Saturday, December 19, 2009

Mohamad Bin Sapak (Dalam Kenangan)



Genap 59 tahun Mohamad Bin Sapak atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sapak oleh warga Jengka khususnya telah kembali ke rahmatullah pada 18 Disember 2009 dan telah di kebumikan pada 19 Disember 2009 pada jam 11.30 tengahari.

Beliau merupakan seorang warga Jengka yang gigih dalam memahatkan namanya di Bandar Jengka ataranya terkenal dengan peniagaan yang bermula dari bawah sehingga mampu membina empayar perniagaan yang membanggakan. Antara perniagaan yang masih di kenang oleh warga Jengka adalah kasut BATA, perniagaan tayar, perniagaan hardware dan yang masih wujud bangunan 3 tingkat miliknya di Nadi Kota Bandar Jengka iaitu Wisma Mohamad Sapak iaitu lebih dikenali dengan Pasaraya Sinaran Kota.

Kenangan yang ditinggalkan oleh beilau akan menjadi sejarah tersendiri bagi penghuni mahupun warga jengka khususnya. Beliau merupakan salah seorang peniaga Melayu yang hebat pada zamannya.

Alfatihah buat arwah.

2 comments:

  1. alfatihah buat beliau

    ReplyDelete
  2. kepada staff yg pernah bekerja di pasaraya sinaran kota dermakanlah alfatihah untuk arwah...amin,,,,zam/j15.zam4478@gmail.com

    ReplyDelete

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails