Sunday, June 13, 2010

Bekas Pemain Bola Negara Sertai Kempen Anti-Judi

Bekas pemain bola sepak kebangsaan era 1990-an, Mohd Radhi Mat Din menyertai Gerakan Rakyat Membantah Judi dalam usaha membantu kempen membentah pertaruhan judi sukan yang diluluskan kerajaan Umno.

Penolong jurulatih pasukan bola sepak Kedah itu menyatakan pendiriannya pada ceramah yang diadakan sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-56, malam semalam.

Bercakap kepada ribuan yang memenuhi perkarangan Pusat Tarbiyah Islam Kelantan malam semalam, Radhi berkata rasuah dan judi tidak membantu kepada usaha memulihkan prestasi dan mutu bolasepak negara.

Sebaliknya beliau melahirkan kebimbangan mutu bolasepak negara akan semakin terhakis dan terus merosot jika pertaruhan judi sukan dibenarkan.

“Bola ini tiada kaitan langsung dengan judi. Malangnya sekarang sukan bola sudah dipalitkan dengan judi yang haram di sisi semua agama di dunia ini. Ini umpama lain yang sakit, lain pulak yang di ubatnya.”

Radhi telah 26 tahun terlibat secara aktif dalam sukan bola sepak di negara ini. Beliau Pernah mewakili negeri kedah dan mewakili negara dalam pertandingan bola sepak sukan SEA.

Kini beliau diamanahkan kerajaan negeri Kedah untuk membimbing pasukan bola negeri itu.

Radhi menjelaskan pertaruhan judi bolasepak boleh dipecahkan kepada perbagai pertaruhan dari menentukan pasukan bertanding, minit jaringan pertama, penjaring gol pertama, serta pemain terbaik, selain dari siapa yang menang dan kalah.

“Semuanya akan dipertaruhkan. Peminat suka bola sepak akan bertukar pemikiran mereka daripada mutu bola kepada judi bola. Apabila tumpuan rakyat Malaysia sudah bertukar maka permainan bola akan cuba di atur oleh proksi-proksi syarikat judi. Apa yang kita tonton bukanlah permainan bola sebenar tetapi lakonan permaian bola,” kata Radhi.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails