Sunday, April 11, 2010

Presiden Poland, Isteri Terbunuh Pesawat Terhempas Di Russia


MOSCOW 10 Apr - Presiden Poland, Lech Kaczynski dan isterinya terbunuh selepas pesawat yang mereka naiki bersama 130 penumpang lain terhempas ketika menuju ke arah kawasan pendaratan di barat Russia, menurut pegawai negara itu.

Gabenor wilayah Smolensk iaitu lokasi pesawat itu terhempas, Sergei Anufriev, berkata tiada mangsa yang masih hidup ditemui dalam kejadian jam 11 pagi tadi.

Pesawat presiden Poland gagal tiba ke landasan ketika hendak mendarat dan difahamkan ia melanggar bahagian atas pokok dan jatuh terhempas. Tiada seorang pun yang terselamat susulan kemalangan itu” katanya dalam saluran berita negara itu, Rossiya-24.

Kementerian Luar Poland mengesah Kaczynski dan isterinya berada dalam pesawat Tu-154 itu.

Kaczynski terbang ke Russia bagi menghadiri upacara menyambut ulang tahun ke-70 pembunuhan beramai-ramai pegawai Poland oleh polis rahsia Soviet di Katyn dan tempat lain ketika perang dunia ke II.

[Malang tidak berbau.....ajal dan maut ketentuan dari Illahi....kita seharusnya sentiasa mengingati MATI kerana ianya adalah PASTI]

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails