Friday, October 23, 2009

TIP MENGELAK TEKANAN

  1. Hidup ini umpama roda yang berputar. Ada masanya kita akan menerima tekanan dan ada masanya giliran orang lain pula. Anggaplah tekanan sebagai fitrah kehidupan. Terima ia dengan hati yang bersedia.
  2. Apabila berdepan dengan tekanan, jangan bertindak terburu-buru terutamanya ketika membuat keputusan. Fikir secara rasional PRO atau KONTRA setiap keputusan yang anda pilih terutamanya yang melibatkan kehidupan anda seperti perkahwinan, pekerjaan dan sebagainya.
  3. Apabila berdepan dengan tekanan, jangan biarkan perasaan negatif menguasai diri anda. Halusi setiap tekanan yang datang dengan positif. Ia akan membantu anda untuk berasa lebih tenang dan tekanan boleh di atasi dengan lebih mudah.
  4. Jika anda mula merasa tekanan, segera cari seseorang yang boleh berkongsi dan berbincang dri hati ke hati mencari penyelesaian kepada tekanan itu. Dengan cara ini bebanan tekanan dapat dikurangkan
  5. Jangan suka memendam rasa. Jika anda berasa di dalam keadaan tertekan, cepat-cepat cari jalan untuk menyelesaikan tekanan itu kerana tekanan yang dibiarkan lama hanya akan memburukkan keadaan emosi anda.
  6. Jangan biarkan tekanan bertapk lama dalam diri sebaliknya segera cantas tekanan yang datang dengan sebaiknya supaya ia tidak merosakkn diri anda dan orang lain

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails