Tuesday, June 15, 2010

Demam BOLA dan Propaganda BARAT


Demam bola sepak telah bermula! Masa satu bulan dari 11 Jun tahun ini merupakan satu jangkamasa yang sangat 'menarik' bagi peminat bola sepak di seluruh dunia kerana ketika inilah Kejohanan Piala Dunia FIFA ke-19 berlangsung di Afrika Selatan.

Publisiti mengenai kejohanan tersebut begitu menonjol semenjak beberapa bulan yang lepas dan antara slogan promosi adalah "Saksikan Aksinya Dalam Definasi Tinggi".

Tetapi apakah sebenarnya 'Definasi Tinggi' di kaca televisyen?

Menurut pakar elektronik Peter Wong, televisyen Definasi tinggi juga dikenali sebagai 'HDTV' atau hanya 'HD'.

"Definasi tinggi merujuk kepada gambar yang mempunyai resolusi tinggi. Berganda lebih tinggi dari sistem televisyen biasa. Televisyen HD ada kelebihan, kerana ia mempunyai satu atau dua juta piksel bagi setiap rangka iaitu lima kali ganda dari television Definasi Standard," katanya.

Televisyen definasi standard juga dikenali sebagai SDTV atau SD.

STANDARD TELEVISYEN BARU

Tuan punya sebuah kedai barangan eletrik di Rawang, Selangor, yang hanya mahu dikenali sebagai Kenneth, berkata jualan televisyen LCD dan LED di kedainya mula meningkat semenjak beberapa bulan sebelum Kejohanan Piala Dunia bermula.

"Satu minggu sebelum bermulanya Piala Dunia sahaja, saya telah berjaya menjual 20 unit televisyen skrin leper LCD. Jualan bagi televisyen LED perlahan sedikit kerana harganya lebih mahal", kata beliau.

Menurut Kenneth, saiz televisyen yang popular di kalangan pelanggannya ialah dari jenis 40 inci.

Kata beliau harga televisyen yang dari jenama kurang ternama adalah lebih rendah, sekitar RM1,500 setiap satu dibandingkan dengan model yang berjenama di mana harganya lebih kurang RM2,500 setiap satu. Manakala bagi unit LED, harganya boleh mencecah lebih RM5,000 setiap satu.

(Televisyen LED adalah dari jenis 'diode pemancar cahaya' manakala LCD pula ialah televisyen 'paparan kristal cecair').

Kata Wong, "Televisyen Definasi Tinggi adalah standard televisyen baru yang menggunakan teknologi digital bagi memancarkan gambar serta bunyi yang lebih baik dari segi kualiti".

Katanya televisyen Definasi Tinggi yang pertama mula muncul dalam pasaran pada tahun 1998 dan di negara ini sebuah stesen televisyen satelit telah mula menawarkan saluran Dimensi Tinggi semenjak awal tahun ini.

JUALAN MENINGKAT

Sementara itu, para peniaga barangan elektronik melihat Kejohanan Piala Dunia sebagai satu peluang unik bagi peningkatan jualan mereka kerana lebih ramai pelanggan ingin menyaksikan 'peristiwa' tersebut melalui siaran televisyen berkualiti tinggi.

Bagi James Ng, pengurus sebuah kedai barangan elektronik di sini, lebih ramai pelanggan telah menunjukkan minat mereka membeli set televisyen yang lebih baru atau lebih baik bagi menonton siaran secara langsung Piala Dunia.

"Bagi musim Piala Dunia, jualan televison LCD kami meningkat. Kami menjangka jualan akan lebih meningkat bila mulanya Kejohanan Piala Dunia nanti," beliau memberitahu penulis pada awal bulan ini.

Menurut Ng, beliau biasanya dapat menjual lima hingga lapan televisyen sehari tetapi kini angka tersebut telah berganda.

"Peminat hanya dapat menyaksikan perlawanan di Piala Dunia hanya dalam empat tahun sekali. Jadi pelanggan mahukan televisyen yang lebih besar dan lebih tinggi kualiti seperti dari jenis LCD, Plasma dan LED walaupun harganya adalah mahal", kata beliau.

Bagaimanapun, jualan televisyen jenis ini dijangka kembali normal selepas berakhirnya Kejohanan Piala Dunia.

Begitu rapi perancangan BARAT dalam meningkatkan ekonomi mereka, kita banyak yang terpedaya dan juga terikut-ikut dalam membeli TV LCD samaada yang berjenama chokia atau berjenama hebat. Walau harga mahal namun kehendak nafsu mengatasi segalanya. Sepatutnya kita harus berfikir diantara keperluan, kemahuan atau kenafsuan dalam setiap tindakan kita. Bukan selepas habis Piala Dunia baru terfikir mana nak bayar bil elektrik, mana nak bayar bulanan TV LCD dan lain-lain. Itulah lumrah manusia sudah terantuk timbul benjol terasa sakit baru faham segalanya.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails