Monday, April 12, 2010

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng Mungkin Pertimbang Sertai PKR Semula !!



GEORGE TOWN, 12 April [2.12 pm] - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng (foto) mungkin mempertimbangkan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas saman fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selesai. Tan berkata, ini kerana parti tidak menyetujui tindakannya menyaman Lim. "Itulah sebab saya tinggalkan parti," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis penyampaian bantuan kepada pesakit dialisis di Jelutong semalam. Tan memberitahu, dia masih mempunyai banyak kawan di kalangan ahli-ahli parti tersebut. "Saya berbual-bual dengan Ahli-Ahli Parlimen PKR di Parlimen - kami masih bergaul dan tiada permusuhan. Bagaimanapun buat masa ini, saya tidak boleh pertimbang untuk menyertai semula parti kerana masih terdapat perkara yang perlu diuruskan. "Jika semua ini diselesaikan dan parti bersedia menerima saya kembali, saya akan pertimbang menyertai semula PKR," katanya.

Berita sebelum :-

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz, yang bertanggungjawab berhubung hal ehwal parlimen mempertahankan keputusan kerajaan untuk membawa dua ahli parlimen Bebas mengiringi lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat.

Datuk Seri Zahrain Hashim (Bebas-Bayan Baru) dan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baru), kedua-dua mereka sebelum ini ahli PKR, akan ke Washington, Rabu depan bagi menyertai rombongan Malaysia ke Kaukus Kongres Amerika Syarikat.

[hai hai bye bye Amerika....me no see Barack Obama]

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails