beliau keluar dari DAP dan menjadi Adun Bebas dan menyokong Barisan Nasional.

Beliau menafikan menerima sebarang bayaran untuk tindakannya ini dan mencabar mana-mana pihak memeriksa akaun bank beliau.

"Saya bersih," kata Adun Malim Nawar itu.

Dalam pilihan raya umum lalu, Keshvinder menang dengan majoriti 1,362 mengalahkan calon MCA Dr Chai Song Poh.

Beliau menyalahkan DAP dan mendakwa partinya itu tidak membantu beliau untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan terpaksa menggunakan dana sendiri untuk memberikan khidmatnya sebagai wakil rakyat.

Katanya, surat keluar dari parti telah dihantar kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pagi tadi.

Bagi beliau, tindakannya ini untuk kepentingan rakyat di kawasan yang diwakilinya.

Tidak seperti rakan-rakan Pakatan Rakyat yang berpaling tadah sebelum ini, pengumuman Keshvinder keluar parti hari ini tidak diiringi oleh mana-mana pemimpin BN.

Bagaimanapun seorang pengawal peribadi yang mengiringi Keshvinder memberitahu bahawa dia bekerja untuk seseorang yang dikenali sebagai 'Hamidah'.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails