Friday, January 29, 2010

F1 Mercedes GP Petronas


KEHADIRAN semula Michael Schumacher yang memandu jentera Mercedes GP Petronas untuk berentap dengan juara dunia, Jenson Button, Fernando Alonso dan Lewis Hamilton selain penyertaan empat pasukan baru, termasuk pasukan negara, Lotus F1 Racing dilihat menjadi tarikan utama Grand Prix Malaysia Petronas Malaysia pada 2 sehingga 4April ini.

Perlumbaan Formula Satu (F1) siri ketiga itu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan bermula pada jam 4 petang - sejam lebih awal berbanding tahun lalu dan waktu itu dilihat sesuai untuk perlumbaan kerana ia dapat disiarkan menerusi televisyen pada waktu perdana di Eropah.

Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Mahathir, berkata pelbagai aktiviti menarik yang dirancang nanti dijangka mampu meningkatkan jumlah penonton di litar Sepang dan yakin jumlah yang hadir kelak mengatasi jumlah 120,000 penonton yang direkodkan pada tahun lalu.

"Selain itu, perlumbaan kali ini adalah yang siri ketiga kejuaraan selepas litar al-Sakhir di Bahrain dan Albert Park, Australia dan ketika ini setiap pasukan dijangka sudah mampu membuat pelarasan terbaik untuk jentera.

"Ini menjadikan perlumbaan di Sepang, suatu yang hangat terutama ketika peraturan baru dilaksanakan iaitu tiada isian semula minyak di pit stop," katanya pada majlis pelancaran Kejuaraan Grand Prix F1 Petronas Malaysia dan kempen promosi `Saya cintakan F1' di ibu negara, semalam.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan turut hadir Penasihat Petronas yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Petronas, Tan Sri Hassan Merican.

Mokhzani berkata, tiket untuk menyaksikan kejuaraan ini akan mula dijual pada 31 Januari ini dan ditawarkan dengan harga bermula daripada RM100 berserta pelbagai pakej dan diskaun untuk pelbagai kategori penonton.

Perlumbaan tahun ini akan turut membabitkan pelbagai aktiviti menarik bukan saja buat peminat sukan permotoran malah seisi keluarga disulami konsert.

[3G means God, Gospel and Glory............. ermmm..........1 Malaysia.........Rakyat Diulamkan Pencapaian Di mestikan, (BN = RM) meaning Bini Najib = Rosmah Mansor]

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails