Thursday, June 24, 2010

Banjir Kilat di Johor Baharu

Beberapa kawasan di Bandaraya Johor Baharu dilanda banjir kilat selepas hujan lebat selama dua jam sejak 4 petang.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Johor Baharu Lokman Sulaiman, kawasan yang terjejas termasuk Wisma Persekutuan dan beberapa bangunan di Jalan Ayer Molek seperti Menara Tabung Haji dan Kompleks Mahkamah Johor Baharu.

Kakitangan kerajaan dan orang ramai yang berurusan di Wisma Persekutuan Johor Baharu, di Jalan Ayer Molek di sini terpaksa menunggu sehingga air surut untuk balik.

Selain di kawasan bandar raya Johor Baharu, banjir kilat turut berlaku di Masai.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Jaya, Tan Cher Puk yang melawat kawasan yang terjejas berkata kawasan yang teruk dilanda banjir kilat itu ialah Bandar Baru Masai dan Kampung Masjid di mana air naik sehingga paras pinggang.

Beliau berkata tiada penduduk dipindahkan berikutan kejadian tersebut.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails